Showing posts with label Mommy EEZ milestone. Show all posts
Showing posts with label Mommy EEZ milestone. Show all posts

Selamat Tinggal www.kiddieoasis.com.my ~~~

Hi semua, mommy eez ada satu pengumuman nak dibuat berkenaan dengan Kiddie Oasis Online Store. Setelah hampir 9 tahun online shop ni beroperasi, mommy eez dengan rasa rendah diri nak maklumkan yang kedai ni...


MASIH BEROPERASI SEPERTI BIASA!!!


MUAHAHAHAHAH~


Sajaaaaaaa nak bagi poyo je ingatkan Kiddie Oasis Online Store dah kena tutup. Sebenarnya, sales sejak mula tahun lepas lagi sangat2 tak memberangsangkan. Berbanding masa tahun 2020 sehingga 2022, mommy eez masih lagi mampu nak maintain official website Kiddie Oasis dengan SiteGiant. Tapi mulai tahun ni mommy eez terpaksa hentikan subscription dengan SiteGiant dan opted for other alternative. Profit semakin ke laut dalam dan mommy eez sendiri semakin terkapai2.

 

Goal mommy eez untuk online shop ni ialah beroperasi tanpa mengeluarkan modal besar yang melibatkan duit. Maka, bermulalah mommy eez mencari website developer yang boleh offer FREE e-commerce website. Survey punya survey, terjumpalah mommy eez dengan freewebstore yang ada free plan untuk buat e-commerce website. Walaupun developer website ni dari US, tapi mommy eez rasa requirement untuk free plan ni agak berbaloi. Cumanya buat masa ni mommy eez tak dapat nak transfer domain www.kiddieoasis.com.my direct ke website baru yang under freewebstore ni sebab still perlukan bayaran tahunan untuk maintain dengan domain asal tu. Takpelah yang penting website baru ni mampu berfungsi seminimal yang boleh. Payment gateway yang available hanya menggunakan Paypal. Bagi mommy eez dah cukup sebab sales yang datang dari website agak jarang dapat. So website ni perlu ada dengan tujuan brand awareness dan dapatkan trust daripada customer. Dan benda paling tak best, mommy eez kena start from ZERO balik nak design dan masukkan produk2 yang masih relevan. Korang boleh usha2 website terbaru untuk Kiddie Oasis Online Store di sini:

 

 Official Website Kiddie Oasis yang baru!

dengan domain yang baru...

 https://kiddieoasis.my-online.store/

 

Alhamdulillah, mula2 agak ragu2 juga lah nak bermula semula. Tak sangka mommy eez ambil masa dalam 2 bulan lebih untuk develop semula website Kiddie Oasis Online Store berbanding masa guna Sitegiant tu dalam 4 bulan lebih sebab nak setup payment gateway dan macam2 setting tu semua agak leceh juga. Malah interface dia sangat mudah dan senang nak maneuver. Kalau korang teringin nak ada website e-commerce yang free macam ni, boleh la try dekat freewebstore tu ok. Paling best, kita boleh upload UNLIMITED PRODUCT dekat situ. Hohohoho~

 

TAPI...

 

Kalau korang nak dapatkan nama domain cun2 akan ada bayaran dan bayaran dalam USD. Pakej website dia range dari harga lebih kurang RM100/bulan ke RM1250/bulan. Mahal kan sebab mommy eez kena convert price dari USD ke MYR. So, kalau kata mommy eez nak upgrade website baru ni untuk dapatkan lebih banyak features memang kena bayar. Boleh refer dekat link bawah ni untuk pakej website:

 

FREEWEBSTORE PLANS PRICING

 

Ada juga website developer yang lain dengan harga berpatutan macam Woo Commerce dalam lebih kurang RM500/setahun ataupun Easy Store tapi mommy eez tetap pilih ZERO COST. Selain itu ada juga yang pakai Wordpress, Weebly, Blogspot sebagai landing page website bisnes yang mana FREE juga tapi mommy eez lebih suka website yang berbentuk e-commerce. Di samping create trust dan branding, kadang2 ada customer yang suka nak place order direct dekat website. So website berbentuk e-commerce sangat2 membantu.

 

Hokey, itu saja yang mommy eez nak inform dekat korang semua. Walaupun 6  bulan pertama tahun ni mommy eez agak lost dalam hala tuju Kiddie Oasis Online Store ni, insha Allah mommy eez tengah kick-start balik dan walaupun progress agak slow and steady, mommy eez tetap teruskan dengan niat dapat sebarkan kebaikan melalui buku2 yang mommy eez jual. Semoga Allah SWT terima segala usaha mommy eez dan permudahkan segala urusan dalam urusniaga bisnes comel ni.. Allahumma ameen.

