Showing posts with label Kids Friendly Places. Show all posts
Showing posts with label Kids Friendly Places. Show all posts

Review Rocky's Cat Club in Taman Dagang, Kuala Lumpur

LATEST CAT CAFE IN KLANG VALLEY THAT WORTH TO VISIT

Assalamualaikum kepada para pencinta kucing. Post ni memang khas untuk korang yang suka melayan kucing tapi tak mampu atau tak ada masa nak membela makhluk paling comel di atas muka bumi ini.

 

Mommy eez ialah seorang peminat kucing tegar. Dari kecil memang suka bela kucing sampailah mommy eez pregnant kakak Raihan. 2 kucing terakhir yang mommy eez bela ialah Lilo dan Anetchan. 

 

                          Anetchan

 

                          Lilo

 

Lilo ni kucing jantan jenis baka mixed Ragdoll manakala yang Anetchan ni pure DLH (domestic long hair). Mommy eez sempat bela Lilo selama 6 bulan saja sebabnya masa tu mommy eez kurang ilmu. Tak tahu yang kucing jantan boleh dimandulkan. So, bila sampai masa dia on heat, mommy eez terpaksa lepaskan dia sebab dia dah mula tak dapat kawal tahap stretttttt streetttt dia dalam rumah. Bila dah lepaskan ingatkan boleh jumpa balik, sekali hilang terus. Sedih betul. Yang Anetchan plak mommy eez sempat jaga dalam masa 9 tahun tapi akhirnya hilang bila mommy eez termarah dia sebab kacau mommy eez tengah nak solat. Masa tu mommy eez tengah sarat pregnant kakak Raihan. Hilang dekat rumah juga dan gigih mommy eez turun tangga mencari dia dari tingkat 19 sampai ke ground floor sambil menangis2. Siap ketuk pintu rumah orang lain sebab ingatkan ada orang ambil dia. Rupanya pelanduk dua serupa je. Tapi owner rumah tu tak marah pun mommy eez sebab dia faham perasaan bila hilang kucing. Anetchan hilang masa lebih kurang seminggu sebelum Incik Boss nak pergi buat haji dengan mak dan ayah mertua mommy eez. Memang sangat2 mencabar la masa tu sebab mommy eez pun baru je balik dari Australia sebab ada assignment kerja. Jadi gap jumpa Incik Boss masa tu seminggu je dan dalam masa tu lah Anetchan hilang buat selama2nya. 


Sorry tercerita kisah sedih plak. Doakan suatu hari nanti ada rezeki mommy eez dapat kembali membela kucing2 comel ni insha Allah.

 

So kalau korang nak cari port lepak best sambil layan kucing2 comel dengan baka2 mahal, jom usha tempat2 di bawah ni. Ada yang mommy eez dah pergi dan buat review so korang boleh je usha dulu sebelum pergi.

 

1. Furry Palace Catfe, Bandar Sunway, Petaling Jaya ---> (Klik sini)

2. Rocky's Cat Club, Taman Dagang, Kuala Lumpur --->

3. Cemeon Cat Cafe, Bangsar, Kuala Lumpur --->

4. Yugicat Cafe, Kota Damansara, Kuala Lumpur

5. Cat's & You Cafe, Puchong, Selangor 

6. Mao Catfe, Seri Kembangan, Selangor 

7. Cuffymeow Cat Cafe, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

8. Puchi Marry Cat Cafe, Lalaport Store, Kuala Lumpur 

9. Purrfect Cafe, Wangsa Maju, Kuala Lumpur

10. Poppy Kat, Cheras, Kuala Lumpur

11. Ragdoll Catfe

12. Seri Talam Cat Cafe, Sri Rampai, Kuala Lumpur --->

 

Mommy eez akan sentiasa update list ni bila mommy eez sendiri dah sampai ke tempat tu dan buat review. Kalau korang ada lagi tempat menarik untuk cat cafe boleh je komen dekat ruangan bawah ni hokey. 

