Showing posts with label Public Awareness. Show all posts
Showing posts with label Public Awareness. Show all posts

Anak-anak bukan ROBOT | Tips Parenting Malaysia

Hari ni rasa macam nak emo sikit.


Ada parents yang anggap anak2 ni macam robot agaknya. Anak2 dekat sekolah kakak Raihan dah mula menghadap peperiksaan sejak 8 Januari lalu. Bermula dengan ujian akhir tahun kemudian bersambung dgn UPKK sehingga ke minggu depan. Maksudnya, anak2 ni menghadap exam selama 3 minggu berturut2. Lama tuuuu~~~

 


 


Masa ni lah mental kakak Raihan diuji. She's struggling to regulate her mood because she is so prone to overthinking. Cepat risau and so much lack of confidence. Mommy eez cuba balance out dan pujuk dia sehabis baik. So far, Alhamdulillah she's doing fine.


Yang buat mommy eez emo hari ni adalah ada parents yang marah cikgu2 di sekolah Raihan sebab tak buat ulangkaji hari ni untuk UPKK sedangkan pihak sekolah dah pun sediakan jadual ulangkaji setiap subjek sebelum exam bermula. Hari ni tak ada exam, jadi cikgu memberikan kelonggaran pada anak2 untuk belajar sendiri dan ada yang buat latihan untuk majlis ihtifal. Bagi mommy eez tak salah pun. Ada masa anak2 perlu rehat dan perlukan distraction dari nak menghadap buku setiap masa. 


Entahlah, mommy eez bukan jenis boleh hadap buku straight 3 minggu tanpa buat benda2 lain. Mommy eez still ingat lagi masa exam dekat universiti, waktu pagi tu sempat layan cerita GTO dan petang tu exam. Tak kata itu perkara yang bagus untuk dibuat, pasti ada cara lain yang lebih baik cuma nak cakap please go easy with the kids. Diorang baru 11 tahun kot!!!! They have my utmost respect because at the age of 11, they have to carry out 16 subjects in their studies (untuk pelajar yang ambil silibus KAFA). Tu tak masuk hafazan lagi tau. 


Mommy eez sendiri tak expect banyak dari kakak Raihan untuk score UPKK ni. Bagi mommy eez, ujian besar mcm UPKK ni ialah latihan untuk dia supaya dia biasakan diri nanti nak hadap the real exam macam SPM. Bab sekolah plak, mommy eez tak kisah pun nak hantar sekolah mana2 asalkan environment sekolah sangat2 terbaik untuk anak2 mommy eez. Buat apa sekolah kononnya kluster tapi adab cikgu dengan ibubapa pun tak ada. Ye, mommy eez dah pernah kena dan ianya sangat2 menyedihkan. Mommy eez sangat2 menghormati kerjaya guru. Mommy eez sangat2 terhutang budi dengan guru2 di sekolah kakak Raihan sekarang yang sangat prihatin dengan masalah Raihan. Alhamdulillah. 


Jadi pada parents yang tahu komplen je dan mengharap anak2 belajar 24 jam, apa kata korang tanya anak2 sama ada mereka perlukan rehat ke tak daripada exam ni. Percayalah. They desperately need it.


Ini hanya pendapat peribadi mommy eez. Mana2 yang tak setuju, it's ok to disagree. Masing2 punya pendapat masing2. Setiap anak berbeza2 keperluannya dan yang penting parents kena tahu keperluan setiap anak2. Sekalipun adik-beradik, belum tentu keperluan kakak/abang sama dengan keperluan adik2 di bawahnya. Ambil cakna tentang anak2 kita sebab merekalah yang bakal mewarnai masa depan kita.

 

 *Update*

Masa weekend baru ni pun ada parents yang tanya pada cikgu bila nak dapat markah ujian akhir tahun... Ujian UPKK masih lagi berlangsung dan dia ingat cikgu ni banyak masa ke nak tanda kerta pelajar je. Pelajar pun bukan ada 10-20 orang. Banyak kelas dah tentu lebih dari 50 orang. Kalau seorang cikgu ajar lebih daripada 1 mata pelajaran? Mahu tak menimbun kertas peperiksaan yang nak kena tanda???? Sekalipun sekolah swasta tak bermaksud parents boleh tekan cikgu sesuka hati. EEeeeeee marahhhhhhnyeeeeeeee laaa parents macam ni.

 

RASA NAK MARAAAHHHH~~~ tapi kena SABARRRR...


Tak boleh nak letak Luvvv macam biasa sebab tengah bertabah menengokkan perangai segelintir parents yang sangat pushy ni... Haaaiiihhhh...


Mommy EEZ

Solidariti Untukmu Palestin

Mommy eez terpanggil nak share pasal peperangan di Palestin dengan anak2. 

So, Alhamdulillah, mommy eez dan anak2 diberi kesempatan untuk join #solidaritipalestin #solidaritiuntukmupalestin #untukmupalestin oleh #gabungansolidaritipembebasanpalestin 

 

 


Saat mommy eez tutup je lampu, budak2 ni dah takut. Ye, kegelapan itu sangat menakutkan. Walaupun dalam tempoh 11 minit je, macam2 perasaan datang. Ikut hati tadi nak je pasang audio yang disebarkan dalam whatsapp yang mengandungi suara2 rakyat palestin yang sedang terseksa berdurasi 5 minit lebih tu. Tapi baru buka tak sampai 1 minit adik Wafa dah takut. Yang kakak Raihan plak duduk senyap tapi mulut potpet2 benda tak berkaitan dengan apa yang tengah berlaku. Mungkin sedang melawan perasaan takutnya sendiri. Tapi mommy eez rasa sangat2 sedih bila adik Wafa yang berumur 6 tahun mula bercakap...


Mommy, kita akan hancur ke?

Mommy, nanti ada bom ke?

Mommy, nanti orang gaza datang Malaysia?

Mommy, nanti kita tak ada makan?

Mommy, saya takut...


