Showing posts with label Baby Essentials. Show all posts
Showing posts with label Baby Essentials. Show all posts

Tommee Tippee Malaysia Murah Bethooolll!

~~~ KAMI LAH SAUDAGAR BOTOL SUSU DI DALAM NEGERI ~~~~~

(nyanyi ikut lagu 'kamilah penyamun' dalam movie Nujum Pak Belalang)


Heyyy apa di atas gaisss??? Lama betul mommy eez berhibernasi di alam belog. Bukan senang nak cari masa dan mood yang sesuai, malah nak bagi mereka seiringan pun makan masa lama juga.

Setelah sekian lama mommy eez cuba nak bawa masuk stok botol susu, akhirnya Alhamdulillah berjaya jua. Cuma disebabkan kekangan modal, mommy eez bawa masuk stok baru botol susu Tommee Tippee dulu lah hokey. Saja nak test market sekarang macam mana kan. So tanpa melengahkan masa mommy eez nak SHOW-OFF design2 baru botol susu Tommee Tippee yang COMEL DOOH bak kata family Neelofa~~~ hihihi~












Botol susu Tommee Tippee ni memang comey2 belaka. Harga pun murah dan puting dia mmg friendly mom's nipple. Mostly org2 yang mommy eez kenal memang selesa pakai botol susu Tommee Tippee ni dari zaman kakak Raihan baby lagi. So memang established la brand botol susu ni.


Ada plak tu yang kata, kenapa harga botol susu ni murah yakmat. Tiruan ke? Mommy eez tak pernah jumpa botol susu tiruan daaaaannn boleh tengok kualiti botol susu tu. Kalau tiruan sekalipun, takkan ada proper label pada original box. 

Chop!

Ada lagi tau design barrruuuu... jangan habis scrolllll lagi!!!! Bawah ni semua design saiz 9oz / 260ml.


Yang starter set tu, mommy eez ada jual loose tau. So kalau kata nak beli pacifier saje ke atau botol susu saja pun boleh. Pricing semua boleh je refer dekat sini ye:




Puting sedia ada pada semua botol tu size newborn tau. So, kalau anak2 mommies semua dah besar sikit kena beli puting asing la ye ikut flow yang sesuai...

Apa2 pertanyaan boleh je drop komen di bawah ni hokey. Mommy eez pen-off dulu. 


Love,

Mommy EEZ


Dropship Educational Toys Malaysia atau Dropship Quran Tagging?

Assalamualaikum,

Mommy eez saja pancing tajuk tu sebab mana tahu ada yang tengah mencari untuk buat side income kan. Antara edutoys dan quran tagging, dua2 pun available untuk dijual..

WOW! Best kan...

Educational books belum termasuk lagi. Insya Allah one day, hokey.

Mommy eez dalam proses untuk RECRUIT DROPSHIP AGENT untuk #teamkiddieoasis . Those yang belum tahu tentang nature of business mommy eez boleh tekan gambar di bawah untuk usha2 terlebih dahulu..
.




Since ramai juga yang approach mommy eez these few weeks untuk jadi dropship agent, so mommy eez tengah setup di website untuk kemudahan semua insya Allah. Apa syarat2nya?

Only selected items that are available for dropship agents:
  • Milk Up Candy milk booster
  • Boomi Baby products
  • Educational toys
  • Quran Tagging



Lepas tu ada dropship fee dalam RM20 saja bagi yang betul2 serius untuk menjual. Mommy eez nak elakkan mereka yang saja beli untuk diri sendiri dan dapatkan diskaun. Kasihanilah kami peniaga comel yang cuba untuk survive di zaman millenial ni yang ternyata bukan senang. Huhuhu~

Jom tengok syarat2 nak join #teamkiddieoasis di sini:

t.me/dropshipteamkiddieoasis


Hokey tu saja nak mengomel dekat sini. Mana tahu andalah orang yang terbaik untuk join #teamkiddieoasis kan. See yew soon!

Lavvv,

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my


Kenapa bayi selalu kembung perut? | Baby Colic



                         
 "LETIH JAGA BABY MEMALAM SEBAB PERUT BABY SELALU KEMBUNG?"