 

Opsss, mommy eez nak bagitahu juga Kiddie Oasis Online Store masih valid di Shopee, Lazada dan yang terbaru di TikTok. So jom follow dekat link bawah ni ya:

 

TikTok Kiddie Oasis


Lavvv,


Mommy EEZ

Kad Pengenalan untuk anak berumur 12 tahun

Ya ampun~~ azam tahun ni ke laut juga! Baru ingat nak publish 1 post sehari hahahaha~ cita2 tinggi melangit. Sejak cuti sekolah bermula, memang masa mommy eez banyak dihabiskan untuk menghadap dua kanak2 ribena dekat rumah ni. Haih~~~ mode bertabah. Macam2 mode kena switch bila cuti sekolah ni. Mode pasrah ada, mode lemau ada, mode naga ada, mode dinosaur ada, mode godzilla ada, mode kucing ada macam2 lahhhhh~

 

Tapi, mommy eez bukan nak cerita pasal cuti sekolah. Nak cerita yang kakak Raihan dah boleh buat IC/kad pengenalan biru dewasa!!!! Uwaaaa~~~ another milestone has been reached and that indicates another year older for me! Yihhhh~~~

 

12hb Februari baru ni, kakak Raihan genap masuk 12 tahun. Alhamdulillah. dah jadi anak dara pun anak sulung mommy eez ni. Tinggi pun tak lama lagi dah nak sama dengan mommy eez. Berharap jangan melepasi lebih dari 170cm sudah. Jenuh mommy dia nak mendongak nanti. 

 



Maka, tadi mommy dan abahnya gigih bawa lah anak dara ni pergi buat IC di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Shah Alam. Nak buat IC ni tak boleh lewat dari sebulan dari tarikh lahir anak tau sebab boleh kena denda dalam RM10. Korang boleh refer link di bawah ni untuk syarat2 permohonan dan dokumen yang diperlukan untuk buat IC/kad pengenalan anak.


Permohonan MyKad bagi kanak-kanak berumur 12 tahun

 

Tak susah mana pun. Mommy eez hanya bawa 3 ni je:

1. Kad MyKid (warna pink)

2. Surat beranak

3. Tuan punya badan yang nak buat IC la. Nanti nak kena ambil gambar. Takkan nak ambil gambar mak dia pula kan. HIhihi~

 

Selain itu, anak mesti ditemani oleh parent atau penjaga yang sah. Borang boleh didapati di kaunter JPN dan diisi on the spot masa kami sampai di JPN. Pastikan anak perempuan memakai tudung yang berwarna gelap untuk memudahkan gambar diambil. Kebetulan masa tu, kakak Raihan pakai tudung cerah warna kelabu, terpaksalah pinjam tudung hitam yang disediakan oleh JPN.


Bila pegawai JPN suruh tukar tudung untuk ambil gambar, kakak Raihan dah buat muka poyo dia. Bila dah sudah ambil gambar, masuk je dalam bilik persalinan...


Raihan: Mommy, Raihan tak suka lah tudung hitam ni. Nampak muka Raihan jadi bulat.


Mommy: Lah.., memanglah muka bulat. Habis tu, takkan muka Raihan bentuk kotak plak?


Raihan: Eee mommy, Raihan bukan Adudu laa. Raihan nak muka bentuk oval.


😂😂😂😂😂😂


Kemain ye nak muka bentuk oval. Dah ada bibit2 nak bergaya nampaknya. Tapi masih lagi style 'cowboy'. Dahlah pergi JPN pakai seluar track-suit celoreng2 askar 😂😂😂 . Mommy selalu cakap dekat dia, "Awak ni budak2 lagi tapi terperangkap dalam badan orang dewasa dengan ketinggian ~155cm. Ikut awaklah nak jadi budak2 tapi jangan main lompat2 dan menari2 tengah2 public ni sudah. Naya orang tengok pelik je nanti". Yang si adik masih lagi gembira main lompat2 dan menari2 bila dengar lagu walaupun di tengah2 khalayak ramai. Kadang2 kakak Raihan pun serba sikit terpengaruh juga dan akhirnya dua2 orang menari boria dekat situ. Tak ada lah lama. Dalam beberapa saat je. Tapi walaupun dalam beberapa saat pun, malu juga la mommy menengokkan telatah budak2 ni. Dah sudah menari, main kejar2 plak dalam kedai. Mommy pun naik pening tengok perangai memasing. 


Kita redha je la, yang penting sihat, gembira dan Allah sayang insha Allah. Alhamdulillah masa JPN proses untuk kad pengenalan tu memang pantas tak sampai 1 jam sebab Incik Boss dapat fast lane dengan alasan petang nanti nak kena pergi office ada meeting. Kebetulan Incik Boss pun nak tukar IC baru sebab IC lama dah patah. Tapi sebab masa tu dah nak masuk waktu rehat lunch, so Incik Boss ambil kad pengenalan yang dah siap tu dalam pukul 4pm lepas dia habis meeting. 

 

Mommy eez dah tukar juga IC sebelum ni dengan alasan, gambar dekat IC dah tak sama dengan muka sekarang. Cisss, sentap mak nok! Ye laaa... kita kena terima lah hakikat kita semakin dimamah usia... Uwaaaaa~~~

 

Hokey, itu saja nak membebel kali ni. Jumpa in the next post. Insha Allah!



Lavvv,

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

UPKK 2023 DITANGGUHKAN?

DRAMA HARI INI...


Kecoh kejap hari ni bila anak2 yang ambil UPKK terpaksa direhatkan daripada menduduki peperiksaan kertas Sirah. 