Walaupun 11 minit, cukup merenggut hati mommy eez yang sangat hati tisu ni. Melayankan anak2 ni sampai terlupa nak baca qunut nazilah dalam masa 11 minit bergelap tu... 😅 


Ya Allah, kurniakanlah keampunan buat kami semua. Semoga hati2 kami kekal teguh dalam menegakkan agama Islam. Cukupkan dan penuhi keperluan saudara2 kami yang sedang bertarung nyawa di 🇵🇸 dari semua segi, makanan, keselamatan, air, elektrik dan sebagainya. Lindungilah mereka ya Allah Ya Muhaimin. Angkatkan sakit mereka dan gantikan dengan pahala terbaik insha Allah. Dan kurniakanlah kemenangan buat kami ya Allah dalam menegakkan agamaMu... aaameeennn....


#sebarkankemenangan #akhiripenjajahan #freepalestine #savepalestine #Allahiswithus



Lavvv,

 

Mommy EEZ

ISRAEL BRANDS to BOYCOTT

Sejak siri perang terbaru di antara Palestin dan Israhell Zionist bermula sejak 2 bulan lepas, ramai yang share list brand barangan dari Israhell untuk diboikot. 

Bawah ni mommy eez share list of brands for you guys to get rid of. Kalau dah terbeli, it's ok. Jangan membazir pergi buang plak. Guna je sampai habis dan tukar plak untuk next time hokey.

This is the least we can do to support our dear brothers and sisters in Palestine. Jangan esok dah sampai masa kena menghadap Allah SWT, dan Allah SWT tanya apa kita buat masa saudara2 kita kena sembelih oleh Israhell z1onist laknatullah ni, sekurang2nya ada usaha kecil kita yang dapat menyelamatkan kita insha Allah. Ini semua saham akhirat ya gaisss... bukan saja2 nak buat. Kita hidup bukan lama sampai 100-200 tahun pun. Akhirat yang kekal selamanya dan infiniti. Itulah tempat yang sepatutnya kita dapat bersenang-lenang bukan di dunia ni. Kita hanya perantau je di alam dunia ni.

Alamak, panjang plak bebel.. itu saja pesanan 2sen mommy eez. Semoga Allah SWT terima segala usaha dan amal kita insha Allah.

Repost #littlearissababyboutique: Boikot!!! Memang tak nampak besar tapi kalau ramai2 sepakat bersatu mesti boleh! #freepalestine


p/s : Selain brand di atas, korang boleh juga check online brand2 lain dekat link di bawah:



Dekat app Misi Rakyat boleh juga check cuma list mereka masih belum comprehensive. 

Harap dapat membantu korang sedikit sebanyak dalam usaha mematahkan ekonomi Israhell Z1onist laknatullah ni insha Allah.


Lavvv,

Mommy EEZ


FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE!

It has been more than a month since the war started between the z1onis laknatullah with our mujahideen in Gaza, Palestin. Tapi peperangan ni tak nampak sangat pun pertembungan antara tentera z1onis tu dengan tentera mujahideen. Perang ni lebih banyak mensasarkan orang2 awam yang tak bersenjata, tak terdaya dan sangat teraniaya. Orang2 tua, wanita dan kanak2 paling ramai menjadi mangsa. Manakala yang lelaki2 Palestin pula kebanyakannya ditangkap oleh tentera Israhell Diapers Force (sengaja dipanggil macam tu sebab geram ngatttt kat tentera2 pengecut ni) untuk diseksa dan dimalukan secara fizikal dan mental. Allahu.. besarnya ujian orang2 yang tinggi imannya, Kebanyakan mereka menghafal al-Quran dan berkebolehan mengalunkan bait2 Al-Quran dengan sangat indah. Macam Al-Quran tu memang dah sedia bersemadi di dalam dada mereka semua.


Sepanjang peperangan ni terjadi dan digabungkan dengan teknologi sosial media yang ada sekarang, sangatlah mudah kita nak tengok apa yang berlaku dekat Gaza sana. Mayat2 para syahid yang hancur berkecai, tak ada kaki, tangan mahupun kepala memang sangat2 disturbing. Kadang2 mommy eez rasa auto-depress bila hampir setiap hari disajikan dengan video dan berita2 yang sedih dan kejam ni. Mommy eez mula tak lalu makan dan tak ada semangat langsung nak buat kerja2 harian. 


Tiba2, mommy eez ternampak 1 post ni daripada @jannahsutikislan di Instagram.

This is what I needed the most.. Terima kasih sis for your beautiful reminder dan mommy eez share to those who need this as well.

Be resilient, be strong, and never quit!!!!


Jangan pernah berhenti berjuang untuk saudara2 kita di sana. Dulu mungkin kita leka, lalai dan jahil tentang isu Palestin. Tapi sekarang kita perlu berubah. Dunia semakin ke penghujung. Jika bukan dunia yang berakhir dulu, hidup kita juga pasti berakhir. Anggaplah sekecil2 perjuangan kita, sebagai jihad demi agama Islam dan tanah air Palestin. 


Lavvv,

Mommy EEZ

Where is our COMMON SENSE?

We live in a sick world. This post is more on ranting so please bear with me. 


Intro bunyi macam nak cakap pasal Palest1ne, tapi mommy eez percaya yang ramai rasa helpless sebab kita tak mampu nak berjuang bersama2 secara fizikal dekat sana. Tapi insha Allah, kita ada kekuatan di media sosial jadi boleh sebarkan segala berita terkini yang berlaku dekat sana. Selain tu, kita guna juga kuasa doa dan penuhkan ilmu di dada tentang peristiwa akhir zaman. Percayalah peristiwa akhir zaman ni dah banyak sangat berlaku sekarang dan semakin dekat dengan kita. 


Ikutkan dari segi kekuatan dan kesihatan mommy eez tak boleh nak didedahkan sangat banyak2 video yang sangat disturbing ni, tapi mommy eez anggap itulah ujian dekat dunia dan cuba sedaya upaya bertahan insha Allah.
Sebenarnya nak cerita yang mommy eez baru lepas dapat threat dari customer nak lodge police report dan sue konon barang tak sampai on time. Barang belum hilang lagi tapi lagak gaya macam kena scam. Bila beli barang online, memang kena expect barang sampai paling lewat seminggu. Susah nak dapat on time melainkan memang rezeki Allah mudahkan barang tu sampai cepat. Dahlah kena threat, kena tabur plak dengan perkataan2 yang kurang enak. Dia ingat polis ada masa nak layan kes beli barang online tak sampai on time??? Tracking status parcel terang2 tunjuk parcel dekat sorting center. Apalah daya mommy eez sebagai online seller untuk bagi parcel yang berada di antara jutaan parcel2 lain dekat sorting center tu terbang terus sampai kepada customer, kan??? 