Yeeee Mommy EEZ dah rasa macam mana rasa terseksanya bila baby terkena kembung perut. Bila masuk malam je perut baby Wafa akan kembung dan untuk keluarkan angin puspus tu sangat sangat sangat mengambil masa. Kadang2 tengah malam asyik menangis je. Bagi susu pun kadang2 tak nak. Mula2 Mommy EEZ pakai minyak telon biasa. Tapi tak berapa berkesan walaupun dah diurut2 perut dia. Mommy EEZ pun bertukar dengan THERAPY OIL dari produk BOOMI BABY. Alhamdulillah sampai sekarang baby Wafa tak ada lagi masalah kembung. Therapy Oil ni sangat selesa dan tak panas pada baby so boleh apply pada baby seawal newborn.

Selain itu, boleh juga buat urutan dekat perut baby macam tekan2 dengan perlahan di sekitar perut baby sambil letak Therapy Oil Boomi Baby. Ataupun buat urutan I Love You macam dalam gambar di bawah. 



Lepas tu sapukan therapy oil tu di bahagian kedua2 telapak kaki, belakang betis dan bahagian belakang perut. Nak EXTRA letakkan therapy oil tu di dada dan juga dada belakang baby mommy untuk legakan batuk atau flu baby.

Urutan I Love You ni juga bagus dibuat bila baby kena sembelit. Bila baby dah few days tak membuang air besar bolehlah buat urutan I Love You ni. Selalunya Mommy EEZ akan buat bila baby Wafa dah masuk 3 hari tak membuang air besar. Lepas habis buat urutan ni, Mommy EEZ sambung buat gaya kayuhan basikal pada kaki dia untuk melancarkan lagi digestion dalam perut dia.

APAKAH PUNCA-PUNCA BAYI ANDA TERKENA KEMBUNG PERUT???
 
1. Baby tak pakai stokin senang masuk angin

Memang ramai yang kata baby tak berapa elok pakai stokin selalu sebab nak bagi deria sentuhan baby berkembang. Tapi... kalau kaki baby dah sejuk kejung macam tu kenalah pakai stokin. Tak pun perlahankan suhu air-cond atau kelajuan kipas.

2. Baby tak sendawa lepas feeding

Yang ni memang part paling mencabar bagi first time mom. Mommy EEZ dulu memang agak fail nak bagi baby sendawa. Kadang2 surrender juga sebab lama betul nak tepuk2 belakang baby tapi tak juga dia sendawa. Last2 memang baby muntahlah sebab sendawa tak keluar lepas feeding. Muntah OK lagi. Bila dibawa sampai ke malam tu yang selalu terkena kembung perut tu.

3. Pemakanan mommy sendiri

Untuk baby yg fully breastfeed, kalau mommy2 ada tersalah makan contohnya macam termakan makanan2 yg berangin macam ubi keledek, kobis, sayur bayam, nasi yang dah semalaman etc. akan ada effect pada breastmilk yg mommy2 hasilkan.

4. Baby latch xbetul masa menyusu badan

Selalunya nipple kita akan terasa sangat sakit bila baby tak latch dengan betul masa breastfeeding. Bila kita biar, boleh menyebabkan angin masuk ke dalam perut bayi dan membawa kepada masalah kembung perut.

5. Baby terdedah dalam aircond atau direct kipas angin terlalu lama

Jangan sesekali hadapkan kipas atau aircond direct pada baby ya. Kita tak tahu ada certain badan baby yang jenis tak tahan akan senang masuk angin bila jadi seperti ini.

6. Gap feeding susu agak lama sampai perut baby dah masuk angin

Macam orang besar jugalah. Bila kita ter-skip makan atau terlambat makan dari waktu yang sepatutnya, perut akan masuk angin.

7. Baby hisap botol susu yang bukan anti-colic atau cara hisap botol susu dengan salah

Pastikan mommy2 semua kaji macam mana nak bagi baby2 minum susu dengan betul. Kalau diperhatikan betul2 setiap puting ada lubang angin bagi mengeluarkan angin dari dalam botol bila feeding.

Haaaa macam2 lagilah sebab kenapa baby boleh dapat kembung ni. Apa yang Mommy EEZ liskan itu, berdasarkan pengalaman sendiri. Semoga info di atas bermanfaat buat semua yee 😄


Jumpa lagi in next post

Assalamualaikum

Popular Posts