Kesan dari DOS PENGGALAK / Side effect BOOSTER DOSE untuk vaksin COVID-19

Holaaa! Assalamualaikum semua.


Mommy eez dalam mood untuk membebel sampai lebam hari ni. So mommy eez nak share pasal dos penggalak / booster dose (dos ke-3) untuk vaksin COVID-19. Masa mula2 nak decide untuk ambil booster tu pun sebenarnya risau juga sebab kali ni dengar kata ramai yang dapat kesan yang tak berapa baik lepas jab booster tu. Ada yang lemah seluruh badan, lumpuh separuh badan, kaki jadi lembik tak boleh jalan malah ada yang kena warded terusss. Gegegege... cuaks...


Mommy eez dijadualkan dapat booster pada 14 Januari 2022 pada pukul 3.30pm di PPV Emporis Kota Damansara (KD). Dahlah beberapa hari sebelum date tu, keluar berita yang keadaan agak tak terkawal di Emporis KD tu sebab ramai yang datang tak ikut masa appointment yang ditetapkan dalam MySejahtera. Lagi lah buat mommy eez rasa macam tak nak pergi langsung. Dengan nak bersesak2 ramai orang, takut tak pasal2 terjangkit dari situ kan. Nauzubillah... Kebetulan Incik Boss pun dapat date yang sama untuk jab booster tapi di tempat berlainan iaitu di Subang Parade pada pukul 5pm. Hadoiyai, lagi la pening sebab memikirkan kanak2 ribena yang dua orang ni (kakak Raihan dan adik Wafa) nak letak dekat mana sementara mommy dan abah nak kena amik dose booster ni.


Akhirnya, mommy eez dan Incik Boss hangkut je kanak2 ribena ke dua2 tempat PPV tu. Kami gilir2 jaga anak2 dalam kereta. Nak bawa sekali naik ke tempat PPV tu tak berapa berani sebab ramai orang kan. Kami tawakal je dengan harapan mommy eez sempat settle awal di Kota Damansara dan boleh terus pecut ke Subang Parade pula untuk turn Incik Boss. 



Masa dah sampai dekat PPV Emporis Kota Damansara ni, rasa LEMAH betul tengok orang ramai tengah beratur... isk isk isk...



Tapi, tak seperti yang dijangka. Alhamdulillah proses beratur sangat smooth. Tau-tau dah nak sampai ke bilik untuk ambil suntikan tu.



Alhamdulillah dah settled ambil booster dose a.k.a dos yang ke-3. Kalau lepas ni ada dos ke-4, ke-5, ke-7, ke-34, ke-182 dan seterusnya, jangan harap nak ambil lagi. 

Sebab apa? Jeng jeng jeng...


Jap kita bagi suspense dulu. Hahaha~ .


Lepas dah settled booster dose untuk mommy eez, giliran Incik Boss plak. Alhamdulillah kami sempat sampai ke Subang Parade sebelum pukul 5.30pm. Sementara tunggu Incik Boss ambil booster dose, mommy eez pun melayan la kanak2 ribena yang dah kelaparan...


*nak letak gambar tapi gambar hilang entah ke mana..."


Sehari selepas dapat jab booster tu, tiba2 Incik Boss mengadu sakit dada. Mula2 ingat macam chest pain biasa setakat sakit sekejap lepas tu hilang. Sekali berlanjutan sampai 2-3 hari. Disebabkan risau side effect dari booster tu jadi lagi teruk, mommy eez terus bawa Incik Boss ke bahagian emergency di hospital berdekatan rumah kami. 


Alhamdulillah tak ada apa yang serius. Incik Boss hanya diberi ubat celebrex untuk kurangkan sakit dada tu. Sakit dada tu rasa bila nak tarik nafas katanya. Lepas tu rasa dada tu macam ketat sikit. Apa lagi, lepas insiden tu memang Incik Boss terus ban la nak ambil dos vaksin yang seterusnya selepas ni wuwuwuwu~...


Untuk mommy eez pula macam biasa lenguh2 tangan je. Demam atau sakit2 badan tak ada, Alhamdulillah. Setakat badan lesu tu pun kejap je. Tapi bila dah tengok kesan yang Incik Boss dapat, rasa risau juga lah kalau lepas ni kena ambil lagi dos tambahan kan... haihhh... Kami semua dapat vaksin Astrazeneca (AZ) dari dos pertama sampai lah ke dos ke-3 ni.


