Showing posts with label Foodeez. Show all posts
Showing posts with label Foodeez. Show all posts

Review ROTI KITAB BY NIKAFE - Tempat Makan Breakfast Sedap Shah Alam

Alhamdulillah pagi Ahad minggu lepas, mommy eez discover satu tempat makan breakfast yang best dekat Shah Alam ni. Mommy eez dan famili saja nak cari tempat makan sarapan yang ideal untuk kitorang beriadah lepas makan. Hobi kitorang selalu round2 dekat kawasan tasik naik si Mobot (e-scooter) sambil bagi Incik Boss bersenam. Mommy eez macam biasa jadi bodyguard untuk kanak2 ribena. Dah puas tanya Pak Cik Google, akhirnya kitorang decide untuk pergi ke kedai makan Roti Kitab by Nikafe di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam.

 

 

Kitorang sampai di sini lebih kurang pukul 10pagi. Mommy eez ingatkan ada ramai orang sebab weekend, tapi tak ramai sangat sebab ada yang dah beredar mungkin sebab hujan mulai turun. Kami dapat spot meja makan kayu dan muat untuk duduk 4 beranak. Orang beratur agak panjang tapi service agak laju juga. 

 


Menu yang ada di Roti Kitab ni:



Mommy eez perasan ada 1 lagi kedai lain yang bersebelahan dengan Roti Kitab ni bernama Sweet Savoury 7. Mereka pun ada menu yang tersendiri:



Berikut makanan yang kitorang order:


1. Roti Kitab Barat (dari kedai Roti Kitab) - roti bakar disaluti planta dan kaya yang tebal siap dengan dua sosej, satu telur separuh masak dan baked beans.


 

2. Roti Butter Gula (dari kedai Roti Kitab) - untuk anak bongsu yang tak berapa pandai nak makan roti. Standard rasa roti bakar gula dengan butter.

 

3. Sand Toast Melayu Campur (dari kedai Sweet Savoury 7) - sedap dan kenyang untuk anak berusia 11 tahun. Terlupa plak nak ambil gambar dish ni sebab anak sorang ni dah kelaparan. Sampai2 terus ngappp!


4. Set Omelette Cammpa (dari kedai Sweet Savoury 7) - tidak mengecewakan dengan harga yang berpatutan. Rasa sangat berbaloi.


 

5. Minuman - Kopi Vietnam & Milo Ais. Mommy eez bukan peminat kopi Vietnam sebab rasanya agak manis untuk mommy eez dan ada serbuk2 kopi di dasar cawan.


Total semua kami belanja tak sampai RM50 utk 4 orang makan termasuk air.


Lepas makan, masa untuk membakar lemak dengan beriadah di kawasan tasik yang betul2 berdepan dengan kedai makan ni. Memang berbaloi2 datang ke sini. Cuma kalau datang awal pagi waktu weekend kemungkinan susah nak dapat parking sebab kawasan yang agak terhad. Lagipun area ni betul2 dekat dengan UiTM Shah Alam dan kawasan perumahan. Banyak gazebo disediakan dekat tasik ni, so ramai juga yang buat mini event untuk birthday party ataupun photoshoot dengan pemandangan tasik yang cantik. Playground pun ada. So memang port lepak terbaik untuk famili.


Mommy eez sempatlah 2 kali round lalu trek yang disediakan dengan ride si Mobot sambil bawa adik Wafa. Hahaha~ Tak rajin nak jogging sebab baru lepas makan. Tapi, tak sampai 30 minit lepas tu, hujan pun turun dengan agak lebat. Malang pun tak berbau, kakak Raihan terjatuh plak masa tengah ride si Mobot. Memang macam2 drama plak lepas tu. Mommy eez siap terlepas appointment doktor tengah hari tu sebab tersilap waktu setting dalam kalendar phone. Aaahhh… redha je laaaa…


Apa2 pun, pengalaman yang menariklah makan di situ. Mommy eez rasa memang ramai orang yang selalu datang ke situ sebab kedai makan pun yang ada 2 tu je la - Roti Kitab dan Sweet Savoury 7. So, kalau korang jenis light eater dan suka lepak2 dekat tasik silalah ke sana ye. Kedai makan tu beroperasi dari pukul 7.30am sampai pukul 12pm tengah hari.


