Photo source - Pak Cik Google
PERNAH TAK MOMMY2 AMBIL TAHU APA BAHAN BUATAN BOTOL SUSU ANAK ANDA?
Botol susu ni banyak jenis. Ada yang jenis plastik biasa. Plastik tebal sikit. Ada jenis plastik keruh. Ada yang plastik tapi nampak macam kaca.. Hohoho.. mostly mommy2 mesti nak beli yang design cantik saje kan. Sebagai ibu2 yang terlebih prihatin, kita kenalah ambil tahu apa jenis2 material botol susu yang kita belikan untuk bayi comel kita.
Jom check apa jenis botol susu anak kita tu:
1. Polypropylene (PP) - jenis plastik standard utk brand Avent, Tommee Tippee, NUK, Pigeon dan lain2. Plastik PP ni pun berlainan kualiti bergantung kepada brand. Ada yang nampak tebal dan ada yang nampak nipis. Botol jenis plastik PP ni mampu bertahan kepanasan sehingga 120degC. Namun, jangka hayat botol agak pendek sekitar dalam 6 bulan saja untuk 1 botol yang digunakan berterusan. Ini kerana bahan kimia seperti Bisphenol-A (BPA) akan terbebas disebabkan kekerapan mensteril, boiling dan terkena air panas.
2. Polyethersulfone (PES) - jenis plastik keras dan lebih tegap dari plastik PP. Ada pada brand Avent dan juga brand lain. Botol ni pun ala2 kaca cuma warna dia jernih kekuningan. Sangat long lasting compared to plastik PP. Kalau jatuh pun tak senang kemek la.
Photo source - Pak Cik Google
3. Polyamide (PA) - jenis plastik keras tapi warna putih clear. Ada pada brand NUK. Material botol susu jenis Polyamide (PA) ni memang cantik. Boleh see-through. Keras pun ye dan tahan lebih kuat dari plastik PP.
4. Kaca - memang tahan lama tapi kena pakai 'sleeve' utk tahan haba bila baby pegang. Lagi satu botol susu jenis kaca ni bole tahan berat juga. So kalau baby bawah setahun tu memang kena tolong pegangkan botol susu masa feeding time tu
Photo source - Pak Cik Google
5. Polyphenylsulfone (PPSU) - jenis plastik keras berwarna kuning keruh. Ada pada brand Pigeon dan Autumnz. Botol jenis ni tak banyak beza dari jenis PES. So far memang paling hotselling la dekat online shop Mommy EEZ di Baby Oasis. Autumnz ni pun baru je keluarkan botol susu terbaru dengan material PPSU ni. Kalau nak cuba jangan segan silu tinggalkan komen ataupun trace anda di mana2 saje di blog ni hokey!
Mostly botol yg jenis plastik keras ni macam PES, PPSU dan PA; feature dia mmg lebih kuat dan tahan lama berbanding standard plastik polypropylene. Sebagai contoh macam PPSU bole tahan suhu sampai 180degC berbanding plastik PP sampai 120degC je. Fizikalnya umpama gabungan antara plastik dan kaca. Mommy EEZ saje tak masukkan botol jenis Policarbonate dlm list sbb botol susu jenis ni dah DIHARAMKAN sbb bukan BPA Free. Kesemuanya jenis botol susu yang Mommy EEZ mention di sini semuanya BPA Free tau. Hapekebenda BPA tu.. boleh refer post ni ---> 'Bila nak tukar botol susu?'
Jadi AMBIL TAHU jenis botol susu anak anda walaupun designnya comey2 skali 😎 hokey!
Lavveyeww,
Mommy EEZ