Showing posts with label Breastfeeding is AWESOME!. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding is AWESOME!. Show all posts

Cara Guna Breastmilk Storage Bag dengan BETUL tanpa mendedahkan baby anda kepada risiko KANSER!

Photo credit to Pakcik Gugel

 SIAPA FIRST TIME MOMMY YANG BARU NAK BELAJAR GUNA BREASTMILK STORAGE BAG NI? ANGKAT KETIAK! 🙆


Assalamualaikum dan salam tengah malam buat semua mommy2 yang belum tidur lagi...

Mommy eez tahu masa2 macam ni la kan baru kita ada masa ME TIME kan kan kan kan??? Nanti kejap lagi dah kena bersiap siaga untuk berperang dengan breastpump pula.

Hokey kali ni mommy eez nak share cara2 yang betul untuk menyimpan susu mahal kita tu ke dalam plastic storage bag atau selalu orang panggil breastmilk storage bag.

Mommy semua boleh tengok turutan gambar sebenar plastik storage dari Autumnz ni yang bersaiz 7oz. Sorry sebab mommy eez pakai gambar design Autumnz yang lama sebab gambar ni diambil pada tahun 2017. Mommy EEZ memang pakai saiz ni sebab bila simpan susu 3oz plastik jadi leper cantik je. Kalau guna storage bag yang bersaiz 5oz nampak gemuk je plastik tu so nak susun nanti tak berapa cantik gittew.


So camne nak simpan susu termahal kita tu?

1. Dekat bahagian atas sekali kita koyakkan line yg tulis "Tear the tab immediately bla bla bla.." yang ada tulis 1st seal tu.




2. Jangan lupa labelkan tarikh dan masa kita habis pam susu tu. Kalau nak hantar pada babysitter, mesti letak nama dan nombor pada breastmilk storage bag tu so senang babysitter nak refer nanti. Ye lah bila dah label memudahkan kerja babysitter kan. Babysitter ni bukannya jaga anak kita seorang saja. 


PASTIKAN LABEL MENGGUNAKAN TAPE PELEKAT. ELAKKAN DARIPADA TULIS DIRECT ATAS PLASTIK STORAGE BAG!

CARA YANG BETUL UNTUK MELABEL BREASTMILK STORAGE BAG
 


CARA YANG SALAH MELABEL BREASTMILK STORAGE BAG


Masa tu jahil tak tau lagi cara yang betul nak melabel. 

Kenapa perlu pakai tape bila nak melabel?




KENAPA TAK BOLEH TULIS DIRECT PADA STORAGE PLASTIC GUNA PEN MARKER?

Info ni mommy eez dapat daripada group WhatsApp Support Breastfeeding Lunatots. Ada seorang mommy ni bekerja dalam bidang kimia dan telah terjumpa satu jurnal yang mengkaji kesan pen marker terhadap plastik. Beliau berkata adalah tidak digalakkan mommy2 sekalian menulis di atas plastik menggunakan marker pen kerana marker pen tu sendiri 70% adalah pelarut (xylene, acetone). Ia boleh menembusi plastik walaupun dengan jumlah yang sangat kecil. Antara keburukan pelarut ni ialah boleh membawa kepada penyakit barah dan sakit jantung.

Jadi, walaupun particle2 pelarut tu bersaiz mikro yang sangat kecil melampau, tapi bila kita dah buat selalu, jumlah kekerapan susu kita dicemari dengan bahan kimia bahaya tu akan jadi banyak! Sayangi anak2 kita mommy. Kurangkan contamination terhadap susu kita yg mahal ittewww! So, sebagai jalan penyelesaian boleh pakai masking tape macam mommy eez buat dalam gambar tu ataupun sticker yang dijual di kedai stationery.


3. Kalau diikutkan untuk plastik saiz 7oz ni, memang boleh je nak isi breastmilk sampai penuh plastik tu tapi nak bagi susun cantik dan plastik menjadi leper, better isi 3oz saje utk sekali feeding. Senang nak handle nanti.

4. Lepas dah masukkan susu, buang semua bubble (macam dalam gambar yang ada susu tu tapi still ada bubble sikit sebab mommy eez nak cepat) supaya plastik dapat dileperkan. Kemudian seal dan simpan dlm freezer. 


PASTIKAN SUSU YANG BARU DIPAM DIMASUKKAN KE DALAM CHILLER DULU UNTUK BEBERAPA JAM, KEMUDIAN BARU MASUK KE DALAM FREEZER SUPAYA SUSU TAK MENGALAMI KEJUTAN SUHU.. WAAAHH.. Susu pun boleh terkejut yee.. 😂😂😂

Ini mungkin boleh mempengaruhi kualiti dan rasa susu tu kot.

Hokey, harap tips yang mommy eez share ni dapat membantu mommy2 di luar sana yang masih blur2 macam mana nak handle EBM (expressed breastmilk) mereka menggunakan plastic storage bag.

Berikan apa2 komen mommy di bawah kalau ada apa2 idea ataupun info tambahan orait =)

That's all for now.

Jumpa lagi in next post insya Allah


Lavvv,

Mommy EEZ

Kenapa Susu Ibu Makin Drop? No. 7 paling RAMAI yang TAK TAHU!



KERAP DIRECT FEED PUN SUSU BOLEH KURANG???