Itu saja review ikhlas dari mommy eez tanpa ada sponsorship dari mana2 pihak. Hihihi~



Lavvv,

Mommy EEZ

Review Gigi Coffee : Mommy EEZ dan Kopi Siri #5

Assalamualaikum gaisss...

 

Review ni dah long due lama sangatt... mommy eez cuba coffee ni bulan Julai hari tu tapi biasalah penyakit M (m.a.l.a.s) dan P (p.r.o.c.r.a.s.t.i.n.a.t.i.o.n) menghantui dan baru sekarang gigih nak menulis di sini. Mommy eez selalu akan review dengan cepat dekat Google Map sebab boleh terus upload dari phone. Kalau nak menulis di blog ni, mommy eez suka buat di lappy sebab boleh membebel dengan lebih panjang lagi. Muahahahaha~~

 

Ok abaikan reason di atas. Kita terus nak cerita pasal coffee apa yang mommy eez dah cuba hari tu.

 

Lately tekak mommy eez macam suka benda masam2. Tapi tak nak masam2 sangat sebab tak boleh nak handle masam macam air lemonade tu. NOPE! Korang jangan fikir bukan2 ye. Mommy eez belum ada rezeki lagi nak menambah ahli keluarga dan mungkin dah pencen wuwuwu~~~... so mommy eez tak preggy ye. 

 

Hokey back to the story. Bulan Julai lepas, mommy eez pun saja nak cuba...

 

 

PINK FRIDAY COOKIES LATTE

dari...

 GIGI COFFEE~~~

 

Selalunya standard coffee mommy eez ialah Hazelnut Latte, tapi kali ni tekak nak cuba yang masam2 sikit. So harapan mommy eez rasa coffee yang berperisa strawberi ni akan ada masam2 lemak manis gittew. Tapi... tak kesampaian rasa ittew. Isk isk isk... Rasa strawberi tu sangat light dan ada rasa serbuk. Mommy eez ingatkan dia pakai yang jenis liquid dan lebih tebal rasanya so bolehlah blend dengan rasa bittersweet coffee tu kan. Masa ni rasa macam menyesal order dan baik order praline or sea salt coffee. Tapi, takkan nak membazir plak tak minum. So, boleh je lah telan cuma rasa frust sikit. Hihihi~ Yang agak turn-off tu sebab ada rasa serbuk. Maybe memang standard kot guna serbuk sebab sebelum ni mommy eez pernah cuba red velvet coffee dekat kedai lain. Diorang pun guna serbuk red velvet dan masuk dalam coffee tu. Errr... tak feel betul.

 

Masa beli coffee ni, mommy eez lepak dekat Gigi Coffee Seksyen 13, Shah Alam. Dekat area tu memang berderet cafe hipsturrr macam Zus Coffee, Celcius Coffee, Bask Bear, Kopi Daun, Hirup Kopi, Mios Coffee dan macam2 lagi. Itu belum masuk area dekat dengan AEON Mall Shah Alam. Dalam AEON je ada Starbucks, Coffee Bean, GongCha, Tealive dan luar AEON (area MSU) ada The Great Coffee (TGC) dan Family Mart. Berlambak2 wey... tu pasal mommy eez memang selalu high dose of coffee. Tapi sebab tahap kesihatan dan kewangan yang tak mengizinkan so kena lah limit diri sendiri dari selalu minum coffee ni. 

 

Hokey itu saja review kali ni. Nanti mommy eez nak review coffee dari cafe lain plak. Bosan lah plak asyik Gigi Coffee je kan. So see you when I see you 😄

 

Lavvv,

 

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

Review Zus Coffee : Mommy EEZ dan Kopi Siri #4

Hai Assalamualaikum semua!


Mommy Eez kembali nak buat review pasal kopi. Sekarang kan coffee cafe tengah in-trend sangat. Tambah2 lagi bila duduk dekat area Shah Alam ni. Berlambak2 gillssss coffee cafe hippsturrr di sini. Yang terbaru The Great Coffee by Awal Ashaari dekat Menara U, Seksyen 13 Shah Alam. Yang tu dah lama mommy eez usha, cuma masih belum sempat nak pergi sebab tak suka parking dekat area situ. Susah nak dapat parking plus area dak2 kolej. Huhuhu~ Ada sikit perasaan serabut dekat situ.


Maka, kali ni mommy eez nak review....