 

 

Boleh tekan pada gambar untuk melihat original post dari JAKIM


Peperiksaan kertas Sirah #UPKK hari ni dibatalkan disebabkan berlakunya perlanggaran SOP oleh salah sebuat pusat pemeriksaan/sekolah. Kemudian, JAKIM kata nak tangguh paper Sirah ni pada hari Selasa depan (23/1/24), iaitu pada hari yang sama budak2 ni ada paper Bahasa Arab. Terkejut beruklah mommy eez dengan berita ni pagi tadi. Bertambah risau bila budak2 nak kena hadap 2 paper killer dalam 1 hari. 2 subjek ni memang agak berat sebab melibatkan lebih banyak hafalan berbanding subjek lain. Paper Bahasa Arab tu saja akan ambil masa 2 jam untuk dijawab. Dahlah budak2 yang ambil exam UPKK ni baru je berumur 11 tahun dan pertama kali nak ambil ujian besar dalam hidup diorg. Mahu berasaplah kepala diorg hari Selasa nanti...


Mommy eez pun lepas dapat berita ni, terus menyerbu ke page JAKIM dan terus meluahkan kerisauan yang terbuku di dada. Hahaha~. Semangat tau tulis komen dgn harapan JAKIM boleh considerate. 


 

Alhamdulillah petang tadi, ada parent share dalam group kelas kakak Raihan yang JAKIM setuju untuk asingkan subjek Sirah ke hari seterusnya iaitu hari Rabu depan (24/1/24). Legaaaaa mommy eez dengar. Tak sangka JAKIM boleh bertoleransi dengan keadaan anak2 dan juga komen2 dari ibu bapa. Ada yang marah dengan kejadian ni, tapi untuk mommy eez benda dah jadi nak marah pun tadaguna. It's beyond our control pun.



 

So, petang tadi mommy eez ambil kakak Raihan dari sekolah dengan harapan happy lah sikit anak sorang tu sebab dapat rehat kejap dari exam. Sekali dia membebel..

"Penatlaaaahhh orang dah ready and study tiba2 kena tangguh plak. Letihlaaah nak tunggu habis exam..."

Mommy eez pun terpaksalah pujuk..

"Apa boleh buat benda dah jadi. Takdir Allah tak ada siapa boleh halang. Mana tahu mungkin apa yang Raihan jawab dalam paper Sirah minggu depan jadi lebih baik dari hari ni wallahua'lam. Mana Raihan nak?"

Terus dia tersengih2. Allah lebih tahu apa yang kita tak tahu walaupun kita rasa macam nak question apa yang jadi. Baik redha je walaupun ambil masa hati tu nak jadi tenang. Siapa kita untuk menidakkan apa yang Allah nak benda tu jadi sedangkan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Mommy eez pun letih juga, yang ambil exam nya kakak Raihan tapi yang over risau mak nye lah...


Ini jadual UPKK 2023 terbaru yang JAKIM kongsikan di Facebook semalam.



Harapnya sempatlah anak2 ni study betul2 masa weekend nanti dan dapat jawab kertas soalan dengan lebih baik insha Allah...


Lavvv,

Mommy EEZ

Azam tahun 2024 - A better self insha Allah

 Bismillahirrahmanirrahim...

 

Mommy eez baru kesempatan nak list down pasal azam tahun ni. Delay 2 minggu sebab 1st week tahun baru hari tu mommy eez tak sihat. Complete package - demam, batuk dan selsema. Alhamdulillah negatif covid-19. Risau juga sebab kes makin meningkat dengan dah ada few kematian juga di seluruh Malaysia. Lepas tu dengan kabut settlekan sekolah adik Wafa nak masuk Tahun 1 dan juga tolong kakak Raihan study untuk Ujian Akhir Tahun dan UPKK. Alhamdulillah Wafa dapat lepas exam kemasukan sekolah sama dengan kakak Raihan. So, sempatlah budak2 ni merasa satu sekolah sebelum kakak Raihan masuk sekolah menengah... wuwuwu~~~ cepatnya masa berlalu...

 

Hokey, post kali ni mommy eez nak tengok sama ada azam tahun 2023 tercapai ke tak... hahaha~~~ rasa macam banyak je nak kena carry forward ke tahun ni. Kikikiki~~~ Korang boleh baca post azam tahun lepas dekat sini...

 

Azam Tahun 2023

 

Kesimpulan dari list dalam post tu, mommy eez boleh komen:

 

1. Alhamdulillah, momentum untuk terus mencuba dan berusaha tu masih ada. Mommy eez memang sejenis high resilient. Dah jatuh terduduk, tersungkur sampai merangkak berguling2 sekalipun mommy eez tetap akan bangkit insha Allah walaupun ambil masa berapa lama sekalipun. Mommy eez sedar yang my family need me especially kanak2 ribena 2 orang tu. So, I have to force myself to be strong for them dan juga kekal tabah untuk bawa amanah yang Allah dah bagi sebagai hamba Dia dekat sini.

 

2. 5 hobi yang mommy eez dah jumpa:

    i. Hobi yang menambahkan duit - Unfortunately mommy eez tengah plan untuk quit Kiddie Oasis tapi tak quit sepenuhnya lah. Mommy eez dalam proses untuk target overseas market cuma masih dalam proses belajar dan start-up. Masih lagi membawa nama Kiddie Oasis sebab malas nak tukar nama dalam SSM. Hahaha~ . Kemungkinan official website www.kiddieoasis.com.my akan berakhir pada tahun ni tapi masih available di marketplace macam Shopee, Lazada dan TikTok. Mommy eez tak tahu berapa lama lagi boleh survive sebab profit margin makin nipis dan nipis dan sales pun makin ke laut dalam. Sama juga dengan Foodeez Oasis terpaksa dihentikan juga. Sedih, tapi kita kena hadap realiti lah. Doakan mommy eez berjaya untuk venture new business insha Allah.


