Tadabbur Quran 30 Juzuk : Kompas Juzuk 20 oleh Ustaz Syaari Abdul Rahman

Kita dah masuk 10 malam terakhir bulan Ramadan tahun 2024!!!


Ya ampun cepatnya masa berlalu. Ya, sekarang bumi berputar lebih cepat sesaat seperti yang dikhabarkan oleh post TV Pertiwi bawah ni;

Sesungguhnya kita semua berada di akhir zaman dan tahun ni pun memang genap 100 tahun setelah kejatuhan empayar Islam Uthmaniyyah terakhir yang diterajui oleh Sultan Abdul Hamid II. Lepas tu berita terbaru, orang2 Yahudi ni sibuk nak buat ritual korban lembu merah dekat Masjidil Aqsa dan bina Temple Mount dekat area situ juga. Kita hanya perlu menunggu kemunculan Imam Mahdi dibaiah dan bermulalah nanti peperangan yang sebenar... Wallahua'lam.

 

Daripada kita duk risau dengan apa yang bakal terjadi, jom kita sibukkan diri kita kumpul pahala sebagai bekalan di Hari Akhirat esok insha Allah. Jom kita start Juzuk 20.


 

RINGKASAN NOTA JUZUK 20

disampaikan oleh

Ustaz Syaari Abdul Rahman dan Tuan Naja dari Tadabbur Centre


- Juzuk 20 mengandungi 3 surah:

  • Surah An-Naml (ayat 56-93)

  • Surah Al-Qasas (ayat 1-88)

  • Surah 'Ankabut (ayat 1-45)


- Di pertengahan surah An-Naml menyambung kisah Nabi Luth AS dengan kaumnya yang ditimpa hujan lebat sebagai azab dari Allah SWT kerana enggan beriman kepadaNya. Seterusnya Allah SWT menyuruh kita memerhatikan kejadian alam di sekeliling kita sebagai tanda kekuasaan dan kebesaranNya. Kemudian di penghujung surah, Allah SWT menceritakan kepentingan Al-Quran sebagai panduan hidup dan juga hidayah buat semua umat manusia.


- Surah Al-Qasas banyak memaparkan kisah2 Nabi Musa AS. Kita boleh lihat kisah2 Nabi Musa AS banyak bertebaran diceritakan dalam surah2 yang lain juga dan mengapa ini terjadi? Ini kerana, Allah SWT menurunkan kisah2 Nabi Musa AS pada surah2 tertentu sesuai dengan situasi yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW pada ketika itu. Surah Al-Qasas diturunkan semasa Nabi Muhammad SAW dihalau keluar dari Mekah. 

Di awalan surah Al-Qasas ini menceritakan kisah Nabi Musa AS ketika Baginda masih bayi yang dihanyutkan di atas Sungai Nil oleh ibunya. Pada ketika itu, Firaun mendapat petanda dari ahli2 sihirnya bahawa akan ada seorang lelaki dari Bani Israel bakal membunuhnya. Jadi, Firaun bertindak mengarahkan pengawal2nya untuk membunuh semua bayi2 lelaki dari Bani Israel. Bagi menyelamatkan Nabi Musa AS yang masih bayi, ibu Baginda terpaksa melepaskan Nabi Musa AS di sungai sekalipun ibunya tidak rela.

Setelah Nabi Musa AS dihanyutkan, Baginda diselamatkan oleh 'Asiyah, isteri Firaun. Lalu Nabi Musa AS diambil menjadi anak angkat Firaun dan dibesarkan dalam istana. Baginda mendapat pendidikan yang baik, mempelajari bahasa Qibti dan mengenali Firaun dengan lebih dekat.

Kisah ini menjadi inspirasi bagi Nabi Muhammad SAW kerana apabila Nabi Musa AS dibawa keluar dari kaumnya, Bani Israel ketika bayi bagi menyelamatkan dirinya, Nabi Muhammad SAW juga dihalau keluar dari Mekah bagi menyelamatkan diri Baginda yang ketika itu menerima ancaman hebat dari orang2 kafir Quraisy. Setelah beberapa tahun berlalu, akhirnya Allah SWT memberikan kekuatan buat kedua2 Nabi ini untuk kembali melawan pihak musuh dalam keadaan penuh persediaan dari segi mental dan fizikal.

 

- Terdapat persamaan peristiwa dalam ayat 20 surah Al-Qasas dan ayat 20 surah Yasin yang mana Allah SWT menghadirkan seorang lelaki untuk membantu Nabi Musa AS (surah Al-Qasas) dan 3 orang Rasul (surah Yasin) bagi tujuan mengikut keadaan masing2:

Ayat 20 surah Al-Qasas

 

Ayat 20 surah Yasin

 

Betapa uniknya Allah SWT menyusun ayat2 Al-Quran dan membuatkan kita lebih banyak berfikir dan kagum dengan ketelitian ayat2 Al-Quran ini.

 

-  Surah Al-'Ankabut bermaksud labah2 betina. Terdapat banyak kisah2 Nabi dalam surah ini seperti kisah Nabi Nuh AS, Nabi Ibrahim AS, Nabi Luth AS dan Nabi Musa AS. Namun cerita tentang 'Ankabut disebut pada ayat 41 surah ini:

 

Allah SWT ingin menunjukkan perumpamaan bagi orang2 yang menyembah berhala ini seolah2 meminta perlindungan kepada berhala mereka yang ternyata sangat2 lemah selemah sarang labah2. Ayat 41 ini datang selepas kisah 4 orang Nabi2 yang disebutkan tadi. Ini menunjukkan bahawa betapa Allah SWT itu Maha Berkuasa menurunkan azab bagi kaum2 yang ingkar untuk beriman dan menyelamatkan sesiapa saja yang beriman kepadaNya. Tidak seperti berhala yang langsung tak ada fungsi apetah lagi kekuatan dalam memberi perlindungan buat penyembah2nya.


Alhamdulillah sekali lagi mommy eez berjaya menyiapkan nota ringkasan untuk Juzuk 20 pula. Apa yang disampaikan di sini sekali lagi mommy eez tekankan hanya mungkin 1-3% saja isi tafsir berdasarkan apa yang dibincangkan oleh para ilmuwan dari Tadabbur Centre. Selebihnya haruslah kita membuat lebih banyak bacaan dari buku2 mahupun menghadiri kelas tadabbur insha Allah.


Jumpa lagi dalam next post insha Allah.


Lavvv,

Mommy EEZ

Tadabbur Quran 30 Juzuk : Kompas Juzuk 19 oleh Ustaz Hafizul Faiz

Semalam mommy eez meronda di sekitar Shah Alam dalam misi mencari baju dan tudung raya. Tapi, akhirnya balik dengan membawa 2 tudung bawal comel yang harganya RM20 jumlahnya. Hahaha~ mommy eez punya lah tak reti decide sebab tak tahu nak pilih yang mana 1 sebab apa yang dicari langsung tak jumpa. Tudung tu mommy eez beli utk kanak2 ribena bagi memecahkan perasaan bersalah sebab puas ronda berjam2 lamanya tapi tak dapat apa yang dihajati. Frust sungguh. 


Nak beli baju raya, cutting dah cantik tapi pendek. Susah betul nak cari baju kurung yang labuhnya sampai lutut. Kalau ada pun, cutting pula tak kena. Tudung pula bila dah suka pendek pula. Kain jarang plak tu. Nak cari labuh sikit tapi jenis kain plak tak kena. Mana laaa reti nak bergaya lilit2 ni laaaaa hadoi!!! Padan muka sendiri fussy 😅

 

Mommy eez tak nak sentuh bab harga sebab part tu sangat sensitif bagi peniaga. Kita faham sebab waktu sekarang ramai yang sedang struggle. Kuasa membeli sangat kurang. Sewa tapak dan sewa kedai kemain mahal ribu riban harganya tapi untung makin menipis disebabkan harga modal yang makin berlipat kali ganda mahal. Customer nak murah saja so peniaga dah tersepit. Bagi harga kayangan, dikatanya tekan harga. Sedangkan untung dari harga kayangan tu lah nak buat belanja makan harian bagi peniaga dan famili dia. Tapi, peniaga pun bila dah bagi harga kayangan, service dan produk pun kena level kayangan lah juga kan.


Hokey panjang mommy eez membebel hari ni. Abaikan bad vibes di atas. Jom kita membersihkan hati dengan belajar tadabbur Juzuk 19. Ayuh kita mula~~~


RINGKASAN JUZUK 19

disampaikan oleh

Ustaz Hafizul Faiz dari Tadabbur Centre


- Juzuk 19 ini mengandungi 3 surah:

  • Surah Al-Furqan (ayat 21-77)

  • Surah Asy-Syua'ra' (ayat 1-227)

  • Surah An-Naml (ayat 1-55)


- Tema bagi juzuk 19 ini adalah tentang tauhid.

