Showing posts with label Jom Join Giveaways. Show all posts
Showing posts with label Jom Join Giveaways. Show all posts

Senarai Pemenang GiveAway by Blog the Story of Mommy EEZ

Ya ampunnnn gaissss mommy eez lambat nak umumkan pemenang GiveAway by Blog The Story of Mommy EEZ. Dahlah 1st time buat giveaway lepas tu bertangguh2 pula nak umumkan pemenang. 


Hokey, tanpa membuang masa inilah dia pembaca2 blog bertuah untuk GiveAway #1 kali ni:


 Kepada semua pemenang sila whatsApp atau DM mommy eez dekat Instagram untuk claim hadiah ok.

 

Semoga hadiah2 tersebut dapat bagi manfaat dan memberikan sedikit kegembiraan dan kebahagiaan pada korang semua. Pada yang tak berjaya dan belum cuba insha Allah ada rezeki lebih mommy eez share lagi dengan korang hokey.

 

Di kesempatan ni, mommy eez nak ucapkan~~~

 

Mommy eez suka sangat gambar atas ni sebab mommy eez sendiri yang tangkap pakai phone je di Sekinchan, Selangor. Masa ni saja nak bawa anak2 mendekati dunia sawah padi disebabkan anak2 mommy eez memang pure budak bandar hahaha~ . Insha Allah mommy eez akan review Jalan2 di sekitar Sekinchan nanti.

 

Sekali lagi mommy eez minta maaf atas kelewatan nak umumkan senarai pemenang. Selamat berpuasa 6 di bulan Syawal yang mulia ni. Sambil2 berpuasa tu harapnya dapatlah juga kekalkan berat badan masa puasa wuwuwu~~~

 

Akhir kata, semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan merahmati hari2 kita selalu.

Allahumma Ameen~~~


Lavvv,

Mommy EEZ

Giveaway by Blog The Story of Mommy EEZ

Perghhh nervous kita nak buat 1st giveaway (GA) dekat blog. Sebelum ni pernah buat dekat Instagram je demi mengumpul followers yang sudi follow @kiddie.oasis . Hari tu macam seronok plak join giveaway bloggers2 lain so sempena nak mengambil keberkatan yang Allah SWT bagi pada bulan Ramadan ni, mommy eez nak share 3 hadiah ni dengan 3 BLOGGERS BERTUAH~

 


1 x Radio Quran dari Baby Pian dan bacaan ayat2 Al-Quran dialunkan oleh 
Ustaz Fakhrul dari UNIC

 

1 x Mini Sejadah dari The Prayer Mat

 

1 x Kurma Ajwa with Gift Box

 

Maghiiii kita tengok macam mana nak join GA by Blog The Story of Mommy EEZ yang poyo royo ni.


Syarat2 penyertaan GiveAway by The Story of Mommy EEZ

1. Follow blog ni dan Instagram @kiddie.oasis <--- klik je di sini

 

2. Buat satu entry post bertajuk 'GiveAway by Blog The Story of Mommy EEZ'

 

3. Share link entry post giveaway dan nama Instagram korang ke ruangan komen bawah post ni. Nanti mommy eez akan stalk korang semua muahahaha~~~

 

4. Giveaway ni bermula dari tarikh hari ni 15hb Mac 2024 sehingga 8 April 2024 (bersamaan dengan 28 Ramadan 1445H). Ikutkan hati nak ambil tarikh 27 Ramadan sebab nak ambil semangat Lailatuqadr tapi sebab waktu tu hari Sabtu-Ahad jadi, takut tak sempat nak umum on time. Lagipun tarikh ni mungkin akan extend kalau tak ada sambutan hangats.. isk isk isk... ye la kita blogger sendu je. Followers ciputs. Tapi, tak pe selagi tak cuba buat giveaway mommy eez pun tak tahu akan ada sambutan ke tak kan?


5. Keputusan pemilihan pemenang bergantung pada cara korang tulis blog entry korang. Kalau ada yang menarik hati, menghiburkan hati dan menyentuh hati mommy eez insha Allah terpilih. Kalau susah sangat mommy eez nak pilih, pakai Wonder Wheels je lah.. eh Wheels of Names ni.. hihihi~~~

 

Harapnya syarat2 yang mommy eez bagi ni mudah je lah kan. Tazaba nak tengok blog korang yang comey2 dan minimalist ittew!

