List Cerita Best Nak Layan di Netflix

Hi, Assalamualaikum semua...

Sepatutnya malam ni nak sambung tulis nota My Quran Time. Tapi rasa macam dah lewat malam so sel2 otak semua dah malap je. Tiba2 rasa macam nak tulis list cerita2 BEST yang ada dekat Netflix yang boleh anda semua tonton. Bagi mommy eez bila tengok cerita2 ni, memang berbaloi2 masa yang dihabiskan hahahaha~

Memula sekali, mommy eez suka layan cerita movie berbanding TV series sebab duration movie tak lama. Mommy eez tak ada banyak masa nak spend time tengok cerita lama2. Kerja rumah dan Kiddie Oasis Online Store berlambak2 nak buat. Even kalau ada movie yang panjang sampai 3 jam memang tengok pun separuh2. Jarang dapat tengok sekali harung habis semua dalam 1 masa. Melainkan TV series yang SUPER BEST macam Sherlock Holmes yang Benedict Cumberbatch (berlakon jadi Dr. Strange dalam Avengers tu) dan Martin Freeman (jadi John Watson, BFF Sherlock Holdmes) tu, memang mommy eez sendiri cannot help myself to stop watching. Hahaha~ . Kadang2 layan sampai pukul 2-3 pagi. Lepas tu bangun pagi esok tu menyesal sebab layan benda2 lagha 😆

Selalunya, kriteria yang mommy eez tengok pada cerita tu sebelum nak layan ialah:
1. Pelakon - kalau terkenal dan mommy eez suka tengok memang layankan je walaupun cerita tu tak ada lah best mana pun. 
2. Based on true story
3. Action and Adventures
4. Kisah2 penyiasatan macam Sherlock Holmes dan Accidental Detectives (ni cerita lawak but at the same time agak scary untuk yang 1st episode)
5. Documentary
6. Animation macam Ejen Ali, Boboiboy, Final Fantasy, Alita: The Battle Angel dan Ready Player One
7. Historic

Bawah ni list cerita yang mommy eez dah tengok dan mommy eez bagi sikit review untuk rujukan bersama. Cewwaahh macam la nak share pasal issue semasa kan sedangkan hiburan je semata2. Hihihi~


Movie / Telemovie:

- The Hunger Games (all 4 sequels : The Hunger Games, Catching Fire, Mockingjay Part 1 and 2)
Suka cerita ni sebab lain daripada yang lain walaupun tahap kekejamannya sangat tinggi. Tak berapa sesuai ditonton bersama2 dengan kanak2 bawah 12 tahun. Heroin perempuan dalam movie ni ialah Jennifer Lawrence yang berlakon jadi Mystique dalam movie X-Men.   


- Star Trek
Mommy eez peminat Chris Pine yang sangat handsome! Muahahahah~


- Star Trek Into the Darkness
Chris Pine berlakon lagi!


- Bird Box
Mommy eez teringat masa awal2 tengok cerita ni, mommy eez tengah dalam proses recover dari terkena serangan Panic Attack. Baru intro dalam 5-10 minit, mommy eez terpaksa tukar cerita lain sebab jantung dah start laju sebab nervous sangat. Hahaha~ Lepas beberapa bulan, bila dah reda sikit baru tengok balik cerita ni. Memang sangat saspen dan BEST! Main actress dia; Sandra Bullock.


- Ready Player One
Cerita ni sebab gabungan antara animation dan orang betul. So bolehlah layan walaupun jalan cerita agak cliche' tapi content lain dari yang lain.