ii. Hobi yang boleh bagi body in shape - Alhamdulillah mommy eez beranikan diri untuk join kelas Zumba. Walaupun tak dapat turun berat badan, tapi dari segi stamina ada peningkatan. Alhamdulillah syukur sangat. Kalau dulu selalu rasa cepat penat, tapi sekarang makin better insha Allah. 


iii. Hobi yang boleh buat kita jadi kreatif - Alhamdulillah mommy eez lagi sekali beranikan diri untuk join kelas Ukulele. Seronok sangat dan yang paling best ialah mommy eez dapat boost confidence dan rasa puas hati dapat achieve dan unlock some skills for myself. Bukan tu saja, mommy eez dapat rasa fokus makin baik sebab selama ni mommy eez susah nak fokus bila buat kerja. Rasa macam sel2 dalam otak ni baru nak berhubung sesama sendiri. Hahahaha~~~


iv. Hobi yang boleh tambahkan ilmu pengetahuan - FAILED sebab masih tak sempat nak kejar masa untuk baca buku ataupun layan video2 berilmiah.


v. Hobi yang boleh tingkatkan cara kita berfikir - Part ni masih lagi slow tapi Alhamdulillah mommy eez berjaya push untuk baca buku Nota My Quran Time. Beli dah lama, peram sampai dah berhabuk buku tu. Dah banyak kali baca tapi asyik ulang2 sebab ilmu dalam buku tu macam tak melekat. Hujung tahun 2023 barulah dapat momentum dengan baca sambil terjemah per kata setiap ayat. Lepas tu letak sticker note so boleh ingat balik point2 penting yang dah baca. Baru puas hati. Hahaha~ Semoga terus istiqomah dalam menimba ilmu tadabbur Al-Quran insha Allah. 


So, apa azam tahun 2024 ni:


1. Nak tambah hafazan surah2 dalam Al-Quran. Tahun ni target Surah As-Sajdah dan surah yang kanak2 ribena ni kena hafal. Tahun lepas target Surah Yassin, Alhamdulillah berjaya. Harapnya kekal ingat sampai bila2 insha Allah. Rasa kelakar juga 1 tahun target few surah je nak hafal. Ada orang boleh je nak hafal 1 Al-Quran dalam masa kurang dari setahun kan. Bukan apa, mommy eez prefer jadi realistic (untuk diri sendiri). Nak hafal laju2 pun kalau cepat hilang pun buat apa. So, mommy eez memang jenis slow and steady bab menghafaz ni dan suka baca berulang2 kali sampai dia jadi auto hafal. Bonus kalau dapat hafal makna sekali la tapi belum ready lagi. So far, bila belajar tadabbur slowly pick-up makna perkataan arab tu insha Allah. 


2. Nak kurangkan level kolestrol. Tahun lepas reading kolestrol sangat tinggi. Frust juga sebab konon dah makan fish oil tapi tak turun juga level tu. Doktor kata kalau setakat makan baru sebulan fish oil tu memang tak nampak kesan dia. So kena makan consistently dalam 3 bulan baru boleh review semula reading kolestrol tu. Doakan mommy eez ye...

 

3. Berjaya buka selling platform untuk overseas market. Sebelum ni dah pernah je hantar barang ke Indonesia, Brunei dan Singapore. Tapi kali ni mommy eez target lebih jauh dari tu insha Allah. 


4. Dapat main ukulele fingerstyle dengan lebih smooth. Target nak belajar buat lagu Doraemon dengan Super Mario. Hahahaha~~~ . Kemain angan2 tinggi melangit. Tangan pun still keras lagi. Takpelah kita verangan je. Verangan is free. Harapnya dapatlah berjumpa dengan Ukulele yang serasi dengan diri sendiri sebab ukulele sekarang tak dapat nak pasang tali. So, asyiklah gerak2 dan terlepas bila tukar chord. Tangan mommy eez ni nampak je panjang tapi lemah gemalai. Terpaksalah mencari support nak bagi ukulele tu statik hahaha~~~ kita kan beginner... wuwuwu~~~


5. Explore lebih banyak tempat lagi. Mommy eez suka travel dan explore benda baru sebenarnya. Even dapat discover coffee shop baru atau cat cafe pun dah seronok. Harap tahun ni dapat berjalan jauh sikit kalau ada rezeki lebih insha Allah. 


Hokey itu saja harapan untuk tahun ni. Mommy eez rasa bila kita list down apa kita nak insha Allah otak kita akan auto-bekerja untuk capai apa yang kita impikan insha Allah. 


Lavvv,

Mommy EEZ

Selamat Tinggal 2023 dan Selamat Datang 2024

 

2023 adalah tahun untuk mommy eez explore diri sendiri. Sebelum ni selalu rasa bersalah setiap kali nak buat sesuatu untuk hiburkan diri sendiri. Tapi kali ni, atas saranan doktor, mommy eez kena beranikan diri untuk unlock my inner potential. Yup, due to my anxiety selalu rasa mommy eez not doing enough for my own family and always put myself behind for others. Bertahun2 dah biasa melebihkan orang lain berbanding diri sendiri. Maka bermulalah journey mommy eez mulakan beberapa langkah untuk menghiburkan diri dengan...


Join kelas Ukulele dan kelas Zumba.