ZUS COFFEE


Salah satu brand yang sangat well known juga sebab pernah viral video pasal customer marah2 kenapa bagi americano coffee dalam cup kecil. Lepas tu staff Zus Coffee tu rakam perbualan antara beliau dan customer tu supaya dapat menunjukkan cara beliau yang berhemah dalam mengendalikan customer yang agak panasss tu. Pandai2 lah korang tanya Pak Cik Google pasal cerita tu hokey.


So, setelah beberapa kali lalu lalang depan Zus Coffee di AEON Mall Shah Alam tu, akhirnya terbeli juga lah Hot Spanish Latte di Zus Coffee ni.


 

Kebetulan dapat design coffee cantik sempena musim raya...



Macam biasalah mommy eez sejenis suka enjoy kopi panas2. Sebenarnya, sebelum ni mommy eez dah pernah cuba coffee latte dari Zus Coffee ni tapi terlalu creamy dan plain untuk mommy eez. Lepas tu, kakak ke-2 mommy eez, Angah pesan kalau nak order kopi sedap dekat Zus Coffee, pilihlah flavour Spanish Latte ni. Apa beza Spanish Latte dengan coffee latte yang lain? 

Standard coffee latte = espresso + cold milk + ice cubes

Spanish Latte = espresso + scalded milk (heated milk at 83 degC) + condensed milk

Other latte mostly guna steamed or foamed milk


Verdict:

Bagi mommy eez rasanya ada sikit pahit2 masam manis dan berlemak krim gittew.  Memang sedap ikut tekak mommy eez lah. Cumanya kalau boleh lepas ni nak request less sugar sebab bila minta kopi yang panas ni memang manis berdengunglah. Tambah2 pakai condensed milk atau susu sejat kan. But still, acceptable for me. Tak ada lah rasa macam kopi Gloria Jeans yang super manis tu. Opss~~~


Insha Allah boleh repeat lagi nak minum Spanish Latte di Zus Coffee lepas ni. Harga pun boleh kata berpatutan dalam RM11.90 lebih kurang range harga di Gigi Coffee dan tak semahal kopi Starbucks ataupun Coffee Bean.


Hokey tu saja nak share dalam post kali ni.


Pen off now. Tata titi tutu. Masuk tidur dulu.



Lavvv,


Mommy EEZ


www.kiddieoasis.com.my

Selamat Hari Raya 2023 dari Mommy Eez Kiddie Oasis

Holaaaa semua!


Mommy eez dengan rasa happy nak ucapkan...


buat semua yang sudi singgah dan membaca blog mommy eez yang macam suam2 kuku ni. 


Azam tahun baru hari tu konon nak buat 1 hari 1 post. Tapi makin ke laut dalam perginya. Takpe lah. Biarlah expectation tinggi, barulah usaha tu datang dalam nak mencapai target tu kan. Kalau target expectation tu tak ada, lagi tenggelam timbul post dekat blog ni jadi macam biskut chipsmore 😅


Alhamdulillah a'la kulli hal. Mommy eez rasa happy dalam meraikan eidulfitri tahun ni sebab bulan Ramadan lepas, mommy eez dapat tunaikan solat sunat terawih dan witir cukup pada setiap malam yang tanpa keuzuran syari'e. Walaupun rasa macam terlepas malam al-qadr (rasa macam malam Ramadan yang ke-23 sebab malam Jumaat) tapi mommy eez tetap rasa Ramadan kali ni adalah lebih baik dari bulan Ramadan pada tahun2 lepas. Alhamdulillah. Cuma cabaran sekarang ialah macam mana nak kekalkan momentum ibadah tu walaupun bulan Ramadan dah berakhir.


Salah satu cara macam mana kita nak tahu yang Allah SWT terima amalan kita masa bulan Ramadan ialah, kita dapat kekalkan momentum ibadah dan juga menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ni. Kita akan rasa ibadah tu adalah 1 perkara yang sangat menyeronokkan sekalipun tak dapat nak buat banyak macam masa bulan puasa. Allah SWT tahu kemampuan setiap dari kita. Yang penting biar istiqamah walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Kalau nak cakap bab kualiti melebihi kuantiti ni ada disentuh dalam Al-Quran terutama dalam peperangan Badar, kisah Thalut dan Jalut serta banyak lagi kisah2 dalam Al-Quran. Tak perlu nak jadi perfectionist kerana yang sempurna itu hanyalah Allah SWT yang Maha mempunyai Keagungan dan Kesempurnaan (Al-Jalil).