So far, untuk family mommy eez yang lain dari kakak, abang, family in law semua yang ambil booster dose tak ada masalah. Tak ada kesan sampingan yang ketara mereka dapat lepas jab booster tu. So far yang paling terkesan Incik Boss je la. 


Nanti mommy eez sambung cerita tentang kakak Raihan plak yang baru je ambil 1st dose vaksin Pfizer untuk kanak-kanak pada 27 Februari yang lepas. Bukan senang nak decide oooiiii... Pening juga nak fikir... isk isk isk... 


Insha Allah kita berjumpa lagi dalam post yang akan datang!


Tata Titi Tutu,

Sambung lelap dulu. 😆


Lavvv,


Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

Tadabbur Quran 30 Juzuk : Kompas Juzuk 4 oleh Ustaz Syaari Abdul Rahman

Assalamualaikum semua... 

Setelah 4 bulan lebih menyepi kali ni mommy eez kembali lagi! Baru2 ni mommy eez ternampak satu post dari Ustaz Abdullah Khairi (UAK) tentang penemuan SUARA DARI PERUT BUMI. Perghhh bila dengar audio ni memang tak boleh tidur malam. Horror tahap melampau. Menurut UAK, suara tu adalah hasil kajian daripada para saintis dari Russia untuk mengetahui bunyi di bahagian dalam bumi, tapi dengan kuasa Allah SWT, terhasillah suatu bunyi yang sangat sangat sangat menggerunkan. Kalau nak tengok lebih lanjut boleh tekan link ni:


JANGAN TENGOK KALAU HATI TAK KENTAL!


Lepas tengok video tu mommy eez pun nekad untuk sambung tulis pasal Tadabbur Quran Juzuk 4... hahaha~~~ padan muka sendiri! Insaffffff terusssss!

 

Sekalipun suara dari video tu kita tak tahu sama ada sahih atau tidak, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Bagi mommy eez, cukup untuk mengingatkan kembali destinasi akhir kita semua jika hidup ni tak dapat petunjuk/pimpinan dari Allah SWT. 


Hokey sebelum kita mula, mommy eez dengan rendah diri meminta para pembaca untuk bacakan surah Al-Fatihah buat kedua2 kesayangan mommy eez, arwah Ayah dan juga arwah Along yang telah meninggal dunia pada 2 tahun lepas (2020). Semoga segala manfaat dan pahala dari post ni sampai kepada mereka berdua insha Allah. Ameeen!


Mari kita mulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


RINGKASAN JUZUK 4

disampaikan oleh

Ustaz Syaari Abdul Rahman (Tadabbur Centre)



- Juzuk 4 menceritakan bahagian akhir surah Ali-Imran (bermula pada ayat 92) iaitu tentang Peperangan Uhud sehingga ke bahagian awal surah An-Nisa' (ayat 1-23). 


- Permulaan surah Ali-Imran mengisahkan tentang keluarga Ali-Imran, iaitu keluarga ibu Nabi Isa A.S, Maryam. Ibu kepada Maryam menginginkan anak lelaki, namun Allah SWT mengujinya dengan mengurniakan anak perempuan. Lalu ibu Maryam menyangka, ianya bukanlah satu perkara yang baik. Namun, Allah SWT memujuknya dengan memberitahu bahawa anak perempuan yang dilahirkan itu bakal menjadi perempuan terbaik di dunia kerana anak perempuan tersebut ialah Maryam, ibu kepada Nabi Isa A.S. Moralnya di sini, Allah SWT mahu kita bersabar dalam menerima segala ketentuan yang telah ditakdirkan olehNya kerana hanya Dia yang mengetahui segala yang terbaik buat kita hambaNya.


- Di penghujung surah Ali-Imran ialah mengenai kisah Peperangan Uhud. Kisah ini merupakan kesinambungan dari surah Al-Baqarah tentang pertembungan antara orang beriman dan orang kafir. Di akhir surah Al-Baqarah ini, orang beriman berdoa supaya diberikan kemenangan dalam peperangan ke atas orang kafir.


- Di dalam surah Ali-Imran juga, ada menceritakan punca kekalahan orang-orang Quraisy dan juga punca kemenangan kaum muslimin dalam Peperangan Badar.


