Assalamualaikum semua.
Kali ni dah masuk ringkasan nota Juzuk 10 Al-Quran dari Tadabbur Centre. Alhamdulillah. Mommy eez tengok sekarang memang banyak dah kelas online untuk tadabbur Al-Quran. Dan mommy eez teringin sangat nak join tapi hati belum terbuka sebab mommy eez sejenis nak study sendiri dulu. So, bila pergi kelas dah dalam keadaan ready dan lebih faham insha Allah. Mommy eez cepat lupa dan bila buat nota boleh baca balik. Memang sebelum ni, mommy eez tulis nota dekat Microsoft One Note untuk tatapan sendiri. Tapi, dah alang2 nak buat nota lebih baik mommy eez share dekat sini so korang yang berminat boleh baca juga kan. Mana tahu boleh jadi saham akhirat bila mommy eez dah tak ada insha Allah. So, kalau ada fakta yang kurang tepat harap korang boleh betulkan hokey.
Ada je sekarang ni yang buat nota tadabbur fancy dan cantik2. Mommy eez ni stok old school memang tak pandai nak buat nota cantik2 dengan mind map semua. Lepas tu bila nota cantik, lebih tengok nota cantik berbanding isi. Mommy eez akan baca berulang2 kali sampai auto-ingat. So, bila ada distraction gambar2 lain jadi susah nak ingat. Lain orang lain cara... Hahaha~ banyaklah alasannnnnnn. Sila abaikan~~~ 😆
Jom kita mula... Bismillahirrahmanirrahim...
RINGKASAN JUZUK 10
disampaikan oleh
Ustaz Syaari Abdul Rahman dari Tadabbur Centre
- Juzuk 10 ini mengandungi Surah Al-Anfal (ayat 41-75) dan Surah At-Taubah (ayat 1-93).
-Kedua2 surah ini menjadi penutup tirai bagi 8 surah2 yang panjang selepas surah Al-Fatihah iaitu:
- Surah Al-Baqarah (286 ayat)
- Surah Ali-Imran (200 ayat)
- Surah An-Nisa' (176 ayat)
- Surah Al-Maidah (120 ayat)
- Surah Al-An'am (165 ayat)
- Surah Al-A'raf (206 ayat)
- Surah Al-Anfal (75 ayat)
- Surah At-Taubah (129 ayat)
Ada sebahagian ulama berpendapat hanya 7 surah saja berbanding 8 surah kerana Surah At-Taubah tak dikira sebagai 1 surah kerana tiada perkataan 'Bismillah' di antara keduanya; surah Al-Anfal dan At-Taubah.
- Sedikit ulang kaji juzuk2 terdahulu, 4 surah terawal iaitu surah Al-Baqarah, Ali-Imran, An-Nisa' dan Al-Maidah menerangkan bagaimana Allah SWT mengajarkan Nabi Muhammad SAW tentang Al-kitab Injil dan Taurat. Dengan ilmu dari kitab2 ini, Baginda dapat berhujah dengan orang2 Yahudi dan Nasrani di Madinah sekaligus dapat membatalkan kepimpinan orang2 ahlul kitab Yahudi di Madinah.
4 surah kemudian yang bermula dari surah Al-An'am, Al-A'raf, Al-Anfal dan At-Taubah menceritakan tentang bagaimana Nabi Muhammad SAW berdepan dengan para pemimpin musyrikin Mekah dengan menggunakan hujah aqliyah (akal) dan kauniyyah (fenomena alam sekeliling) untuk membatalkan kepimpinan orang2 musyrikin Quraisy di Mekah.
Daripada kisah2 yang dipaparkan di dalam 8 surah ini, terbuktilah bahawa Nabi Muhammad SAW ialah orang yang sepatutnya menjadi pemimpin bagi bumi Mekah dan Madinah.
Di dalam surah Al-An'am pula ada menerangkan kisah Nabi Ibrahim AS yang berhadapan dengan kaumnya yang menyembah matahari dan bintang. Disambung lagi kisah Nabi Ibrahim AS ini pada surah Al-A'raf di mana Nabi Ibrahim AS menentang Iblis dan keturunannya yang syirik kepada Allah SWT. Terdapat juga kisah2 pejuang tauhid selepas Nabi Ibrahim AS menentang golongan Al-Mala' (orang2 munafik dan yang melakukan dosa) disebut di dalam Surah Al-A'raf.
- Surah Al-Anfal mengisahkan tentang kaum2 Al-Mala' yang terdahulu di mana mereka berbangga dengan kemewahan dan kekuatan yang mereka ada. Penyakit kesombongan dan bermegah2 ini diwarisi oleh orang2 musyrikin Quraisy di Mekah. Lalu Allah SWT membenarkan kemenangan Nabi Muhammad SAW ke atas orang2 musyrikin Quraisy Mekah yang menyembah berhala ini sama seperti kisah2 para anbiya' sebelumnya.