Hokey stop. Tiba2 nak bagi ceramah dah kenapa.


So, post kali ni tak nak panjang2. Mommy eez hanya nak doakan semoga semua orang bergembira beraya di samping keluarga tersayang sambil dapat mengeratkan silaturrahim. Jangan buat palatau budget kita semua serba tahu dan hebat sedangkan ada lagi orang lain yang lebih hebat dari kita. Selalunya orang yang hebat luar dan dalam ni, tak banyak cakap dan sangat cool. Bak kata pepatah nenek moyang mommy eez, diam2 ubi berisi atau ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi gittewww~~~


Hokey mommy eez mengakhiri post ni dengan seketul iklan... 😜


Kalau korang ada nak buat open house, nak cari dessert sedap, murah dan berbaloi boleh terus roger mommy eez dekat whatsApp bawah ni hokey. Kek berharga bawah RM100 boleh dapat 3 kek bersaiz 7 inci tau! Mana nak dapat ooiiii!



Delivery kek ke seluruh Semenanjung Malaysia~~~



Lavvv,

Mommy EEZ

Review Temuan Hills Glamping di Rembau, Negeri Sembilan

Assalamualaikum semua~~~



Sejak PKP tamat kan, ramai yang nak buat aktiviti outdoor. Salah satu yang paling hype sekarang ialah...

CAMPING!


Tapi disebabkan famili mommy eez ni 4 beranak je dan sejenis tak suka benda remeh, jadi kitorang pilih untuk berrrrr ~~~ GLAMPING!


Glamping ni ialah berkhemah di kawasan yang dipenuhi flora dan fauna (sudah pasti jauh dari hiruk pikuk bandar) tetapi dengan cara yang sangat selesa dan mewah gittew. Khemah yang disediakan pun siap ada aircond, tilam empuk boleh guling2 dan basic needs lain yang ala2 bilik hotel 5 bintangs. 


Maka, survey punya survey kami end-up memilih TEMUAN HILLS GLAMPING di ceruk kawasan Rembau, Negeri Sembilan.

 


Kejadian berlaku pada Disember tahun 2022. Hahaha~ kejadian dah lama berlaku baru sekarang nak tulis review. Takpe, bagi memenuhi matlamat #sharingiscaring dan membantu korang dekat luar sana yang nak cari tempat glamping best, sila baca post ni dulu hokey.



Mommy eez memang suka sangat dengan glamping site dekat sini! Area di sini macam baru refurbish dan sangat2 selesa. Jom mommy eez huraikan detail sikit setiap aspek yang ada dekat Temuan Hills Glamping ni:

 

LOKASI

Kalau nak datang, sila gunakan exit Pedas-Linggi untuk jalan yang lebih dekat. Jangan gunakan exit Senawang sebab kena lalu jalan dalam dan lagi jauh. Laluan masuk agak sempit sebab jalan kampung yang muat2 1 kereta tapi still OK untuk kitorang.

 

KEMUDAHAN / FACILITY

Khemah : Kami duduk di khemah Jati Perak yang ada 2 double bed. Katil yang tebal dan empuk. Ruang khemah yang sangat besar dan selesa. Ada aircond. Ada sejadah disediakan di atas ampaian baju dan juga arah kiblat. Ada cermin besar dan juga meja. Deco style minimalist. Suka sangat. Jarak tempat parking kereta dengan khemah dekat je. Untuk khemah jenis lain, perlu kongsi tandas lain dan agak jauh sikit dalam lebih kurang 50 meter dari khemah.


 

Malam tu kitorang tidur dengan keadaan angin yang sangat kuat. Agak bising jugalah bunyi khemah sampai anak2 mommy eez jadi cuak. Tapi, masih ok lagi la sebab khemah tu memang sturdy dan rigid. Tak ada lah sejuk sangat dan just nice. Staff dekat sana selalu ronda di kawasan khemah untuk pastikan keselamatan guests dekat situ. Bagus kan?

 

Tandas: Tandas pun dekat dengan khemah kami. Hanya dalam 10-15 langkah je dah sampai pintu tandas. Tandas pun agak bersih dan selesa cuma tak ada disediakan air panas. Tandas tu boleh dikongsi dengan guests yang lain, jadi tak ada dedicated toilet untuk tetamu2 kayangan yang memerlukan privacy muahahaha~. 