 

Walaupun rasa dah tua untuk join kelas2 macam ni, tapi mommy eez redah je. Kalau ikutkan nafsu sebenarnya nak belajar violin. Tapi rasa macam terlalu mencabar, so mommy eez tak nak rasa stress awal2 dan terus decide untuk santai2 belajar ukulele dulu. Alhamdulillah rasa berbaloi sangat. Sekarang ni tengah pulun belajar main fingerstyle. Setakat strumming tu semua orang pun boleh buat kan. Mommy eez memang suka mencabar diri ke tahap tertinggi sebab dengan fingerstyle tak payah nak menyanyi sangat sebab suara pun ke laut. Huhuhu~~~

 

Mommy eez join kelas Zumba sebab nak memaksa diri untuk bersenam. Dulu2 rajin juga jogging tapi lately macam dah bosan jogging sorang2. So, bila dapat buat Zumba dengan ada kawan2 semua rasa lebih semangat. So far dalam kelas tu semua perempuan dan mommy eez pun rasa selesa.

 

Selain tu ada juga lah ups and downs yang berlaku sepanjang tahun 2023 macam adik Wafa kena skin infection yang sangat teruk sejak Mac 2023 dan sampai sekarang masih lagi belum sembuh sepenuhnya. Keadaan kakak Raihan yang sangat mencabar tapi Alhamdulillah makin better sekarang. Ada juga pergi berjalan2 tapi tak banyak macam tahun 2022. Ending 2023 pun tak berapa best sangat sebab kitorang kena prepare kakak Raihan exam UPKK dan Incik Boss pun ada exam certification dalam field kerja dia, CyberSecurity. Tambah2, perang Taufan Al-Aqsa yang bermula 7 Oktober 2023 hari tu sampai sekarang masih tak ada bait2 untuk dapatkan gencatan senjata. Pedih, sedih dan sayu tengok keadaan saudara2 dekat sana...

 

Dan, sekarang here we are... dah masuk tahun 2024. 



 

Alhamdulillah 'ala kulli hal setiap tahun yang berlalu membuatkan kita menjadi lebih matang atas segala cabaran dan pelajaran yang kita lalui. #tahun2024 pastinya lebih mencabar disebabkan apa yang sedang berlaku dalam dunia kita hari ini. Sejauh manapun kita tersasar atau jatuh terduduk, percayalah Allah SWT sentiasa bersama kita. Teguhkan iman di dasar hati agar hati menjadi baik dan bersih, sekaligus membawa  amalan dan akhlak yang baik juga insha Allah. Manusia tiada yang sempurna tapi kita punya pilihan untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum ni.


Mommy eez minta maaf atas salah silap jika ada post mommy eez yang mengguris hati korang semua. Yang baik2 datangnya dari Allah SWT, dan yang kurang baik datang dari diri mommy eez sendiri yang banyak khilaf.


Jom kita sama2 perbaiki diri dan terus berjuang mdapatkan redha Allah dalam setiap nafas kita insha Allah.


#welcome2024 #happynewyear2024 #kitasamasamabelajar ##qurandisisibacasetiaphari dan #selamatdatang2024 

Selamat Hari Raya 2023 dari Mommy Eez Kiddie Oasis

Holaaaa semua!


Mommy eez dengan rasa happy nak ucapkan...


buat semua yang sudi singgah dan membaca blog mommy eez yang macam suam2 kuku ni. 


Azam tahun baru hari tu konon nak buat 1 hari 1 post. Tapi makin ke laut dalam perginya. Takpe lah. Biarlah expectation tinggi, barulah usaha tu datang dalam nak mencapai target tu kan. Kalau target expectation tu tak ada, lagi tenggelam timbul post dekat blog ni jadi macam biskut chipsmore 😅


Alhamdulillah a'la kulli hal. Mommy eez rasa happy dalam meraikan eidulfitri tahun ni sebab bulan Ramadan lepas, mommy eez dapat tunaikan solat sunat terawih dan witir cukup pada setiap malam yang tanpa keuzuran syari'e. Walaupun rasa macam terlepas malam al-qadr (rasa macam malam Ramadan yang ke-23 sebab malam Jumaat) tapi mommy eez tetap rasa Ramadan kali ni adalah lebih baik dari bulan Ramadan pada tahun2 lepas. Alhamdulillah. Cuma cabaran sekarang ialah macam mana nak kekalkan momentum ibadah tu walaupun bulan Ramadan dah berakhir.


Salah satu cara macam mana kita nak tahu yang Allah SWT terima amalan kita masa bulan Ramadan ialah, kita dapat kekalkan momentum ibadah dan juga menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ni. Kita akan rasa ibadah tu adalah 1 perkara yang sangat menyeronokkan sekalipun tak dapat nak buat banyak macam masa bulan puasa. Allah SWT tahu kemampuan setiap dari kita. Yang penting biar istiqamah walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Kalau nak cakap bab kualiti melebihi kuantiti ni ada disentuh dalam Al-Quran terutama dalam peperangan Badar, kisah Thalut dan Jalut serta banyak lagi kisah2 dalam Al-Quran. Tak perlu nak jadi perfectionist kerana yang sempurna itu hanyalah Allah SWT yang Maha mempunyai Keagungan dan Kesempurnaan (Al-Jalil).


Hokey stop. Tiba2 nak bagi ceramah dah kenapa.


