Commission Fee Shopee Seller NAIK LAGI!!!???

Ini benar2 mendatangkan marah! Siapa yang tak marah, dalam keadaan ekonomi yang makin merudum ni, pihak Shopee naikkan lagi yuran komisyen pada para peniaga Shopee dan semestinya mommy eez antara yang terkesan.


Mesti ramai yang pening kan, berapa sebenar jumlah fees yang dikenakan oleh Shopee kepada seller ni. Jom, mommy eez terangkan. Kalau salah, haraplah tolong betulkan hokey.

Ada 3 jenis fees yang dikenakan:

  • Transaction fee:
    • yuran yang dikenakan untuk cover up kos payment gateway macam Maybank2U, CIMB Clicks, e-wallet, kredit kad dan etc. 
    • 2.12% termasuk GST
  • Service fee:
    • yuran yang dikenakan kalau seller join Free Shipping RM15 (FS15) atau Free Shipping (FS40) atau 10% cashback programme
    • refer table dekat bawah untuk nilai fee

  • Commission fee:
    • yuran yang dikenakan oleh Shopee mengikut jenis produk yang kita jual
    • nilai fee antara 2.65% sehingga 4.24% termasuk GST (berkuatkuasa pada 10 January 2023 nanti)
    • tengok perbezaan nilai fee sebelum dan selepas kenaikan di bawah ni

    Gambar bawah ni ialah breakdown product di bawah kategori di atas:




*tolong klik terus pada gambar untuk zoom-in

Itu baru fees dari Shopee, tak termasuk discount atau voucher yang kita letak pada harga barang dan kedai lagi. Dan apa yang mommy eez tunjukkan di sini masih belum detail sepenuhnya. Korang boleh rujuk link ni sebagai rujukan:


Jom, kita tengok berapa jumlah fees yang mommy eez kena untuk kedai Shopee Kiddie Oasis Online Store:


Walaupun perbezaan nilai tak begitu ketara tapi dah cukup mencekik bagi yang buat dropship. Komisyen untuk dropship seller average hanya 10% saja. Berapa kerat je untung dapat kalau total fees dah nak cecah 10%. Itu tak termasuk discount/voucher tu semua. Umpama buat kerja charity je meniaga di Shopee.

Mommy eez down la sikit bila dapat berita ni sebab tak tahu hala tuju Kiddie Oasis Online Store lepas ni. Main income banyak dari marketplace Shopee dan Lazada. 

Sebagai peniaga, tak bolehlah nak down lelama kan. Strategi mesti kena ada. Apa yang mommy eez plan untuk still kekal relevant ialah:

1. Keluarkan produk yang profit margin 10% dan ke bawah dari Shopee untuk elakkan lebih banyak rugi dari untung.

2. Masukkan produk lain yang profit margin 20% dan ke atas. Kalau 15% tu tak tahu berapa lama boleh bertahan sebab fees memang akan naik dari masa ke semasa. 

3. Kurangkan Service Fee dengan keluar dari program FS40 (untuk kes Kiddie Oasis Online Store) tapi yang ni cukup memberi kesan pada sales. Even masa mommy eez tukar dari FS15 ke FS40 pun sales jatuh merudum dengan dahsyatnya. Tapi kena redhaaaa~~~

4. Start masuk marketplace lain macam TikTok, PG Mall, Youbeli, Lazada dan lain2. Kalau ada lain2 marketplace lain boleh share juga hokey. Setahu mommy eez, fees PG Mall dan Youbeli dalam 5% overall tapi tak sure kalau ada hidden fees yang lain. 

5. Banyakkan direct customer berbanding customer dari Shopee. Tapi untuk kes ni sesuai kalau customer nak urgent dan COD. 

Korang ada idea lain yang lebih bernas? Boleh #sharingiscaring dekat komen di bawah ni ya.


Lavv,

Mommy EEZ

4 comments:

  1. alahai .. nak tak nak terpaksalah akur ye. mama doakan rezeki mama eez berlipatganda.. mungkin rugi tang ni.. lepas ni mana tahu byk pula order masuk utk cover semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aameeen terima kasih atas doa mamapp. Doa yang baik2 utk mamapp n family juga. Dalam biz ni mmg kena sentiasa up to date. tapi tu lah.. semakin meningkat usia, semakin tak berapa rajin hihihi

      Delete
  2. Memang sudah dijangkakan, harap² seller² update juga harga² ditawarkan memandangkan kos² tambahan begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, terpaksa masukkan segala kos ni ke dalam harga barang yang komisyen rendah sebab ada barang yang dah ada review dan rating yang bagus. Rugi plak kalau nak delist produk tu.

      Delete

Popular Posts