 

Semoga membantu 😻

 

Lavvv,

Mommy EEZ 

Review Cat Cafe : Furry Palace Catfe in Bandar Sunway, Petaling Jaya

Hi semua, mommy eez kembali berblogging selepas rasa much better daripada tak sihat beberapa bulan ni. Biasa lah.. usia semakin lanjut ni memang ada je la masalah kesihatan kan. Jom, kali ni mommy eez nak share tempat para pencinta kucing boleh melepaks~~~


Cat cafe ni baru je buka sebulan sejak launching. Sekali masuk untuk seorang adult atau remaja (min. umur 12 tahun) RM20/pax selama 1 jam saja. Untuk anak2 umur bawah 12 tahun boleh masuk FREE. 
 
 
 
Dia ada juga admission fee sekali dengan set makanan dan air jadi RM30/pax tapi macam berbaloi lagi kalau buat order makanan asing sebab additional RM10 tu setakat dapat beberapa ketul sosej, fries dan air saja. Rasa makanan average saja tapi mommy eez tak ambil main dish dia lagi la. Kalau korang setakat nak lepak2 dan tak rasa lapar bolehlah ambil set RM30 tu.
 
 
*sorry gambar semua panjang2 sebab pakai camera phone. Mommy eez sejenis tak rajin nak edit huhuhu~

Tempat Furry Palace Catfe ni berada di tingkat 1 betul2 sebelah dengan kedai Barber Sky. Naik tangga sebelah dengan restoran nasi kandar tu. Mula2 kitorang ingat pun macam salah tempat tapi masa mula2 masuk tu memang akan jumpa Barber Sky dulu. Kemudian dah masuk dalam Barber Sky, belah kiri tu baru Furry Palace Catfe. Dari segi parking agak senang juga nak cari walaupun keadaan dekat situ agak crowded. Just bayar parking fee pakai apps Smart Selangor Parking je ataupun mana2 apps yang applicable. 

So macam biasa la mana2 tempat mesti ada rules dia kan.


Masa kitorg datang tu memang family mommy eez je yang ada. Tempat dia sangat selesa cuma pada mereka yang tak selesa dengan bau kucing memang akan agak turn off sikit. 
 
 
Biasalah kalau dah ada lebih kurang 10 kucing memang kuat la sikit bau kucing tu tambah2 closed area sebab air-conditioned kan. Tempat dining dia adalah tempat yang sama kita nak main2 dengan kucing so kebarangkalian untuk kucing kacau masa kita makan tu agak tinggi. Mommy eez rasa kucing2 ni bukan nak makan pun makanan kita, cuma kucing2 situ agak excited supaya kita selalu main2 dengan diorang. 
 
 
 
Kucing baka maincoon warna hitam tu paling friendly. Dia ikut je mana kita pergi asalkan dapat main2. Paling menjadi favourite kitorang ialah British Short Hair golden ni. Ada 3 ekor dan semuanya aktif2 belaka. Memang kucing2 situ tak takut orang kecuali si princess ragdoll yang terbaring atas kusyen merah tu. Itu paling sombong. Sejak kitorang sampai dan dah nak balik memang bolayan kitorang. Kitorang tak ambil hati pun sebab memang dah masak sangat dengan perangai ragdoll ni. Hihihi~
 
 
Kucing2 yang ada mostly baka mainecoon (besar gila mcm anak singa pun ye sedangkan baru umur 2 tahun). Ada juga BSH Blue, N95 (orange), ragdoll (paling sombong) dan domestic short hair (mcm stray cat yang dijaga dengan penuh kasih sayang sampai melimpah ruah lemak perutnya). Semua pun nampak happy dan seronok melayan kitorang. Mommy eez, Raihan dan Wafa memang macam orang kemaruk melayan kucing2 tu sebab masing2 rindu nak ada adik. Huhuhu~. Takpela.. mommy eez yang tak ready nak bela kucing lagi. 