So, post kali ni tak nak panjang2. Mommy eez hanya nak doakan semoga semua orang bergembira beraya di samping keluarga tersayang sambil dapat mengeratkan silaturrahim. Jangan buat palatau budget kita semua serba tahu dan hebat sedangkan ada lagi orang lain yang lebih hebat dari kita. Selalunya orang yang hebat luar dan dalam ni, tak banyak cakap dan sangat cool. Bak kata pepatah nenek moyang mommy eez, diam2 ubi berisi atau ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi gittewww~~~


Hokey mommy eez mengakhiri post ni dengan seketul iklan... 😜


Kalau korang ada nak buat open house, nak cari dessert sedap, murah dan berbaloi boleh terus roger mommy eez dekat whatsApp bawah ni hokey. Kek berharga bawah RM100 boleh dapat 3 kek bersaiz 7 inci tau! Mana nak dapat ooiiii!



Delivery kek ke seluruh Semenanjung Malaysia~~~



Lavvv,

Mommy EEZ

Review E-Scooter Mobot 5S: Ekolife Electric Scooter Malaysia

Hari yang selalunya mendung, kian menampakkan mentari.

Chewah~~ macam nak tulis novel plak kan 😆


Bukan apa, mommy eez ni dah bertahun2 menunggu untuk membeli e-scooter. Yelah, kita berniaga kecil-kecilan je so nak beli benda besar yang di tahap kehendak tu memang fikir beribu2 lemon sama ada nak beli atau tak. Akhirnya, kebetulan birthday kakak Raihan bulan 2 hari tu, mommy eez terfikir nak hadiahkan e-scooter. Kira macam 2 dalam 1 la. Hadiah birthday kakak Raihan serta nak memenuhi kehendak mommy nya juga. Hihihi~~~


Survey punya survey, mommy eez pun ingat nak beli je la e-scooter xiaomi yang basic tu. Harga lebih kurang dalam RM1600. Maka, kitorang pun gigih lah pergi ke outlet Xiaomi di Central i-City Shah Alam untuk dapatkan e-scooter tu. Setibanya di sana, kitorang agak kecewa sebab outlet Xiaomi di situ tak jual plak e-scooter. Kena pergi outlet lain pula... Bila dah jadi macam tu, Incik Boss (husband mommy eez) pun terdetik nak survey di tempat lain dengan harapan dapat harga lebih murah dengan specification yang sama macam e-scooter Xiaomi. 


Survey punya survey untuk 2nd round, tiba2 Incik Boss terjumpa kedai bernama Ekolife - Electric Scooter Malaysia yang bertempat di Ara Damansara. Tengok review di google sangatlah tinggi ratingnya, 5-star with more than 300++ reviews.


Ekolife Electric Scooter Malaysia, Ara Damansara


Maka, kitorg pun pergi ke kedai tu dan Alhamdulillah layanan dari Mr. Jun sangat2 memuaskan. Kitorang siap dapat test lagi beberapa jenis e-scooter dekat situ untuk tahu jenis mana yang sesuai dengan kitorang. Asalnya, memang nak beli e-scooter yang lebih kurang macam Xiaomi tu dengan harga pun lebih kurang sama. Sekali, Incik Boss kata, setakat Raihan seorang je la boleh naik. Kalau nak naik berdua dengan Wafa memang tak muat. Mommy eez pun dah termenung dekat situ. Yang kakak Raihan tak habis2 menghunggah e-scooter tu ke sana ke mari sebabkan terlalu seronok. Mr. Jun tu seolah-olah tahu masalah kitorang, terus beliau suggest e-scooter Mobot Freedom 5S. Saiznya lebih besar dan tayar pun lebih besar. Bawah ni ada link untuk specification nya:


https://escooter.my/product/mobot-freedom-5s-electric-scooter




Bila Incik Boss pun dah test sambil bawa Wafa, terus rasa nak ambil Mobot 5S. Tapi harganya agak mahal. RM2688. Sekali Mr. Jun kata ada promotion harga jadi RM2080. Mommy eez dah senyum sampai ke telinga. Cuma masih berfikir2, berbaloi ke dengan tambahan RM400 untuk beli e-scooter yang high spec macam ni. 


Yessss, sebenarnya sangat berbaloi sebab standard price untuk e-scooter high spec macam ni range dalam RM2500 hingga RM3500. Terus, Incik Boss swipe debit kad dan terus hangkut bawa balik. Kalau beli melalui credit card ada surcharge tak silap mommy eez.


Oh sebelum final decision tu ada drama sekejap.


Raihan masih berdegil nak e-scooter yang harga RM1600 sebab lebih mudah dan lebih ringan untuk dia handle dan maneuver. Mommy eez dan Incik Boss dah tak larat nak pujuk masa tu tapi tiba2 Mr. Jun cakap boleh test ride e-scooter Mobot 5S tu dekat ground floor. Kawasan lebih luas dan lagi senang nak test. Akhirnya, Raihan pun cair juga dengan e-scooter Mobot 5S tu sebab laju walaupun agak besar untuk dia. Alhamdulillah, mudah kerja mommy eez dan Incik Boss.  


Sebelum kitorang balik, sempat lagi Wafa test duduk electric wheelchair ni. Harga dalam RM3000-RM4000. Baru sampai stock di kedai kata Mr. Jun.



Muka minta tolong tolakkan wheelchair untuk budak ni. 



Gambar atas ni ialah masa 1st ride mommy eez bawa pergi pos barang. Lepas tu singgah kedai makan order makan malam. Heaven yakmat! Tak ada rasa leceh nak bawa kereta sebab agak susah sikit nak cari parking area sini.


