Showing posts with label NUK. Show all posts
Showing posts with label NUK. Show all posts

Review Botol Susu - Puting Pigeon dengan botol susu NUK


"SIS, BOLEH KE PUTING PIGEON PASANG PADA BOTOL SUSU NUK?"

Agak2 boleh ke tak ye? Haaaa... jawapannyaaaaa...


BOLEH! 


Sebab diameter puting pigeon dengan puting NUK ni sama besar. Tapi kena pastikan dua2 puting dan botol susu dari Pigeon dan NUK ni jenis wide neck tau. Jangan pakai yang slim atau standard neck plak. Memang tak fit sebab puting yang slim tu lagi kecil daripada wide neck. Jadi, kalau mommy2 semua saja gatal2 nak tukar botol susu NUK dengan puting pigeon ke, atau botol susu Pigeon dengan puting NUK pun boleh. Nanti Mommy EEZ post gambar puting NUK pada botol pigeon pula hokey!

Oh sebelum terlupa, penutup botol susu NUK tu pun fit untuk tutup sekali dengan puting Pigeon tu. So tak perlu risau. Mommy EEZ terlupa nak ambil gambar as proof. Nanti dah ada gambar nanti, Mommy EEZ update dekat sini.

Harap tips2 botol susu di sini dapat membantu mommy2 di luar sana. Design botol susu pigeon kan tak banyak choice, so mesti teringin nak cuba botol susu NUK yang comel2 kan. Tak percaya, boleh tekan button dekat bawah ni:


NUK Woodlands Blue 5oz

https://shopee.com.my/NUK-Woodlands-Blue-5oz-(Single)-i.4491129.660609922

  
NUK Woodlands Pink 5oz

https://shopee.com.my/NUK-Woodlands-Pink-5oz-i.4491129.659555215
 
Apa2 soalan, jangan malu, jangan segan drop saja komen di bawah ataupun contact terus Mommy EEZ terus whatsapp hokey.

See you later mommies!


Lavv,

Mommy EEZ

Review Botol Susu - NUK Woodlands 5oz

Assalamualaikum!

Sebenarnya dah lama nak post pasal botol susu NUK design Woodlands ni. Those mommies yang tengah usha2 design printed untuk botol susu NUK saiz 5oz ni bolehlah cuci2 mata ya.

Design NUK Woodlands 5oz warna blue ni sangat sesuai untuk baby boy. Jom kita tengok gambar commercial botol susu ni dengan actual photo huhuhu~ banyak beza laaaa.


Nampak bersih clean and clear gittew. Tapi botol sebenar berwarna white keruh sikit sebab material botol susu NUK ni dari plastik polypropylene (PP). So jangan tertipu dengan gambar commercial yang nampak macam botol susu ala2 gelas tu.

 
 Standard packaging ada 3 botol dalam 1 kotak. Tapi Mommy EEZ jual loose 1 botol so senang pada mommy yang nak beli 1 botol saja. Botol susu ni made in USA dan authentic ya. Mommy EEZ tak pernah jumpa botol susu tiruan brand NUK mahupun mana2 brand lain.

  

https://shopee.com.my/NUK-Woodlands-Blue-5oz-(Single)-i.4491129.660609922

Ketiga2 gambar ni adalah 1 botol yang sama yang menunjukkan pandangan depan, sisi dan belakang. Nanti jangan minta Mommy EEZ nak design gambar owl saja atau fox saja ya. Semua gambar ada pada 1 botol tu..Hihihi.. 

Yang ni warna pink pula sesuai untuk baby girl mommy semua.





https://shopee.com.my/NUK-Woodlands-Pink-5oz-i.4491129.659555215


Ada customer Mommy EEZ mengadu kata anak dia baru 1 tahun dah tak suka minum susu. Kadang2 kita sendiri kena cari idea untuk galakkan mereka minum susu selain mengharapkan supplemen atau keinginan dia sendiri. Sebabnya pada umur sebegini, anak2 usia 1 tahun ke atas ni sibuk nak bermain sampai tak ingat nak makan atau tidur. Jadi, salah satu cara mommy2 boleh belikan botol susu dengan gambar2 yang menarik supaya dapat tarik minat anak2 untuk mereka lebih minum susu. 

Kalau rasa nak order botol susu NUK ni boleh tekan button BUY NOW warna merah lit lit tu ye. Hihihi.

So tu saja post kali ni. Ada apa2 soalan tentang botol susu brand2 macam NUK, Avent dan Tommee Tippee boleh terus drop chat message di WhatsApp Mommy EEZ hokey!