Dah kenapa? Kan ke rangsangan dari baby kita tu lagi menggalakkan pengeluaran susu? Memang betul fakta itu tapi ada faktor lain yang boleh mengganggu gugat production susu mommy2 semua ye. Jom kita tengok apa faktor2 atau punca susu ibu makin drop:


1. STRESS - if mommy does not feel happy, the baby won't be happy too. So mommy needs to chillax no matter how big the problem is. Cakap senang la kan daripada nak buat. Dahlah sejak jadi ibu ni, perasaan kita ni makin sensitif dan bila dah down tu, makan masa juga nak bangkit jadi positif balik kan. Takpelah yang penting kita cuba stay happy dengan membuat perkara2 yg mommy suka. Contoh paling senang ialah MAKAN atau SHOPPING!

2. PEMAKANAN - Mommy kena hati2 sikit dengan pemakanan sejak dah jadi ibu menyusu ni sebab ada makanan yang boleh membuatkan susu drop. Contoh macam kobis ke (sebab angin), minum air sejuk, minum kopi/apa2 minuman berkaffein ke, makan nangka ke bayam ke atau macam2 lagilah. Semuanya bergantung kepada badan mommy masing2. Please observe your food intake ye mommeez!

3. PENGAMBILAN UBAT - Bila mommy2 tak sihat dan jumpa doktor di klinik, sila tanya sekali dengan doktor, adakah ubat yg dibekalkan tu sesuai untuk breastfeeding (BF) mom ke tak. Sebabnya kalau kita tak bagitahu, doktor pun tak tahu hokey. Kesan ubat pun boleh juga mempengaruhi production susu kita. Malah ada certain2 ubat ditakuti boleh memberi kesan pada baby kita yang sedang BF ni.

4. KEKERAPAN PAM - Mommy2 yang stay di rumah juga digalakkan untuk pam susu. Sebabnya, demand baby menyusu ni kadang2 berubah. So, bila sampai masa baby kurang menyusu tu silalah pam dan buatlah stok. Bila kita selalu kosongkan breast, ianya akan menggalakkan lagi production susu. Insya Allah. Ingat, more demand, more supply.


5. MIND SET - mind set mommy2 semua penting untuk bagi semangat pada diri sendiri yang susu sentiasa cukup utk baby kita. Kalau hari2 zikir susu tak cukup memang tak cukup lah nanti..huhu. Allah tu Maha Pemberi Rezeki. Dia tunggu je kita minta pada Dia.


6. FALSE ALARM - False alarm ni yang baby buat sampai mommy jadi salah faham. Contoh baby yang tengah beralih bulan kadang2 mengalami gejala GROWTH SPURT. Baby akan kerap meragam dan menangis. Masa tu mommy akan fikir tak cukup susu dan mulai stress. Habis segala stok susu dikeluarkan utk bagi baby senyap sampai termuntah2 lah baby sebab minum susu terlampau banyak. Mommy eez pun pernah panik bila terover feed baby Wafa sampai dia muntah susu keluar dekat hidung lagi. Menyesal terus masa tu. Dahlah membazir susu yang bukan senang nak simpan buat stok, lepas tu siap buat baby muntah2 lagi. Uwaaaa~~~


So, better kita chillax je mommy. Yakinlah simptom itu hanya sekejap saja. Susukan bayi mommy mcm biasa dan layankan lah kerenah baby yang tengah meragam masa tu. Mungkin mereka tak selesa dengan keadaan peralihan bulan. Perhatikan juga gap masa menyusu mereka dan juga berapa jumlah susu yang patut baby minum pada umur baby tertentu untuk elakkan over feeding.

Boleh refer pada post ni ---> Jenis Susu Ibu dan jumlah susu yang patut baby minum ikut usia mereka

Normally, maximum baby minum dalam 1 masa hanyalah 5oz saja untuk baby yang fully breastfeeding. Walaupun usia baby dah cecah sampai 6 bulan pun memang sebanyak 5oz saja untuk sekali minum/feeding. Reasonnya baby yang fully breastfeeding ni kerap menyusu. Gap masa baby menyusu ni hanyalah lebih kurang dalam 1 ke 3 jam saja bergantung kepada kualiti susu ibu yang dihasilkan. Lagi pekat susu ibu, lagi jaraklah gap baby menyusu. Get it?

Mesti mommy2 terfikir macam mana nak pekatkan susu ibu kan? Nanti mommy eez suggest caranya di akhir post ini.

7. SALAH BUDGET STOK SUSU - Keadaan ni berlaku bila nak bagi stok susu pada pengasuh. Pastikan satu botol yang dibekalkan cukup untuk sekali feeding saje. So kalau 6 kali feeding sehari, 6 botol. Kalau mommy letak susu dlm 1 botol utk 2 kali feeding nanti pengasuh jadi confused. Sama juga kalau isi dalam breastmilk storage bag. Better 1 storage bag untuk sekali feeding.


Contoh macam ni:
Umur baby baru 3 bulan. Minum 3.5oz untuk sekali feeding.
Jadi, sediakan siap2 dalam 1 storage bottle tu 3.5oz susu saja (tak lebih dari tu) untuk elakkan pembaziran. Bila sekali panaskan 1 botol susu tu, susu kita tu hanya bertahan selama 1 jam saja sebelum ianya basi. Jadi, kalau kita letak lebih dari 3.5oz susu dalam 1 botol, tak ke membazir? Ingat pengasuh ada masa nak hafal timing or ingat masa bila mereka panaskan susu?

