Review puting NUK jenis wide neck | Puting NUK sama macam puting ibu


MANA NAK CARi PUTING SAMA MACAM PUTING IBU NI⁉️


Ramai customer Mommy EEZ fenin2 lalat nak cari puting botol susu sama macam puting ibu. Jawapan ikhlas Mommy EEZ sebenarnya jawapannye NAN HADO! Tapi kalau nak cari yg lembut ala2 sama macam nipple kita semua bolehlah cari jenis latex/rubber warna kuning yang ada dari brand NUK (jenis wide neck dan slim neck ada) dan Pigeon (jenis slim neck).

Tapi dekat sini Mommy EEZ nak cerita ada customers yang memang berpuas hati dgn puting NUK jenis wide neck ni sebab bentuknya lain dari bentuk puting brand lain. Dia lebih berbentuk mengikut palate gusi baby dan material silikon pun lebih lembut dari silikon brand lain (bagi Mommy EEZ la).

Ini contoh gambar puting NUK jenis wide neck dan KENAPA bentuk puting NUK ni sebegini rupa. Sila rajin2kan diri baca note dekat gambar tu ye mommy2.



https://shopee.com.my/NUK-Wide-Neck-Silicone-Teats-0-6months-(size-M)-i.4491129.24308067

NUK Silicone Wide Neck Teats
 
Mommy boleh beli puting NUK dengan tekan button 'Buy Now' atas tu ye.



NUK Latex Wide Neck Teats

Nak lembut lagi boleh guna jenis latex juga. Malah latex lebih tahan lama sbb tak mudah koyak bila digigit. 

Ada satu lagi jenis NUK Advance Orthodontic Wide Neck Teats yang hanya terdapat dari jenis silikon. Beza puting ni dengan puting silikon biasa ialah di bahagian tengah2 puting advance ni ada bahagian yang EXTRA SOFT. Tujuan 'soft zone' dekat tengah2 puting tu ialah untuk baby lebih senang adapt bila minum susu pakai puting ni. Selebihnya yang lain bentuknya sama je.




Jangan risau sebab semua puting NUK ni dah design siap dengan anti-colic / anti kembung sebab ada lubang khas pada puting utk keluarkan angin sepoi2 bahasa tu daripada masuk ke perut comel anak2 mommy semua. Tu pasal ada cara bila anak kita minum pakai botol susu NUK ni. Boleh tengok pada gambar ni..


*semua note gambar dari NUK sourced out from Mr. Google

Inilah cara yang betul sbb kalau tak ikut mcm dalam gambar, susu boleh tumpah dan angin2 yang terkumpul dalam botol susu NUK tu pun tak boleh nak dikeluarkan. Bukan saja angin tu stuck dlm botol tp nnt termasuk dlm perut anak2 mommy.. hohoho. So hadam betul2 ye gmba ni untuk semua pembeli botol NUK jenis wide neck ❤ . Boleh apply pada botol bersaiz 5oz ataupun 10oz hokey!

Ada yg nak cari botol susu NUK comel2? Tinggalkan je komen mommy2 dekat post ni atau bole je lawati Kiddie Oasis di Facebook Page atau Instagram hokey!

Lavveyewww,

Mommy EEZ


8 comments:

  1. hai..nak tanye..kenapa ye sekarang NUX latex bila dh guna dia jadi keras..sebelum ni beli ok je..new design sekarang bila cucian pertama dgn air pns..next dh jadi keras..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke.. Maaf saya tak pasti yang tu sebab saya pun dah lama tak pakai puting NUK Latex ni. Dulu masa saya pakai untuk anak saya pun ok je. Sekarang anak saya lebih selesa dengan puting Pigeon Softouch.

      Delete
  2. Nk tanya, mcm mana nk kembangkan puting latex ni dgn cepat? Anak sy xmau puting latex baru sbb x ngam dgn mulut dia. Adoii laa x minum susu dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Honestly saya sendiri pun tak berapa sure. Tapi, mungkin boleh cuba rendamkan puting latex ni dalam air panas sebelum bagi anak menyusu. Sekurang2nya puting jadi lebih lembut disebabkan suhu yang panas. Mungkin ambil masa juga untuk puting yang baru tu jadi lembut

      Delete
  3. Hi, nak tanya puting jenis ni memang susu akan senang tumpah ye bila botol terbalik?
    Sebab letak dalam beg bila senget botol habis tumpah susu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya ada juga terima komplen dari customer tentang puting NUK ni senang tumpah sebabnya, pada puting tu ada lubang utk keluarkan angin dari dalam botol bila baby menyusu. Jadi bila nak simpan dalam beg, kena tutup dgn penutup botol susu. Penutup baru botol susu NUK dpt tutup lubang puting botol susu NUK sepenuhnya.

      Delete
  4. Botol Susu ape yg boleh match dgn putting latex nuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk yang puting NUK jenis wide neck latex boleh muat dengan botol susu autumnz, pigeon dan avent classic (tak silap saya). Kalau yang yg jenis standard neck (kurus) tak boleh fit dgn botol yang saya mention di sini.

      Delete

Popular Posts