Lavveyyewww,

Mommy EEZ a.k.a Eda Edlina Zakaria

Review Botol Susu - Puting NUK dengan botol susu Pigeon


"SIS SAYA DAH ADA BOTOL SUSU PIGEON, NAK TUKAR PUTING NUK BOLEH?"



Boleh ke boleh?
YA, BOLEEEEEHHHH!

Mommy EEZ memang suka share tips. Tambah2 pasal botol susu. Mommy EEZ faham sebab sekali beli botol susu ni mahu cecah sampai RM50-70 ringgit sebotol kan. Sekali anak reject pula memang SAKITNYA TUH DI SINI DI DALAM HATIKU gitu rasanya. Hehehe~

Hokey mommy2 tersayang sekalian. Tengok pada gambar di atas memang puting NUK jenis wide neck bole diguna pakai dengan botol susu Pigeon jenis wide neck juga! Terletak cantik elok je dan Insya Allah tak bocor. So kalau baby masih lagi belum serasi dengan puting Pigeon boleh tukar dengan puting NUK pula hokey!


Mommy EEZ selalu dapat soalan macam ni...

"SIS, ANTARA PUTING NUK DENGAN PUTING PIGEON MANA LEBIH LEMBUT?'

"SIS, ANTARA PUTING NUK DENGAN PUTING PIGEON MANA YANG LEBIH MIRIP KEPADA NIPPLE IBU?"

Untuk soalan pertama Mommy EEZ boleh jawabkan. Bagi Mommy EEZ, puting Pigeon lebih lembut walaupun dua2 brand diperbuat daripada silikon. Yang membezakan antara 2 puting tu ialah dari segi bentuk, design dan ketebalan puting.

Untuk soalan kedua, memang payah sikit nak jawab sebab bagi Mommy EEZ agak sukar nak samakan puting botol susu dengan nipple ibu sebenar. Mommy EEZ cuba ya sebab ini hanya pendapat peribadi saja. Dari segi kelembutan, puting Pigeon lebih mirip kepada nipple ibu. Tapi kalau dari segi bentuk, puting NUK seakan2 menyerupai bentuk nipple ibu. Personally, ramai customer Mommy EEZ akan pilih 2 brand ni kalau anak2 mereka ada masalah untuk train minum susu dengan botol. Kalau ada brand lain mungkin ada cuma preference Mommy EEZ ialah lebih cenderung kepada 2 brand ni saja. 

Harap dapat membantu serba sedikit mommy2 di luar sana untuk memilih puting botol susu apa yang sesuai untuk anak2 anda.

Lav,

Mommy EEZ

Review Botol Susu - Jenis-jenis Botol Susu

Photo source - Pak Cik Google

PERNAH TAK MOMMY2 AMBIL TAHU APA BAHAN BUATAN BOTOL SUSU ANAK ANDA?

Botol susu ni banyak jenis. Ada yang jenis plastik biasa. Plastik tebal sikit. Ada jenis plastik keruh. Ada yang plastik tapi nampak macam kaca.. Hohoho.. mostly mommy2 mesti nak beli yang design cantik saje kan. Sebagai ibu2 yang terlebih prihatin, kita kenalah ambil tahu apa jenis2 material botol susu yang kita belikan untuk bayi comel kita.

Jom check apa jenis botol susu anak kita tu:

1. Polypropylene (PP) - jenis plastik standard utk brand Avent, Tommee Tippee, NUK, Pigeon dan lain2. Plastik PP ni pun berlainan kualiti bergantung kepada brand. Ada yang nampak tebal dan ada yang nampak nipis. Botol jenis plastik PP ni mampu bertahan kepanasan sehingga 120degC. Namun, jangka hayat botol agak pendek sekitar dalam 6 bulan saja untuk 1 botol yang digunakan berterusan. Ini kerana bahan kimia seperti Bisphenol-A (BPA) akan terbebas disebabkan kekerapan mensteril, boiling dan terkena air panas.




2. Polyethersulfone (PES) - jenis plastik keras dan lebih tegap dari plastik PP. Ada pada brand Avent dan juga brand lain. Botol ni pun ala2 kaca cuma warna dia jernih kekuningan. Sangat long lasting compared to plastik PP. Kalau jatuh pun tak senang kemek la.

Photo source - Pak Cik Google

3. Polyamide (PA) - jenis plastik keras tapi warna putih clear. Ada pada brand NUK. Material botol susu jenis Polyamide (PA) ni memang cantik. Boleh see-through. Keras pun ye dan tahan lebih kuat dari plastik PP. 