Hokey, mommy2 still lagi risau susu makin drop??? Nak pekatkan susu supaya baby boleh kenyang lama?

Mommy2 boleh cuba Milk booster Milk Up Candy yang 100% diperbuat daripada natural ingredients. Siap ada SIJIL HALAL dan mendapat pengkelasan makanan yang dibenarkan oleh KKM. 

Milk Up Candy ni BUKAN JAMU.
Milk Up Candy ni BUKAN UBAT.
Milk Up Candy ni juga BUKAN PIL PERANCANG.

Milk Up Candy ni hanyalah supplemen untuk tambah tenaga buat mommy2 yang hamil dan menyusu serta khusus bagi memekatkan dan meningkatkan pengeluaran susu badan. Kalau mommy2 yang tengah preggy nak get yourselves ready to be a breastfeeding mom dah boleh consume Milk Up Candy ni seawal 4 bulan kehamilan lagi. 

More info boleh terus ke sini ----> MILK BOOSTER MILK UP CANDY
dan juga testimoni dari mommy eez sendiri di sini <--- click here

Hokeylah itu saja ngomelan mommy eez pada kali ini. See you in next post!


Lavveyewww,

Mommy EEZ

Review Milk booster Milk Up Candy

Awat nampak monyok je tu mommy?

Stress susu makin tak banyak ye? Minggu depan dah nak masuk kerja tapi belum sempat buat stok. Demand anak plak makin tinggi. 

Yang mommy tengah kerja dekat office tu mesti tengah rasa jealous dengan kawan sebelah sebab diorang pam susu macam berkoyan2 banyaknya. Betul tak? Diorang makan milk booster apa eh? Ke badan diorang memang born as milk machine yang sangat hebat sampai tak henti2 produce susu?

Mommy EEZ faham dan pernah berada dalam dua2 situasi di atas. So, kat sini Mommy EEZ nak introduce pasal Milk booster yang bagi Mommy EEZ paling senang nak makan dan bawa travel. 

Selalu ada yang milk booster kena bancuh la...

Nak bancuh pun tak boleh air terlalu panas nanti hilang khasiat la...

Dah beli milk booster dah kena beli shaker plak nanti rasa tak sekata la...

Tak boleh simpan tempat panas nanti cair la...

Haaa.. apa kata beli milk booster yang TAK PERLU SEMUA ATAS TUUUU!!!

Yang paling penting mestilah boleh tambahkan lagi susu kita kan. Jadi Mommy EEZ nak buat review sikit pasal Milk booster Milk Up Candy ni. Sebelum tu kita bagi intro dulu macam mana rupa Milk Up Candy ni.








Milk Up Candy milk booster ni 100% NATURAL. Tak ada pewarna dan perasa tiruan. Masa 1st time Mommy EEZ makan memang rasa macam gula2 raspberry yang tak berapa manis. So memang bukan rasa gula2 biasa kita makan la. Bukan telan terus macam ubat tau. Kunyah2 terus susu melimpah ruah.. Ececece... saje meng'hyperbola' kan. Apa2 pun setiap tindak balas milk booster semuanya bergantung kepada badan masing2.

Apa kebaikan Milk Up Candy ni?

✅ Meningkatkan pengeluaran susu ibu
✅ Merangsang dan membentuk lebih banyak kelenjar susu
✅ Memekatkan susu badan
✅ Mencantikkan dan memutihkan kulit
✅ Memudarkan parut stretch mark
✅ Mencantikkan bentuk payudara
✅ Menambah tenaga bagi memudahkan ibu melakukan kerja harian.
✅ Membaiki dan meyuburkan sistem peranakan wanita
✅ Mengimbangi hormon dalam badan
✅ Mengurangkan rambut gugur
✅ Menyembuhkan luka jahitan dengan cepat
✅ Mengurangkan stress dan mengelakkan gejala meroyan
✅ Menurunkan jaundice/kuning bayi dengan cepat
✅ Membantu perkembangan otak bayi dan ibu agar lebih cerdas
✅ Membantu sistem penghadaman agar tidak sembelit
✅ Meningkatkan imuniti bayi

✅ Menaikkan HB rendah
 
Sebab apa banyak sangat kebaikan Milk Up Candy ni? Jom kita tengok apa isi kandungan yang ada.




So ada 9 jenis super food yang ada dalam 1 tablet. Selain dari ibu menyusu, siapa lagi yang boleh consume Milk Up Candy ni? Ibu mengandung pun boleh makan la!




 Ada juga yang tanya Mommy EEZ, supplemen ni ada kelulusan KKM ke?


Ya, memang ada kelulusan KKM tapi dikelaskan sebagai produk makanan bukan ubat2an. Kalau ubat2an, ianya akan dikawal oleh pihak berkuasa kawalan dadah. Jadi, Milk Up Candy ni diluluskan di bawah Semakan Label dan Kualiti Makanan di Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.

Halal ke? Mestilah halalan toyyiban! Even dah tengok isi kandungan dalam Milk Up Candy ni pun, masih ada lagi yang tak percaya tahap kehalalan supplemen ni selagi tak ada sijil halal kan???



Hokey, macam mana nak makan Milk Up Candy ni? Berapa kali sehari? 



Kalau bulan puasa, bila masa terbaik untuk consume supplemen ni?