- Walaupun kaum muslimin menang pada peringkat awal semasa Peperangan Uhud, namun mereka kalah pada peringkat kedua. Allah SWT menerangkan punca kekalahan orang muslimin pada ketika itu merupakan satu kebaikan/pengajaran yang positif. Ada 3 pihak yang dipuji oleh Allah SWT di bahagian akhir surah Ali-Imran ini:

  • Para sahabat Nabi Muhammad SAW
    • Allah SWT memuji para sahabat pada ayat 172 surah Ali-Imran kerana menunjukkan keberanian yang menakjubkan walaupun mereka luka parah semasa Peperangan Uhud, namun mereka tidak berputus asa untuk kembali berperang apabila diarahkan oleh Rasulullah SAW semasa peristiwa Hamra al-Asad. 

            (Klik link ini untuk penjelasan tentang peristiwa Hamra al-Asad)


  • Kumpulan pemanah di atas bukit Uhud yang melakukan kesilapan terlanjur turun dari bukit bagi mengambil harta rampasan perang
    • Allah SWT memuliakan mereka kerana mereka bertaubat seperti yang diterangkan di dalam ayat 135 surah Ali-Imran. Mereka merupakan penghuni syurga.

  • Mereka yang syahid
    • Dinyatakan pada ayat 169 surah Ali-Imran, Allah SWT memperbetulkan fikiran para sahabat tentang orang2 yang mati syahid bahawa para syuhada' akan mendapat balasan syurga dan kemuliaan di sisi Allah SWT. Semasa Peperangan Uhud, Hamzah (bapa saudara Rasulullah SAW) dan Mus'ab bin Umayyah telah mati syahid. 

- Surah Ali-Imran ini dimulai dan diakhiri dengan ulil-albab / ulul-albab (orang yang berakal). Perkataan ulul-albab ini disebutkan oleh Allah SWT sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran. Hakikat ulul-albab ini adalah orang yang menggunakan akalnya untuk mengenal siapa Allah SWT, bagaimana keagunganNya, bagaimana kebijaksanaanNya, keadilanNya dengan melihat ayat-ayat Allah SWT. Baik ayat kauniyah (ciptaanNya) mahupun Syar'iyah (hukum Allah SWT), sehingga orang yang berakal ini semakin tunduk dan taat kepada Allah SWT. 

(Makna Ulul-Albab dalam Al-Quran)


- Pada ayat 200 surah Ali-Imran ada menghuraikan ayat 5 dalam surah Al-Baqarah iaitu keberuntungan orang2 yang beriman kepada Allah SWT.


- Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Barangsiapa yang bersahabat dan membaca 2 surah ini (surah Al-Baqarah dan surah Ali-Imran) dengan penuh penghayatan, akan mendapat 2 kawanan burung dan 2 gumpalan awan di Padang Mahsyar kelak".

2 surah ini dipanggil surah Az-Zahrawain yang apabila dibaca akan mendapat syafaat di Padang Mahsyar nanti. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Umamah, dia berkata;

"Bacalah Al-Quran, kerana ianya akan menjadi syafaat bagi ahlinya pada Hari Kebangkitan. Bacalah kamu az-Zahrawain (dua cahaya), Al-Baqarah dan Ali-Imran, maka kerana sesungguhnya ia mendatangi pada Hari Kiamat seumpama keduanya itu seperti dua awan, dua lindungan atau dua garisan kawanan burung dan akan berhujah ke atas ahlinya pada Hari Kiamat".


Ada juga yang menyebutkan sebagai "az-Zahrawaani" (dua yang cemerlang) kerana kedua-dua surah itu menyingkapkan hal-hal yang disembunyikan oleh para Ahli Kitab, seperti kejadian dan kelahiran Nabi Isa A.S., kedatangan Nabi Muhammad SAW dan sebagainya. 


Wallahualam.


Sekian, itu saja ringkasan nota yang mommy eez dapat dari video berdurasi 11:01 minit ini. Jika ada sebarang kesalahan dan pernyataan yang perlu diperbetulkan sila drop di bahagian komen ya.


Sehingga berjumpa lagi di post yang akan datang. Insha Allah.


Lavvv,


Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

Popular Posts