4. Kaca - memang tahan lama tapi kena pakai 'sleeve' utk tahan haba bila baby pegang. Lagi satu botol susu jenis kaca ni bole tahan berat juga. So kalau baby bawah setahun tu memang kena tolong pegangkan botol susu masa feeding time tu


Photo source - Pak Cik Google

5. Polyphenylsulfone (PPSU) - jenis plastik keras berwarna kuning keruh. Ada pada brand Pigeon dan Autumnz. Botol jenis ni tak banyak beza dari jenis PES. So far memang paling hotselling la dekat online shop Mommy EEZ di Baby Oasis. Autumnz ni pun baru je keluarkan botol susu terbaru dengan material PPSU ni. Kalau nak cuba jangan segan silu tinggalkan komen ataupun trace anda di mana2 saje di blog ni hokey!





Mostly botol yg jenis plastik keras ni macam PES, PPSU dan PA; feature dia mmg lebih kuat dan tahan lama berbanding standard plastik polypropylene. Sebagai contoh macam PPSU bole tahan suhu sampai 180degC berbanding plastik PP sampai 120degC je. Fizikalnya umpama gabungan antara plastik dan kaca. Mommy EEZ saje tak masukkan botol jenis Policarbonate dlm list sbb botol susu jenis ni dah DIHARAMKAN sbb bukan BPA Free. Kesemuanya jenis botol susu yang Mommy EEZ mention di sini semuanya BPA Free tau. Hapekebenda BPA tu.. boleh refer post ni ---> 'Bila nak tukar botol susu?'


Jadi AMBIL TAHU jenis botol susu anak anda walaupun designnya comey2 skali 😎 hokey!


Lavveyeww,

Mommy EEZ

Review Botol Susu - Cara menggunakan botol susu NUK jenis wide neck


*ADA TAK MOMMY2 YANG FRUST BILA BOTOL SUSU NUK NI CEPAT TUMPAH SETIAP KALI ANAK TENGAH MINUM SUSU?*

Ada mommy2 yang komplen pada Mommy EEZ kenapa botol susu NUK ni cepat tumpah? Cepat bocor la. Mommy EEZ jual botol susu yg dah bocor ke?? Ehhhhh bukannnn. Tak baik fitnah tau..huhuhu. Design botol susu NUK ni memang lain dari brand yang lain.

Sebenarnya mommy2 sekalian.. bila nak bagi baby minum pakai botol NUK ni please ensure lubang pada puting tu menghadap ke atas ye. Boleh tengok contoh pada gambar atas tu dan bawah ni untuk kedudukan botol susu NUK yg betul. 



All photos are source from Mr. Google 


Sbb ada Mommy2 yg komplen, kenapa puting NUK ni ada lubang.. lubang tu lah fungsinya nak keluarkan lebihan angin yg terperap dalam botol susu tu daripada masuk ke dalam perut baby si comel tu hokey! So lepas ni Insya Allah tiada lagi masalah susu tumpah tu yaaaa lepas tengok gambar2 di atas. 

*Gambar paling atas menunjukkan botol NUK bersaiz 10oz dan gambar kedua botol NUK bersaiz 5oz. Ada mcm2 design rare dan cecomels yang available. Bole je komen pada post utk Mommy EEZ direct pm mommy2 sekalian jika berminat hokey!

Don't worry semua botol susu yang Mommy EEZ jual guaranteed authentic dan dibawa terbang khas dari USA. Semua BPA Free dan anti-colic tau. Tu pasal Mommy EEZ suka ambil gambar REAL botol2 susu tu semua sebab gambar dalam internet dengan gambar REAL memang BERBEZA!

Jumpa nanti hokey dlm next post dan kalau ada jodoh berurus niagalah kita ye. Hehehe!

Berminat nak beli terus botol susu NUK saiz 5oz? Tekan button di bawah!

https://shopee.com.my/NUK-Woodlands-Blue-5oz-(Single)-i.4491129.660609922


  Lavveyyewww,

Mommy EEZ

Review puting NUK jenis wide neck | Puting NUK sama macam puting ibu


MANA NAK CARi PUTING SAMA MACAM PUTING IBU NI⁉️


Ramai customer Mommy EEZ fenin2 lalat nak cari puting botol susu sama macam puting ibu. Jawapan ikhlas Mommy EEZ sebenarnya jawapannye NAN HADO! Tapi kalau nak cari yg lembut ala2 sama macam nipple kita semua bolehlah cari jenis latex/rubber warna kuning yang ada dari brand NUK (jenis wide neck dan slim neck ada) dan Pigeon (jenis slim neck).

Tapi dekat sini Mommy EEZ nak cerita ada customers yang memang berpuas hati dgn puting NUK jenis wide neck ni sebab bentuknya lain dari bentuk puting brand lain. Dia lebih berbentuk mengikut palate gusi baby dan material silikon pun lebih lembut dari silikon brand lain (bagi Mommy EEZ la).

