Showing posts with label Pigeon. Show all posts
Showing posts with label Pigeon. Show all posts

Review Botol Susu - Puting Pigeon dengan botol susu NUK


"SIS, BOLEH KE PUTING PIGEON PASANG PADA BOTOL SUSU NUK?"

Agak2 boleh ke tak ye? Haaaa... jawapannyaaaaa...


BOLEH! 


Sebab diameter puting pigeon dengan puting NUK ni sama besar. Tapi kena pastikan dua2 puting dan botol susu dari Pigeon dan NUK ni jenis wide neck tau. Jangan pakai yang slim atau standard neck plak. Memang tak fit sebab puting yang slim tu lagi kecil daripada wide neck. Jadi, kalau mommy2 semua saja gatal2 nak tukar botol susu NUK dengan puting pigeon ke, atau botol susu Pigeon dengan puting NUK pun boleh. Nanti Mommy EEZ post gambar puting NUK pada botol pigeon pula hokey!

Oh sebelum terlupa, penutup botol susu NUK tu pun fit untuk tutup sekali dengan puting Pigeon tu. So tak perlu risau. Mommy EEZ terlupa nak ambil gambar as proof. Nanti dah ada gambar nanti, Mommy EEZ update dekat sini.

Harap tips2 botol susu di sini dapat membantu mommy2 di luar sana. Design botol susu pigeon kan tak banyak choice, so mesti teringin nak cuba botol susu NUK yang comel2 kan. Tak percaya, boleh tekan button dekat bawah ni:


NUK Woodlands Blue 5oz

https://shopee.com.my/NUK-Woodlands-Blue-5oz-(Single)-i.4491129.660609922

  
NUK Woodlands Pink 5oz

https://shopee.com.my/NUK-Woodlands-Pink-5oz-i.4491129.659555215
 
Apa2 soalan, jangan malu, jangan segan drop saja komen di bawah ataupun contact terus Mommy EEZ terus whatsapp hokey.

See you later mommies!


Lavv,

Mommy EEZ

Review Botol Susu - Puting Avent Classic dengan botol susu Pigeon


"SIS, SAYA NAK BOTOL SUSU TAHAN LAMA DARIPADA BOTOL PLASTIK BIASA TAPI SAYA NAK MAINTAIN ANAK SAYA PAKAI PUTING AVENT CLASSIC. BOLEH KE?"

Ya.. boleh saja mommy2 semua. Botol susu jenis yang tahan lama dalam 1-2 tahun boleh pakai yang jenis glass / kaca, PES ataupun PPSU. Macam dalam gambar di atas tu Mommy EEZ guna botol susu Pigeon Peristaltic Plus jenis PPSU. PPSU ni atau nama glamornya ialah Polyphenylsulfone di mana material characteristic is a combination of plastic and glass. Bukan itu saja, botol susu PPSU ni boleh tahan panas sehingga suhu mencecah 180 degC. Plastik biasa yang PP (polypropylene) tu hanya boleh tahan panas sehingga 120 degC.

Ok, berbalik kepada cerita asal, YA memang boleh pakai puting Avent Classic pada botol susu Pigeon jenis wide neck saja. Just nice and terletak saja puting tu pada botol susu Pigeon tu. Kelebihan puting Avent Classic ni ialah material silikonnya agak keras sikit berbanding puting silikon yang lain. So kalau anak2 mommy jenis suka gigit2 puting bolehlah cuba puting Avent Classic ni. Kepada mommy2 yang tengah cari puting Avent Classic bolehlah tekan button di bawah hokey!


https://shopee.com.my/Avent-Classic-Plus-Teats-Medium-Flow-(Level-3)-i.4491129.15095435


So, kalau ada mommy2 yang teringin nak mix & match antara botol/puting Avent Classic dengan Pigeon jenis wide neck bolehlah main tukar2 ye, sebab size pada ring bottle kedua2 brand ni adalah sama. Mommy EEZ show off gambar contoh sikit dekat bawah:


Cons sikit di sini ialah bila nak rapatkan / tutup botol susu Avent Classic tu dengan puting Pigeon wide neck tu agak ketat sikit sebab bahagian leher puting Pigeon agak tebal. So kena tutup betul2 rapat untuk elak dari susu tumpah. Kalau yang susu ibu tu sekali tumpah boleh menangis 7 hari 7 malam TAW! Hihihi~ gurau je.