 

- Secara keseluruhan juzuk ini berkisarkan tentang tahap penentangan orang2 kafir terhadap Nabi2 semakin meningkat. Orang2 kafir ini mengalami 'group delusion' yang mana apa saja dakwaan atau pernyataan mereka yang terang2 salah tapi sangat disokong di kalangan mereka sendiri. Pemikiran mereka sempit dan hati mereka terpagar dari nak melihat kebenaran yang dibawa oleh Nabi2. Sekalipun kebenaran itu sudah terang2 jelas di depan mata mereka, mereka masih mahu melawan dan menegakkan pendirian mereka yang tidak bersandarkan realiti. Perkara ini dirakamkan dalam surah Al-Furqan.

Allah SWT telah menjanjikan azab bagi mereka yang enggan beriman dan dapat dilihat bagaimana Allah SWT membinasakan kaum2 yang terdahulu. Bezanya hari ni, orang2 kafir mendapat penangguhan dari balasan Allah SWT atas doa Nabi Muhammad SAW. Penangguhan itu boleh jadi sesuatu yang baik kerana masih ada masa lagi untuk bertaubat dan kembali ke jalan kebenaran. Boleh jadi juga penangguhan itu sesuatu yang tak baik bila lebih lama orang2 kafir ini degil tak mahu beriman, maka lebih banyak azab yang mereka akan tanggung di Hari Kiamat nanti.


- Surah Asy-Syu'ara' bermaksud para penyair atau orang2 yang berpuisi. Allah SWT menurunkan surah ini ditujukan kepada para penyair dan Allah SWT ingin menunjukkan betapa pentingnya institusi kesusasteraan pada zaman Nabi Muhammad SAW. 

Allah SWT tidak melarang bagi mereka untuk berpuisi, berkarya dalam penulisan dan sebagainya supaya golongan2 ini tidak berasa tersisih dari Islam. Agama Islam mengiktiraf dan menerima baik golongan2 sastera ini untuk mencipta syair/karya asalkan tidak ke tahap syirik dan tidak melebihi batas2 tauhid. 

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, para penyair yang kafir berusaha sedaya upaya untuk mencabar ketulenan bahasa Al-Quran. Al-Quran mempunyai nilai Bahasa Arab yang tinggi sehingga tiada siapa yang dapat membuat ayat yang setara dengannya. Pastinya tiada manusia yang mampu membuat ayat2 setara kerana ayat2 Al-Quran adalah bahasa wahyu/kalam Allah SWT. 

Para penyair ini merupakan pakar2 bahasa dan mereka tahu akan keindahan dan ketulenan ayat2 Al-Quran tetapi mereka degil untuk mengakuinya. Jika mereka ini beriman dengan Allah SWT, pasti mereka lah orang yang terbaik dalam menafsir ayat2 Al-Quran dan paling mengenali Al-Quran kerana setiap ayat ada maksud dan jiwanya yang tersendiri.

Malangnya, para penyair ini memilih kekufuran dan cuba memanipulasikan ayat2 Al-Quran itu bagi kepentingan mereka dan menyerang agama Islam.

 

- Terdapat seorang sahabat Nabi Muhammad SAW bernama Hassan bin Tsabit RA yang sangat mahir dalam bersyair. Baginda sangat suka mendengarkan syair yang dibacakan oleh Hassan bin Tsabit RA sehinggakan bila beliau berhenti, Baginda memintanya menyambung bersyair lagi.

Nabi Muhammad SAW tidak dikurniakan bakat dalam bersyair dan ini sesuatu yang wajar kerana, jika Baginda seorang penyair sudah pasti bertambah sukar bagi orang2 kafir mempercayai bahawa Al-Quran adalah wahyu Allah SWT. 

Dalam Masjid Nabawi terdapat 2 mimbar. 1 mimbar untuk Baginda memberi khutbah dan 1 lagi mimbar Baginda sediakan untuk Hassan bin Tsabit RA membacakan syairnya kepada orang2 Islam sebagai hiburan dan peniup semangat dalam berjihad. Syair2 Hassan bin Tsabit juga digunakan untuk melawan syair para penyair di kalangan orang kafir Quraisy.

Ayat2 dalam surah Asy-Syu'ara' ini sangat menikam para penyair orang2 kafir ini kerana kedegilan mereka mencabar ayat2 Allah SWT dan tidak mahu menerima kebenaran. 

 

- Allah SWT menceritakan dalam surah An-Naml bahawa ayat2 Al-Quran tidak hanya membincangkan perkara2 yang serius seperti hukum-hakam, kejadian alam, balasan orang2 kafir dan sebagainya tetapi juga memaparkan perkara2 yang membahagiakan. 

Terdapat kisah Nabi Hud AS dalam surah ini yang mana Nabi Hud AS mengajarkan kaumnya tentang kepentingan taqwa dan bersyukur. Ini berkait rapat dengan bulan Ramadan yang biasanya dikenali sebagai bulan penuh kesyukuran.

Allah SWT menyatakan jika hambaNya bersyukur, pasti Allah SWT akan tambahkan lagi nikmat kepada mereka. Namun, jika hambaNya tidak tahu bersyukur, pasti mereka tidak akan pernah berasa cukup dan selalu merungut akan nikmat yang Allah SWT kurniakan pada mereka.

 

- Ustaz Hafizul berpesan supaya menggunakan ruang masa di dalam bulan Ramadan ini untuk refleksi diri. Kita harus belajar menahan hawa nafsu dan bersyukur atas segala nikmat yang  Allah SWT beri kepada kita. Ini bagi melatih diri kita untuk mendapat ketenangan dalam hati sekaligus mendapat keredhaan Allah SWT. Perkara ini ditekankan dalam kisah Nabi Hud AS dan Nabi Shuaib AS. 

 

- Allah SWT menyatakan dalam surah An-Naml bahawa segala perancangan orang2 kafir ini tidaklah sempurna kerana perancangan Allah SWT lebih hebat dan Allah Maha Merencana.  

 

Alhamdulillah itu saja ringkasan nota untuk Juzuk 19. Tinggal 10 hari saja lagi bulan Ramadan bakal berakhir, maka manfaatkan masa yang ada untuk lebih banyak beribadah dan membaca Al-Quran insha Allah. Semoga kita direzekikan untuk bertemu dengan malam al-qadr dan dapat beribadah dengan penuh khusyuk pada malam itu. Aaaameeen.

 

Lavvv,

Mommy EEZ

Tadabbur Quran 30 Juzuk : Kompas Juzuk 18 oleh Dr. Azrul Azlan

Salam Nuzul Al-Quran! Mommy eez pun macam pelik juga Hari Nuzul Quran dijadikan sebagai public holiday di Malaysia (hanya untuk beberapa negeri) melainkan dengan niat 1 hari ni interaksi kita dengan Al-Quran adalah lebih dekat/lama berbanding biasa. Kebanyakan orang akan menggunakan cuti ni untuk settle hal2 berkaitan persiapan raya termasuk yang tengah menulis blog ni 😂


Takpe lah kita bukan manusia sempurna, jadi bagi mengelakkan rasa bersalah mommy eez tetap meneruskan nota tadabbur Quran ni untuk Juzuk 18. Ayuhhhh jom kita mula~~~


RINGKASAN NOTA JUZUK 18

disampaikan oleh

Dr. Azrul Azlan dari Tadabbur Centre


- Juzuk 18 mengandungi 3 surah:

  • Surah Al-Mukminun (ayat 1-118)

  • Surah An-Nur (ayat 1-64)

  • Surah Al-Furqan (ayat 1-20)


- Surah Al-Mukminun membawa maksud orang2 yang beriman. Maka tema surah ini adalah tentang sifat2 orang2 beriman serta ganjaran yang bakal mereka dapat atas amal soleh mereka. 

Allah SWT menyifatkan orang2 beriman ini sebagai orang2 yang berjaya (Falah) di dunia dan di akhirat dan Allah SWT tidak menggunakan perkataan Najah kerana ianya bermaksud berjaya hanya di dunia saja.


- Pada permulaan surah Al-Mukminun, Allah SWT memberitahu kita bahawa orang2 yang berjaya adalah di kalangan orang2 beriman manakala di penghujung surah ini, Allah SWT menunjukkan sifat bertentangan bagi orang beriman iaitu sifat orang2 kafir.

 

-  Allah SWT membahagikan manusia mengikut kategori seperti yang disebut dalam surah2 yang terdapat dalam Al-Quran:

  • Surah Al-Mukminun - orang2 beriman

  • Surah Al-Kafirun - orang2 kafir

  • Surah Al-Munafikun - orang2 munafik (kategori tengah2 di antara orang beriman dan orang kafir kerana orang2 munafik ini mengaku beriman padahal yang sebenarnya mereka kufur kepada Allah SWT di belakang orang2 beriman)

Kita perlu selalu bermuhasabah diri kita apabila membaca ayat2 dari surah ini bagi mengingatkan diri kita supaya kita tidak menyalah gunakan nikmat yang Allah SWT kurniakan dan tidak berlaku istidraj. Istidraj berlaku apabila kita berterusan membuat maksiat/dosa tetapi Allah SWT terus mengganjari kita dengan nikmat yang melimpah ruah. Ia sebenarnya suatu bentuk tipu daya Allah SWT untuk orang2 yang berdosa untuk terus kekal berdosa. 