 

Apa2 pun salam perkenalan buat bloggers yang baru jumpa blog mommy eez ni. Kita tak muda sangat dan tak tua sangat. Yang sedang2 aja! Chewaaah~~~ . Enjoy the giveaway session and have a blessed Ramadan for all of us insha Allah.. Aaameeen!

 

Lavvv,

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

Giveaway by Blog Roziah Muhammad Nor

Saka mood melayan giveaways sudah mariiiii~~~


Jom kali ni kita join Giveaway by Blog Roziah Muhammad Nor plak..

 

 Boleh klik dekat gambar atas tu untuk link ke post asal giveaway


Beliau siap nak bagi 8 PEMENANG tau untuk giveaway kali ni. Best betul! So, apa nak kena buat untuk giveaway ni?

 

1. Ok, post dah ready once published! - DONE

2. Banner pun dah letak siap sekali dengan link. So, korang boleh tengok post giveaway asal dengan tekan pada gambar banner. - DONE

3. Dah follow blog www.roziahmuhammadnor.com juga. - DONE

4. Dah follow akaun Instagram dengan menggunakan akaun IG @thestoryofmommyeez . - DONE

5. Dah follow akaun Facebook dengan menggunakan akaun Facebook Eda Edlina Zakaria. - DONE

6. Hokey tinggal last part je belum buat. Kita buat semua tu bila post ni dah published ye.


Giveaway ni berlangsung selama sebulan tau. Tarikh tamat ialah pada 29 Januari 2024 pada pukul 8pm. So, mana yang teringin nak join, jom kita sama2 meriahkan giveaway sis Cie kita~~~~


Semoga ada rezeki mommy eez dan kawan2 blogger lain dalam giveaway ni, aaameeen...


Lavvv,

Mommy EEZ

GIVEAWAY SAMPUL RAYA RARE 2024 by the Royal Highness Queen Cuya

 Holaaa everybody!


Mommy eez terlanding 1 page blogger yang sangat meriah oleh penulis blogger cunz melecunz (haruslah bodek melangit tinggi) bernama...


Queen Cuya


Beliau sedang melancarkan Giveaway Sampul Raya Rare untuk tahun 2024 ni. 


 

Menarik sangat sampul raya dia sebab gambar barang2 yang sangatttt dekat di hati kita macam spray nyamuk shieldtox, passport Malaysia, plastik bekas ubat klinik, biskut hup seng, roti gardenia, cap tangan ngan yin dan macam2 lagi lah... korang boleh tengok dekat link bawah ni...


Gambar Sampul Raya Rare 2024 by Queen Cuya


Jom, kita tengok apa syarat2 penyertaan giveaway ni.


So, from side mommy eez step 1 sampai 3 dah settle. 

1. Dah lama follow blog beliau - DONE

2. Dah follow IG beliau dengan menggunakan IG @thestoryofmommyeez . Dekat Tiktok pun dah follow juga dengan menggunakan akaun TikTok @mommyeez7 - DONE

3. Dah copy banner dan juga tulis title as requested. - DONE

4. Bila dah siap publish post ni, mommy eez akan komen link entri di post GA blog beliau. Mommy eez share link post GA dekat bawah ni:


Post Giveaway Sampul Raya Rare 2024 by Queen Cuya


Ada sebanyak 3 pemenang yang akan dipilih:


So untuk menaikkan lagi kebarangkalian untuk menang, kenalah follow Queen Cuya di IG (Instagram) dan TikTok selain dari blog beliau.


Semoga ada rezeki mommy eez dan kawan2 blogger lain untuk menang GA ni ya insha Allah. Macam best plak nak buat GA ni. Dulu2 zaman instashop dekat IG tengah boom boom boombastik, mommy eez rajin juga open GA melalui IG @kiddie.oasis . Mungkin nak try plak open dekat blog plak kan. Agak2 hadiah apa yang best nak bagi? Hmmm... kalau nak bagi hadiah bawah ni korang ok tak?


Kalau ada lebih 10 komen, insha Allah mommy eez akan open GA hokey untuk korang plak.

 

Lavvv,

Mommy EEZ

Popular Posts