- Surah Al-Anfal hanya menceritakan satu saja kisah perang iaitu Perang Badar sehinggakan nama lain bagi surah ini dipanggil Surah Badar. Di dalam Perang Badar, tentera Islam hanya seramai 313 orang melawan tentera orang2 kafir Quraisy seramai 1000 orang yang lengkap bersenjata. Takdir Allah SWT, tentera2 Islam menang di dalam siri Perang Badar ini sekalipun bilangan mereka kecil atas bantuan Malaikat yang Allah SWT hantarkan untuk mengalahkan tentera2 musyrikin Quraisy.
- Segala sejarah peperangan ataupun peristiwa yang berlaku di dalam Al-Quran masih valid untuk dibincangkan pada masa kini dan sehinggalah ke hari Kiamat. Ini kerana pengajaran yang kita dapat daripada kisah2 peperangan ini adalah tentera2 Islam ini terdiri daripada orang2 beriman yang hati2 mereka gentar apabila dibacakan ayat2 Allah SWT kepada mereka. Ini menunjukkan kualiti taqwa mereka berada di tahap yang tertinggi.
Semasa Perang Badar, puasa pertama kali difardhukan ke atas orang2 Islam maka para sahabat Baginda sangat bersemangat menahan lapar dan dahaga sekalipun akan menghadapi peperangan. Al-Quran telah membuatkan tentera2 Islam ini menjadi kuat dan lebih bersemangat untuk menentang tentera2 kafir kerana mereka yakin akan bertemu dengan Allah SWT (bukan bertemu dengan kematian mahupun pihak lawan) sekalipun mereka syahid. Mereka percaya balasan yang baik menanti mereka di alam barzakh.
Perang Badar berlaku pada 17 Ramadan, tahun ke-2 Hijrah, jadi selama 16 hari berpuasa, para sahabat telah mencapai matlamat kefardhuan puasa itu sendiri lalu Nabi Muhammad SAW telah membenarkan para sahabat untuk berbuka dengan seteguk air dan sebiji tamar bagi memberi sedikit tenaga ketika peperangan nanti. Perkara yang sama juga pernah berlaku apabila Thalut membenarkan para tenteranya meminum seteguk air sebelum mereka menghadapi tentera Jalut.
- Di dalam surah At-Taubah ada menerangkan peperangan terakhir Nabi Muhammad SAW iaitu Perang Tabuk. Perang Tabuk ini adalah isyarat daripada Allah SWT yang mana orang2 kafir ini diberikan peluang terakhir untuk menyerah diri dan kembali kepada jalan Allah SWT sebelum diseret ke dalam azab Neraka Jahannam. Surah ini diturunkan selepas peristiwa Pembukaan Kota Mekah pada tahun ke-8 Hijrah dan menjelang bermulanya Perang Tabuk.
- Selepas 13 tahun Nabi Muhammad SAW membentangkan ayat2 Al-Quran (sebanyak 89 surah diturunkan pada ketika itu) kepada orang2 kafir Quraisy ini, mereka telah menyaksikan pelbagai mukjizat Baginda seperti:
- bulan terbelah dua pada tahun ke-8 kenabian
- mukjizat Perang Badar di mana Allah SWT menghantarkan tentera Malaikat untuk membantu tentera Islam
- kehebatan pembukaan Kota Mekah secara aman tanpa peperangan
- tiada burung Ababil datang menyerang para sahabat pada tahun ke-8 Hijrah (jika Islam itu sendiri membawa maksud yang tak baik pasti diserang dengan burung Ababil atau yang setara dengannya).
Maka, terbuktilah Nabi Muhammad SAW yang selayaknya menjadi pemimpin di Kota Mekah. Secara logiknya, apabila orang2 di Semenanjung Arab di Mekah telah menyaksikan kesemua peristiwa dan mukjizat2 yang berlaku di depan mata mereka, mereka tak sepatutnya masih menyembah berhala dan kekal syirik. Jika mereka masih ingin kekal dalam kesyirikan, Allah SWT pasti menghina mereka dan mereka tidak layak berada di Kota suci Mekah.
Itu saja ringkasan nota juzuk 10 kali ni. Semoga bermanfaat 😉
Lavvv,
Mommy EEZ
www.kiddieoasis.com.my
alhamdulillah...terima kasih kerana dah berkongsi...
ReplyDeleteAlhamdulillah... sama2. terima kasih sudi baca. Ada masa nanti join GA kita ye =D
Delete