Sudah 6 tahun berlalu baru mommy eez ada kekuatan untuk meneruskan menulis nota MY #QuranTime siri 1.0. ini. Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang 6 tahun ini namun mommy eez harap usaha kecil ini dapat menjadi saham akhirat bukan sahaja untuk mommy eez sendiri tapi untuk kesemua ahli keluarga mommy eez yang tersayang sama ada masih hidup ataupun telah pergi menemui Ilahi insha Allah. Jom kita mulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Episod 9 ini disampaikan oleh:
Ustaz Fazrul Ismail
Ustaz Tirmizi Hj. Ali
- Sinopsis bagi episod kali ni yang membincangkan Halaman ke-7 Al-Quran adalah:
Dalam halaman ini, ayat 38-39 surah Al-Baqarah menyambung cerita sebelum ini di mana Nabi Adam AS, Hawa dan juga Iblis diperintahkan oleh Allah SWT untuk turun ke dunia sebagai hukuman kerana gagal dalam ujian yang Allah SWT berikan kepada mereka. Kemudian bermula pada ayat 40 sehingga seterusnya, Allah SWT menceritakan tentang sikap tidak baik Bani Israel yang perlu kita ambil iktibar dan pelajaran supaya kita tidak menjadi seperti sebahagian daripada mereka yang kufur terhadap Allah SWT.
Kita re-cap sedikit perbincangan ayat2 sebelum ini di mana Allah SWT menciptakan manusia sebagai KHALIFAH di atas muka bumi ini. Perkataan khalifah berasal dari perkataan khalfun ( خَلْفٌ ) yang membawa maksud latar belakang kita berbeza. Contoh seperti latar belakang dari segi keturunan (kaum) berbeza, tahap pendidikan, persekitaran dan juga faktor2 lain yang membezakan kita antara satu sama lain. Namun, dengan adanya ilmu atas kurniaan Allah SWT, seorang khalifah mampu memimpin dan menguruskan segala perbezaan latar belakang pelbagai manusia berdasarkan hukum dan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT melalui kitab2Nya.
- Ayat 38:
Kita lihat semula apakah ujian ke atas Iblis, Nabi Adam AS dan Hawa yang menyebabkan mereka semua diturunkan ke dunia pada ayat sebelum ini:
1. Ujian ke atas Iblis : Allah SWT perintahkan kepada Iblis untuk sujud tahiyyah/penghormatan kepada Nabi Adam AS tapi dia enggan dan takabbur (sombong) kerana dia rasa kedudukannya lebih tinggi dari Nabi Adam AS (rujuk ayat 34 surah Al-Baqarah).
2. Ujian ke atas Nabi Adam AS dan Hawa : mereka mendekati pohon yang dilarang di dalam syurga kerana terpedaya dengan ajakan syaitan (rujuk ayat 36 surah Al-Baqarah).
Bagi orang kafir, balasan mereka adalah neraka yang akan mereka diami buat selamanya. Di neraka nanti, kulit penghuni neraka akan dibakar hangus kemudian tumbuh semula dan dibakar lagi. Proses itu akan berulang2 sampai bila2. Setiap kali mereka tumbuh dengan kulit yang baru, kesakitan yang mereka rasakan akan semakin meningkat sakitnya. Ini bertentangan dengan fitrah manusia di syurga di mana apabila mereka mendapat nikmat seperti memakan buah2an yang sedap, mereka akan rasa lebih sedap dan lebih sedap setiap kali mereka memakannya. Begitulah yang diceritakan oleh Dr. Imam Omar Suleiman di dalam ceramahnya.
Lalu Allah berfirman dalam ayat 38 ini apabila sampai petunjuk (هُدًى) dariNya melalui Nabi2 dan kitab Allah SWT maka orang2 yang beriman tidak akan berasa bimbang mahupun bersedih hati.
2 perasaan negatif ini iaitu rasa bimbang dan bersedih hati ini ada kaitan dengan masalah psikologi manusia iaitu penyakit 'anxiety' dan d'epression'. Penyakit 'anxiety' lebih kepada bimbang dengan apa yang bakal berlaku di masa depan manakala penyakit depresi disebabkan kesedihan yang melampau atas sesuatu peristiwa yang dah lepas. Walaupun penyakit ini secara klinikal ada yang memerlukan ubat yang dipreskripsi oleh doktor psikiatri untuk mengurangkan simptom2 yang tak terkawal (seperti skizophrenia, halusinasi dll), namun secara asasnya jika kita mendidik hati kita untuk sentiasa yakin dengan Allah SWT yang Maha Melindungi, pasti serba sedikit dapat mengurangkan rasa takut dan sedih itu. Setiap rasa yang Allah SWT berikan kepada kita adalah ujian/nikmat (blessings in disguise) yang pasti ada hikmah terbaik untuk kita tanpa kita sedari.