 

Restoran: Makanan yang disediakan jenis western. Yang paling famous ialah pizza. Kami pilih beef pepperoni pizza. Memang sedaaaappp apetah lagi makan masa panas2. Saiz regular dalam 8 slices. Harga RM35/pizza.


 
Makanan lain yang kami order ialah:

  • Garlic bread with mushroom soup : macam manis sikit dan agak pekat. Roti rangup dan sedap. 
  • Spaghetti Oglio Olio: Rasa lain dari yg lain but still OK. 
  • Spaghetti Beef Carbonara: Sedap dan cukup rasa 

Breakfast kitorang pun sangat mewah juga. Portion besarrrr~ Ada 2 pilihan; nasi lemak dan English Breakfast. Tu diaaaa~~~

 


Dekat situ ada juga disediakan wayang pakai projector tapi masa tu hujan dah start renyai2, jadi kitorang tak ada feel nak layan movie.

 

Staff: Super friendly. Terutama abam yang tunjuk jalan masa naik ATV. Terima kasih banyak share pasal ATV utk newbies macam kami. Adik yang layan masa dinner pun peramah sangat. Masa kami sampai pun ada welcome drink (sky juice + lemon + lemongrass). Staff yang menyambut kami pun peramah. Semoga bertambah mewah rezeki semuanya. Aaameeen. 


AKTIVITI

Kami duduk hanya semalam. So sempat jalan2 dekat sungai, lepak2 hirup udara pagi dalam kawasan penuh hijau sambil tengok sesumpah dengan harapan tukar warna (sampai ke sudah statik dan tak tukar pun warna) dan naik ATV. ATV ada pelbagai laluan. Kami pergi laluan Amazon je yang ambil masa dalam 1-2 jam. Kalau nak lebih thrill boleh ambil laluan Rimba (tak silap) sebab akan stop dek
at air terjun dan trip ambil masa dalam 3-4 jam. Inilah pertama kali mommy eez naik ATV dan kena bawa kakak Raihan naik sekali. Tangan kena kuat ye untuk elakkan ATV tu terbalik. ATV pun memang 'canggih' sebab ada 1 lampu je 😂😂😂 . Total bayaran untuk 2 ATV RM160 (tak silap). Laluan pun agak mencabar untuk 1st timer macam mommy eez sebab kena lalu air dan turun bukit yang agak curam. Kasut, baju dan seluar memang habis basah dan penuh lumpur. Disarankan untuk pergi naik ATV waktu pagi sebab nak elakkan panas dan boleh spend masa lebih lama. Kalau pergi petang takut tak sempat nak kejarkan waktu maghrib pula.

 

Tu saja yang mommy eez nak kongsikan. Adakah mommy eez akan datang lagi? Pastinya YE dan berharap kemudahan dan kebersihan dapat maintain selalu insha Allah. Even ada juga orang2 yang datang melepak dekat restoran Temuan Hills ni hanya semata2 nak makan pizza diorang. Diorang tak tidur pun dekat situ dan jenis2 konvoi motor2 besar. Yang pasti kitorang selalu berebut nak naik hammock. Harapnya bolehlah diorang tambah sikit hammock tu sebab budak2 bandar ni jakun sikit nak naik hammock tu. Hahaha~

 

Jumpa lagi dalam next review. Tata titi tutu~~~


Lavveyewww,

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

Review Gigi Coffee (lagi) : Mommy Eez dan Kopi Siri #3

Post ni ialah post kedua terakhir mommy eez untuk tahun 2022 ni. 


Mommy eez baru balik dari glamping site di Temuan Hills, Rembau di Negeri Sembilan. Rasa sangat refresh bila dapat luangkan masa dan mendekatkan diri dengan nature. Untuk orang fully bandar macam mommy eez ni bukan senang nak decide nak masuk hutan dan camping bagai. So, as a start, mommy eez pun cuba lah glamping. Nampak sangat tak thrill kan. Kalau yang hardcore tu, siap camping ada tent sendiri dan main redah je dengan kemudahan yang ada di campsite. Tapi, mommy eez tak ready lagi ke tahap itu dan setelah percubaan pertama glamping, mommy eez rasa cukuplah sekadar glamping je. Seketul mommy eez memang sangat tak sesuai nak jadi hardcore campers sebab sejenis penggeli, takut pacat dan apa saja jenis reptilia berbadan licin dan sewaktu dengannya eiyewww hahaha~


Post kali ni mommy eez tak nak cerita pasal glamping sebab gambar semua tak habis compile lagi. Gambar bersepah2 dekat 3 phone (cess budget professional photographer la sangat sedangkan ambil gambar pun senget benget dan nak cepat kali 10). Biasalah bila dah jadi mak budak jangan haraplah sempat nak berposing bagai. Yang penting ambil gambar dulu, angle cantik tak cantik belakang kira.