Jadi mommy eez nak berpesan kepada semua orang kalau nak beli barang urgent, jangan beli online. SANGAT TAK DIGALAKKAN. Barang online ni nak beli masa santai2, tak rushing atau rasa bila2 nak sampai pun ok je. Atau beli 2 minggu awal kalau plan nak bagi hadiah pada orang. Cuma mommy eez terkilan sebab sikap orang kita makin lama makin tak sabar dan perkataan pun makin ke laut. Dah la tu, asal marah je terus speaking English. Sebab dalam English boleh caruts2 ye. Takpe lah kita redha. Siapalah kita hanya online seller bilisan kan. Even kalau dapat rating 1 star pun insha Allah tak ada effect sebab rating 5 star lagi banyak dan boleh cover up balik rating yang sikit tu insha Allah.


Tu je la nak bebel. Dah lama tak sharing dekat sini sebab konon busy dengan 1 projek ni. Tapi semua on hold siap account kena suspended. Maka, termenunglah lagi mommy eez dengan masa depan online shop Kiddie Oasis ni. Siap instructor ukulele mommy eez suruh ambil exam so mommy eez boleh jadi instructor macam dia juga. Hohoho... masih tak terbuka hati lagi sebab rasa masih amatur dan takut nanti buat orang lain lagha plak. Mommy eez belajar pun sebab nak bagi diri sendiri rasa ada achievement dan sebagai hobi je. 


Tengoklah mana hala tuju mommy eez lepas ni. Kita serah pada Allah je...


Tawakal saja... yang penting jalan terussss~~~


Lavvv,

Mommy EEZ

Antara maruah seorang ayah VS perspektif anak-anak

Saja nak share random post for today. Selalunya mommy eez post dekat Facebook atau Instagram. Tapi selalu terlupa nak post dekat sini juga. Dah alang2 membebel2 panjang dekat sana, kita save juga dekat sini. Mana tahu ada yang sudi membaca dan jadikan sebagai pengajaran apa yang mommy eez nak share ni.

2 hari lepas mommy eez post dekat Intagram @kiddie.oasis pasal status kawan sekolah menengah mommy eez seorang ni. Mommy eez sangat tak sangka sampai boleh dapat 179 likes. Selalunya post mommy eez sendu je.



Tapi, mommy eez bukan nak cakap pasal likes dekat sini. Pasal kesedaran yang masalah anak2 ni memang dah jadi macam normalisasi. Ramai lelaki fikir yang seorang ayah tak boleh buat kerja rumah dan jaga anak2 nanti jatuh maruah seorang lelaki. Dibiarkanlah mak yg buat kerja rumah dan uruskan anak2 sampai lebam sampai burnt out. 

Tahu tak apa kesannya bila ayah tak nak tunjuk contoh yang baik pada anak2?

1. Anak2 akan layan mak sama macam cara ayah melayan mak mereka.

2. Anak2 hilang kepercayaan pada ayah.

3. Anak2 akan cari kawan yang belum tentu elok atau tak untuk luahkan perasaan.

4. Untuk anak perempuan, mereka akan cari teman lelaki untuk luahkan kasih sayang sedangkan kasih sayang itu sepatutnya diluahkan kepada ayah.

5. Anak2 hilang rasa hormat pada ayah sebab sikap malas dan tak peduli (ignorant) seorang ayah.

6. Anak2 akan pendam segala cerita yang berlaku sepanjang hidup dia dan takkan berkongsi bersama ayah. Jadinya, ayah atau mak pun tak tahu anak buat apa di belakang mereka. Tahu2 dah kena panggil dengan guru besar sebab anak bermasalah. Itupun mak juga yg kena hadap, bukan ayah.

7. Anak akan berdendam dengan ayah sebab sikap ayah yang kuat marah dan kasar pada mereka.

Banyak lagi kesan yg mungkin boleh jadi tapi cukuplah setakat yang ni mommy eez share. Korang nak tambah boleh letak dekat komen. #kitasamasamabelajar


Lavvv,

Mommy Eez

Commission Fee Shopee Seller NAIK LAGI!!!???

Ini benar2 mendatangkan marah! Siapa yang tak marah, dalam keadaan ekonomi yang makin merudum ni, pihak Shopee naikkan lagi yuran komisyen pada para peniaga Shopee dan semestinya mommy eez antara yang terkesan.


Mesti ramai yang pening kan, berapa sebenar jumlah fees yang dikenakan oleh Shopee kepada seller ni. Jom, mommy eez terangkan. Kalau salah, haraplah tolong betulkan hokey.

Ada 3 jenis fees yang dikenakan:

  • Transaction fee:
    • yuran yang dikenakan untuk cover up kos payment gateway macam Maybank2U, CIMB Clicks, e-wallet, kredit kad dan etc. 
    • 2.12% termasuk GST
  • Service fee:
    • yuran yang dikenakan kalau seller join Free Shipping RM15 (FS15) atau Free Shipping (FS40) atau 10% cashback programme
    • refer table dekat bawah untuk nilai fee

  • Commission fee:
    • yuran yang dikenakan oleh Shopee mengikut jenis produk yang kita jual
    • nilai fee antara 2.65% sehingga 4.24% termasuk GST (berkuatkuasa pada 10 January 2023 nanti)
    • tengok perbezaan nilai fee sebelum dan selepas kenaikan di bawah ni

    Gambar bawah ni ialah breakdown product di bawah kategori di atas:




*tolong klik terus pada gambar untuk zoom-in

Itu baru fees dari Shopee, tak termasuk discount atau voucher yang kita letak pada harga barang dan kedai lagi. Dan apa yang mommy eez tunjukkan di sini masih belum detail sepenuhnya. Korang boleh rujuk link ni sebagai rujukan:


Jom, kita tengok berapa jumlah fees yang mommy eez kena untuk kedai Shopee Kiddie Oasis Online Store:


Walaupun perbezaan nilai tak begitu ketara tapi dah cukup mencekik bagi yang buat dropship. Komisyen untuk dropship seller average hanya 10% saja. Berapa kerat je untung dapat kalau total fees dah nak cecah 10%. Itu tak termasuk discount/voucher tu semua. Umpama buat kerja charity je meniaga di Shopee.