- Puteri Gunung Ledang
Kalau suka cerita2 sejarah Melayu lama, silalah layan movie ni. Mommy eez ni memang jiwa seni tradisional lama sebab dulu2 masa sekolah rendah, arwah Ayah selalu bawa pergi tengok teater kanak2 dekat studio Matic, Jalan Ampang KL. Sekarang ni, kalau tak silap mommy eez, dekat situ dah jadi ASK (Akademi Seni Kebangsaan). Pelakon utama pun memang sangat legend; M. Nasir dan Tiara Jaquelina. Mommy eez suka sangat dengar bahasa yang diorg guna, pemandangan dalam filem tu dan juga costume. Tapi satu je mommy eez kureng sikit cerita ni. Jalan cerita dia AGAK SLOW. Sebab nak tunjuk Hang Tuah feeling2 dengan Puteri Gunung Ledang tu semua...


- Kartini 
Yang ni merupakan Indonesian histroric movie. Seriously BEST! Pelakon utamanya ialah Dian Sastrowardoyo. Cerita ni based on true history di mana perempuan sering dianggap sebagai hamba atau perhiasan dan tiada hak untuk menimba ilmu. Kartini ni merupakan tokoh yang mengangkat martabat wanita dan juga rakyat biasa dalam pendidikan di mana pada zaman itu, hanya golongan bangsawan saja yang mampu untuk mendapatkan peluang pendidikan.


-Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Cerita ni hasil karya Buya Hamka. Jalan cerita agak slow tapi penuh dengan budaya dan kecantikan bahasa. Reza Rahadian pegang watak antagonis dalam cerita ni.


- Habibie dan Ainun
Yang ni pun based on true Indonesion history. Siapa tak kenal mantan Presiden Indonesia B.J. Habibie, bekas jurutera yang sangat genius dan sangat berintegriti. Beliau hanya memegang jawatan Presiden Indonesia hanya dalam masa setahun je. Mungkin sebab tahap skema beliau sangat melangit jadi ramai ahli politik yang tidak berapa menyokong beliau. Wallahualam. Yang pasti 2 pelakon hebat yang membuatkan mommy eez nak tengok movie ni iaitu Bunga Citra Lestari (BCL) dan Reza Rahadian. Part tak best dalam cerita ni ialah, jalan cerita agak slow dan banyak bercakap. Tapi mommy eez tak kisah sebab suka sangat tengok lakonan BCL dan Reza Rahadian hihihi~


- Rudy Habibie
Movie ni merupakan kesinambungan movie Habibie dan Ainun. Kali ni mengisahkan flashback cerita semasa B.J. Habibie sedang merantau di Germany untuk melanjutkan pelajaran. Moral yang paling best dalam cerita ni ialah, setiap kali Rudy Habibie (B.J. Habibie) dalam kesusahan, beliau pasti akan menunaikan solat sunat. Tak kira di mana, hatta di dalam church sekalipun beliau sanggup asalkan dapat menunaikan solat di waktu beliau dalam kesedihan. Tinggi betul akhlak beliau jika benar apa yang digambarkan di dalam filem ni. Jalan cerita agak laju dan tak bosan langsung. Terbaik! Pelakon utama ialah Reza Rahadian, cuma BCL tak ada lagi masa ni sebab pada zaman tu, watak Ainun masih belum hadir lagi dalam hidup Rudy.


- Guru Bangsa Tjokroaminato
Haaaa kenapa mommy eez banya sangat layan movie Indonesia ni??? Sebab bila mommy eez tengok TV, kanak2 ribena selalu ada menemani di sisi. Jadi, tak dapekla nak layan cerita heavy2, thriller ke, 18SG dan etc. So, terpaksalah buka cerita selamat. Movie ni based on true Indonesian history. Lagi sekali pelakon utamanya ialah Reza Rahadian. Beliau bukan setakat handsome, tapi sangat versatile dalam lakonan. Campaklah apa saja watak pada dia, sure dia 'kunyah' habis-habisan! Puas hati tengok kualiti lakonan dia.