Semoga terbuka la hati ni satu masa nanti untuk membela kucing aaameeen~~~
 
Lepas dah lepak dekat situ selama 1 jam, kitorang pergi makan dekat Murni Discovery yang terletak betul2 dekat depan bangunan Furry Palace Catfe tu. Makanan boleh tahan juga sedap Alhamdulillah. Mommy eez order Nasi Goreng Tomyam, Raihan order Chicken Chop, Wafa order Cheese Nan dan Incik Boss order Burger.
 
 
Bentuk piramid ye nasi goreng tomyam ni hahaha~. Alhamdulillah.. itu saja yang mommy eez nak kongsikan dalam post kali ni. Jumpa lagi dalam next post insha Allah.


Lavvv,

Mommy EEZ

Review ROTI KITAB BY NIKAFE - Tempat Makan Breakfast Sedap Shah Alam

Alhamdulillah pagi Ahad minggu lepas, mommy eez discover satu tempat makan breakfast yang best dekat Shah Alam ni. Mommy eez dan famili saja nak cari tempat makan sarapan yang ideal untuk kitorang beriadah lepas makan. Hobi kitorang selalu round2 dekat kawasan tasik naik si Mobot (e-scooter) sambil bagi Incik Boss bersenam. Mommy eez macam biasa jadi bodyguard untuk kanak2 ribena. Dah puas tanya Pak Cik Google, akhirnya kitorang decide untuk pergi ke kedai makan Roti Kitab by Nikafe di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam.

 

 

Kitorang sampai di sini lebih kurang pukul 10pagi. Mommy eez ingatkan ada ramai orang sebab weekend, tapi tak ramai sangat sebab ada yang dah beredar mungkin sebab hujan mulai turun. Kami dapat spot meja makan kayu dan muat untuk duduk 4 beranak. Orang beratur agak panjang tapi service agak laju juga. 

 


Menu yang ada di Roti Kitab ni:



Mommy eez perasan ada 1 lagi kedai lain yang bersebelahan dengan Roti Kitab ni bernama Sweet Savoury 7. Mereka pun ada menu yang tersendiri:



Berikut makanan yang kitorang order:


1. Roti Kitab Barat (dari kedai Roti Kitab) - roti bakar disaluti planta dan kaya yang tebal siap dengan dua sosej, satu telur separuh masak dan baked beans.


 

2. Roti Butter Gula (dari kedai Roti Kitab) - untuk anak bongsu yang tak berapa pandai nak makan roti. Standard rasa roti bakar gula dengan butter.

 

3. Sand Toast Melayu Campur (dari kedai Sweet Savoury 7) - sedap dan kenyang untuk anak berusia 11 tahun. Terlupa plak nak ambil gambar dish ni sebab anak sorang ni dah kelaparan. Sampai2 terus ngappp!


4. Set Omelette Cammpa (dari kedai Sweet Savoury 7) - tidak mengecewakan dengan harga yang berpatutan. Rasa sangat berbaloi.


 

5. Minuman - Kopi Vietnam & Milo Ais. Mommy eez bukan peminat kopi Vietnam sebab rasanya agak manis untuk mommy eez dan ada serbuk2 kopi di dasar cawan.


Total semua kami belanja tak sampai RM50 utk 4 orang makan termasuk air.


Lepas makan, masa untuk membakar lemak dengan beriadah di kawasan tasik yang betul2 berdepan dengan kedai makan ni. Memang berbaloi2 datang ke sini. Cuma kalau datang awal pagi waktu weekend kemungkinan susah nak dapat parking sebab kawasan yang agak terhad. Lagipun area ni betul2 dekat dengan UiTM Shah Alam dan kawasan perumahan. Banyak gazebo disediakan dekat tasik ni, so ramai juga yang buat mini event untuk birthday party ataupun photoshoot dengan pemandangan tasik yang cantik. Playground pun ada. So memang port lepak terbaik untuk famili.