Lepas tu ketinggian puting Pigeon dan Avent Classic tu pun just nice saja dengan penutup botol susu masing2, cuma Mommy EEZ tak ingat nak ambil gambar as proof. Huhuhu~
 
Kalau puting Avent Natural boleh tak pakai pada botol susu Pigeon wide neck ni? Haaa.. jawapannya ada dalam next post. Nanti Mommy EEZ update link di sini hokey.

Terima kasih kepada anda semua yang sudi membaca Tips Botol Susu dari Mommy EEZ. Insya Allah banyak lagi tips yang Mommy akan kongsikan di masa akan datang. Jumpa lagi!


Have a nice weekend!

Mommy EEZ

Review Botol Susu - Puting Avent Natural dengan botol susu Pigeon



 
ADA YANG NAK CUBA PUTING AVENT NATURAL DENGAN BOTOL PIGEON WIDE NECK?

Hohoho wahai mommy2 semua~~~ Janganlah membuang masa dan wang yang sangat precious ittew! Walaupun puting Avent Natural ni jenis wide neck, tak semestinya fit untuk semua botol jenis wide neck juga. Tengok contoh pada gambar. Puting Avent Natural memang TAK MUAT nak masuk pada ring botol Pigeon jenis wide neck ni sebab design puting Avent Natural macam bentuk flower yang besar. Diameter botol susu Pigeon memang tak dapat nak tampung atau masuk dengan puting Avent Natural ni.

So puting apa yg muat pada botol susu Pigeon ni so far?
1. Puting wide neck NUK
2. Puting Avent Classic
3. Puting Autumnz
4. Puting Suavinex

5. Puting MAM

No. 3, 4 dan 5 Mommy EEZ tak pernah cuba personally. Info2 tu semua based on customer punya input dan feedback mereka.


Semoga dapat membantu mommy2 di luar sana yang sedang fenin2 lalat mencari puting yang terbaik utk anak2 mommy. 

Lavvv,

Mommy EEZ

Review Botol Susu - Puting NUK dengan botol susu Pigeon


"SIS SAYA DAH ADA BOTOL SUSU PIGEON, NAK TUKAR PUTING NUK BOLEH?"



Boleh ke boleh?
YA, BOLEEEEEHHHH!

Mommy EEZ memang suka share tips. Tambah2 pasal botol susu. Mommy EEZ faham sebab sekali beli botol susu ni mahu cecah sampai RM50-70 ringgit sebotol kan. Sekali anak reject pula memang SAKITNYA TUH DI SINI DI DALAM HATIKU gitu rasanya. Hehehe~

Hokey mommy2 tersayang sekalian. Tengok pada gambar di atas memang puting NUK jenis wide neck bole diguna pakai dengan botol susu Pigeon jenis wide neck juga! Terletak cantik elok je dan Insya Allah tak bocor. So kalau baby masih lagi belum serasi dengan puting Pigeon boleh tukar dengan puting NUK pula hokey!


Mommy EEZ selalu dapat soalan macam ni...

"SIS, ANTARA PUTING NUK DENGAN PUTING PIGEON MANA LEBIH LEMBUT?'

"SIS, ANTARA PUTING NUK DENGAN PUTING PIGEON MANA YANG LEBIH MIRIP KEPADA NIPPLE IBU?"

Untuk soalan pertama Mommy EEZ boleh jawabkan. Bagi Mommy EEZ, puting Pigeon lebih lembut walaupun dua2 brand diperbuat daripada silikon. Yang membezakan antara 2 puting tu ialah dari segi bentuk, design dan ketebalan puting.

Untuk soalan kedua, memang payah sikit nak jawab sebab bagi Mommy EEZ agak sukar nak samakan puting botol susu dengan nipple ibu sebenar. Mommy EEZ cuba ya sebab ini hanya pendapat peribadi saja. Dari segi kelembutan, puting Pigeon lebih mirip kepada nipple ibu. Tapi kalau dari segi bentuk, puting NUK seakan2 menyerupai bentuk nipple ibu. Personally, ramai customer Mommy EEZ akan pilih 2 brand ni kalau anak2 mereka ada masalah untuk train minum susu dengan botol. Kalau ada brand lain mungkin ada cuma preference Mommy EEZ ialah lebih cenderung kepada 2 brand ni saja. 