- The Twilight Saga (all 5 sequels : Twilight, New Moon, Eclipse, Breaking Dawn Part 1 and Part 2)
Cerita ni memang hot dari zaman mommy eez sekolah menengah lagi. Siap kitorang ada group Team Edward dan Team Jacob. Mommy eez sure la pilih Team Jacob sebab tak berapa minat sangat si Robert Pattinson tu. Love story yang sangat epic. Boleh dilayan bersama suami di sebelah. Cecece~


- Pulang 
Cerita ni mengisahkan kisah cinta yang tidak dapat diungkapkan sepenuhnya. Memang sedih je memanjang cerita ni. Ada jugalah part happy tapi bahagian permulaan tu je la. Mommy eez suka sinematografi cerita ni sebab guna teknik CGI. Cantik dan memang berkualiti. Movie ni pun berdasarkan true story dari family Datuk Ahmad Izham Omar (CEO Primeworks Studio). Pelakon utamanya ialah Remy Ishak. Azrel Ismail pun ada juga berlakon sebagai anak kepada Remy Ishak. Memang ada rupa seiras dua2 pelakon ni. Jalan cerita pun agak laju. Memang boleh layanlah~~ 


- Paskal
Movie ni masa permulaan tengok tu macam skema je. Tapi lama2 BEST sebab dapat tengok beberapa perkara yang kita tak pernah tahu tentang ahli2 PASKAL ni. Ada juga part2 kelakar. Boleh kata action movie ni, another 'level' compared to any other Malay movies and mommy eez guarantee worth your free time.


- All Because of You
Cerita ni very light. Setakat nak gelak2 dan happy2 bolehla layan cerita ni. Dibintangi oleh Hairul Azreen dan Janna Nick. Dua2 pun comel. Bertambah comel bila Namron berlakon jadi  lelaki lembut. Kalau tak kenal siapa Namron sila google. Beliau adalah antara pelakon2 legend di Malaysia.


- Aquaman
Jalan cerita movie ni cliche je tapi sebab suka tengok animation dan idea dalam cerita ni lain dari yang lain so tengok banyak kali pun still layan. Hihihi~


- Dangal
Inspired by a true story pasal woman wrestler dari India. Main cast Aamir Khan. Cerita ni pun best. Boleh dilayan seisi keluarga. Tengok banyak kali pun still terpaku depan TV hihihi~


- Bajrangi Bhaijaan
Cerita ni pun comel dan sesuai untuk ditonton bersama anak2. Lagu2 dalam cerita ni pun best sangat. Pelakon utama dalam movie ni ialah Salman Khan dan seorang kanak2 perempuan yang sangat comel. Dalam cerita ni ada menyentuh tentang pertembungan agama Hindu dan agama Islam serta hubungan negara antara India dan Pakistan. 


- Instant Family
Movie ni dilakonkan oleh Mark Walhberg. Movie ni mengisahkan tentang satu married couple yang tak ada anak, dan mereka adopt 3 beradik dari Mexico untuk dijadikan sebagai anak angkat. Ingatkan cerita ni macam cliche tapi jalan cerita dia sangat best! Sila tengok dengan anak2 korang. Mana yang tak ada anak, boleh ajak anak kucing tengok sekali hihihi~


TV Series:

- Sherlock Holmes BBC TV Series (featuring Benedict Cumberbatch and Martin Freeman)
- The Suit 
- The Blacklist
- Gilmore Girls (feeling2 BFF between mom and daughter)
- Brooklyn 99 (TV series yang super lawak)


Mommy eez tak berapa layan sangat cerita yang suka caruts2, gay/lesbian dan 18SX yang terlalu melampau. Mommy eez rela layan documentary daripada nak layan cerita2 macam ni sebab kadang2 rasa macam aksi 18SX je lebih tapi jalan cerita entah apa2. 


So far tu je la yang mommy eez suka tengok. Kalau ada lagi nanti mommy eez update hokey. Atau kalau korang ada movie lain yang best, jangan memalu drop komen di bawah. Boleh mommy eez layan bila free hihihi~



Popular Posts