Mommy eez sempatlah 2 kali round lalu trek yang disediakan dengan ride si Mobot sambil bawa adik Wafa. Hahaha~ Tak rajin nak jogging sebab baru lepas makan. Tapi, tak sampai 30 minit lepas tu, hujan pun turun dengan agak lebat. Malang pun tak berbau, kakak Raihan terjatuh plak masa tengah ride si Mobot. Memang macam2 drama plak lepas tu. Mommy eez siap terlepas appointment doktor tengah hari tu sebab tersilap waktu setting dalam kalendar phone. Aaahhh… redha je laaaa…


Apa2 pun, pengalaman yang menariklah makan di situ. Mommy eez rasa memang ramai orang yang selalu datang ke situ sebab kedai makan pun yang ada 2 tu je la - Roti Kitab dan Sweet Savoury 7. So, kalau korang jenis light eater dan suka lepak2 dekat tasik silalah ke sana ye. Kedai makan tu beroperasi dari pukul 7.30am sampai pukul 12pm tengah hari.


Itu saja review ikhlas dari mommy eez tanpa ada sponsorship dari mana2 pihak. Hihihi~



Lavvv,

Mommy EEZ

Recap 2023 : The Story of Mommy EEZ


Jangan kau ucap selamat tinggallll~~~

 

Aaahh ini semua poyo. Hihihi~~~

 

Sebelum kita ucapkan selamat tinggal pada tahun 2023, jom kita tengok di mana tempat yang mommy eez dah singgah sepanjang tahun 2023~~~~

 

 Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur

Kitorang tak puas pergi sini sebab masa dah sampai tu agak lewat juga dalam pukul 4pm. Pusat Sains ni tutup awal dalam pukul 5pm. So ada beberapa tempat yang tak dapat nak masuk. Wuwuwu~~~ Insha Allah mommy eez nak pergi lagi sekali baru kita buat review betul2 hokey.

 

 Nasyrul Quran, Putrajaya

Mommy eez suka pergi sini sebab dapat tengok macam mana mereka cetak pelbagai jenis Al-Quran di sini. Masa tu memang ada pameran Al-Quran terbesar di dunia. Ramai juga yang datang dan bagi mommy eez memang pendedahan yang sangat baik untuk anak2. Nak baca lebih lanjut boleh tekan link post review dekat bawah gambar tu ye.


Milky Way Play Space, Paradigm Mall, Petaling Jaya

Masa ni mommy eez bawa kanak2 ribena dengan anak2 Cikgu Sharmi ke sini masa cuti sekolah bulan Mac, 2023. Lama betul budak2 ni bermain dekat sini dari waktu Zuhur sampai ke Maghrib sebab seronok dapat panjat2. Yang kakak Raihan dan kakak Aisyah dah kemain berani panjat sampai atas tapi takut nak turun. Memang kelakar sangat tengok budak2 ni dengan macam2 ragam dan drama.


Hotel Casuarina, Ipoh, Perak
 
Selalunya bila turn raya kena balik Kedah, kitorang selalu akan singgah area Penang atau Perak untuk berehat sebelum sampai ke Shah Alam disebabkan super traffic jammed yang sangat teruk. So, tahun ni kitorang singgah di Hotel Casuarina di Ipoh, Perak. Best juga hotel ni dan sangat selesa. Walaupun tak sempat nak jalan2 sangat sebab masing2 super penat tapi nanti mommy eez share post review untuk hotel ni. So korang bolehlah tengok interior bilik family room hotel ni.