Harap dapat membantu serba sedikit mommy2 di luar sana untuk memilih puting botol susu apa yang sesuai untuk anak2 anda.

Lav,

Mommy EEZ

Review Botol Susu - Jenis-jenis Botol Susu

Photo source - Pak Cik Google

PERNAH TAK MOMMY2 AMBIL TAHU APA BAHAN BUATAN BOTOL SUSU ANAK ANDA?

Botol susu ni banyak jenis. Ada yang jenis plastik biasa. Plastik tebal sikit. Ada jenis plastik keruh. Ada yang plastik tapi nampak macam kaca.. Hohoho.. mostly mommy2 mesti nak beli yang design cantik saje kan. Sebagai ibu2 yang terlebih prihatin, kita kenalah ambil tahu apa jenis2 material botol susu yang kita belikan untuk bayi comel kita.

Jom check apa jenis botol susu anak kita tu:

1. Polypropylene (PP) - jenis plastik standard utk brand Avent, Tommee Tippee, NUK, Pigeon dan lain2. Plastik PP ni pun berlainan kualiti bergantung kepada brand. Ada yang nampak tebal dan ada yang nampak nipis. Botol jenis plastik PP ni mampu bertahan kepanasan sehingga 120degC. Namun, jangka hayat botol agak pendek sekitar dalam 6 bulan saja untuk 1 botol yang digunakan berterusan. Ini kerana bahan kimia seperti Bisphenol-A (BPA) akan terbebas disebabkan kekerapan mensteril, boiling dan terkena air panas.




2. Polyethersulfone (PES) - jenis plastik keras dan lebih tegap dari plastik PP. Ada pada brand Avent dan juga brand lain. Botol ni pun ala2 kaca cuma warna dia jernih kekuningan. Sangat long lasting compared to plastik PP. Kalau jatuh pun tak senang kemek la.

Photo source - Pak Cik Google

3. Polyamide (PA) - jenis plastik keras tapi warna putih clear. Ada pada brand NUK. Material botol susu jenis Polyamide (PA) ni memang cantik. Boleh see-through. Keras pun ye dan tahan lebih kuat dari plastik PP. 


4. Kaca - memang tahan lama tapi kena pakai 'sleeve' utk tahan haba bila baby pegang. Lagi satu botol susu jenis kaca ni bole tahan berat juga. So kalau baby bawah setahun tu memang kena tolong pegangkan botol susu masa feeding time tu


Photo source - Pak Cik Google

5. Polyphenylsulfone (PPSU) - jenis plastik keras berwarna kuning keruh. Ada pada brand Pigeon dan Autumnz. Botol jenis ni tak banyak beza dari jenis PES. So far memang paling hotselling la dekat online shop Mommy EEZ di Baby Oasis. Autumnz ni pun baru je keluarkan botol susu terbaru dengan material PPSU ni. Kalau nak cuba jangan segan silu tinggalkan komen ataupun trace anda di mana2 saje di blog ni hokey!





Mostly botol yg jenis plastik keras ni macam PES, PPSU dan PA; feature dia mmg lebih kuat dan tahan lama berbanding standard plastik polypropylene. Sebagai contoh macam PPSU bole tahan suhu sampai 180degC berbanding plastik PP sampai 120degC je. Fizikalnya umpama gabungan antara plastik dan kaca. Mommy EEZ saje tak masukkan botol jenis Policarbonate dlm list sbb botol susu jenis ni dah DIHARAMKAN sbb bukan BPA Free. Kesemuanya jenis botol susu yang Mommy EEZ mention di sini semuanya BPA Free tau. Hapekebenda BPA tu.. boleh refer post ni ---> 'Bila nak tukar botol susu?'


Jadi AMBIL TAHU jenis botol susu anak anda walaupun designnya comey2 skali 😎 hokey!


Lavveyeww,

Mommy EEZ

Review Botol Susu - Puting Pigeon dengan botol susu Avent Natural


"SIS, BOLEH KE PUTING PIGEON WIDE NECK NI PASANG PADA BOTOL SUSU AVENT NATURAL?



