Review Botol Susu - Avent Classic VS Avent Natural

Holaa mommy2 semua. Kali ni Mommy EEZ nak cerita pasal botol susu Avent yang ada 2 jenis; Classic dan Natural. Botol Avent atau ada yang panggil Philips Avent (nama penuh) ni memang diminati ramai sebab:

1. Kualiti botol susu ni memang TIP-TOP - nampak botol susu mahal dengan design botol susu yang agak sophisticated.

2. Antara botol susu yang branded dan senang didapati di shopping mall.

3. Banyak design cartoon comel2 dan material kukuh sekalipun material jenis plastik PP (polypropylene) biasa.

Mommy EEZ memang penggemar barangan Avent dan botol susu yang Mommy EEZ bagi pada anak anak2 Mommy EEZ ialah botol susu Avent Natural. Jom kita tengok apa perbezaan antara Avent Classic dan Avent Natural.




1. Beza dari segi bentuk puting
Puting Avent Classic berbentuk agak bulat/lurus dan tak curvy macam Avent Natural. Bagi Mommy EEZ, puting Avent Classic ataupun Natural ni sesuai untuk baby yang tak fussy dalam memilih botol susu. Shumbatlah apa saja brand botol susu, anak2 mommy pasrah dan redha saja menerima. Hehehe~


Puting botol susu Avent Classic - Fast Flow (4 holes)
*Nak cari Avent Classic Teat Medium Flow (3 holes) tekan button di bawah ye

https://shopee.com.my/Avent-Classic-Plus-Teats-Medium-Flow-(Level-3)-i.4491129.15095435
 

Puting botol susu Avent Natural yang berbentuk macam bunga/petals
*Nak beli roger Mommy EEZ via WhatsApp


2. Beza dari segi bentuk botol susu
Badan botol susu Avent Classic pun berbentuk lurus juga dan tak curvy macam Avent Natural. Bagi Mommy EEZ bila pegang botol susu Avent Natural ni rasa best dan grip lagi kuat disebabkan bentuk curve di tengah2 botol.

3. Material puting botol susu
Sekalipun material puting botol susu untuk kedua2 jenis Avent ini diperbuat daripada silikon, tetapi Mommy EEZ rasa puting silikon pada Avent Classic keras sikit berbanding Avent Natural. Itu sebab ada customer yang mengadu puting Avent Natural ini cepat koyak. Sebenarnya, puting Avent Natural ni jadi lebih lembut untuk memudahkan transition baby dari breastfeeding ke bottle feeding sekaligus dapat kurangkan 'Nipple Confuse'. So, kalau rasa baby mommy2 semua suka gigit2 puting botol, boleh pilih puting Avent Classic hokey. 

4. Design pada botol susu
Mommy EEZ lebih suka design pada botol susu Avent Natural berbanding Avent Classic sebab lagi banyak choice. Even pilihan warna pun rasanya Avent Natural lagi banyak options. Sebabnya, botol susu Avent ni mula popular bila ada macam2 design yang dikeluarkan oleh Babies 'R' Us masa botol susu Avent Natural ni tengah popular dulu sekitar tahun 2013. Sekarang rasanya lagi banyak choice kot bila Target, Walmart dan macam2 lagi dah mula keluarkan pelbagai design Special Edition untuk botol2 susu Avent ni.

5. Cara bersihkan puting dan badan botol susu
Cara nak bersihkan puting dan badan botol susu Avent Classic lebih mudah berbanding Avent Natural. Sebab berus pencuci botol susu tu lebih mudah sampai untuk bersihkan kawasan2 dalam puting dan botol susu Avent Classic. Puting Avent Natural lebih curvy dan kita kena tekan kuat pada bahagian curve dalam botol semasa pembersihan dilakukan untuk buang kerak2 susu tu. 

Nak gambar real? Haa.. cuba tengok gambar di bawah. Kalau mommy2 sebelum ni bagi anak pakai botol susu Avent Classic dan tiba2 teringin nak tukar botol susu Avent Natural boleh saja tak ada masalah! Yang pasti ring bottle tu jangan dibuang. Tengok macam mana Mommy EEZ switch ring bottle Avent Classic dengan Avent Natural dalam gambar tu:


Botol susu di sebelah kanan tu ialah Avent Natural yang dipadankan dengan ring botol susu Avent Classic. Manakala yang di sebelah kiri ialah botol susu Avent Classic yang dipadankan dengan ring botol susu Avent Natural. Gambar bawah ni lagi satu contoh botol susu Avent Natural yang dipakaikan dengan puting Avent Classic. 


So, mommy2 tak perlu risau kalau anak2 mommy dah biasa dengan puting/teat Avent Natural atau Classic sebab dua2 pun can fit each other.

Walau bagaimanapun kedua2 jenis botol susu Avent ini ialah BPA Free dan selamat digunakan untuk baby mommy2 semua. Sekarang ni Avent dah keluarkan botol susu design slim/standard. Macam Avent Classic dan Avent Natural ni jenis wide neck. Apa beza dan best antara slim/standard dan wide neck? Mommy EEZ belum dapat explore lagi huhuhu~~~ 

Hope this little information could help mommies out there to decide the best feeding bottle for your little kiddo =)

See you all in the next post!

Lavveeyewww,

Mommy EEZ

6 comments:

  1. Nak tnya, kalo just padankan teats avent classic dgn botol avent natural tanpa ubah ring boleh juga ke? Akan fits juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam puan, maaf sy baru perasan ada komen dekat sini. Kalau puan pakai teats avent classic nak padan pada ring botol avent natural memang tak fit sebab design teats avent classic dan natural berbeza. Itu sebab saya masih guna ring botol avent classic utk pakai pada botol avent natural.

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud puan ring yang kecil tu ke? Untuk avent classic plus sekarang memang dah tak ada ring kecil dalam tu. So boleh je guna ring yang besar dan juga puting avent classic tu pada botol Avent Natural sama macam gambar dekat atas. =)

      Delete
    2. Maaf, ada kesilapan teknikal masa nak reply mesej puan yg bertarikh 30/8/19 ni. Saya tertekan delete pada komen puan ni. Harap maaf atas kesalahan yg tak disengajakan.

      Delete
  3. Saya pakai yang clasicc tpi bocor pulak.susu keluar lewat sela2 teat.jdi tak nyaman,,bju babybbasah.

    ReplyDelete

Popular Posts