Mommy eez down la sikit bila dapat berita ni sebab tak tahu hala tuju Kiddie Oasis Online Store lepas ni. Main income banyak dari marketplace Shopee dan Lazada. 

Sebagai peniaga, tak bolehlah nak down lelama kan. Strategi mesti kena ada. Apa yang mommy eez plan untuk still kekal relevant ialah:

1. Keluarkan produk yang profit margin 10% dan ke bawah dari Shopee untuk elakkan lebih banyak rugi dari untung.

2. Masukkan produk lain yang profit margin 20% dan ke atas. Kalau 15% tu tak tahu berapa lama boleh bertahan sebab fees memang akan naik dari masa ke semasa. 

3. Kurangkan Service Fee dengan keluar dari program FS40 (untuk kes Kiddie Oasis Online Store) tapi yang ni cukup memberi kesan pada sales. Even masa mommy eez tukar dari FS15 ke FS40 pun sales jatuh merudum dengan dahsyatnya. Tapi kena redhaaaa~~~

4. Start masuk marketplace lain macam TikTok, PG Mall, Youbeli, Lazada dan lain2. Kalau ada lain2 marketplace lain boleh share juga hokey. Setahu mommy eez, fees PG Mall dan Youbeli dalam 5% overall tapi tak sure kalau ada hidden fees yang lain. 

5. Banyakkan direct customer berbanding customer dari Shopee. Tapi untuk kes ni sesuai kalau customer nak urgent dan COD. 

Korang ada idea lain yang lebih bernas? Boleh #sharingiscaring dekat komen di bawah ni ya.


Lavv,

Mommy EEZ

Wabak Covid-19 melanda MALAYSIA

Tiada siapa yang akan menyangka kita akan melalui waktu-waktu SUKAR sebegini di negara sendiri. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan atas arahan kerajaan Malaysia bermula pada 18 Mac 2020, semua rakyat Malaysia umpama dipenjarakan ke dalam rumah sendiri.

Mommy eez nak terangkan macam mana wabak Covid-19 ni mula tersebar di Malaysia pun macam dah terlewat dan sangat panjang kronologi dia. Yang pasti, ianya bermula dari bandar Wuhan, China di mana penyakit Covid-19 (sejenis penyakit coronavirus - boleh tanya lebih pada Pak Cik Google) ni boleh membawa maut terutama pada mereka yang mempunyai penyakit2 kronik macam sakit jantung, sakit buah pinggang, lemah imuniti badan, darah tinggi, kencing manis dan etc. Simptom2 penyakit Covid-19 ni boleh membuatkan seseorang itu mengalami masalah pernafasan bermula dengan batuk, demam dan sesak nafas. Malah ada yang langsung tak ada gejala tapi disahkan positif menghidap penyakit Covid-19. Amat2 menyeramkan bukan?

Walaupun mommy eez rasa 'something fishy' dengan cara wabak ini tersebar, apa yang pasti segala yang terjadi semuanya atas izin Allah S.W.T. Mommy eez pelik sebab wabak ini tersebar betul2 di waktu perayaan Tahun Baru China di mana semua orang kebanyakannya akan travel pulang ke China ataupun vice versa. Ataupun bagi yang tidak meraikan perayaan tu, akan ambil peluang untuk berjalan2 dan travel di sana sini pada masa itu. Jadi, virus tersebut tersebarlah dengan sangat mudah ke seluruh dunia. Timing cantik sangat bak kata orang Jawa.

Yang paling tak boleh blah, kenapa movie Contagion pada tahun 2011 tu seakan2 mirip dengan apa yang terjadi sekarang? Siap ending movie tu tunjuk punca virus tu sendiri daripada kelawar. Malah China sendiri claimed wabak Covid-19 ni berpunca daripada kelawar yang dijual di pasar eksotik di Wuhan. Selain movie Contagion, boleh juga layan movie The Flu, cerita Korea yang lebih extreme tentang flu-like disease ni. Movie Korea ni menggambarkan apa yang terjadi sekiranya wabak ini semakin tak terkawal dan kesan kepada psikologi dan corak pemerintahan manusia dalam sesuatu negara.

Adakah sangat kebetulan bila terdapat makmal biological (Wuhan Institute of Virology) yang hanya terletak lebih kurang 500 meter saja dari pasar eksotik di Wuhan tu? Banyak lagi persoalan tapi simpan dalam hati je la sebab, I have no power to change the world. Benda dah jadi dan kita semua di seluruh dunia sedang berperang dengan makhluk Allah yang bernama Covid-19 ni. Dalam Islam, tiada perkara kebetulan kerana semuanya terjadi adalah mengikut aturan Allah yang Maha Hebat. 

Terbaru, USA dan Itali telah mengungguli carta dalam bilangan jumlah pesakit Covid-19 dan begitu juga bilangan kematian akibat wabak ini di seluruh dunia. Mommy eez tak nak bagi exact number of cases dekat sini sebab semua info tu boleh didapati di Instagram atau Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia. Ada juga daily updates yang dibuat oleh Datuk Dr. Noor Hisham, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia tentang perkembangan wabak Covid-19 ni so rajin2 lah follow ye.

Hokey itu saja intro mommy eez tentang Covid-19 ni di mana mommy eez percaya semua orang dah tahu. Apa yang mommy eez cerita dekat atas tu hanya basic saja. Nak tahu detail boleh korek Pak Cik Google sendiri.

Tujuan post ni ialah sebenarnya ialah nak bagitahu notis di bawah ni:



Di waktu2 getir ini, di mana ramai peniaga yang mengambil langkah untuk tutup kedai, mommy eez masih lagi gigih menjalankan online biz seperti biasa dengan support dari supplier2 hebat. Cuma, mommy eez terpaksa stop buat servis COD untuk mengurangkan risiko berjumpa dengan lebih ramai orang. Even untuk self pick-up pun mommy eez tak buat (kecuali milk booster) sebab bagi menghormati arahan PKP. Lagi pun sejak PKP masuk ke Fasa 2 ni, polis dan tentera akan menjadi lebih tegas dan garang. Kalau tak nak free2 kena maki dan kena saman sampai duit melayang, baik duduk diam2 di rumah.