Rocky's Cat Club, Taman Dagang, Kuala Lumpur

Tempat ni antara tempat favourite mommy eez dalam tahun ni. Tempat yang sangat best untuk kita healing2 dengan kucing. Rocky's Cat Club ni memang deserve a post review sebab kucing2 yang ada dekat sini sangat bersih. Tempat lepak dia pun best, bersih, rasa macam ala2 dekat rumah dan sambil layan kucing boleh layan coffee juga. Mommy eez sempatlah berdrama dengan seekor kucing diva dekat situ. Huh~~~ Nanti mommy eez update post ni dengan link post review tu hokey.


 iCity Theme Park, Shah Alam

 iCity ni boleh dikatakan sekangkang kera je dari rumah mommy eez. So, patut tak masuk dalam list tempat2 menarik nak pergi. Boleh kata tiap2 kali cuti sekolah mesti pergi sini hahaha~ Tapi sebab masa pergi ni adik Wafa dah besar. Dulu2 pergi, dia macam belum ada perasaan sangat sebab masa tu tengah undergo speech delay therapy. DIa macam tak ada confidence nak mengekspresi apa yang dia rasa. Sekarang Alhamdulillah speech dia dah byk improve so dia plak yang excited nak main semua permainan. Yang kakak Raihan plak dah tak ada perasaan sebab mostly permainan dia tak lepas dari segi ketinggian sebab dah over-qualified. Wuwuwu~~~ tu lah benda tak best bila anak beza tahun agak jauh. 

 


 Sekinchan, Selangor

 Inilah tempat paling menarik yang mommy eez pergi tahun lepas. Mungkin ramai orang rasa tak feel langsung setakat nak layan sawah padi, panas dan tak ada apa2 aktiviti menarik pun nak dilayan tapi... bagi orang macam mommy eez yang sangat suka sightseeing, sangat menghargai keindahan alam dan tak berapa kuat nak buat aktiviti2 berat, SEKINCHAN IS AMONG THE BEST PLACE FOR HEALING!

Tempat ni sangat sesuai untuk expose anak2 terutama yang tak duduk dekat rumah atas tanah, kenal sawah padi (sedangkan kitorang kalau balik Kedah, selalu je lalu sawah padi ni, tapi tak pernah berhenti nak ambil gambar dan feeling2). Boleh tengok secara dekat dan yang paling best, kitorang layan ATV ride dekat sawah padi! Silalah pergi membawa anak2 ye kawan2 sekalian. Mommy eez stay 1 malam je dekat situ tapi memang berbaloi2!!!!

 

KF Kiddy Circuit Ride, MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur

Last cuti sekolah tahun ni, mommy eez dan Cikgu Sharmi (bestie mommy eez sejak sekolah menengah) bawa anak2 lepak dekat MyTown Shopping Center. Lepas dah bawa budak2 ni main 3 playground besar sebelah IKEA shopping centre tu, kitorang pun bawa budak2 ni main mini go-cart dekat KF Kiddy Circuit Ride ni. Budak2 ni happy sebab boleh bawa sendiri dan lama juga diorang pusing dalam tu. Yang mak2 ni semua melebihi 60kg tak berani nak ambil risiko untuk main sekali sebab mahu semput go-cart tu kitorang kerjakan hahaha~~ 


So, tak banyak tempat menarik sangat pun kitorang pergi tapi mommy eez bersyukur sebab masih lagi diberi kesempatan untuk luangkan masa dengan famili sekalipun tempat yang kitorang pergi sempoi2 je. The most important is the quality time we spent with the family not the quantity. Buat apa pergi jauh2 tapi anak2 tak sihat, plan ke laut dan akhirnya pergi dapat penat dan moody kan. So kita chill2 je. Ada rezeki lebih kita jalan jauh lagi hokey, aaameeen.


Lavvv,

Mommy EEZ

Jalan2 di Nasyrul Quran Putrajaya - Pusat Percetakan Al-Quran kedua TERBESAR di dunia

Korang tahu tak dekat Malaysia ni ada kilang percetakan Al-Quran yang besarrrrr? 

Korang tahu tak Nasyrul Quran di Putrajaya adalah pusat percetakan KEDUA TERBESAR di dunia selepas Pusat Percetakan Al-Quran Raja Fahd di Madinah, Arab Saudi?