Pasang tu memangla BOLEHHHH macam dalam gambar atas tu.....TAPIIIIII puting pigeon wide neck tu agak longgar pada ring botol susu Avent Natural. Kalau diterbalikkan botol tu selow melow memang tak tumpah. Tapi kalo botol tu digoncang2 dan digoyang2 inulkan sure TUMPAH! Macam mana boleh tumpah? Sebabnya diameter puting pigeon wide neck tu lebih kecil dari ring botol Avent Natural. Lepas tu, pada ring Avent Natural tu kan ada lubang kecil untuk aliran udara, so lagi bertambah tumpahlah susu bila botol tu diterbalikkan. Yang pasti design puting pigeon wide neck tu memang sangat tak sesuai dikenakan pada botol susu Avent Natural tu. Apetah lagi nak pakai puting pigeon yang jenis standard neck. Lagilah longgar. Silap2 baru nak letak, puting pigeon tu dah termasuk dalam botol Avent tu. Hihihi~

Maka, kesimpulannye vole ke tak vole teats pigeon wide neck utk pasang pada botol Avent Natural??? NGAAAKKKK BOLE DONG! A BIG NO! Unless ring botol Avent Natural tu ditukar dengan ring Avent Classic. Confirm boleh 😊 Nak tengok bukti?

Refer post bawah ni:



Kalau kebetulan mommy2 semua tengah cari puting pigeon wide neck bolehlah beli melalui button di bawah:

https://shopee.com.my/Pigeon-Peristaltic-Teats-Slow-Flow-(2pcs)-i.4491129.64976131


Itu saja tips botol susu pantasss dari Mommy EEZ. Jumpa lagi!

Lavvv,

Mommy EEZ

Review Botol Susu - Puting Pigeon dengan Botol Susu Avent Classic Plus



BOLEH TAK NAK PAKAI PUTING PIGEON DEKAT BOTOL AVENT?

 
Maksud Mommy EEZ di sini puting Pigeon Peristaltic Plus jenis silikon / wide neck dipasangkan pada botol susu Avent Classic Plus tau. Macam dalam gambar atas tu.

Insya Allah boleh mommy2 semua. Kadang2 baby kita ni suka-suki nak tukar angin nak pakai puting atau botol susu brand lain kan. Lagipun puting Pigeon ni lebih lembut daripada puting Avent walaupun dua2 puting menggunakan material yang sama iaitu jenis silikon.

Puting Pigeon Peristaltic Plus ni walaupun nampak tebal tapi lembut sangt dan memang most of customers Mommy EEZ ramai yang nak train anak2 dari direct feeding (breastfeeding) ke bottle feeding pilih puting Pigeon jenis ni. Puting Avent Classic pun jenis silikon juga tapi agak nipis berbanding Pigeon dan tak berapa lembut. Untuk baby2 yang tak berapa fussy untuk pilih puting botol susu bolehlah pakai puting Avent Classic Plus ni. 

 So, ada mommy2 yang teringin nak mix & match antara botol/puting Avent Classic dengan Pigeon jenis wide neck bolehlah main tukar2 ye, sebab size pada ring bottle kedua2 brand ni adalah sama. Mommy EEZ show off gambar contoh sikit dekat bawah:



Cons sikit di sini ialah bila nak katup botol susu Avent Classic tu dengan puting Pigeon wide neck tu agak ketat sikit sebab bahagian leher puting Pigeon agak tebal. So kena tutup betul2 rapat untuk elak dari susu tumpah. Kalau yang susu ibu tu sekali tumpah boleh menangis 7 hari 7 malam TAW! Hihihi~ gurau je.

 Lepas tu ketinggian puting Pigeon dan Avent Classic tu pun just nice saja dengan penutup botol susu each brand, cuma Mommy EEZ tak ingat nak ambil gambar as proof.  Huhuhu~

MACAM MANA PULA DENGAN BOTOL SUSU AVENT NATURAL? BOLEH KE MASUK DENGAN PUTING PIGEON WIDE NECK TU?

Botol susu Avent Natural TAK BOLEH FIT masuk dengan puting Pigeon wide neck ni ya sebab ring botol Avent Natural ada lubang so takut ada kebocoran nanti. Lagipun bila pasang puting Pigeon wide neck tu nampak longgar di atas ring botol susu Avent Natural. Kalau tak percaya boleh cuba sendiri di rumah. Hihihi~

Hokey, tu saja Tips Botol Susu pantasssss oleh Mommy EEZ dari Kiddie Oasis!

Lavveyewww,

Mommy EEZ

Popular Posts