Diingatkan, kalau mommy2 semua ada allergy ke atau baby ada allergy ke, boleh check dulu isi kandungan atau tanya terus pada Mommy EEZ hokey. Selalunya kesan bergantung kepada badan mommy masing2. Normally Mommy EEZ akan suggest untuk yang baru2 nak cuba untuk ibu menyusu, boleh ambil 2 biji pagi selepas sarapan dan 2 biji malam selepas dinner dalam masa seminggu. Insya Allah bila dah nampak perubahan dalam masa seminggu tu dah boleh kurangkan dari 2 biji ke 1 biji sekali pengambilan.

Contoh macam Mommy EEZ, jenis badan tak banyak air. So, bila makan supplemen yang ada habbatussauda akan rasa cepat panas dan bila minum air tak banyak boleh jadi sembelit. So Mommy EEZ makan sebiji sehari dan kadang2 selang sehari.

Dah banyak testimoni yang ada terutama artis2 yang dah pun cuba kesan dari Milk Up Candy ni.







Yang latest artis Adira Suhaimi pun consume Milk Up Candy ni...



Mesti ada yang nak tahu apa kesan pada Mommy EEZ plak kan..

Hokey my verdict is not on production sebabnya Mommy EEZ bagi direct feeding to my baby Wafa. So memang tak tahu lah berapa banyak susu yang dapat sebab tak pump out. Tujuan Mommy EEZ consume is to increase level of hemoglobin (HB) sebabnya Mommy EEZ jenis cepat penat dan hampir setiap hari bila dah terlampau banyak buat kerja jadi pitam2 nak pengsan. Alhamdulillah bila dah seminggu consume Milk Up Candy ni, dah tak ada pening2 nak pitam lagi. Badan pun rasa lebih fit cuma kena minum air super banyak. Actually bila HB rendah ni better to consume iron/zinc pill tapi the problem is, Mommy EEZ ada gastric. Bila makan pil pure iron/zinc ni sure la rasa nak muntah sebab perut upset. So, those mommy2 yang ada gastric nak cuba Milk Up Candy still boleh, cuma disarankan better ambil selepas makan.

More review/testimoni on increase of production boleh refer post by Agent Milk Up Candy dari Singapore ni... ---> Klik sini

Mesti ramai nak tahu berapa harga kan???? Jangan risau. Harga sure mampu milik. Tak sampai ratus2 pun dan even bawah RM40 pun hado.

Klik je button tu untuk usha harga... hihihi~

https://shopee.com.my/Milkbooster-Milk-Up-Candy-WITH-FREE-GIFT!-i.4491129.483394919

Kalau mommy2 rasa payah nak beli online sebab nak kena tunggu 2-5 hari baru sampai ke tangan, Mommy EEZ boleh COD di sekitar Shah Alam atau self-pickup di Seksyen 22 Shah Alam.


Benda PALING BEST bila beli dengan Mommy EEZ ialah mesti akan ada FREE GIFT! Free gift depends on stock la, kadang2 Mommy EEZ bagi mini bottle milk up candy macam bawah ni:



Selain mini bottle ni. ada baby bib, breastmilk storage bag, sample Therapy Oil (Therapy Oil tu apa? <--- klik), tissue wipes atau disposable plastic bag.

Jadi, kepada mommy2 yang nak cuba tapi was2 sebab baby ada G6PD ke, baby ada eczema ke, mommy allergic susu kambing ke whatsoever, boleh terusssss PM Mommy EEZ dekat WhatsApp atau follow Instagram @baby.oasis hokey.

 

************************************UPDATE****************************************

Bawah ni sebahagian review yang Mommy EEZ dapat sepanjang menjual produk Milkbooster Milk Up Candy ni:

 








Hokey, jumpa lagi in next post! Banyak pending posts ni tau.. haiyooo. Copekla sikit tangan tu nak menaip!!!!


Lavvv,

Mommy EEZ

Tips Breastfeeding - Cara simpan susu ibu semasa balik kampung di hari raya


Harap masih belum terlambat untuk Mommy EEZ ucapkan...

Selamat Hari Raya 2018 
kepada semua pembaca belog Kiddie Oasis! 

Minta maaf dan halalkan terlebih dan terkurang bahasa sepanjang Mommy EEZ berceloteh di sini. 

Kali ni Mommy EEZ nak kongsikan dilema mommy2 yang menyusu badan ni setiap kali pulang ke kampung berhari raya dan tips macam mana nak atasi dilema tersebut.



Betul2 dalam dilema kan untuk ibu menyusu bila sampai hari raya ni. Tambah2 bila balik kampung sekali 8-9 biji kereta penuh halaman rumah! Haaa.. mahu tak penuh satu rumah. Hokey no worries. Mula2 ambil nafas dalam2 kemudian hembuskan segala benda2 yang tak berapa positif dalam kepala tu keluar berlalu pergi. Huhuhu~. Ok jom kita tengok apa solusi terbaik untuk menghadapi dilema di atas tu:

1. Sayangkan anak disusu ibunya di mana jua.. haaa invest lah sikit beli mini cooler atau mini fridge yg portable. Senang utk travel/on the go. Chiller kan bole tahan dlm 5-8 hari (bergantung kepada suhu fridge). Range harga dalam RM200-400 tak silap.