Ini contoh gambar puting NUK jenis wide neck dan KENAPA bentuk puting NUK ni sebegini rupa. Sila rajin2kan diri baca note dekat gambar tu ye mommy2.



https://shopee.com.my/NUK-Wide-Neck-Silicone-Teats-0-6months-(size-M)-i.4491129.24308067

NUK Silicone Wide Neck Teats
 
Mommy boleh beli puting NUK dengan tekan button 'Buy Now' atas tu ye.



NUK Latex Wide Neck Teats

Nak lembut lagi boleh guna jenis latex juga. Malah latex lebih tahan lama sbb tak mudah koyak bila digigit. 

Ada satu lagi jenis NUK Advance Orthodontic Wide Neck Teats yang hanya terdapat dari jenis silikon. Beza puting ni dengan puting silikon biasa ialah di bahagian tengah2 puting advance ni ada bahagian yang EXTRA SOFT. Tujuan 'soft zone' dekat tengah2 puting tu ialah untuk baby lebih senang adapt bila minum susu pakai puting ni. Selebihnya yang lain bentuknya sama je.




Jangan risau sebab semua puting NUK ni dah design siap dengan anti-colic / anti kembung sebab ada lubang khas pada puting utk keluarkan angin sepoi2 bahasa tu daripada masuk ke perut comel anak2 mommy semua. Tu pasal ada cara bila anak kita minum pakai botol susu NUK ni. Boleh tengok pada gambar ni..


*semua note gambar dari NUK sourced out from Mr. Google

Inilah cara yang betul sbb kalau tak ikut mcm dalam gambar, susu boleh tumpah dan angin2 yang terkumpul dalam botol susu NUK tu pun tak boleh nak dikeluarkan. Bukan saja angin tu stuck dlm botol tp nnt termasuk dlm perut anak2 mommy.. hohoho. So hadam betul2 ye gmba ni untuk semua pembeli botol NUK jenis wide neck ❤ . Boleh apply pada botol bersaiz 5oz ataupun 10oz hokey!

Ada yg nak cari botol susu NUK comel2? Tinggalkan je komen mommy2 dekat post ni atau bole je lawati Kiddie Oasis di Facebook Page atau Instagram hokey!

Lavveyewww,

Mommy EEZ


Review botol susu - Puting NUK boleh masuk dengan botol susu Tommee Tippee?



*SIS, ANAK SAYA SUKA PAKAI PUTING NUK TAPI BOTOL TOMMEE TIPPEE NI CANTIKLA. BOLE MUAT TAK?

Ok, disebabkan ramai customer yg tanya soalan dekat atas tu, jadi Mommy EEZ pun explore la sendiri memandangkan memang dah ada botol dua2 brand ni. Mommy EEZ bagi gambar REAL puting NUK yang memang 'comel' terletak je dekat tengah2 ring botol Tommee Tippee. Obviously puting NUK wide neck tu tak dapat nak fit/muat dengan botol Tommee Tippee walaupun sama2 jenis wide neck. Sebabnye design dan size adalah berbeza. Memang nampak longgar lah siap puting NUK tu boleh tembus je ring botol Tommee Tippee tu dengan senang hearty hahaha..

Jadi Mommy EEZ recommend better pakai puting dengan botol ikut brand masing2 untuk elakkan kebocoran dan juga jimat duit utk test2 botol kan? 

*Update*
*Ataupun untuk botol susu Tommee Tippee, brand puting lain yang sesuai dengan botol susu Tommee Tippee ni ialah brand Nuby*

So clear ye semua 👌 Bole share info ni dengan kawan2 yang tengah pening cari botol susu sesuai untuk anak mereka ye.. Agak2 tak sure mana nak cari TRUSTED SELLER jual botol susu atau barang2 baby lain, buka je Facebook Page The Kiddie Oasis. Bukan setakat botol susu je, educational toys/books pun hadoooo =D

Nak beli puting NUK direct from website Shopee pun boleh. Klik button di bawah hokey.


https://shopee.com.my/NUK-Wide-Neck-Silicone-Teats-0-6months-(size-M)-i.4491129.24308067

Kalau ada apa2 kemusykilan atau info2 menarik nak share dgn Mommy EEZ, bole WhatsApp atau PM mana2 yang selesa via email vole, Facebook vole, Instagram pun vole! Paling senang drop je komen dekat bawah Insya Allah Mommy EEZ akan response hokey!

Lavveyewww!
Mommy EEZ

Popular Posts