Semoga kita semua digolongkan di kalangan orang2 yang beriman dan berjaya di dunia dan di akhirat insha Allah.


- Allah SWT menjelaskan dalam surah Al-Mukminun bagaimana kita nak mengenali hati kita sama ada baik atau tidak dan adakah kita ikhlas dalam melakukan ibadah kepadaNya. Hati yang baik adalah hati yang berasa gementar setiap kali diperdengarkan ayat2 Al-Quran dan ingin terus melakukan perkara2 kebaikan serta meninggalkan segala larangan Allah SWT. 

 

- Surah An-Nur membawa maksud cahaya Ilahi atau dengan kata sebenar ianya adalah wahyu dari Allah SWT melalui Al-Quran dan Sunnah Nabi.

 

- Surah An-Nur banyak membincangkan tentang nilai hidup dari segi pergaulan dan akhlak. Surah ini membawakan kisah Saidatina Aisyah yang dituduh berlaku curang dan turunlah ayat2 dari surah An-Nur ini bagi mematahkan tuduhan tersebut.

 

- Bagi melindungi dan memperbaiki masyarakat, Allah SWT menekankan beberapa peringatan dalam surah An-Nur:

  • Pada ayat 19, Allah SWT memberi peringatan kepada kita supaya menjauhi daripada melemparkan pelbagai tuduhan buruk di kalangan orang2 beriman. Nescaya Allah SWT akan sediakan azab yang sangat pedih bagi sesiapa yang melakukan perkara buruk itu. Jika berlaku pertuduhan tersebut, perkara yang perlu dilakukan ialah:
    • Perlu bersangka baik terhadap orang yang dituduh
    • Jangan mudah menghakimi sesuatu perkara tanpa mengetahui hal yang sebenar
    • Dapatkan bukti kebenaran sebelum mempercayai berita buruk yang tersebar
    • Jangan tergesa2 untuk membincangkan perkara buruk itu di khalayak ramai selagi tidak mendapat kesahihan berita itu
  • Pada ayat 21, Allah SWT memberikan peringatan sekali lagi untuk tidak mengikuti jejak langkah syaitan kerana syaitan tidak pernah jemu menyuruh pengikutnya melakukan perbuatan keji dan mungkar.

  • Dalam usaha membina masyarakat yang beriman, masyarakat perlu mengimarahkan masjid dengan melakukan solat berjemaah bersama2. 

  • Allah SWT mengingatkan untuk menjaga kemaluan kita dari perkara2 yang tidak sepatutnya dilakukan iaitu dengan menjaga pandangan, pendengaran, percakapan, perbuatan (dengan tangan) dan yang paling penting adalah hati. Dari hati ini mampu untuk menjelmakan iman dalam kehidupan dan memberi tafsiran apabila melihat alam ini serta mencari cara berinteraksi sesama manusia.

 

- Surah Al-Furqan membawa maksud penjelasan tentang perkara hak dan batil. Surah ini bermula dengan kisah orang2 musyrikin dan diakhiri dengan kisah orang2 yang bertaqwa. 


- Tema surah ini adalah Al-Quran menjadi pemisah antara perkara hak dan batil. Sesiapa yang menginginkan kebaikan, berbaliklah kepada Al-Quran. Sesiapa yang mahukan penjelasan atas sesuatu fakta, berbaliklah kepada Al-Quran. Sesiapa yang mahu memberikan peringatan dan berdakwah haruslah merujuk kepada Al-Quran. Oleh itu, Al-Quran merupakan sumber segala rujukan (termasuk perundangan) kerana Al-Quran ialah kitabul hidayah (kitab yang memberi petunjuk) dan menjadi panduan hidup manusia. 

 

Tamat sudah ringkasan nota Juzuk 18 ini. Semoga bermanfaat buat para pembaca semua insha Allah.

 

Lavvv,

Mommy EEZ 

Tadabbur Quran 30 Juzuk : Kompas Juzuk 17 oleh Ustaz Akram

Sampai sudah kita ke pertengahan bulan Ramadan tahun 2024. Alhamdulillah masih mampu bernafas dan berjuang. Apabila dah sampai hari yang ke-16 Ramadan ni, kita disunatkan membaca doa qunut di akhir rakaat solat sunat witir. Mommy eez pun tak ingat sama ada mommy eez ada buat ke tak tahun lepas... Hahahaha~ rasa macam doa qunut ni buat masa solat subuh je. Wuwuwu~ maafkan mommy eez yang agak jahil ni.


Takpe, yang penting Allah SWT bagi kita ilmu daripada kita tak tahu langsung kan. Mommy eez pun sejak dimamah usia, banyak memory dah kena delete hahaha~ . Tu sebab kita digalakkan untuk terus menerus belajar dan belajar supaya ilmu tu tak hilang insha Allah.


Hokey jom kita masuk je juzuk seterusnya iaitu Juzuk 17.


RINGKASAN NOTA JUZUK 17

disampaikan oleh

Ustaz Akram dari Tadabbur Centre


- Juzuk 17 mengandungi 2 surah penuh iaitu surah Al-Anbiya' (ayat 1-112) dan surah Al-Hajj (ayat 1-78).


- Surah Al-Anbiya' bermaksud Nabi2 adalah surah yang paling banyak menghimpunkan kisah2 Nabi seperti kisah Nabi Musa AS bersama saudaranya, Nabi Harun AS, Nabi Ibrahim AS, Nabi Ishak AS, Nabi Yaakub AS, Nabi Luth AS, Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Ayub AS, Nabi Idris AS, Nabi Zulkifli AS, Nabi Yunus AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya, Nabi Isa dan akhir sekali Nabi Muhammad SAW.

Kisah Nabi Ibrahim AS merupakan kisah yang paling panjang disebut dalam surah ini kerana Nabi Ibrahim AS digelar Abul Anbiya' iaitu bapa bagi para Nabi. Selain itu, Allah SWT ingin menunjukkan cara pendekatan dakwah yang dibuat oleh Nabi Ibrahim AS adalah sangat menarik dan tidak membosankan.


- Surah Al-Anbiya' diturunkan kerana Allah SWT mahu menjawab segala pertuduhan yang dilemparkan oleh orang2 kafir Quraisy atas kesyirikan mereka pada ayat 1-47. Beberapa tuduhan yang dibuat oleh mereka ialah:

  • Nabi datangnya dari kalangan manusia biasa

  • Nabi merupakan ahli sihir yang hebat

  • Hidup hanya sekali jadi, baiklah digunakan untuk berseronok dan bersuka-ria
  • Mereka mempersoalkan bilakah akan datangnya azab Allah SWT

 

Selain itu, di bahagian akhir surah ini, Allah SWT memberitahu sebab kenapa didatangkan para Nabi ini iaitu sebagai rahmat bagi seluruh manusia. 


- Sekalipun Nabi adalah dari kalangan manusia biasa, tetapi kualiti seorang manusia yang dilantik menjadi para Nabi sangat tinggi berbanding dengan orang biasa. Ini kerana, ada Nabi2 yang dilantik menjadi Rasul dan menghadapi ujian2 yang sangat mencabar.

 

- Surah Al-Anbiya' terdiri daripada ayat2 Makkiyah dan diturunkan ketika fasa ke-3 terakhir semasa para sahabat Nabi mendapat tekanan dari segi fizikal di Mekah. Maka ketika itu, surah ini diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bagi menyuntik semangat dan memberikan motivasi buat diri Baginda agar terus melakukan kerja2 dakwah kepada orang2 kafir Quraisy.


- Perkaitan antara surah sebelumnya iaitu surah Taha dengan surah Al-Anbiya' ialah:

  • Surah Taha menceritakan tentang bagaimana manusia tumpas dengan perhiasan dunia dan cara Nabi Muhammad SAW bersikap tegas terhadap mereka. Manakala surah Al-Anbiya' melengkapkan cerita di surah Taha dengan menekankan kisah kelalaian manusia dan bagaimana fungsi para Nabi secara hakikatnya.


- Ustaz Akram menyuruh kita merujuk pada ayat 35 surah Al-Anbiya' sebagai motivasi untuk kita berlumba2 melakukan amal soleh terutama sekali dalam bulan Ramadan.

Didiklah jiwa kita untuk sentiasa memperingati mati dengan melazimi istigfar ataupun menghadiri solat jenazah supaya dapat bermuhasabah diri. 

 

- Perkaitan surah Al-Anbiya' dengan surah Al-Hajj ialah:

  • surah Al-Anbiya' berakhir dengan gambaran Hari Kiamat manakala surah Al-Hajj melengkapkan lagi kejadian2 yang berlaku semasa Hari Kiamat pada ayat 1-24 surah Al-Hajj

  • surah Al-Anbiya' menceritakan kisah2 umat terdahulu manakala surah Al-Hajj menceritakan keadaan umat sekarang.

 

- Surah Al-Hajj diberi nama berdasarkan pada ayat 27 surah ini yang mana Allah SWT menyeru umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji. Perintah ini diturunkan pada zaman Nabi Ibrahim AS dan Baginda berjuang selama lebih 20 tahun bagi membersihkan Baitullah (Masjidil Haram) daripada pencemaran patung2 berhala yang diletakkan di sekeliling Kaabah.