Kali ni mommy eez nak sambung review #gigicoffee . 



Sebelah kiri Dark Choco G-Frappe dan yang belah kiri Pecan Praline Hot Latte.

Tengok pada design packaging cup dia, comel kan. Rasanya design warna tu bersempena sambutan perayaan Krismas baru2 ni. Kalau ikut original warna #gigicoffee ni warna biru dan putih je. Very minimalist gittew.


Serious laaahhh mommy eez dah 'get hooked' dengan brand kopi dari Indonesia ni. Yang buat mommy eez suka sangat ialah:


1. Price yang berpatutan - tak murah dan tak mahal sangat. Murah lagi berbanding Gloria Jeans, Starbucks dan Coffee Bean. Rasa pun tak manis sangat berbanding 3 well-known brands tu. Kalau korang sejenis yang suka manis, boleh pilih biji kopi dari Colombia.


2. Ada macam2 flavour - sebelum ni mommy eez cuba Seasalt Caramel Macchiato. Boleh baca review dekat sini ---> Mommy Eez dan Kopi Siri #2 . Kali ni mommy eez cuba Pecan Praline Latte plak. 


3. Ada flavour untuk kanak2 juga - brand lain pun ada juga cuma mommy eez suka lagi #gigicoffee ni sebab lebih banyak variety. Mommy eez baru try flavour Dark Choco untuk kakak Raihan. Mommy eez siap tanya pada staff untuk recommend flavour mana yang sesuai untuk kanak2. So, dia suggest Dark Choco sebab tak berapa manis dan ada sikit pahit. Ikut tekak mommy eez memang lah sedap tapi bila ikut tekak kakak Raihan katanya kureng sebab tak manis dan pahit. Memang mommy eez saja nak biasakan kakak Raihan minum kurang manis sebab tak berapa elok untuk kanak2 kan. Bila terlebih manis nanti jadi hyper plak anak sorang ni. 


So, apakah verdict untuk kopi perisa Pecan Praline Latte ni?


Sebelum tu mommy eez tanya pada staff #gigicoffee apa beza antara Hazelnut Coffee dan Pecan Praline Latte ni. Ye lah dua2 pun peanut base kan. Katanya, Pecan Praline Latte ni rasanya lebih caramelized berbanding Hazelnut. Mommy eez dah biasa rasa Hazelnut Latte so saja pilih Pecan Praline Latte. Macam biasa mommy eez pilih yang panas sebab cuaca tengah dingin2 sekarang, memang lebih layan minum kopi panas berbanding sejuk.


Bagi mommy eez, Pecan Praline Latte ni agak manis disebabkan rasa caramel tu. Tapi still acceptable sebab rasa pahit masih ada. Memang sedap dan layaaaannnzzz bila minum masa kopi tengah panas2. Mommy eez suka cuma mommy eez memang tambah air kosong panas untuk kurangkan tahap manis dia. So far, #gigicoffee ni agak soft untuk perut mommy eez yang senang gastrik ni. Perut mommy eez jarang bloated dan mommy eez selalunya minum lepas makan makanan berat macam nasi berlauk dinosaur. Hihihi~


Hokey tu saja bebelan di kala tengah malam ni. Tinggal kurang 1 hari saja lagi nak menuju ke Tahun Baru 2023. Insha Allah, mommy eez nak share apa azam tahun baru mommy eez nanti. Manalah tahu, kita share azam yang sama kan. Salah satunya yang pasti, mommy eez nak tukar huruf 'A' ke huruf 'I' dalam perkataan FAT. Muahahahha~~~~


Tunggu kemerepekan mommy eez dalam post yang akan datang~~~~


Lavvv,

Mommy EEZ


www.kiddieoasis.com.my

Review Gigi Coffee : Mommy Eez dan Kopi Siri #2

Kepada peminat2 kopi sila hadirkan diri...