Inilah rupanya mini fridge tu.. hehe~. Tak silap Mommy EEZ siap ada jenis mini cooler yang boleh charge dalam kereta lagi. Photo credit to www.lazada.com.my

2. Kadang2 ada mommy yang terussss letak storage bottle yang penuh dengan susu sendiri yang lemak berkrim tu dalam ruang2 kosong dlm fridge. Bayangkan fridge dekat rumah orang, ramaaaiii yang suka buka katup buka katup. Kalau orang perempuan yang buka tak apa. Orang lelaki ni fikirannya memang jauhhh ke depan. Bagi ayah2 yang dah faham tak apalah. Tapi yang tak faham tu.. hmm.. Jadi apa jalan penyelesaiannya? Mommy boleh cuba letak dlm 1 bekas bertutup. Masukkan semua storage bottle dalam bekas tertutup yang besar tu dan labelkan. Senang nak cari nanti. Mommy boleh pakai bekas tupperware ke, ataupun bekas biasa sebab susu yang dah dipam tu dah memang sedia ada dalam storage bottle. Nak jimat space boleh gunakan breastmilk storage bag. 

3. Masa ni nursing cover come to the rescue. Panas sekali pun jangan risau. Kipas tangan yg ada batteri kan ada. Kita mommies dah biasa multi-tasking. Jadi sambil menyusu bole cover dan kipas hala kat baby. Nak hala kat diri sendiri pun bole.. hehehe~


Nursing cover dekat gambar atas ni sama sebiji macam Mommy EEZ punya. Mommy EEZ suka nursing cover jenis kain muslin sebab tak panas. Compared to yang guna kain cotton, baby cepat rimas sebab kain jenis cotton tebal lagi dari kain muslin. Lagi satu bila menyusu ni, baby mesti bermandi peluh. So nak bagi anak2 kita selesa boleh cuba nursing cover jenis kain muslin ni. Selalunya kain muslin ni orang buat swaddle (kain bedung). Photo credited to Pakcik Google.

Bila cakap pasal nursing cover ni kan. Mommy EEZ teringat satu kejadian baru2 ni balik dari beraya di Kedah. Mommy EEZ ternampak ada seorang ibu ni, terkial2 angkat bajunya untuk menyusukan anaknya TANPA ada sebarang 'cover'. Selak baju macam tu je depan public. Suaminya cuba jugalah nak cover tapi pakai tapak tangan je. Wuwuwu~ Kesian sungguh Mommy EEZ tengok. Rasa macam nak offer je nursing cover Mommy EEZ punya. Tapi takut nanti si suami tu terasa hati pula kan. So, pengetahuan pasal breastfeeding ni memang penting. Seelok2nya gali ilmu masa preggy lagi dan apa gadget2 yang penting bila nak dibawa travel supaya mudah untuk kita ibu menyusu untuk nursing di depan orang ramai. 

Itu saja yang dapat Mommy EEZ share untuk Tips Breastfeeding kali ni. Semoga bermanfaat!

Lavveeyeeewww,
Eda Edlina Zakara


Review Botol Susu - Autumnz Wide Neck Storage Bottle for Breastmilk

p/s: 1 box consists of 4 bottles

Autumnz Breastmilk Storage Bottle Wide Neck 5oz ini ada dalam salah satu produk breastfeeding yang Mommy EEZ jual. Mommy EEZ personally tak pernah pakai sendiri tapi storage bottle ni sama je standard dengan storage bottle jenis plastik polypropylene (PP) yang lain. Cuma bezanya botol ni jenis wide neck dan boleh fit in masuk breastpumps macam..

1. Spectra M1 and S9 Plus

2. Autumnz Passion, Autumnz Serene, Autumnz Bliss, Autumnz Blossom and Autumnz Swift

3. Avent Manual Breastpumps, Avent Single/Double Electric Breastpumps

4. Lacte Solo/Duet Breastpumps

Dan yang pastinya storage bottle ni mestilah BPA Free dan bersaiz 5oz / 150ml. Nak tengok gambar actual storage bottle ni dipersilakan cuci mata~~





Ramai mommy2 yang nak tahu puting apa yang sesuai untuk masuk dengan storage bottle wide neck Autumnz ni kan? Hokey Mommy EEZ bagi contoh gambar dekat bawah..



Bukan setakat puting Pigeon dan NUK saja yang bole fit dengan wide neck storage bottle Autumnz ni, puting Avent Classic, Suavinex dan MAM pun muat juga tau sebab kesemua puting ni jenis wide neck 😎

Tapiiiii ada setback la sikit. Botol ni tak ada penutup kalau diletakkan sekali dgn puting2 ni. Penutup hanya ada untuk simpan breastmilk saja. Sesuai digunakan masa time pantang untuk train baby minum susu dengan botol sebelum mommy2 naik kerja kan. Selalunya time pantang ni la mommy nak test puting mana yang menjadi pilihan hati si kenit gebu tu kan. Lepas dah cuba puting mana yang sesuai untuk baby, bolehlah proceed dengan beli botol ikut brand puting tu. Kadang2 banyak design comel2 yang boleh menggalakkan baby untuk minum susu dengan botol susu comel2 ni. So tak ada lagi masalah untuk mommy risau baby tak minum susu ke atau cukup ke susu yang baby minum di rumah pengasuh tu kan. 