- Asbabun nuzul (sebab diturunkan) surah Al-Hajj ini ialah untuk memberi kita kefahaman betapa pentingnya melaksanakan ibadat haji sebagai Rukun Islam yang ke-5.

 

- Pada ayat 25-37 surah Al-Hajj, memaparkan kisah Nabi Ibrahim AS membina Kaabah dan juga menunaikan manasik haji (perlaksanaan ibadat haji mengikut rukun2nya) supaya orang2 Islam yang beriman dapat mengikutinya.


- Allah SWT memerintahkan semua umat Islam berjihad mempertahankan agama daripada serangan orang2 musyrikin yang direkodkan pada ayat 38-46 surah Al-Hajj. Jangan biarkan syirik mengatasi keimanan serta jangan biarkan kekufuran mengatasi keislaman.


- Tujuan ibadah haji dilakukan adalah:

  • supaya kita sedar bahawa asal usul manusia berasal dari tanah dan air mani.

  • apabila kita dihimpunkan secara beramai2 pada musim haji bagi menyaksikan kebesaran Allah SWT. Contohnya, sekalipun berjuta2 manusia berada di Masjidil Haram tetapi Allah SWT lindungi kita daripada dipijak/dirempuh akibat perhimpunan ramai itu. Malah pergerakan ritual ibadat haji itu sendiri sangat tersusun rapi dan mendamaikan. Itulah rahmat dari Allah SWT buat semua hamba yang beriman kepadaNya.

  • supaya kita sedar perkaitan haji dengan berjihad ke jalan Allah SWT pada ayat 39, 40 dan 78 surah Al-Hajj.

  • supaya kita mencari ibrah dengan memerhati alam sekeliling dalam keadaan kita bermusafir semasa mengerjakan haji pada ayat 46 surah Al-Hajj. Terdapat bacaan yang memerlukan kita membuat sujud sejadah pada ayat 18 dan 77 surah ini kerana Allah SWT menerangkan segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepadaNya.

  • supaya kita melakukan ibadat haji ini dengan hati yang ikhlas dan diraikan kemenangannya dengan kehadiran Aidil Adha berdasarkan pada ayat 37 surah Al-Hajj.

 

- Allah SWT menjawab kepada orang2 kafir Quraisy yang meminta supaya azab Allah SWT diturunkan dengan kadar segera pada ayat 47-59 surah Al-Hajj.


- Allah SWT menyatakan pada ayat 67-76 surah Al-Hajj bahawa Dia menundukkan alam ini bagi manusia sehinggalah sampai pada waktu yang ditetapkan sekalipun ada manusia yang masih memilih jalan kufur kepada Allah SWT.

 

- Pada ayat 73 surah Al-Hajj, Allah SWT mendatangkan cabaran kepada orang2 kafir Quraisy supaya meminta patung2 berhala mereka menciptakan lalat. Sekalipun, jika lalat itu mengambil sesuatu dari patung berhala itu, sudah pasti patung berhala itu tidak dapat berbuat apa2 dan membuktikan patung2 berhala itu bersifat lemah.


- Pada ayat 77-78 surah Al-Hajj, Allah SWT memerintahkan supaya umat Islam sujud dan berjihad dengan menggunakan semua kekuatan yang ada dari segi spiritual dan fizikal.


- Selama 13 tahun Nabi Muhammad SAW berjuang berdakwah kepada orang2 kafir Quraisy ini, mereka masih berdegil untuk kekal syirik (menyekutukan Allah SWT). Allah SWT mengatakan Dialah yang akan menguruskan mereka apabila tiba Hari Perhitungan nanti iaitu pada Hari Kiamat.


- Baitullah adalah milik semua termasuk orang2 Islam dan bukan Islam. Jika kita dihalang oleh orang2 bukan Islam untuk menunaikan haji, kita wajib berjihad.


- Surah Al-Hajj merupakan surah yang agak unik kerana menggabungkan ayat2 Makkiyah dan Madaniyyah. Ianya diturunkan dalam 2 masa iaitu sebelum dan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Ayat 1-24 surah ini diturunkan di Mekah manakala ayat 25-78 diturunkan pada bulan Zulhijjah tahun pertama Nabi Muhammad SAW berada di Madinah.


Alhamdulillah selesai sudah ringkasan nota Juzuk 17. Lagi banyak kita belajar, lagi banyak perkara2 baru yang kita discover dari Al-Quran. Nota ini belum lagi membincangkan secara detail lagi ye. Kalau lebih detail, memang panjang lagi lah nota ni nanti. Insha Allah, mommy eez akan buat nota yang lebih detail bila nak sambung nota My #QuranTime nanti. Sebabnya di situ akan membincangkan tafsir ayat demi ayat beserta dengan hukum tajwid dan sangat sesuai untuk orang awam macam mommy eez yang bukan dalam bidang Islamic studies tahap tinggi. 


Doakan supaya mommy eez dapat cover semua nota sehingga ke Juzuk 30. Bukan senang tapi tak mustahil jika Allah SWT izinkan 😄. Jumpa lagi dalam next post untuk Juzuk 18.


Lavvv,

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

Tadabbur Quran 30 Juzuk : Kompas Juzuk 16 oleh Ustaz Syaari Abdul Rahman

Hari ni mommy eez minta off jadi supir kanak2 ribena pagi ni dekat Incik Boss sebab nak bagi sleep mode dekat kepala mommy eez. Sejak masuk bulan puasa ni, mommy eez tidur tak sampai 5 jam sebab sibuk uruskan makan dan buku2 sekolah budak2 ni. Patutnya dah settle minggu lepas tapi 1 minggu tu stuck dekat hospital, maka memang delay la semua benda.


Takpelah kita redha je benda dah jadi. Yang penting kakak Raihan dah sembuh dan sihat insha Allah. Mommy eez doakan urusan kita semua dipermudah oleh Allah SWT dan dilancar kerja2 seharian. Aaaameeen.


Mari kita mulakan nota Juzuk 16... Bismillahirrahmanirrahim.


RINGKASAN NOTA JUZUK 16

disampaikan oleh

Ustaz Syaari Abdul Rahman dari Tadabbur Centre


- Juzuk 16 mengandungi 3 surah iaitu:

  • Surah Al-Kahfi (ayat 75-110)

  • Surah Maryam (ayat 1-98)

  • Surah Taha (ayat 1-135)


- Juzuk 16 ini bermula di bahagian akhir surah Al-Kahfi yang menyambung kisah Nabi Musa AS bersama Nabi Khidir AS serta kisah Zulkarnain yang bertemu dengan Yakjuj dan Makjuj.

 

- Bermula dari surah Al-Isra', Al-Kahfi sehingga ke surah Maryam banyak memaparkan kisah perjalanan hidup individu2 di bawah yang Allah SWT sebutkan di dalam Al-Quran:

  • Surah Al-Isra' - perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram dan singgah ke Masjidil Aqsa sebelum diangkat ke langit bertemu dengan Allah SWT (peristiwa Isra' dan Mi'raj).

  • Surah Al-Kahfi - perjalanan kisah Ashabul Kahfi, Nabi Musa AS bersama Nabi Khidir AS dan Zulqarnain.
  • Surah Maryam - perjalanan hidup Maryam yang dikurniakan rahmat oleh Allah SWT untuk melahirkan seorang anak tanpa bapa iaitu Nabi Isa AS. Nabi Isa AS merupakan Nabi terakhir bagi Bani Israel dan akan muncul semula pada akhir zaman bagi membantu umat Islam memperjuangkan pemerintahan Islam di seluruh dunia.


- Surah Maryam menekankan konsep pendidikan berteraskan agama di dalam institusi kekeluargaan. Dapat dilihat di bahagian awal surah ini, mengisahkan tentang Nabi Zakaria AS yang memohon kepada Allah SWT untuk dikurniakan seorang anak sedangkan Nabi Zakaria AS sudah lanjut usia. Sudah bertahun2 lamanya Nabi Zakaria AS menantikan cahaya mata bagi menyambung legasinya untuk menyebarkan dakwah kebenaran yang ada di dalam kitab Taurat kepada Bani Israel.

Melalui doa Nabi Zakaria AS dalam surah Maryam ini mengajarkan kita adab2 berdoa supaya doa menjadi mustajab. Caranya:

  • Haruslah berdoa ketika kita bangun dari tidur pada 1/3 malam. Ini bagi menunjukkan betapa tingginya komitmen kita dalam mengadukan hajat kita kepada Allah SWT sementara makhluk2 lain sedang tidur.

  • Haruslah bertawassul dengan menyatakan rekod2 perkara baik yang telah kita lakukan dengan ikhlas untuk agama Islam bagi menyokong doa kita. Nabi Zakaria AS menyatakan yang beliau tidak pernah jemu berdoa dan yakin Allah SWT akan memperkenankan doanya.

  • Nyatakan sebab permohonan doa kita ada kaitannya dengan agama. Contohnya, Nabi Zakaria AS mahukan anak supaya dapat meneruskan penyebaran dakwah agama Islam terhadap Bani Israel.