Hari tu mommy eez cuba #gigicoffee yang katanya dari Indonesia. Masa mommy eez nak order tu rupanya ada 2 pilihan kopi. Kopi dari Indonesia ataupun dari Colombia. Kalau Indonesia tu Medium Dark Roast rasa lebih pahit dari Colombia yang Medium Roast. So mommy eez yg sejenis tak suka manis sgt so pilihlah kopi dari Indonesia.


Lepas tu gatal nak cuba perisa Seasalt Caramel Macchiato. Pahit, masin dan manis bergabung. Pergh meletop otak sekejap sebab puas nak interpret rasa tu. Awal2 tu rasa kemain sodap lagi. Bila dah nak habis, hujung2 kopi tu dah rasa masin terlebih. Papepun nice try dan I looiiikee especially dihidangkan secara panasssss. Dah tua2 ni lebih suka hot coffee berbanding iced coffee.





Hokey tu saja curhat di pagi hari Isnin.


Have you started your day with coffee?

Curhat dari seorang Coffee Addict : Mommy Eez dan Kopi Siri #1

 Assalamualaikum semua...


Apa khabar? Semoga semua yang sudi membaca post mommy eez dekat sini dikurniakan kesihatan yang baik serta keadaan yang stabil. Tak kisah lah stabil dari segi kewangan ke, keadaan mental ke, keadaan rumah ke dan sebagainya. Semua pun memainkan peranan yang penting untuk hati menjadi tenteram kan.


Mommy eez baru2 ni dinasihatkan oleh Clinical Psychologist untuk cuba membuat curhat* pada sebuah diari untuk mengurangkan beban yang ada dalam diri ni. Terus mommy eez teringat dekat blog ni yang dah bersawang berbulan2 lamanya. Sebenarnya ada je beberapa post yang mommy eez dah buat tapi tersadai dekat bahagian draft. Kononnya nak tunggu bagi kemas betul2 baru nak publish post tu. Sampai ke sudah memang berhabuklah dalam Draft Post tu. Sekarang mommy eez cuba buat post sepantas molek dan praktis praktis praktis dan praktis. Practice makes perfect gittew.

 

Tanpa mommy eez sedar lately, mommy eez sangat addict dengan minuman viral zaman sekarang.

C.O.F.F.E.E

 

Sebenarnya niat asal nak cari port buat kerja je. Tapi sebab tempat paling selesa yang dijumpai masa tu hanya ada Gloria Jeans, so mommy eez pun bertandanglah di situ. Dah bertandang, takkan tak beli apa2 dekat situ kan. Maka, mommy eez pun mencubalah nasib dengan memesan kopi Mocha Caramellatte ni. 


Sekali dari suapan pertama terus berpinau rasa kepala. Penyesalan demi penyesalan yang keluar. Hahaha~ macam teruk sangat je rasa kopi tu kan. Tak ada lah. Rasa dia OK je cuma tak berapa sesuai untuk mommy eez yang tak suka makan/minum manis sangat. Mommy eez rasa menyesal tu sebab...~~~

 

1. Manis yakmat. Minta yang panas, sekali manis berdengung dia bagi. Agaknya portion gula sama dengan kopi berais agaknya.

 

2. Patutnya mommy eez kena pantang kopi tapi masih tak boleh mengawal nafsu diri.

 

3. Dah tambah air kosong panas banyak pun masih tak hilang lagi manis dia. Memang sesuailah dengan namanya. Mocha (manis2 pahit sikit) tambah caramel yang memang manis. Double manis. Aiyooo...

 

Bila dah jadi macam ni barulah sel2 otak berhubung dan recall kejadian lepas. Pernah juga cuba kopi perisa lain brand Gloria Jeans juga tapi memang tak boleh blah tahap manisnya. Even kopi Starbucks pun agak manis bagi mommy eez. Coffee Bean pun sama manis tapi masih boleh adjust lagi lah. Harga bawah sikit dari Starbucks dan Coffee Bean. Harga kopi yang mommy eez order tu RM16 untuk Hot Mocha Caramellatte.

 

Lately mommy eez makin kecanduan kopi dari orang lokal. Kopi Malaya di Seksyen 13 Shah Alam (dah tutup plak.. haih), White Coffee Kafe Tuuu... Dia Pak Tam (ada dalam Food Panda) dan Hazelnut Coffee di Lovefoodies. Pahit2 kurang manis. Kalau tak manis langsung pun tak apa sebab lebih sihat kononnya. 

