Saintis Muslim Arkitek Dunia Moden dari Karya Bestari

Benarkah wujudnya Sainstis Muslim sebelum Saintis Barat?

Sebelum lahirnya Isaac Newton dan Albert Einstein, dunia ilmu diterangi oleh tokoh agung peradaban seperti Al-Khawarizmi, Ibn Sina, Ibn al-Haytham, Al-Farabi, Al-Kindi, Ibnu Battuta dan ramai lagi. Kecemerlangan mereka bukan muncul dari ruang kosong tetapi berakar daripada sebuah tradisi suci iaitu warisan para nabi.

Bagi tokoh ilmuwan tersebut, alam semesta adalah “kitab terbuka” yang menyingkap keagungan Tuhan, lalu setiap penemuan saintifik adalah penyaksian terhadap firman-Nya dalam kitab suci al-Quran.

Saintis Muslim: Arkitek Dunia Moden bukan sekadar lembaran sejarah, tetapi panggilan jiwa untuk melahirkan arkitek masa hadapan iaitu insan beriman yang membina dunia dengan kebijaksanaan dan peradaban.

๐Ÿ’ฐHarga: RM35 exclude postage
๐Ÿ“ฒ WhatsApp +6017-6564 769 to order
๐Ÿ  Self pick-up at Seksyen 15 Shah Alam
๐ŸŒ https://kiddieoasis.my-online.store/

Pembelian di Shopee: https://s.shopee.com.my/5LAW29YUga

Pembelian di TikTok Shop: https://vt.tiktok.com/ZS9rPuJv1Bdpc-s952V/

Kenapa Allah SWT wajibkan puasa bagi orang beriman?

 



Target dia TAKWA.

Kalau siang kita tahan makan,
tapi malam masih tahan ego?

Kalau perut kosong,
tapi hati masih penuh dendam?

Ramadan bukan sekadar ubah badan.
Ramadan nak ubah hati.

Hari 1 ni…

Jom reset niat.

Jangan puasa sebab kebiasaan.
Puasa sebab nak jadi hamba yang Allah redha.

#RamadanDay1 #RamadanReset #PuasaKeranaAllah #MenujuTakwa


p/s: ada tak sesiapa tahu macam mana nak masukkan video dalam blog? Dulu boleh je masuk video sekarang dah tak boleh pula. Kalau masuk video lagi feeling sikit kan. Hmmm~~~ kalau ada pembaca blog ni tahu boleh tolong ajar mommy eez yang semakin menuju zaman dinosaur ni ๐Ÿ˜…


Lavvv,

Mommy EEZ

Selamat Berpuasa Semua / Ramadan Mubarak 2026

 


Bismillah… ๐ŸŒ™

Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadan dalam keadaan aman dan penuh iman.

Kurniakan keselamatan, tetapkan Islam dalam hati kami, lindungi kami dari godaan syaitan, dan redhailah kami ya Ar-Rahman.

Ramadan bukan sekadar datang…
Tapi peluang untuk kembali. ๐Ÿค

Semoga esok kita melangkah ke 1 Ramadan dengan hati yang bersih, niat yang lurus dan azam yang baru.

Jangan lupa sahur, jangan lupa niat! ๐ŸŒ™✨

​Esok bermulanya perjuangan kita. Jom kita 'set' siap-siap niat puasa malam ni supaya tak terlupa.

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan Allah SWT sudi menerima segala amal ibadah kita pada tahun ni insha Allah

Selamat berpuasa semua! ๐Ÿคฒ


Lavvv,

Mommy EEZ

Tarikh Puasa 2026 jatuh pada Hari Khamis 19 Februari 2026 / 1 Ramadan 1447H

 



Alhamdulillah! 1 Ramadan 1447H jatuh pada hari Khamis, 19 Februari 2026.

Yeayyy Khamis dah start puasaaaaa ๐Ÿค✨

Semoga Ramadan kali ni lebih tenang, lebih fokus, lebih banyak tadabbur & lebih dekat dengan Al-Quran.

Jom set niat awal-awal:
Puasa bukan sekadar tahan lapar… tapi tahan hati, tahan mulut & tahan emosi ๐Ÿ’›

Siapa dah ready menu sahur pertama? ๐Ÿ˜†๐Ÿ‘‡

#Ramadan1447H #RamadanReady #RamadanAlMubarak


Lavvv,

Mommy EEZ

Doa Menyambut Kedatangan Ramadan 1447H / Ramadan Al-Mubarak

 


Ramadan makin hampir… ๐Ÿค


Bukan sekadar tukar waktu makan,
tapi waktu untuk tukar hati.

Ya Allah, sampaikan kami ke Ramadan dalam keadaan sihat dan tenang.

Jadikan Ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya.

Kurangkan lalai, lebihkan sujud.

Kurangkan dunia, lebihkan akhirat. ๐ŸŒ™





Lavvv,

Mommy EEZ

Popular Posts