Dari sini kita dapat lihat, Allah SWT membawakan tema kekeluargaan dengan kisah seorang bapa (Nabi Zakaria AS) yang mahukan anak kemudian disambung pula dengan kisah seorang ibu (Maryam) yang melahirkan seorang anak lelaki atas rahmat dan kehendak Allah SWT.

 

- Kisah seterusnya yang dirakam dalam surah Maryam ialah, apabila Maryam diuji dengan kedatangan seorang lelaki yang sangat tampan yang sebenarnya ialah Malaikat. Jika nak dibandingkan dengan situasi hari ni, anak2 perempuan kita belum tentu dapat menghindarkan diri dari hawa nafsu apabila melihat seorang lelaki yang tampan namun tidak bagi Maryam. Maryam yang telah dididik dengan pegangan agama yang kuat oleh ibu bapanya berkata berdasarkan pada ayat 18 surah ini, "Sesungguhnya aku berlindung kepada Allah (Ar-Rahman) daripada gangguanmu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa".


- Terdapat juga kisah Nabi Ibrahim AS yang berdakwah kepada ayahnya, seorang pembuat dan penyembah berhala yang akhirnya menyebabkan Nabi Ibrahim AS dihalau oleh ayahnya. Selepas puluhan tahun berlalu, Nabi Ibrahim AS dikurniakan anak bernama Nabi Ismail AS, Nabi Ishak AS dan Nabi Yaakub AS.

Kemudian, Nabi Ismail AS menyambung lagi kisah bertemakan kekeluargaan dengan menekankan bab solat dan zakat.


- Kisah Nabi Idris AS dalam surah Maryam menegaskan apa yang perlu kita wariskan pada anak2 kita iaitu bukan harta mahupun pangkat/kedudukan tetapi perkara tauhid iaitu hanya menyembah Allah SWT Maha Esa. 


- Surah Taha merupakan surah yang berjaya menambat hati Saidina Umar Al-Khattab untuk menerima Islam.


- Tema surah Taha ialah bagaimana kita nak mendamaikan jiwa kita dengan Al-Quran. Ini dipaparkan dalam kisah Saidina Umar Al-Khattab dan juga kisah Nabi Musa AS. Di awalan surah ini pada ayat 17-35, menceritakan kisah Nabi Musa AS yang didekati oleh Allah SWT ketika beliau sedang tenggelam dalam khusyuk bermunajat di bawah Gunung Tursina sehinggakan terlupa anak dan isterinya. Setiap pertanyaan Allah SWT, dijawab dengan panjang lebar oleh Nabi Musa AS. Kita harus mengambil contoh yang baik ini ketika berdoa di mana, kita perlu memanjangkan permintaan doa kita kepada Allah SWT dengan menerangkan secara teliti. Begitu juga di dalam solat, kita perlu perbanyakkan solat2 sunat selain dari solat wajib seperti yang kita lihat dalam bulan Ramadan ini kita dituntut menunaikan solat terawih dari 8 ke 20 rakaat dan disempurnakan dengan solat sunat witir. 

Maka, kesimpulannya ialah lebih lama kita meluangkan masa bersama Allah SWT, lebih Allah SWT suka dan akan limpahkan lebih banyak kasih sayangNya kepada hamba2Nya.


- Kita dapat lihat juga bagaimana keadaan Nabi Zakaria AS dan juga Nabi Musa AS apabila membuat permintaan kepada Allah SWT dalam surah Maryam dan surah Taha. Mereka berdua berada di dalam keadaan berdiri pada ketika itu. Ini menunjukkan perkaitan antara solat (berdiri) dan doa. Takkan lengkap sesuatu doa jika kita tidak melakukan solat.

Allahu Akbar.. Masya Allah... cantik sungguh Allah SWT mengajarkan kita di sebalik isi tersirat dalam ayat2nya.


- Pada akhir surah Taha, Allah SWT memberi amaran kepada Nabi Adam AS supaya tidak keluar dari syurga kerana syurga adalah tempat yang penuh kedamaian dan ketenangan. Jika Nabi Adam AS ingkar, beliau akan kembali lapar dan tidak sempurna dalam berpakaian (bertelanjang). Namun, akhirnya Nabi Adam AS tewas dengan bisikan Iblis dan dicampakkan ke bumi bersama isterinya, Hawa.

Itu sebabnya, kita hidup di dunia ini sentiasa diuji dengan kelaparan, kesedihan, kegelisahan dan macam2 lagi dugaan kerana Allah SWT sudahpun menetapkan keadaan hidup manusia sebegitu di dunia. Namun, bagi mereka yang yakin dengan kalamullah (Al-Quran), pasti Allah SWT akan kembalikan mereka ke dalam ketenangan dan kedamaian abadi di dalam syurga kelak, insha Allah. 


Alhamdulillah tamat sudah nota ringkasan Juzuk 16 ini. Terima kasih bagi yang sudi membaca nota ni untuk setiap juzuk. Semoga kita selalu istiqamah dalam mempelajari Al-Quran dan dampingilah Al-Quran setiap masa insha Allah.


Lavvv,

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

Tadabbur Quran 30 Juzuk : Kompas Juzuk 15 oleh Ustaz Affuan

Anak2 mommy eez ni bila dah sampai hari Ahad, masing2 dah mula monyok sebab esoknya kena pergi sekolah. Dah cuti punyalah lama sebab kakak Raihan sakit dan adik pun join cuti sekali masih tak cukup. Well, what to do kanak2 ribena... Life must go on. Mencari ilmu itu sebahagian dari ibadah. Tanpa ilmu, kita sesat. Tanpa ilmu kita tak mungkin boleh survive untuk hidup di dunia dan di akhirat. Carilah ilmu sehingga ke nafas terakhir...


Hokey, mommy eez kena stop membebel dan teruskan dengan ringkasan nota Juzuk 15. Bismillahirrahmanirrahim...


RINGKASAN NOTA JUZUK 15

disampaikan oleh

Ustaz Affuan dari Tadabbur Centre


- Juzuk 15 ini mengandungi 2 surah iaitu surah Al-Isra' (ayat 1-111) dan surah Al-Kahfi (ayat 1-74).


- Surah Al-Isra' diberi nama bersempena ayat 1 surah ini yang merujuk kepada perkataan Asra'.

 

- Surah Al-Isra' terdiri daripada ayat2 Makkiyah yang diturunkan sebelum hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Dalam surah ini menceritakan peristiwa Isra' dan Mi'raj yang dilalui oleh Nabi Muhammad SAW sebagai hadiah dari Allah SWT atas ujian2 hebat yang dilalui oleh Baginda ketika berdakwah serta kehilangan insan2 tersayang iaitu isterinya, Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib.


- Menurut Ibn Jarir Al-Tabari dalam tafsir Jami' al-Bayan 'an Ta'wil ay Al-Quran, sesungguhnya kandungan ayat dalam surah Al-Isra' ini adalah gambaran secara keseluruhan isi kandungan yang terdapat di dalam kitab Taurat. 


- Perkaitan di antara surah surah An-Nahl dan surah Al-Isra' adalah:

  • Dalam surah An-Nahl, Allah SWT menyuruh Nabi Muhammad SAW bersabar atas segala dugaan yang dihadapinya manakala dalam surah Al-Isra', Allah SWT memberikan hadiah buat Nabi Muhammad SAW dengan mengangkat Baginda ke Sidratul Muntaha untuk berjumpa dengan Allah SWT dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj.
 
  • Allah SWT menceritakan bahawa manusia telah dikurniakan pelbagai nikmat yang melimpah-ruah dalam kedua2 surah An-Nahl dan surah Al-Isra'.
 
  • Dalam surah An-Nahl diutarakan bagaimana manusia menggunakan segala nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada mereka manakala dalam surah Al-Isra' diterangkan lebih terperinci bagaimana manusia menggunakan nikmat2 itu untuk menjalani kehidupan dari segi sosial, urusan bermuamalat, soal hukum-hakam e.g. zina, talak, berjual beli dan lain2.

 

-  Ada 4 perkara penting yang dibincangkan di dalam surah Al-Isra':

  • Memperkukuhkan akidah orang Islam pada ayat pertama surah ini.
  • Membicarakan kepercayaan kepada nabi dan ianya merupakan salah satu Rukun Iman yang wajib diyakini. 
  • Menjawab sangkaan2 yang tidak baik terhadap agama Islam.
  • Membincangkan tentang cara hidup orang Islam mengikut syariat yang Allah SWT dah tetapkan.

 

- Ayat 2 dan 3 dalam surah Al-Isra' menceritakan kisah Nabi Musa AS dikurniakan kitab Taurat oleh Allah SWT. Ayat2 ini diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW selepas berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj (ayat 1). Ayat2 ini merupakan bukti kebenaran menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW benar2 melalui peristiwa Isra' dan Mi'raj itu dan diceritakan kepada sahabat2 Nabi dan orang2 kafir Quraisy.

 

- Dalam peristiwa Isra', Nabi Muhammad SAW menuju ke Masjidil Al-Aqsa di Palestin dari Masjidil Haram menaiki Buraq. Kemudian ketika peristiwa Mi'raj, Nabi Muhammad SAW diangkat ke Sidratul Muntaha untuk berjumpa dengan Allah SWT dari Masjidil Al-Aqsa. 