 

Ada macam2 jenis kopi yang mommy eez dah pernah cuba. Nanti mommy eez up post review dekat sini hokey. Doakan saka menulis terus istiqamah berada di dalam badan mommy eez ni. Punyalah lama menunggu tak kunjung tiba. Bila dah kena seru oleh Pakar Perubatan, terus dia datang malam ni. Hihihi~

 

Menulis ni adalah salah satu cara untuk rehatkan minda, chillax hati dan juga aktiviti mengumpul semangat. Walaupun tak tahu siapa yang membaca bebelan mommy eez dekat sini, harap2 serba sikit dapatlah berkongsi pendapat dan feeling2 #sharingiscaring gittew. 

 

Itu saja perkongsian untuk malam ni. Feel free to comment atau suggest kopi lain yang sedap2 ke kan. Your feedback is highly appreciated. Pergghh dah keluar ayat bisnes poyo royo. Hokey abaikan.

 

Tata titi tutu.. See you when I see you. Eh.. 

 

Lavvv,


Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

Review Kek Mamasab : Kek Pandan Gula Melaka

Intro...

Mommy eez pun tak tau macam mana boleh terjebak nak join #mamasabtroopers ni. Tujuan asal nak memenuhi nafsu makan cheese kek je. Entah macam mana, bila dah rasa sekali asyik nak repeat je. 

Secara jujurnya, mula2 mommy eez skeptikal juga dengan kek dari MAMASAB ni. 1st thing sebab rupa kek dia sangat...hmmm...tak berapa smooth dan nampak gemuk. Too simple. Tak nampak rich macam Secret Recipe. Tak nampak kool macam kek Coffee Bean. Mungkin sebab packaging sangat meriah dengan warna pink yang agak terang.

Tapi....

Jangan disangka rupa yang gemuk dan selekeh itu tak sedap. Hahahaha~~~ Haaaa ameeekk kau dah rasa sekali terus join jadi EJEN SAH MAMASAB DI SHAH ALAM! 😆 🤣 😄 

Maka bermulalah journey mommy eez dengan MAMASAB BAKERY ni. Tergendala juga la sikit Kiddie Oasis Online Store bila dah mula ambil order untuk MAMASAB. Takpe yg penting biz kena diversified. Chewah...budget diversified la sangat. Setakat one man show dengan ditemani 2 orang assistant bahagian operasi... but still way much better than before Alhamdulillah. 

Hokey jom mommy eez nak bagi 1st review on kek MAMASAB ni. Here goes..


- PANDAN GULA MELAKA CAKE BY MAMASAB -


Selain daripada cheese kek, mommy eez juga peminat tegar kek pandan. Semua kek pandan mommy eez suka sama ada yg dkt Speedmart, kek pandan chiffon dkt Giant, kek pandan gulung dkt kedai bakery dan byk lagi. Bagi peminat kek pandan, KEK PANDAN GULA MELAKA MAMASAB IS A MUST TRY. Not too sweet dan tak terlalu lemak. Base kek tu ialah butter kek yang moist bersama topping krim hijau (Swiss Meringue Butter Cream) di atasnya. Atas topping krim ditabur dgn coconut flakes dan juga drizzle gula melaka. Gula melaka tu yg menaikkan lagi rasa manis gula yg lemak bersama pandan flavour dan memang SEDAPLAH! Bukan setakat manis gula semata. 




Cuma mommy eez suggest kena habiskan kek ni dlm masa 2-3 hari dikhuatiri base kek tu akan jadi agak kering bila dah disimpan beberapa hari. Tapi selalunya kek ni tak sampai 2 hari pun boleh habis bagi peminat tegar kek pandan hihihi~

Walaupun topping cream tu melimpah ruah, tapi serius tak manis sgt berbanding standard kek yang ada di pasaran.

Sekian saja honest review dari mommy eez 😎🍰

Teringin nak rasa? Berbekalkan RM40 dan juga caj delivery ke seluruh Malaysia insha Allah boleh whatsApp terus mommy eez di +6017.6564.769. 🤗 . Ataupun terus je tekan link di bawah ni:



Kalau nak tengok pilihan kek2 lain dari Mamasab boleh terus tengok katalog di sini:




Semoga mommy eez berjaya menceburkan diri dalam bidang F&B ni dan menjadi peniaga yang berjaya dan solehah. Waaaahhh gittew!

Jumpa lagi in the next post!


Lavvv,

Mommy EEZ

Popular Posts