Memandangkan semua orang dah terperuk di dalam rumah, maka penjualan educational toys and book mommy eez meningkat dengan drastiknya. Itulah rezeki di dalam dugaan yang menimpa. Apa2 pun mommy eez tak pernah putus asa dan selalu berdoa dan bertawakal kepada Allah S.W.T untuk sentiasa kurniakan rezeki yang baik buat mommy eez dan family.

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah sampai setahun pun usia website  


di alam maya ni. Sangat berbaloi2 usaha mommy eez sebab tak ada dah nak kelam kabut nak track sales dan boleh monitor inventory dekat Shopee dan Lazada dengan sangat mudah sekali. Tahun ni mommy eez doakan supaya akan ada lebih banyak transaksi dibuat dalam website tu sebab mommy eez dah pun sediakan payment gateway Maybank2u Pay dekat situ. So, customer mommy eez boleh terus check-out dan buat payment direct ke Maybank2u tanpa perlu copy account number Kiddie Oasis (tapi untuk yang ada account Maybank saja lah). Mahu dekat setahun menunggu jugalah nak apply dan deal dengan pegawai dari Maybank untuk adakan payment gateway tu dekat website. Mula2 memang dah nak putus asa tapi Allah S.W.T. beri laluan juga akhirnya. Terima kasih ya Allah =)

Mommy eez harap di waktu kita melalui hari2 kita di rumah bersama famili semasa PKP ni, jangan lupa doakan bagi mereka2 yang tak bernasib baik dan yang tengah struggle untuk survive dalam keadaan yang sangat terdesak ini. Ekonomi dunia bakal berubah 360 degree. Dengan nilai mata wang Ringgit Malaysia yang tak menentu, banyak kedai tutup disebabkan pergerakan orang ramai yang sangat terhad dan banyak pekerjaan tak dapat dilaksanakan membuatkan economic recession sudah pun bermula. Pakar ekonomi ada yang mengatakan harga crude oil mampu mencecah ke $8/barrel jika wabak ini semakin berlarutan tanpa kawalan. Sekarang pun dah cecah bawah $30/barrel, macam mana pengusaha2 minyak nak survive?

Kita perlu mula menyimpan duit mulai sekarang. Belajar makan dan berbelanja dengan sederhana. Mommy eez mula sedar yang Allah S.W.T. mula train mommy eez untuk hidup sekadar yang perlu bermula daripada mommy eez quit kerja lagi. Masa tu selalu tertanya2, kenapa Allah letakkan mommy eez dalam situasi macam tu sedangkan masa tu bila melihat kawan2 lain yang mewah dan hebat, diri ni terasa sangat kerdil. Tapi sekarang, barulah mommy eez sedar yang Allah dah siapkan diri ni untuk menerima keadaan2 macam sekarang. Malah, ujian ini datang sekali lagi dengan gelombang yang lebih hebat. Semoga Allah naikkan darjat kita atas segala cabaran yang kita bakal hadapi nanti, Insya Allah.

Hokey cukup sampai sini je bebelan tak berapa nak berilmiah untuk post kali ni. Semoga diberi masa dan rezeki untuk share post yang lebih bermanfaat buat pembaca dekat luar sana sebagai saham akhirat buat mommy eez, insya Allah.

Take care everyone. Hanya Allah termpat bergantung harap dan hanya Dia yang mampu untuk menyelamatkan kita semua. #staysafe #stayathome and let us #fightcovid19together

Lav,

Mommy EEZ

Kenapa Susu Ibu Makin Drop? No. 7 paling RAMAI yang TAK TAHU!



KERAP DIRECT FEED PUN SUSU BOLEH KURANG???

Dah kenapa? Kan ke rangsangan dari baby kita tu lagi menggalakkan pengeluaran susu? Memang betul fakta itu tapi ada faktor lain yang boleh mengganggu gugat production susu mommy2 semua ye. Jom kita tengok apa faktor2 atau punca susu ibu makin drop:


1. STRESS - if mommy does not feel happy, the baby won't be happy too. So mommy needs to chillax no matter how big the problem is. Cakap senang la kan daripada nak buat. Dahlah sejak jadi ibu ni, perasaan kita ni makin sensitif dan bila dah down tu, makan masa juga nak bangkit jadi positif balik kan. Takpelah yang penting kita cuba stay happy dengan membuat perkara2 yg mommy suka. Contoh paling senang ialah MAKAN atau SHOPPING!

2. PEMAKANAN - Mommy kena hati2 sikit dengan pemakanan sejak dah jadi ibu menyusu ni sebab ada makanan yang boleh membuatkan susu drop. Contoh macam kobis ke (sebab angin), minum air sejuk, minum kopi/apa2 minuman berkaffein ke, makan nangka ke bayam ke atau macam2 lagilah. Semuanya bergantung kepada badan mommy masing2. Please observe your food intake ye mommeez!

3. PENGAMBILAN UBAT - Bila mommy2 tak sihat dan jumpa doktor di klinik, sila tanya sekali dengan doktor, adakah ubat yg dibekalkan tu sesuai untuk breastfeeding (BF) mom ke tak. Sebabnya kalau kita tak bagitahu, doktor pun tak tahu hokey. Kesan ubat pun boleh juga mempengaruhi production susu kita. Malah ada certain2 ubat ditakuti boleh memberi kesan pada baby kita yang sedang BF ni.

4. KEKERAPAN PAM - Mommy2 yang stay di rumah juga digalakkan untuk pam susu. Sebabnya, demand baby menyusu ni kadang2 berubah. So, bila sampai masa baby kurang menyusu tu silalah pam dan buatlah stok. Bila kita selalu kosongkan breast, ianya akan menggalakkan lagi production susu. Insya Allah. Ingat, more demand, more supply.