Nabi Muhammad SAW melalui 7 lapisan langit dan bertemu dengan para Nabi seperti yang digambarkan di atas. Namun, Nabi Muhammad SAW paling kerap berjumpa dengan Nabi Musa AS sebanyak 10 kali semasa peristiwa Mi'raj. Ini menunjukkan tanda significant yang perlu kita fikir mengapa Nabi Muhammad SAW lebih banyak berjumpa dengan Nabi Musa AS dan kisah mereka berdua juga banyak ditekankan dalam surah Al-Isra' ini. Ada pendapat mengatakan, ujian2 yang dihadapi oleh Nabi Musa AS lebih kurang sama dengan apa yang dilalui oleh Nabi Muhammad SAW.

 

- Pada ayat 4-8 surah Al-Isra', mengisahkan sikap Bani Israel yang banyak mendapat nikmat dari Allah SWT tetapi akhirnya mereka sombong dan kufur kepada Allah SWT. Mereka degil dan enggan beriman kepada Allah SWT.

 

- Seterusnya pada ayat 9-11 surah Al-Isra', memaparkan tujuan dan fungsi Al-Quran.

 

- Manakala pada ayat 18-21 surah Al-Isra' menceritakan balasan orang2 yang hanya memikirkan tentang hal2 dunia semata2 tanpa memikirkan hal2 akhirat.

 

-  Pada ayat 22-30 surah Al-Isra' membicarakan tentang hubungan dengan Allah SWT, hubungan sesama manusia seperti hubungan dengan ibu bapa, kaum kerabat, orang miskin dan orang yang bermusafir.

 

- Kita dapat melihat betapa Allah SWT itu Maha Halus (Al-Lathif) dalam kalimah2nya seperti pada ayat 23 surah Al-Isra'. Pada ayat ini, Allah SWT memerintahkan supaya kita melayani ibu bapa kita dengan perasaan rendah diri dan kasih sayang. Umpama seperti seekor burung yang merendahkan sayapnya demi memberi perlindungan kepada anak2nya serta menggesel2kan sayapnya pada badan anak2nya sebagai tanda kasih sayang. Dua elemen penting yang Allah SWT ingin tekankan di sini ialah kita wajiblah memberi perlindungan dan kasih sayang kepada ibu bapa kita.

 

- Pada ayat 31-39 surah Al-Isra', Allah SWT menjelaskan tentang sistem undang2 kehidupan manusia yang tersusun seperti:

  • Jangan membunuh anak2 kamu kerana takutkan kemiskinan
  • Jangan dekati zina
  • Jangan membunuh diri
  • Jangan menyalah gunakan harta anak yatim
  • Jangan menetapkan sesuatu perkara tanpa kamu ada ilmu pengetahuan ke atasnya
  • Jangan berjalan di atas muka bumi Allah SWT dengan sifat sombong
  • Jangan sesekali syirik kepada Allah SWT

- Kisah mengenai Nabi Adam AS, para Malaikat dan Iblis ada juga disebut di dalam surah Al-Isra'. 

 

- Selain itu, cerita perihal solat difardukan (semasa peristiwa Mi'raj) dan solat merupakan perkara pertama yang akan dihisab pada Hari Kiamat ada juga dinyatakan dalam surah Al-Isra'.


- Terdapat 9 mukjizat yang diberikan Allah SWT kepada Nabi Musa AS:

  • Dilindungi Allah SWT ketika hanyut di dalam peti semasa Nabi Musa AS masih bayi.
  • Menyembuhkan penyakit belang yang dihidapi oleh puteri Firaun. Dari situlah Nabi Musa AS diambil menjadi anak angkat Firaun.
  • Berbicara terus dengan Allah SWT tanpa pengantara (ayat 30, surah 
  • Al-Qasas)
  • Mendapat tongkat ajaib dari syurga
  • Tangan yang memancarkan cahaya (ayat 22-23 surah Taha)
  • Tongkat Nabi Musa AS mampu menelan sihir dengan bertukar menjadi ular
  • Tongkat Nabi Musa AS membelah Laut Merah
  • Menghukum Firaun dengan hujan lebat dan wabak penyakit (ayat 133, surah Al-Qasas)
  • Memusnahkan harta milik Firaun menjadi batu (ayat 88, surah Yunus)


- Surah Al-Kahfi bermula dengan tahmid manakala surah Al-Isra' bermula dengan tasbih.


- Surah Al-Kahfi terdiri daripada ayat2 Makkiyah dan menceritakan tentang kisah Ashabul Kahfi (penghuni gua) iaitu pemuda2 yang lari dari negerinya disebabkan raja yang zalim kerana ingin menjaga keimanan mereka terhadap Allah SWT. Pemuda2 ini melarikan diri ke dalam gua dan ditidurkan oleh Allah SWT selama 309 tahun. 


- Pada ayat 32-44 surah Al-Kahfi mengisahkan 2 pemilik kebun yang diuji dengan harta kekayaan di mana salah seorang pemilik kebun itu dikurniakan kebun yang subur tetapi tidak bersyukur kepada Allah SWT malah angkuh dengan harta yang ada.


- Selain itu, terdapat kisah Nabi Musa AS bertemu dengan Nabi Khidir AS di titik pertemuan antara dua laut. Nabi Musa AS diuji dengan peristiwa2 yang dilaluinya bersama Nabi Khidir AS dan ianya mengajarkan Nabi Musa AS erti kesabaran.


- Sebagai penutup, Ustaz Affuan berpesan supaya apabila kita membaca Al-Quran, bukanlah setakat membacanya saja tetapi perlu mendalami maksud ayat2 Al-Quran seperti mentadabbur, memahami asbabun nuzul (sebab2 turunnya ayat) dan sebagainya. Ini kerana Nabi Muhammad SAW ada bersabda, "mereka yang mahir dalam mengaji, mentafsir dan mentadabbur Al-Quran, mereka akan dikumpulkan bersama2 dengan para Nabi di Hari Akhirat kelak" (Hadith Riwayat Al-Bukhari). 

Bagi mereka yang tidak lancar membaca Al-Quran, terdapat 2 ganjaran pahala yang menanti mereka; pahala berusaha untuk melancarkan bacaan dan pahala membaca Al-Quran itu sendiri (Hadith Riwayat Al-Bukhari).


Alhamdulillah tamat sudah nota ringkasan Juzuk 15 ni. Semoga kita sentiasa direzekikan oleh Allah SWT untuk membaca dan faham Al-Quran setiap masa tak kira di mana saja kita berada insha Allah.


Lavvv,

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

Tadabbur Quran 30 Juzuk : Kompas Juzuk 14 oleh Ustaz Syahmi Syazeril

Hari ni dah masuk hari yang ke-12 berpuasa pada bulan Ramadan 2024. Badan mommy eez ada sikit lemau isk isk isk~ mungkin kurang air. Asyik bersin dan batuk. Harapnya tak berjangkit demam dari kakak Raihan yang baru baik dari Influenza A.

 

Bukan senang nak siapkan ringkasan nota ni ye sebab selain dari fakta yang dikongsikan di dalam video, mommy eez akan double check pada ayat2 Al-Quran yang dinyatakan supaya tiada kesalahan rujukan insha Allah.

 

Jom kita mulai~ Bismillahirrahmanirrahim...

 

RINGKASAN JUZUK 14

disampaikan oleh

Ustaz Syahmi Syazeril dari Tadabbur Centre


  - Juzuk 14 ini mengandungi 2 surah penuh iaitu surah Al-Hijr (ayat 1-99) dan surah An-Nahl (ayat 1-128)

 

- Surah Al-Hijr ini merumuskan pertembungan di antara golongan2 pendusta dan penentang dengan Nabi2 yang diutuskan oleh Allah SWT. Situasi pendustaan ini diceritakan bermula dari Nabi Adam AS yang ditentang oleh Iblis (yang tak mahu sujud/tunduk hormat kepada Nabi Adam AS) sehingga ke kisah Nabi Muhammad SAW.

 

- Surah Al-Hijr ini terdiri daripada ayat2 Makkiyah dan diturunkan semasa konflik pergelokan penentangan terhadap Nabi Muhammad SAW di Mekah berada di kemuncak. Pembantaian secara fizikal dan boikot terhadap Nabi Muhammad SAW giat dijalankan pada masa itu. Nabi Muhammad SAW berada dalam keadaan yang sangat letih dalam melayani kerenah orang2 kafir Quraisy di Mekah.

 

- Maka, Allah SWT menurunkan surah Al-Hijr ini sebagai motivasi buat Nabi Muhammad SAW untuk kekal kuat dalam menyebarkan dakwahnya dan abaikan segala kerenah orang2 kafir Quraisy yang menyusahkan Baginda. Allah SWT menghadirkan 4 kisah Nabi2 terdahulu di dalam surah ini sebagai galakan dan semangat buat Nabi Muhammad SAW iaitu kisah:

  • Nabi Ibrahim AS
  • Nabi Luth AS
  • Nabi Soleh AS
  • Nabi Shuaib AS


- Pengajaran yang Allah SWT ingin sampaikan kepada Nabi Muhammad SAW dalam surah Al-Hijr ini ialah; ujian yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW pada masa itu tidak seberat ujian 4 orang Nabi2 yang disebutkan di atas. 