Kedai scooter Ekolife ni terletak di Level 1 tau. So, korang kena menapak naik tangga sikit atau boleh naik lift. 


Verdict: 

Setelah 2 bulan lebih guna e-scooter Mobot 5S ni ada sekali je rosak dekat bahagian meter. Boleh kata minor defect dari kilang kot sebab battery indicator tak deplete even dah jalan sejauh 43km. Then, mommy eez hantar balik pada Ekolife sebab ada 9 bulan warranty. Kitorang tunggu dalam kurang seminggu untuk replace meter baru. Alhamdulillah, till to this date e-scooter ni masih function and perform well. Part paling best pasal e-scooter Mobot 5S ni ialah:

  • Boleh lanyak bumper tanpa risau tergesel dekat plat tu. So far lepas sebab tayar jenis pneumatic (kena isi angin) dan bersaiz 10 inch
  • Boleh daki bukit tapi tak boleh naik sampai 2 orang sebab makan battery banyak
  • Ada 3 gear kelajuan. Memang layan bila bawa laju dan naik kawasan berbukit
  • Boleh bawa anak tapi kena ensure total weight not more than 120kg
  • Boleh tambah accessories macam seat atau bakul. Tapi buat masa ni, mommy eez tak ada keperluan lagi nak tambah sebab kitorang naik pun untuk short distance je. Kalau tambah bakul akan jadi bulky dan susah nak lipat masuk dalam kereta plak.
 
Itu saja review yang mommy eez boleh share. Semoga bermanfaat bagi mereka yang tengah mencari e-scooter untuk keperluan korang. 


Jumpa lagi dalam post yang akan datang, insha Allah.


Lavvv,

Mommy EEZ

Yeayyyy! Google Adsense has NOW ACTIVATED on this blog!

Mommy eez dengan rasa penuh bangga dan rasa kembang hidung yang sukar dibendung nak maklumkan...


Mommy eez berjaya betulkan setting Google Adsense dekat blog ni!!! 


Yeayyy, Masha Allah, Tabarakallah, Alhamdulillah! 


Macam korang tengah nampak sekarang dekat bahagian atas post ni dan bawah gambar ikan paus dua beranak tu kan ada iklan. Dan ada juga beberapa placement iklan lain yang mommy eez buat juga demi menjana passive income. Sambil buat blog dan review, sambil2 tu korang boleh klik pada iklan untuk mencuci2 mata dan sekaligus, mommy eez pun dapatlah sedikit token. 


Mommy eez minta maaf kalau rasa macam agak serabut, tapi bagi pembaca yang merupakan blogger juga pasti korang sangat memahami kan. 


Inilah masalah yang mommy eez nak selesaikan dari tahun lepas lagi. Lama duk termenung macam mana nak activatekan Google Adsense dekat blog ni. Siap testing nak tukar templatelah, edit HTML la, delete Nuffnang segala bagai. Yang peliknya, bila view dari desktop tak keluar iklan. Bila view dari mobile, keluar iklan Nuffnang plak. Patutlah earning dekat Google Adsense statik je dah beberapa tahun. Haihhh buang masa betul.


Macam mana mommy eez betulkan?


Panjang juga ceritanya, tapi kebanyakannya mommy eez main redah je. Yang paling ketara, mommy eez copy-paste semula latest coding yang ada di Google Adsense dan letak pada widget 'Edit HTML' di blogger. Display ads pun ada macam2 jenis placement tapi yang berfungsi hanya by auto je. Takpelah, mommy eez tak nak terangkan lebih2 sebab memang tak pandai nak terangkan pun. Huhuhu~


Lepas tu bila dah keluar iklan, mommy eez siap dapat iklan Isha Tarot from Jewish. Dah kenapa keluar benda alah tu plakkkk~~~~ iklan telek nasib style Yahudi mabuk mana lah muncul dekat blog ni. So, mommy eez tukar settings dekat ads blocker. Barulaaahh iklan elok2 sikit keluar. Tapi kalau korang ada ternampak iklan pelik2, inform mommy eez tau. Nanti mommy eez amend balik settings dia.


Hokey, itu je nak habaq untuk hari ni. Hihihi~


Saja tulis dekat sini sebagai salah satu kejayaan buat insan kerdil macam mommy eez wuwuwu~ it's good to see my own achievement and boost my self worth.

Hokey, see you guys in the next post, insha Allah.


Lavvv,

Mommy EEZ


www.kiddieoasis.com.my

Carry forward azam tahun lepas ke tahun 2023 tu?

Apa yang korang fikir bila baca tajuk post ni?

Nampak sangat azam tahun 2022 mommy eez tak dapat tercapai kan. Wuwuwu~~~

Apa azam yang nak kena re-new tu?

Pastilah azam NAK KURUSSSSS! Isk isk isk... badan mommy eez dah semakin membesar dengan sihat. Dengan lahirnya double chin, pipi yang bagaikan dipam2 bak tayar kembang, peha yang dah serupa peha kerbau dan BMI yang makin menghampiri tahap overweight memang memberikan tamparan wanita hebat dekat mommy eez. 

Lepas tu pula ternampak gambar ni...