5. MIND SET - mind set mommy2 semua penting untuk bagi semangat pada diri sendiri yang susu sentiasa cukup utk baby kita. Kalau hari2 zikir susu tak cukup memang tak cukup lah nanti..huhu. Allah tu Maha Pemberi Rezeki. Dia tunggu je kita minta pada Dia.


6. FALSE ALARM - False alarm ni yang baby buat sampai mommy jadi salah faham. Contoh baby yang tengah beralih bulan kadang2 mengalami gejala GROWTH SPURT. Baby akan kerap meragam dan menangis. Masa tu mommy akan fikir tak cukup susu dan mulai stress. Habis segala stok susu dikeluarkan utk bagi baby senyap sampai termuntah2 lah baby sebab minum susu terlampau banyak. Mommy eez pun pernah panik bila terover feed baby Wafa sampai dia muntah susu keluar dekat hidung lagi. Menyesal terus masa tu. Dahlah membazir susu yang bukan senang nak simpan buat stok, lepas tu siap buat baby muntah2 lagi. Uwaaaa~~~


So, better kita chillax je mommy. Yakinlah simptom itu hanya sekejap saja. Susukan bayi mommy mcm biasa dan layankan lah kerenah baby yang tengah meragam masa tu. Mungkin mereka tak selesa dengan keadaan peralihan bulan. Perhatikan juga gap masa menyusu mereka dan juga berapa jumlah susu yang patut baby minum pada umur baby tertentu untuk elakkan over feeding.

Boleh refer pada post ni ---> Jenis Susu Ibu dan jumlah susu yang patut baby minum ikut usia mereka

Normally, maximum baby minum dalam 1 masa hanyalah 5oz saja untuk baby yang fully breastfeeding. Walaupun usia baby dah cecah sampai 6 bulan pun memang sebanyak 5oz saja untuk sekali minum/feeding. Reasonnya baby yang fully breastfeeding ni kerap menyusu. Gap masa baby menyusu ni hanyalah lebih kurang dalam 1 ke 3 jam saja bergantung kepada kualiti susu ibu yang dihasilkan. Lagi pekat susu ibu, lagi jaraklah gap baby menyusu. Get it?

Mesti mommy2 terfikir macam mana nak pekatkan susu ibu kan? Nanti mommy eez suggest caranya di akhir post ini.

7. SALAH BUDGET STOK SUSU - Keadaan ni berlaku bila nak bagi stok susu pada pengasuh. Pastikan satu botol yang dibekalkan cukup untuk sekali feeding saje. So kalau 6 kali feeding sehari, 6 botol. Kalau mommy letak susu dlm 1 botol utk 2 kali feeding nanti pengasuh jadi confused. Sama juga kalau isi dalam breastmilk storage bag. Better 1 storage bag untuk sekali feeding.


Contoh macam ni:
Umur baby baru 3 bulan. Minum 3.5oz untuk sekali feeding.
Jadi, sediakan siap2 dalam 1 storage bottle tu 3.5oz susu saja (tak lebih dari tu) untuk elakkan pembaziran. Bila sekali panaskan 1 botol susu tu, susu kita tu hanya bertahan selama 1 jam saja sebelum ianya basi. Jadi, kalau kita letak lebih dari 3.5oz susu dalam 1 botol, tak ke membazir? Ingat pengasuh ada masa nak hafal timing or ingat masa bila mereka panaskan susu?

Hokey, mommy2 still lagi risau susu makin drop??? Nak pekatkan susu supaya baby boleh kenyang lama?

Mommy2 boleh cuba Milk booster Milk Up Candy yang 100% diperbuat daripada natural ingredients. Siap ada SIJIL HALAL dan mendapat pengkelasan makanan yang dibenarkan oleh KKM. 

Milk Up Candy ni BUKAN JAMU.
Milk Up Candy ni BUKAN UBAT.
Milk Up Candy ni juga BUKAN PIL PERANCANG.

Milk Up Candy ni hanyalah supplemen untuk tambah tenaga buat mommy2 yang hamil dan menyusu serta khusus bagi memekatkan dan meningkatkan pengeluaran susu badan. Kalau mommy2 yang tengah preggy nak get yourselves ready to be a breastfeeding mom dah boleh consume Milk Up Candy ni seawal 4 bulan kehamilan lagi. 

More info boleh terus ke sini ----> MILK BOOSTER MILK UP CANDY
dan juga testimoni dari mommy eez sendiri di sini <--- click here

Hokeylah itu saja ngomelan mommy eez pada kali ini. See you in next post!


Lavveyewww,

Mommy EEZ

Apa itu HIBAH AMANAH dari ASNB?


 Kenapa nak buat Hibah? 
Apa untung kalau buat Hibah?
Wajib ke buat Hibah ni?


Mommy EEZ tahu ramai yang masih belum ada kesedaran untuk buat Hibah. Tak kiralah Hibah Takaful ke, Hibah Amanah ke atau ada jenis hibah2 yang lain. Yang pasti hibah ni tak wajib pun dibuat. Ianya adalah sunat dan  digalakkan buat untuk memudahkan proses peralihan harta kepada waris apabila berlaku kematian.

Katalah kita sebagai ibu bapa, tak sempat nak buat wasiat harta untuk anak2, semuaaaaa harta kita akan pergi ke Baitulmal atau ke Amanah Raya yang mana proses tuntutan akan ambil masa bertahun2! Ini bukan saja menyusahkan waris untuk uruskan harta2 kita, malah nasib anak2 kita pun takut tak terbela.

Apa itu Hibah?
Hibah tu secara ringkasnya ialah pemberian yang dibuat semasa pemberi masih hidup kepada penerima sebagai tanda kasih sayang.

Mommy EEZ dan suami memilih untuk buat hibah Amanah dari ASNB.

Hibah Amanah ASNB tu apa pula?
Hibah Amanah tu ialah perkhidmatan pengurusan harta oleh ASNB berlandaskan Syariah yang menerapkan konsep hibah dan amanah dalam pengurusan harta. Unit amanah ASNB atau dengan kata lain duit di dalam akaun ASNB yang dihibahkan akan dipindah milik kepada penerima setelah kematian pemberi / pemegang unit akaun ASNB. 