 

- Selain itu, Allah SWT membangkitkan tentang keagungan Al-Quran di awalan surah Al-Hijr ini. Kemudian, disambung pula dengan cerita2 bagaimana orang2 kafir Quraisy memberikan alasan mengapa mereka tidak mahu menerima dakwah Nabi Muhammad SAW. Alasan2 mereka adalah seperti:

  • Nabi Muhammad SAW hanyalah manusia biasa seperti mereka dan tiada sebab untuk mereka ikut dakwah Baginda
  • Mereka menuduh Nabi Muhammad SAW seorang yang gila

Lalu Allah SWT memberikan peringatan kepada orang2 kafir Quraisy ini bahawa tidakkah mereka melihat pembalasan yang telah Allah SWT turunkan kepada kaum2 yang terdahulu kerana enggan mengikut ajaran Nabi2 pada masa itu. Meskipun mereka telah menyaksikan pelbagai mukjizat Nabi Muhammad SAW di depan mata mereka sendiri, namun mereka tetap kufur kepada Allah SWT.


- Allah SWT memberitahu dalam surah Al-Hijr bahawa Al-Quran akan sentiasa terpelihara sehingga Hari Kiamat.


- Allah SWT juga menggambarkan kepada kita yang Iblis akan senantiasa menyerang dan menyesatkan manusia dari jalan Allah SWT. Maka, Allah SWT menjanjikan perlindungan kepada orang2 yang beriman sekalipun ujian dan fitnah Iblis datang menyerang tanpa henti. Akhirnya, balasan bagi mereka2 yang beriman ialah syurga yang tenang dan mendamaikan.


- Pada ayat 51 sehingga ayat 60 surah Al-Hijr ini memaparkan kisah Nabi Ibrahim AS yang didatangi oleh beberapa tetamu untuk memberi khabar gembira tentang zuriatnya. Kemudian, disambung pula dengan kisah Nabi Luth AS yang menceritakan bagaimana Nabi Luth AS diselamatkan oleh Allah SWT daripada azab malapetaka yang menimpa kaumnya yang melibatkan penduduk2 Aikah (Ashabal Aikah) dan penduduk2 di Al-Hijr (Ashabal Hijr).


-  Nama surah An-Nahl diambil dari ayat 68 surah ini yang menceritakan tentang sarang lebah. Surah An-Nahl ini secara keseluruhannya mengisahkan tentang bagaimana Allah SWT menguruskan perjalanan alam ini dengan menundukkan alam bagi memberi manfaat kepada sekalian manusia. Manusia pula menguruskan manfaat yang didapati dengan mengunakan jiwa khalifah yang telah Allah SWT tetapkan. Akan tetapi masih ada manusia yang masih kufur dan Allah SWT mempersoalkan manusia2 yang enggan bersyukur ini dengan nikmat2 yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.

 

- Di bahagian awal surah An-Nahl diceritakan orang2 kafir Quraisy mencabar Nabi Muhammad SAW untuk mendatangkan azab dari Allah SWT secepat mungkin. Tegar (berani) sungguh orang2 kafir Quraisy ini membuat cabaran sebegitu. Lalu Allah SWT menjawab cabaran mereka dengan memberitahu bukan Nabi Muhammad SAW yang membuat keputusan bila datangnya Hari Kiamat, tetapi Dialah Tuhan yang menentukan bila terjadinya azab (Hari Kiamat) itu nanti. Dari situ, fahamilah kita bahawa Allah SWT ialah Tuhan yang Maha Berkuasa dan Maha Penentu segalanya.

 

- Allah SWT juga menceritakan dalam surah An-Nahl tentang bahayanya menyekutukan Allah SWT dan juga bahaya berlaku syirik serta kesan2nya di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

 

-  Allah SWT ada menegur dalam surah An-Nahl tentang sikap manusia yang suka menyalahkan takdir Allah SWT apabila berlaku sesuatu yang tidak mereka ingini. Sepatutnya, manusia harus beriman kepada Rukun Iman yang ke-6 iaitu beriman kepada Qada' dan Qadar. Jangan mempersoalkan apa yang Allah SWT dah tentukan ke atas mereka. Jika 1 Rukun Iman tidak diyakini, robohlah segala Rukun Iman yang lain dan cacatlah keseluruhan iman seseorang itu.

 

- Selain itu, surah An-Nahl membicarakan sebab mengapa Allah SWT menangguhkan azab seksaan bagi orang2 kafir Quraisy sedangkan Allah SWT mampu untuk mendatangkan azabNya secepat mungkin. Allah SWT juga memberitahu jenis2 ancaman azab yang disediakan bagi orang2 kafir Quraisy ini yang kufur kepada Allah SWT.

 

- Sebagai penutup surah An-Nahl, Allah SWT menerangkan bahawa seluruh alam ini semuanya tunduk kepadaNya termasuk makhluk2 yang berakal mahupun yang tidak berakal. Mengapakah manusia yang berakal masih tidak mahu menggunakan akalnya yang waras untuk menyedari tentang kekuasaan Allah SWT dan beriman denganNya?

 

- Pada ayat 98 surah An-Nahl;

 

Allah SWT menyatakan apabila kita mahu memulakan membaca Al-Quran, mintalah perlindungan daripadaNya dari sebarang gangguan syaitan2 yang direjam. Ini kerana iblis/syaitan akan membuatkan kita berasa malas, tak suka dan lalai semasa membaca Al-Quran.

Kita disarankan membaca ta'awudz seperti di bawah:

Moga2 dengan kita selalu membaca ta'awudz ini pada setiap permulaan bacaan Al-Quran, kita dipelihara oleh Allah SWT dan didatangkan perasaan tenang dan kasihNya melalui Al-Quran nur Kareem insha Allah.

 

Alhamdulillah selesai sudah ringkasan nota Juzuk 14 ni. Semoga hati2 kita dapat dilembutkan sebagai permulaan dalam mengenal apa yang terkandung di dalam Al-Quran ini.

 

Mommy eez dengan rendah diri ingin mewakafkan segala pahala dari post tadabbur al-quran di blog ni buat arwah Ayah dan Along mommy eez yang sudah pun meninggalkan kami sekeluarga pada tahun 2020. Semoga bermanfaat buat semua dan saham pahala yang berterusan buat mereka berdua atas izin Allah SWT.

 

Lavvv,

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

Tadabbur Quran 30 Juzuk : Kompas Juzuk 13 oleh Dr. Azrul Azlan

Hari ni mommy eez tertengok 1 video yang sangat3 disturbing. Video pasal penduduk Palestin yang tak bersalah sedang berjalan2 di Khan Younis (selatan Gaza) ditembak mati menggunakan drone Israel Zionis (Laknatullah). Bukan seorang dua ye. Lebih dari 5 orang. Ya Allah, sedih, sadis, perit dan sakit hati menengokkannya. Sejak dari 7 Oktober 2023 sampai sekarang, kita semua disajikan dengan video2 kejam yang si Laknatullah ni buat pada orang2 Palestin. 


Jangan ingat kita sebagai orang Islam di Malaysia ni tak terlibat ye dengan peperangan ni. Bagi mommy eez, tak mustahil apa yang mereka buat pada orang2 Palestin akan sampai waktunya mereka akan buat pada kita juga. Kekejaman yang dipaparkan pada kita sekarang ni, ada kemungkinan itulah kesengsaraan yang kita bakal hadapi bila Dajjal muncul nanti. Wallahua'lam. Hasbunallah wani'mal wakeel...


Mommy eez sambung lagi nota ringkasan Juzuk 13 dan harapnya serba sikit kita tahu apa yang terkandung dalam Al-Quran ni insha Allah. 


RINGKASAN JUZUK 13

disampaikan oleh

Dr. Azrul Azlan dari Tadabbur Centre


- Juzuk ini mengandungi 3 surah:

  • Surah Yusuf (ayat 53-111)

  • Surah Ar-Ra'd (ayat 1-43)

  • Surah Ibrahim (ayat 1-52)


- Seperti yang dinyatakan di dalam Juzuk 12, kisah Nabi Yusuf AS ini merupakan kisah yang terbaik (Ahsanul Qasas - sebaik2 kisah) untuk orang2 yang berfikir (ulul albab) dan pengakhiran ceritanya juga baik. Walaupun Nabi Yusuf AS diuji dengan pelbagai dugaan seperti:

  • dibuang ke dalam perigi oleh abang2nya kerana perasaan hasad dengki

  • berpisah dari ayahnya Nabi Yaakub AS sehingga buta kedua2 mata Nabi Yaakub AS kerana menangis di atas kehilangan Nabi Yusuf AS

  • dibawa oleh pedagang2 dan dijual di Mesir

  • diuji dengan Zulaikha (isteri Al-Aziz, seorang gabenor Mesir) lalu dipenjara

  • dipenjara selama beberapa tahun sebelum dibebaskan oleh Raja Mesir

Namun akhirnya Allah SWT mengangkat darjat Nabi Yusuf AS menjadi pembesar iaitu Menteri Kewangan di Mesir. Begitu juga dengan adik-beradik Nabi Yusuf AS yang pada awalnya terpedaya dengan bisikan Iblis, tetapi akhirnya bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. 