So itu saje perkongsian Mommy EEZ. Kalau ada info tambahan bolehlah highlight di ruangan komen atau Mommy EEZ akan update terus dalam post ni hokey. 

Oh ye.. kalau mommy2 sendiri nak beli storage bottle jenis wide neck ni, bole je direct PM Mommy EEZ di +6017-6564769 atau contact melalui Facebook atau Instagram. Nak FREE POSTAGE SELURUH MALAYSIA boleh beli melalui Shopee tau di Kiddie Oasis!

Lavveyewww,

Mommy EEZ

Kenapa bayi selalu kembung perut? | Baby Colic



                         
 "LETIH JAGA BABY MEMALAM SEBAB PERUT BABY SELALU KEMBUNG?"

Yeeee Mommy EEZ dah rasa macam mana rasa terseksanya bila baby terkena kembung perut. Bila masuk malam je perut baby Wafa akan kembung dan untuk keluarkan angin puspus tu sangat sangat sangat mengambil masa. Kadang2 tengah malam asyik menangis je. Bagi susu pun kadang2 tak nak. Mula2 Mommy EEZ pakai minyak telon biasa. Tapi tak berapa berkesan walaupun dah diurut2 perut dia. Mommy EEZ pun bertukar dengan THERAPY OIL dari produk BOOMI BABY. Alhamdulillah sampai sekarang baby Wafa tak ada lagi masalah kembung. Therapy Oil ni sangat selesa dan tak panas pada baby so boleh apply pada baby seawal newborn.

Selain itu, boleh juga buat urutan dekat perut baby macam tekan2 dengan perlahan di sekitar perut baby sambil letak Therapy Oil Boomi Baby. Ataupun buat urutan I Love You macam dalam gambar di bawah. 



Lepas tu sapukan therapy oil tu di bahagian kedua2 telapak kaki, belakang betis dan bahagian belakang perut. Nak EXTRA letakkan therapy oil tu di dada dan juga dada belakang baby mommy untuk legakan batuk atau flu baby.

Urutan I Love You ni juga bagus dibuat bila baby kena sembelit. Bila baby dah few days tak membuang air besar bolehlah buat urutan I Love You ni. Selalunya Mommy EEZ akan buat bila baby Wafa dah masuk 3 hari tak membuang air besar. Lepas habis buat urutan ni, Mommy EEZ sambung buat gaya kayuhan basikal pada kaki dia untuk melancarkan lagi digestion dalam perut dia.

APAKAH PUNCA-PUNCA BAYI ANDA TERKENA KEMBUNG PERUT???
 
1. Baby tak pakai stokin senang masuk angin

Memang ramai yang kata baby tak berapa elok pakai stokin selalu sebab nak bagi deria sentuhan baby berkembang. Tapi... kalau kaki baby dah sejuk kejung macam tu kenalah pakai stokin. Tak pun perlahankan suhu air-cond atau kelajuan kipas.

2. Baby tak sendawa lepas feeding

Yang ni memang part paling mencabar bagi first time mom. Mommy EEZ dulu memang agak fail nak bagi baby sendawa. Kadang2 surrender juga sebab lama betul nak tepuk2 belakang baby tapi tak juga dia sendawa. Last2 memang baby muntahlah sebab sendawa tak keluar lepas feeding. Muntah OK lagi. Bila dibawa sampai ke malam tu yang selalu terkena kembung perut tu.

3. Pemakanan mommy sendiri

Untuk baby yg fully breastfeed, kalau mommy2 ada tersalah makan contohnya macam termakan makanan2 yg berangin macam ubi keledek, kobis, sayur bayam, nasi yang dah semalaman etc. akan ada effect pada breastmilk yg mommy2 hasilkan.

4. Baby latch xbetul masa menyusu badan

Selalunya nipple kita akan terasa sangat sakit bila baby tak latch dengan betul masa breastfeeding. Bila kita biar, boleh menyebabkan angin masuk ke dalam perut bayi dan membawa kepada masalah kembung perut.

5. Baby terdedah dalam aircond atau direct kipas angin terlalu lama

Jangan sesekali hadapkan kipas atau aircond direct pada baby ya. Kita tak tahu ada certain badan baby yang jenis tak tahan akan senang masuk angin bila jadi seperti ini.

6. Gap feeding susu agak lama sampai perut baby dah masuk angin

Macam orang besar jugalah. Bila kita ter-skip makan atau terlambat makan dari waktu yang sepatutnya, perut akan masuk angin.

7. Baby hisap botol susu yang bukan anti-colic atau cara hisap botol susu dengan salah

Pastikan mommy2 semua kaji macam mana nak bagi baby2 minum susu dengan betul. Kalau diperhatikan betul2 setiap puting ada lubang angin bagi mengeluarkan angin dari dalam botol bila feeding.

Haaaa macam2 lagilah sebab kenapa baby boleh dapat kembung ni. Apa yang Mommy EEZ liskan itu, berdasarkan pengalaman sendiri. Semoga info di atas bermanfaat buat semua yee 😄


Jumpa lagi in next post

Assalamualaikum

Tips Breastfeeding - Apa itu Nipple Confuse atau Baby Keliru Puting?