Menambahkan lagi rasa down.. haihhh..
Tiba2..
Ada bekas kawan sekolah mommy eez share video ni:



Maka, mommy eez membuat kesimpulan:


1. Biarlah target/azam setinggi gunung mahupun langit, asalkan kita usaha dulu sedaya upaya baru tengok pada result. Bak kata nenek moyang kita dulu, "nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Biar usaha selagi boleh, jangan terhenti di tengah lelah" haaa gittew (yang 2nd part tu mommy eez saja tambah 😂 )


2. Kalau ikut video tu, kita kena ada 5 hobi. So mommy eez list down apa yang mommy eez boleh buat bagi memenuhi kelima2 kriteria hobi tu.

i. Hobi yang boleh menambahkan duit - Kiddie Oasis dan Foodeez Oasis

ii. Hobi yang boleh bagi body in shape - jogging 3 times a week atau jalan2 dkt shopping mall tanpa sedar boleh simply cecah 5000-6000 steps (alasan nak berjalan).

iii.  Hobi yang boleh buat kita jadi kreatif - macam tak ada lagi, tapi mommy eez suka main Ukulele. Boleh kira ke? Huhuhu~

iv. Hobi yang boleh tambahkan ilmu pengetahuan - baca buku. Yang ni mommy eez agak terkedek2 nak habiskan 1 buku sebab masa berlalu pergi bak air yang mengalir. Rasa macam 1 hari banyak sangat benda nak buat... Uwaaa~~~

iv. Hobi yang boleh tingkatkan cara kita berfikirstudy My #QuranTime


Jadi bagi memenuhi, kriteria di atas, mommy eez terus jadikan semua point di atas sebagai azam untuk tahun 2023 ni. Muahaha senang kerjaku!


Dalam perjalanan untuk memenuhi azam ni tak lah semuanya indah belaka. 

Maka, mommy eez nak tepek 'menu semangat' dekat sini supaya bila ada rasa lemau, letih, moody dan sewaktu dengannya, mommy eez cuba men'psiko'kan diri dengan kata2 di bawah:


Semoga kita semua diberi kekuatan untuk berjuang dalam hidup seharian kita yang penuh dengan dugaan dan harapan. Jangan mengalah sekalipun kita nampak tiada hala tuju. Percaya pada takdir Allah SWT dan jalan terussssss!


Chayo semua! Ganbatte!


Lavvv,

Mommy EEZ


www.kiddieoasis.com.my

Recap 2022 : The Story of Mommy EEZ

Pejam celik, pejam celik dah hari terakhir untuk 2022. Banyak kejadian yang berlaku sepanjang tahun ni... Pahit, manis, pedas dan berangin semua ada. Mommy eez percaya semua orang pasti melalui pengalaman jatuh dan bangun cuma yang berbeza pelbagai jenis dugaan yang dihadapi bagi setiap orang. Segala apa yang terjadi semuanya atas izin Allah SWT. Kita kena redha dan teruskan berjuang dalam hidup yang serba mencabar dan makin mencabar hari demi hari.



Alhamdulillah a'la kulli hal sama ada baik mahupun tak berapa baik. Fokus #tahunbaru2023 ni ialah lebih kepada #selfcare dan #bepositivealways . Dengan mental yang sihat, badan dan persekitaran juga akan sihat insha Allah.


Mommy eez ambil kesempatan di sini utk ucapkan terima kasih super banyak kepada semua yang masih sudi menjadi followers tegar di mana saja platform media sosial #kiddieoasisonlinestore berada. Terima kasih juga kepada yang sudi berurusniaga dengan mommy eez. Harap sokongan anda pada bisnes comel ni berterusan dan Allah SWT berkati hidup kita pada setiap saat aaameeen.



Memang ada kalanya mommy eez rasa nak give-up sebab rasa buat bisnes ni lebih kepada buat charity berbanding untung. Tapi, mommy eez pilih saham pahala berbanding saham fizikal. Semoga #kiddieoasisonlinestore dapat terus berbakti kepada masyarakat dan memberikan servis yang
terbaik
kepada semua insha Allah.


Di sini mommy eez bagi list tempat2 yang mommy eez dan famili pernah explore sepanjang tahun 2022:


Genting Highland Premium Outlet (GPO), Pahang



Pintasan Saloma (Saloma Bridge) di Kg. Baru, Kuala Lumpur



De Wan (Chef Wan) Restaurant, Kuala Lumpur



Taman Tasik Shah Alam, Selangor



Restoran UAK, Bukit Jelutong, Selangor



Maya Park Eco-Ardence, Setia Alam, Selangor



Taman Tasik Empangan, Presint 5 Putrajaya





Elmina Central Park, Selangor


Cemeon Cat Cafe, Bangsar, Kuala Lumpur



Pet Mamma Mia Exhibition at Mid Valley, Kuala Lumpur



View from Tamu Suites Hotel, Kg. Baru, Kuala Lumpur


Temuan Hills Glamping Site, Rembau, Nogori Sombilan



Mommy eez dan famili banyak explore tempat di sekeliling (local places) berbanding travel jauh2 pergi oversea buat masa ni. Memanglah teringin nak jalan2 ke luar negara cuma pengerasnya belum ready lagi. Hihihi~ Takpe yang penting, kita happy dan luangkan masa bersama2 dengan famili tersayang!

Korang boleh terus tekan link di bawah setiap gambar untuk tengok review tempat2 di situ, hokey.


Looking forward to more places to explore insha Allah 💜🐳 . Selamat tinggal 2022!


Lavvv,

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

Popular Posts