- Di bahagian awal surah Yusuf ini menceritakan kisah mimpi Nabi Yusuf AS yang melihat 11 bintang, matahari serta bulan yang mana kesemuanya tunduk memberi hormat kepadanya. Kemudian secara halusnya Allah SWT mengakhiri kisah ini di bahagian akhir surah Yusuf dengan mengaitkan mimpi2 tadi dengan perkara2 yang benar2 terjadi dalam hidup Nabi Yusuf AS. Nabi Yusuf AS juga diberikan kelebihan dalam ilmu tafsiran mimpi. 


- Surah Yusuf ini diturunkan sebagai motivasi kepada Nabi Muhammad SAW ketika Baginda berada di Mekah dan mendapat tentangan hebat dari orang2 kafir Quraisy. Dapat kita lihat persamaan kisah di antara 2 Nabi ini iaitu:

  • Orang2 kafir Quraisy berasa dengki dengan Nabi Muhammad SAW kerana mereka tidak mahu Baginda menjadi pemimpin masyarakat di Mekah dan khuatir lebih ramai lagi yang akan masuk Islam. Ujian yang Nabi Muhammad SAW hadapi itu lebih kurang sama kisahnya dengan adik-beradik Nabi Yusuf AS yang dengki melihat kelebihan yang ada pada Nabi Yusuf AS. 
 
  • Nabi Muhammad SAW juga diusir dan membawa diri ke Madinah manakala Nabi Yusuf AS juga diusir dari rumahnya dan dibawa ke Mesir.
 
  • Nabi Muhammad SAW ditawarkan beberapa wanita dan harta supaya dapat menghentikan dakwah Baginda. Begitu juga dengan Nabi Yusuf AS yang diuji dengan godaan dari Zulaikha, isteri Al-Aziz yang kaya-raya.  

 

- Surah Yusuf ini menekankan tema sabar, iman dan taqwa. Oleh itu, jika kita berasa tertekan dan gelisah, bacalah surah Yusuf agar kita mendapat kekuatan dan mengambil iktibar dengan apa yang terjadi pada Nabi Yusuf AS. 


- Kita tidak mampu mengubah takdir yang Allah SWT tentukan buat kita, tapi Allah SWT membuka peluang untuk kita MENGUBAH takdir yang dah ditetapkan. Maksudnya di sini, bila kita mengubah cara kita melihat takdir Allah SWT dengan positif, kita mampu mengubah keadaan kita. 

Sebagai contoh, kita ditakdirkan untuk diberhentikan kerja secara tiba2. Kita jadi tertekan dan hilang arah tuju. Kita rasa apa yang terjadi ini adalah kezaliman yang Allah SWT beri pada kita. Namun, jika kita tukar persepsi kezaliman itu kepada hikmah, kita sebenarnya ada 2 pilihan; 

  • sama ada nak terus rasa tertekan dan sedih sepanjang masa tanpa bangkit berjuang atau  
  • terus berusaha mencari kerja lain yang lebih baik dan lebih diberkati Allah SWT. 
Kedua2 pilihan ini sudahpun ada corak perjalanannya yang ditentukan oleh Allah SWT.  Jadi, kita mampu memilih jalan mana yang kita mahu dan Allah SWT yang menentukan sama ada kita berjaya ataupun tidak.

Jika Allah SWT izinkan kita berjaya, percayalah kita akan jadi manusia yang lebih baik, lebih bersyukur dan lebih kuat bila menghadapi ujian2 akan datang. Kita dapat merasakan manisnya kesabaran dan menghargai penat lelah kita dalam berusaha. Tapi ada kalanya bila kita memilih untuk berusaha namun Allah SWT takdirkan hidup kita masih lagi tak berjaya, usaha kita itu takkan dikira sia2 kerana Allah SWT tetap mengurniakan pahala atas usaha kita itu. Malah, ada hikmah di sebalik mengapa Allah SWT tidak mengizinkan kita untuk berjaya pada sekian2 masa. Mungkin dengan kejayaan itu akan membawa kita kepada kufur nikmat, sombong dan riak serta lain2 sifat mazmumah. Allah SWT itu Maha Penyayang lagi Maha Melindungi segala makhlukNya dan Dia tahu apa yang TERBAIK untuk hamba2Nya.

Kita tidak sedar ujian yang datang mungkin Allah SWT ingin menaikkan lagi potensi diri/kebolehan yang kita tidak sedar ada pada diri kita. Wallahualam. 

Kita harus menukar persepsi hidup dengan menjadikan setiap ujian itu adalah nikmat. Setiap derita itu adalah harapan. Setiap luka itu boleh berubah menjadi kegembiraan. Itulah lumrah hidup orang beriman yang bahagia dan yakin hidupnya sentiasa dibimbing oleh Allah SWT.


- Surah Ar-Ra'd yang bermaksud guruh membicarakan tentang kuasa Allah SWT. Kita tahu bunyi guruh sangat kuat berdentum2 namun hakikatnya ianya sedang berzikir kepada Allah SWT. Perkataan guruh ini membawa 2 erti:

  • Bunyi guruh yang kuat bisa menggerunkan/menakutkan hati kita
  • Dari bunyi guruh itu juga menjadi petanda bahawa hujan akan turun (khabar gembira) yang akan menyirami tanaman2 para petani

 

- Surah Ar-Ra'd juga berkisarkan tentang kebenaran dan kebatilan. Perkara kebenaran yang sekalipun pahit untuk ditelan tetapi bisa memberikan sumber kekuatan jiwa kepada mereka yang yakin terhadap kebenaran itu. Contohnya seperti kebenaran wahyu yang para Nabi sampaikan susah untuk diterima oleh kaum2nya kerana bertentangan dengan adat kebiasaan mereka.

Perkara kebatilan pula sebenarnya sumber yang melemahkan jiwa dan penuh dengan kepalsuan. Contohnya seperti:

  • maksiat yang berleluasa tapi dianggap biasa
  • peniaga yang menipu dalam hal timbangan berat dan harga barang dagangnya supaya dapat lebih banyak untung namun tiada keberkatan di dalam urusannya
  • orang2 zalim yang melampaui batas dengan menganiaya dan menyeksa orang lain demi memuaskan hawa nafsu
  • orang2 yang mempunyai pangkat tetapi merompak harta orang2 awam dengan menyalahgunakan kuasa dan jawatan yang dipegang
Mereka yang dalam kebatilan ini hanyalah mengejar keseronokan semata2 dan menganggap ianya akan kekal selamanya tetapi itu semua adalah tipu daya iblis/syaitan.


- Pada ayat 28 surah Ar-Ra'd, Allah SWT menjelaskan cara membersihkan hati kita ialah dengan selalu berzikir mengingatiNya. Berzikir membuatkan hati pastii menjadi tenang. Ketenangan hati ni tidak terhad kepada orang beriman saja, malah ada sebahagian orang2 kafir yang bila diperdengarkan dengan ayat2 Al-Quran, hati mereka juga berasa tenang. 


- Pada ayat 37 surah Ar-Ra'd pula, Allah SWT juga menekankan kepentingan Bahasa Arab kerana ianya merupakan bahasa Al-Quran. Kita harus belajar Bahasa Arab jika kita mahu memahami isi kandungan Al-Quran dengan lebih mendalam kerana setiap bait perkataan dalam ayat Al-Quran ada maksud2 tertentu. Sekalipun ianya melibatkan imbuhan ataupun pertambahan huruf, boleh membawa tafsiran yang berbeza. Begitulah Allah SWT yang Maha Teliti dalam segala hal.


- Surah Ibrahim dinamakan sempena nama bapa segala Nabi iaitu Nabi Ibrahim AS. Surah ini menekankan tentang Al-Quran bermula dari awalan surah dan juga pengakhiran surah Ibrahim. Al-Quran diturunkan bagi mengeluarkan manusia dari kegelapan dan menuju ke cahaya keimanan. 


- Terdapat doa2 yang disebut oleh Nabi Ibrahim AS di dalam surah Ibrahim ini yang boleh kita amalkan:

  • Doa berkaitan tentang iman dan akidah pada ayat 35
  • Doa berkaitan dengan solat pada ayat 37
  • Doa tentang Allah SWT yang Maha Mengetahui segala yang tersembunyi pada ayat 38


Kesimpulan bagi ketiga2 surah ini ialah Allah SWT mahu kita belajar tentang erti sabar, iman dan taqwa kepadaNya dalam apa jua keadaan sama ada diuji mahupun senang.

 

Alhamdulillah selesai sudah ringkasan nota Juzuk 13 ni. Nota ni agak lama mommy eez susun isinya dan berharap dapat memberi kefahaman bagi mereka yang masih mencari2 isi yang terkandung di dalam Al-Quran nur Kareem ni insha Allah.


Lavvv,

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

Popular Posts