Kesedaran untuk buat hibah ni timbul sebab tengok ramai kenalan atau berita yang Mommy EEZ dapat tahu bila ibu dan ayah meninggal, anak2 jadi hilang arah dan hilang tempat bergantung. Jadi takut kalau ada apa2 terjadi pada Mommy EEZ dan suami, ada lah juga serba sikit simpanan wang buat anak2 kami.

Hibah ni tak terikat dengan Hukum Faraid jadi harta yang dah dihibahkan boleh terus dapat kepada penerima tanpa perlu diagihkan ikut Hukum Faraid. FYI, semua harta yang ditinggalkan perlu dibahagikan ikut Hukum Faraid termasuklah duit KWSP kita tau.

Lain2 info boleh rujuk terus di website Amanah Saham Nasional Berhad atau boleh baca pada brochure di link di bawah:

Brochure Hibah Amanah oleh ASNB - Klik sini

Jadi apa persediaan yang perlu ada sebelum kita apply Hibah Amanah ni?

1. Download form di website ASNB dan lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. 
*Pastikan form yang anda download tu latest version tau. Sebab kalau guna version lama ASNB tak terima

2. Perlukan 2 saksi lelaki beragama Islam untuk lengkapkan borang hibah ni. Anda perlukan sign dan juga salinan IC mereka untuk dikepilkan sekali dalam form hibah ni.
*Tapi kalau tak ada 2 saksi ni, kita perlu bawa semua orang yang terlibat - pemberi, penerima dan penjaga penerima (kalau penerima berusia kurang dari 18 tahun) semasa nak hantar borang tu nanti di pejabat ASNB. 

3. Kita boleh letak penerima maksimum seramai 10 orang - kot ada ramai anak nak diwasiatkan semua sekali kan. Pastikan penerima merupakan anak kandung atau cucu kandung dan Surat Kuasa Wakil tidak perlu diisi.
*Jika penerima bukan anak atau cucu kandung, anda perlu isikan Surat Kuasa Wakil. 

4. Misal kata anda ada ASB 1, ASB 2, ASN atau lain2 lagi, hanya perlu isi 1 form saja. Tak perlu fill-up form asing2 untuk setiap akaun.
*Semua dokumen yang diperlukan pun hanya perlu ada 1 salinan saja untuk 1 form.

5. Pastikan duit di dalam akaun ASB anda ada minimum RM1000 dan RM1000 ni akan jadi minimum balance untuk akaun anda sampai bila2. Maksudnya ASNB akan lock duit bernilai RM1000 ni dan tidak boleh dibawa keluar langsung sampailah di hari 'kejadian'.
*Duit RM1000 ni mestilah dari cash sendiri bukan dari loan, cagaran atau duit KWSP. Tapi bagi yang ada buat loan ASNB, boleh guna duit dividen untuk buat hibah amanah ni.

6. Anda perlu tahu bila penerima/penjaga nak tuntut harta dari ASNB, akan ada fee yang perlu dibayar kepada pihak ASNB. Tapi jangan risau. Penerima/Penjaga tak perlu keluarkan duit sebab pihak ASNB akan tolak siap2 dari jumlah harta/duit yang sedia ada dalam akaun pemberi.
*Fee yang dikenakan berdasarkan jadual di bawah:


 

7. Anda juga perlu tahu, misal kata penjaga bagi penerima pun sudah tiada (contoh kes - pemberi letak nama penjaga ialah isteri/suami tapi berlaku kemalangan bagi kedua2 suami dan isteri), waris terdekat sama ada ibu, bapa/datuk atau adik-beradik lain perlu ada salinan surat beranak pemberi hibah untuk check pertalian darah. Tapi menurut pegawai ASNB tu, katanya bukti salinan surat beranak tu tak berapa kuat. Lebih baik dapatkan surat dari mahkamah yang mengatakan waris terdekat ada pertalian darah dengan pemberi hibah dan barulah boleh menuntut harta dari ASNB.
*Apabila tuntutan berjaya dibuat oleh waris terdekat, duit akan dipindah masuk ke dalam akaun waris terdekat bagi penerima yang belum mencapai usia 18 tahun.

8. Katakan ada perubahan yang ingin anda lakukan pada nama penerima, anda perlu meminta izin penerima asal (kecuali anak kandung atau cucu kandung) untuk buat perubahan/pindaan. Haaaa... agak tricky di situ. Setiap pindaan/perubahan akan ada fee juga untuk dibayar kepada ASNB. So, pastikan nama penerima tu betul2 orang yang kita nak wariskan harta kita sebelum kita submit application pada ASNB.

9. Last sekali, anda perlu beritahu pada penerima atau penjaga kepada penerima yang proses untuk ASNB release harta dari hibah ini memakan masa dalam 21 hari saja. Berbanding wasiat lain yang mungkin ambil masa bertahun2. Lihat di bawah untuk perbezaan:

  

Apa kelebihan Hibah Amanah ni?



 Kredit gambar dari ciksukataip.blogspot.com


So kepada anda yang masih belum buat hibah untuk keluarga disarankan buat sebelum terlambat. Kita takkan tahu apa yang bakal terjadi kepada kita di hari mendatang, jadi bersiap sedialah dari awal khas buat orang2 yang kita sayang.

Sebelum terlupa, untuk membuat hibah amanah ni juga, ASNB ada kenakan yuran pendaftaran sebanyak RM180. Tapi sekarang ni ASNB ada buat promo jadi yuran hanya dikenakan sebanyak RM100 sahaja sampai 31 Oktober 2018. Jangan lepaskan peluang ni! Hihihihi~

Mommy EEZ tak dapat apa2 bayaran pun untuk posting Hibah Amanah ni. Tapi Mommy EEZ rasa sangat penting untuk sebarkan maklumat ni sebab rasanya ramai yang tak sedar akan kepentingan hibah ataupun pengurusan harta pusaka. Kalau boleh, kita nak 'pergi' tinggalkan keluarga kita dengan keadaan aman tenteram dan memudahkan semua pihak. Insya Allah.


Jumpa lagi dalam next post.


Wassalam,

Mommy EEZ

Kenapa kena SOLAT? Reason no. 7 paling TERKESAN di HATI

Salam semua buat pembaca yang sedang mencari2 makna kenapa dalam hidup kita kena solat.