Pada bulan Januari lepas, mommy eez dan famili sebelah Incik Boss berkesempatan untuk melawat Nasyrul Quran Putrajaya yang terletak di Presint 14. Masa tu kebetulan ada Festival Al-Quran dan Artifak Islam dari 23 Januari sehingga 29 Januari 2023. Ramai juga pengunjung masa tu dan bangunan Nasyrul Quran Putrajaya ni sangatttlah besar dan luas. Ada juga gerai2 makanan yang dibuka beserta pameran abam bomba. Tapi abam bomba sado tak ada lah hahaha~

Jom kita layanzzz gambar2 amatur yang ada. Sorrylah gambar mostly beshe2 je sebab mommy eez sejenis ambil gambar mana yang dan. Dengan nak mengejar kanak2 ribena lagi, nak makanlah, mengantuklah, kaki sejuklah dan macam2 lagi drama, maka gambar yang ada ni pun dah cukup satu kejayaan untuk mommy eez. Hihihihi~~~


Pintu gerbang siap ada biduk dekat depan. Nak masuk kena tanggalkan kasut tau. 


Yang ni pula bahagian dalam bangunan. Dalam bangunan ada jualan pelbagai jenis Al-Quran terjemahan, tafsir dan buku2 aktiviti berkaitan dengan penulisan Al-Quran. 



Ada juga penerangan tentang cara pengumpulan mushaf dan dikumpulkan menjadi Al-Quran.



Sambil2 tu, ada juga pameran artifak Islam seperti pedang sahabat2 Rasulullah SAW. Mommy eez tak sure lah sama ada artifak tu hanya replika atau betul2. Kalau betul2 mesti dah masuk dalam bekas kaca kan.. Tapi dibiar terbuka macam tu je. Apa2 pun seronok juga menghayati seni pedang tu sendiri dan mommy eez tak boleh bayangkan betapa kuatnya sahabat2 Rasulullah SAW membawa pedang2 tu. Boleh tahan besar juga.





Ada juga pameran buku sirah tentang Nabi Muhammad SAW yang bersaiz terbesar di dunia dan juga kain kiswah Kaabah...





Akhir sekali, kami pergi melawat tempat kilang di mana Al-Quran dihasilkan.




Masa ni kilang tak sepenuhnya beroperasi tapi ada lah demo sikit yang mereka tunjukkan. Sambil2 melawat tu dapatlah juga berinfaq bagi mereka2 yang memerlukan Al-Quran. 

Memang selesa bawa anak2 ke sini sebab tempatnya sangat besar dan anak2 pun boleh berlari2 dengan gembira tapi dengan pantauan mak ayahlah. 

Selain itu, ada disediakan kaunter2 terbuka bagi mereka yang nak check bacaan Al-Quran mereka dan disemak oleh pegawai2 yang bertauliah. Kemudian, ada juga pameran artikak oleh orang2 Palestin. Kakak Raihan dan adik Wafa sempat menge-pow abah diorang dengan badge Islamik sampai 4 keping. Kalau dengan mommy memang dapat seorang 1 je la..huh!

Akhir sekali, kitorang pun menamatkan sesi lawatan sambil belajar dengan makan malam di salah satu restoran seafood di Putrajaya. Mommy eez tak ingat plak nama restoran tu tapi boleh tahan sedap juga, Alhamdulillah. 

Hokey, itu saja sharing mommy eez untuk post kali ni. Mommy eez cuba sedaya upaya tak nak membebel panjang sangat sebab sedang melatih diri menulis post seringkas mungkin dan siap tepat dalam masa 1 jam saja. Perghhh! Berlambak lagi tempat jalan2 yang mommy eez nak review. So, tungguuuuu~~~

Sehingga berjumpa lagi dalam post yang lain, insha Allah.


Assalamualaikum.


Lavvv,

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

Popular Posts