Topik hangatzz dan yang PALING PENING buat mommy2 menyusu ialah bila si dobot comel tetiba reject puting/nipple kita bila nak menyusu. Oh perasaan kena reject dengan anak sendiri tersangatlah sentap menusuk ke jantung. Apetah lagi di saat breast mommy2 sedang membengkak dengan tembunnya.. hadoi.. Mommy EEZ pun pernah juga rasa dan agak cuak bila baby Wafa yang baru lahir beberapa hari tiba2 refused nak DF (direct feeding). Baby Wafa agak awal dah kena train minum botol susu sebab Mommy EEZ kena ‘nipple crack’ yang agak teruk. Dahlah penat meneran tak habis lagi masa tu. Lepas tu kena ‘nipple crack’ pula yang siap berkerak2 sakitnyaaaaa hadooooooooiyaaaiii… rasa macam sama perit dengan bersalin.. isk isk isk.. Jadi bila terlampau awal train baby Wafa minum susu pakai botol, jadi ada hari2 dia jadi ‘Nipple Confuse’. Apa tu ‘Nipple Confuse’ atau Keliru Puting?

“Nipple Confuse” ialah bila baby mulai refuse untuk direct feeding disebabkan baby keliru antara puting semulajadi atau puting tiruan e.g. puting botol susu dan pacifier. Selalunya terjadi kepada newborn baby sampai baby berumur 6 bulan. Apa yang terjadi ialah baby akan lebih prefer untuk minum botol dari DF sbb puting botol flow lebih laju dan tak memerlukan tenaga hisapan sangat berbanding DF. Bila DF ni kan baby kena tunggu beberapa saat baru dapat susu dari proses LDR (let down refleks) dan memerlukan baby untuk bekerja dengan mulut mungilnya itteww. Jadi disebabkan baby lebih ‘layanzz’ minum susu dengan botol, so bila timing mommy nak tukar ke DF baby mula rebel, menangis dan mengamuk2 sebab tak sabar dan dah biasa minum susu tanpa usaha yang banyak.

Selalunya baby yang baru lahir disarankan untuk minum pakai syringe/picagari atau sudu kalau tetiba mommy2 BF (breastfeeding) ada masalah untuk menyusu DF (direct feeding). Punca selain ‘nipple crack’ yang membuatkan baby jadi ‘nipple confuse’ ni ialah:
  1. Mostly mommy2 ingat baby tak cukup menyusu. Jadi terpaksa top-up dengan formula milk (FM) dengan mengGUNAkan BOTOL SUSU.
  2. Baby kuat menangis. Siang malam menangis kecuali tidur. Hehehe. Jadi disumbatnya baby dengan PACIFIER. Atau pun kes baby kuat melekap. Melekap berjam2 sampai melecet puting mommynya. Jadi pacifier ialah jalan penyelesaian untuk membiarkan puting mommy mendapat sedikit rehat. Well, it may work to some babies but not all. Macam baby Wafa, baru try pacifier brand Avent dalam 2-3 bulan. Mula2 dia reject tapi Mommy EEZ yang ganazz ni biarkan saja lama2 baru baby Wafa boleh adapt. Tapi itupun ikut mood dia. Ada masa OK, ada masa KO. Baru ni pacifier Avent tu hilang entah ke mana terus tak berganti dah .. hahaha~~ Ku pasrah je bila mulut cinonet tu melolong minta disumbat dengan putingku.. isk isk isk..
  3. Susu lambat keluar. Kesan dari penggunaan botol susu yang kerap boleh membuatkan baby rasa selesa dengan flow susu yang laju. Tambah2 pula bila mommy2 jarang pam susu bila breast dah membengkak. Sebabnya, flow susu akan jadi makin perlahan bila kurang rangsangan dari baby. Worse case, breast akan hantar signal untuk kurangkan production susu bila demand dari baby berkurangan. Situasi ni paling digeruni oleh semua BF mommies. Tu pasal kena percaya konsep Supply dan Demand. Hanya mommy2 yang berjiwa kental dan sado je yang mampu untuk meneruskan usaha BF ni tau!
  4. Perubahan bau atau rutin harian baby. Contoh macam ada mommy yang suka tukar bau2 perfume kan bila nak pergi kerja. So ada kemungkinan baby pun ada yang dah biasa pada certain bau2 yang dia selesa pada mommy dia. Bila bertukar bau, baby jadi tak selesa dan mula meragam. Salah satu cara rebel ialah TAK NAK DF! Huhuhu.. bertuahnya punya budak! Apa2 pun bergantung pada keadaan sebab taking care of a baby is an art gittew! Use your instinct mommies.. sure Allah guide Insya Allah.. aaaminn.
Hokey, dah tau sebab kenapa baby jadi ‘Nipple Confuse’. Macam mana nak atasi ‘Nipple Confuse’ ni, jom kita cuba beberapa cara:


1. Sila bertenDang dengan membuang ‘D’ itu. Ye.. mommy2 semua kena SABAR dan CHILLAX! Kalau kita tak sabar, baby LAGI tak sabar. Kalau kata tak mampu membuang ‘D’ tu tadi, sila pass baby dekat hubby ke, mak ke jiran sebelah ke.. yang penting bagi diri sendiri COOL dulu. Baby ni boleh rasa aura kita. Bila kita cool Insya Allah baby akan ikut sama relax cuma ambil masa sikit. Yang penting bila dengar baby melalak bayangkan umpama mendengar melodi Mozart atau Beethoven gittew!