Mommy EEZ bukanlah ustazah nak bebel kita sebagai muslim wajib solat 5 waktu sehari semalam, ikut tertib, solat awal waktu bla bla bla. Tapi dalam pada nak menunaikan solat tu kita MESTI kena ada..

 SEBAB MUSABAB yang sangat BESAR  

barulah kita bersemangat nak solat. 

Kadang2 kita solat pun macam melepaskan batuk di tangga atau di kaki lima je. 

Ada yang solat macam ayam tengah patuk cacing pun ada.

Ada yang solat tergaru sana, tergaru sini sambil menahan kentuts.

Ada yang solat sambil tahan buang air kecil siap badan bergoyang2 lagi. Jangan goyang2 Inul sudah.

Ada yang solat sambil berangan nak masak apa, makan apa lepas ni, atau nak pergi jalan ke mana hari ni atau nak keluar jumpa kawan2 dekat mana. 

Ada yang solat sambil risaukan kerja yang bertimbun2 tak berkesudahan sampai mati.

Ada yang solat saja2 nak tunjuk pada tunang, bakal mak/bapa mertua ataupun kawan2 yang diri tu seorang yang alim rajin solat.

Apa saja keadaan kita nak solat yang penting NIAT!

Mommy EEZ list kan 7 SEBAB yang paling KUAT bagi diri Mommy EEZ untuk terus solat dan berdoa supaya dapat istiqamah dan kusyuk insya Allah.

1. SOLAT boleh mendatangkan positif vibes / aura positif dalam diri kita sekaligus menjadikan mood kita sentiasa tenang dan ceria. Kalau ada rasa2 macam nak moody, marah atau rasa down je tu kenalah kuatkan diri pergi solat. 

2. SOLAT beri kita peluang untuk luahkan segala perasaan tak best (e.g. rasa risau, marah, sedih, frust, geram, dendam etc. ) pada Maha Pencipta kita. Kalau kita luah pada manusia, segala negatif vibes akan dihantar pada mereka dan sekaligus mereka akan terasa sedih juga. Kenapa kena luah pada Allah? Sebab Allah lah TUAN SEBENAR yang mengawal hati setiap manusia. Allah yang jadikan kita kan? Contoh kalau kita nak anak2 kita dengar cakap, minta pada Allah supaya lembutkan hati anak2 kita.  

3. SOLAT di awal waktu bagi kita masa yang lebih panjang walaupun Allah beri masa 24 jam sehari pada setiap manusia. Reason di sebaliknya ialah yang Mommy EEZ percaya bila kita utamakan solat dulu, Allah akan permudahkan setiap kerja kita selepas itu. Itu yang membuatkan kita rasa masa lebih panjang dan urusan pun lebih smooth dan pantas.

4. SOLAT ialah salah satu tanda kita bersyukur dengan setiap nikmat Allah beri. Tak kira sekecil2 rezeki seperti 'dapat makan sedap', atau sebesar2 rezeki 'yeayyyy menang cabutan bertuah kereta BMW', itu semua atas izin Allah yang membenarkan semua perkara berlaku di dalam pengetahuanNy. Kalau tak solat, serupa macam tak sedar diri tak tahu bersyukur sebab hidup di dunia ni pun atas ihsan Allah. Bumi ni pun Allah yang punya. Kita apa ada?

5. SOLAT boleh bantu kita untuk exercise badan jadi kurus atau jadi lebih sihat, kuat dan lebih stamina. Kita bukan setakat penuhi solat wajib saja, tapi solat sunat pun kena rajin buat juga. Ada yang kata solat wajib pun tak penuh ada hati nak buat solat sunat. Solat sunat tu kena buat juga sebab walaupun dah penuhi solat wajib, tapi sempurna ke solat wajib yang kita buat tu? Dapat ke markah 100% pahala solat tu? Haaa.. Tu pasal la kena top-up dengan solat sunat. Faham?

6. SOLAT boleh hindarkan diri kita dari buat benda tak elok. Bila diri kita dah biasa solat, Allah akan datangkan satu perasaan bersalah setiap kali kita buat dosa. Tapi kalau rasa kita dah solat tapi rasa macam best je setiap kali buat dosa silalah beristigfar banyak2. Takut Allah golongkan kita di kalangan orang2 istidraj. Istidraj tu ialah golongan manusia yang Allah bagi banyak nikmat tapi mereka tak solat pun. Agak2 boleh selamat ke bila nak jumpa Allah nanti?

7. SOLAT tu mengingatkan kita tentang hidup ni ada jatuh dan bangun. Cuba tengok pergerakan dalam solat dari angkat takbir, rukuk, sujud, duduk antara 2 sujud kemudian bangun berdiri semula. Ini mengingatkan kita yang macam mana susah satu2 dugaan dalam hidup, kita tetap kena gigih bangun berdiri semula untuk teruskan kehidupan. Betul tak? Macam dalam Surah Al-Insyirah ayat ke-5 dan ke-6 dalam Al-Quran sebut, "Sesungguhnya setiap kesukaran akan disertai dengan kesenangan" Betul tak?

Banyak lagi sebab2 kenapa kita kena solat. Mommy EEZ pilih 7 sebab paling kuat ni untuk yakinkan diri sendiri kenapa Allah wajibkan solat ke atas orang Islam. Walaupun kita lahir2 je dah terus beragama Islam tak semestinya kita betul2 tahu tujuan kita solat kan? Kadang2 kita sebagai ibu bapa pun sibuk suruh anak2 pergi solat tapi kita sendiri solat pun belum tentu sempurna. Ada yang anak2 dah seronok nak ikut kita solat tapi kita buat tak endah je dengan alasan anak2 masih kecil. Sedangkan anak2 kecil ni yang paling cepat ikut, cepat pick-up, cepat tangkap, cepat rakam segala perbuatan kita terhadap mereka.



Kredit gambar to Google, @muslimshow 



 Setiap apa yang Allah suruh tu pasti ada sebab terbaik untuk kita. Apa yang Mommy EEZ bebel2 dekat sini pun bertujuan sebagai peringatan buat diri sendiri. Kalau ada kekurangan sila highlight dan maafkan. Perfection is only from Allah S.W.T.

Apa lagi, jom solat! 

Mommy EEZ

Popular Posts