2. Distract baby dengan keadaan luar atau buat bunyi2 burung ke kucing ke.. jangan buat bunyi ‘oink oink’ tu pula. Dah tau baby menangis janganlah duduk hayun setempat je. Tukar2 posisi baby tu, atau pun bawak dia ke halaman rumah sambil tunjuk kereta ke train ke motor ke. Tak jalan juga, kita zikir atau baca surah Al-Insyirah (yang starting Alam Nasyhrah– tu). Masa baca tu kena yakin dan tawakal sepenuhnya pada Allah. Kalau tak yakin tak jadi tau sbb Allah saja Maha Berkuasa ke atas tiap2 sesuatu.

3. Cuba berlainan posisi menyusu. Posisi menyusu kan byk stailo mylo. 

Yang penting baby selesa mommy pun legaaaa.. hehehe~~

4. Offer nipple puting kita bila baby dah awal2 tunjuk feeding ques. Jangan tunggu masa baby dah menangis2 baru nak sua puting. Bila baby dah nak mula masukkan jari dalam mulut ke, hisap jari ke dan masa tu baby masih lagi boleh mengukir senyuman seindah suria tu, kita pun mulakan langkah membuka apa yang patut dan sumbatkan puting kita ke mulut mungil baby.

5. Kalau masih belum berjaya bole cuba kaedah Skin-to-Skin Contact. Cara ni selalunya dibuat kalau ada mommy2 yang nak relactation semula. Cara ni memerlukan mommy untuk tak pakai bra dan baby pun pakaikan diaper saje. Letakkan baby di atas dada mommy supaya baby bole kenal bau mommy dia.

6. Kalau boleh elakkan mommy sendiri yang memberi susu pakai botol pada baby. Minta tolong hubby atau ibu mommy sendiri yang bagi jadi keadaan ni membolehkan kita tetapkan mind set baby yang bila mommy dia tak ada saje baru pakai botol susu. Kalau mommy ada bole bagi DF. Tapi, this does not work with me. Sebab husband kerja dan tiada siapa ada di rumah selain Mommy EEZ dan baby Wafa. Maka terpaksalah bagi di waktu2 genting itu. Tapi Alhamdulillah baby Wafa dapat adapt agak cepat dan tau beza antara botol dan puting betul.

7. Sementara nak tunggu susu LDR, mommy boleh bermain2 dengan baby ataupun pujuk baby supaya bersabar. Insya Allah baby boleh tunggu. Pastikan pada masa ni baby tak terlampau lapar atau menangis. Lepas tu bila baby dah mula terima puting kita jangan lupa sayang2 dia, usap kepala dia, cium2 dia dan puji dia sebab sanggup memberikan kerjasama.. hehehe~
Gejala ‘Nipple Confuse’ selalunya makan masa dalam 2-3 hari atau pun berlarutan sampai seminggu dua bergantung kepada baby2 mommies sekalian. Apa2 pun mommies jangan cepat putus asa. Teruskan usaha untuk mendapatkan jiwa kental dan sado dalam mem-breastfeeding-kan anak mommies. Mommy EEZ pun faham bukan senang sebab mommy pun jenis agak baran juga dan tak berapa nak sabar. Tapi sebab kedegilan nak bagi baby minum susu sendiri tu lebih tebal jadi sanggup mengharungi segala cabaran. Insya Allah. Niat kena kuat. Percayalah setiap pengorbanan dan usaha kita dalam menuruti perintah Allah untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun (ada disebut dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 233) akan dibalas dengan pahala yang berganda2. Mommy EEZ dulu tak pernah tahu pun yang bila dah BF anak ni macam2 dugaan kena lalui. Dahlah kena pantang makan, tak boleh jauh dengan baby dan sakit breast lagi. Masa pun berlalu sepantas kilat. Nak buat kerja lain pun sangat terhad. Nak keluar pergi mana2 pun kena pandai cari timing menyusu dan tempat menyusu yang sesuai. Bau badan pun bau susu masam je. Overly-attached tu perkara biasa. Tu tak masuk dengan cakap2 orang luar yang pantang tengok anak kita menangis, dikatanya tak cukup susu la.

‘Breast kau kecik ada ke susu?’ pun ada yang berfikiran primitif begitu. Kadang2 breast kecik tu lagi banyak susu daripada breast besar. Rajin tak rajin je untuk pam susu.

‘Urat susu tak banyak ni tu pasal susu kau sikit’ bak kata bidan yang mengurut. Sedangkan susu ni berdasarkan konsep Supply dan Demand. Selagi baby terus menerus DF akan sentiasa ada susu. Walaupun breast dah jadi lembik selembiknya mcm kueh pau tak ada isi, tapi masih mampu untuk hasilkan susu. Yang penting kena doa dan yakin selalu supaya Allah bagi rezeki untuk anak kita.

So abaikan segala benda2 negatif dan cepat2 cari benda yang boleh buatkan kita gembira. Contoh senang makanlah coklat. Mommy EEZ punye ultimate happiness kalau dapat makan dark chocolate.. wuuuuuuuuu sodaaaappp meleleh air liur.. hehehe~

Ok, itu saja pembebelan Mommy EEZ kali ni. Semoga mommies yang rajin membaca sehingga ke ayat ni diberi kesabaran, keberkatan dan kekuatan untuk mengharungi breastfeeding journey masing2 hokey! Aaaminnn..


Breastfeeding is AWESOME!

Lavveyew,
Mommy EEZ

Popular Posts