Maka, perkataan pilihan pada halaman ini:
Hidayah ini ada kaitan dengan petunjuk yang merupakan hadiah dalam bentuk yang lembut dan rahmah. Hadiah daripada Allah SWT ini bukan sekadar hadiah biasa yang kita selalu dapat daripada orang lain yang selalunya berbentuk material dan terhad fungsinya. Hadiah daripada Allah SWT bukan saja Al-Quran tetapi guidance/pimpinan daripada Allah SWT untuk kita menuju jalan ke syurga.
Ada 4 jenis HIDAYAH:
1. Hidayah yang Allah SWT berikan kepada semua orang, contohnya akal
2. Nabi yang mengajak untuk mendapatkan hidayah
3. Orang yang mahu mencari petunjuk ke jalan yang benar
4. Bila kita ada kesedaran dan keinginan untuk masuk ke dalam syurga
- Ayat 39:
Bagi orang kafir, balasan mereka adalah neraka yang akan mereka diami buat selamanya. Di neraka nanti, kulit penghuni neraka akan dibakar hangus kemudian tumbuh semula dan dibakar lagi. Proses itu akan berulang2 sampai bila2. Setiap kali mereka tumbuh dengan kulit yang baru, kesakitan yang mereka rasakan akan semakin meningkat sakitnya. Ini bertentangan dengan fitrah manusia di syurga di mana apabila mereka mendapat nikmat seperti memakan buah2an yang sedap, mereka akan rasa lebih sedap dan lebih sedap setiap kali mereka memakannya. Begitulah yang diceritakan oleh Dr. Imam Omar Suleiman di dalam ceramahnya.
Orang2 kafir yang bersifat kufur terhadap Allah SWT sebenarnya mereka bukan saja tidak bersyukur dengan hidayah yang Allah SWT kurniakan kepada mereka malah mereka mendustakan pula ayat2 Allah SWT.
- Ayat 40:
Allah SWT mengingatkan kepada Bani Israel tentang segala nikmat dan juga perjanjian antara mereka dengan Allah SWT supaya mereka kembali taat dan bertaubat atas perbuatan kufur mereka kepada Allah SWT. Nikmat dan perjanjian yang Allah SWT maksudkan di sini ialah semasa zaman Nabi Musa AS bersama dengan kaumnya Bani Israel. Pelbagai nikmat yang telah Allah SWT berikan kepada mereka seperti terselamat daripada Firaun (akan dibincangkan pada ayat 49 surah Al-Baqarah dan seterusnya) serta perjanjian mereka untuk taat kepada Allah SWT serta Nabi Musa AS. Jika Bani Israel memenuhi perjanjian mereka dengan Allah SWT dahulu, pasti Allah SWT akan memenuhi perjanjianNya untuk mengekalkan nikmat kepada mereka. Namun, yang sebaliknya terjadi. Maka, Allah SWT memberi amaran kepada mereka bahawa hanya kepadaNya mereka patut takut bukan selainNya.
Seorang ulama yang bernama Syeikh Farahi berkata, perkataan Israel dalam bahasa Hebrew dibahagikan kepada 2 iaitu 'Is' yang bermaksud hamba dan 'El' bermaksud Allah. Jadi perkataan 'Israel' bermaksud hamba Allah atau Abdullah. Jadi, kita perlu berhati2 apabila menyebut "Saya benci Israel" disebabkan makna sebenar perkataan Israel itu sendiri. Ayat yang betul ialah "Saya benci orang Zionis Israel" yang menuju kepada orang2 Israel yang membawa kehancuran kepada negara Palestin sekarang. Ada juga orang2 Israel yang benar2 berpegang kepada kitab Taurat dan menyokong orang Islam di Palestin. Jadi, gunakan perkataan dan ayat yang betul apabila kita ingin melaknat pihak yang melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin. Tahap kekejaman Zionis Israel ini sememangnya dikatakan 'beyond evil'. Apa yang berlaku sekarang di Palestin sangat2 menyedihkan dan di luar tahap pemikiran normal manusia.
- Ayat 41:
Dalam ayat ini, Allah SWT memerintahkan Bani Israel untuk beriman dengan Al-Quran yang membenarkan kitab Taurat yang ada pada mereka. Allah SWT juga memberi amaran untuk tidak ingkar akan perintahNya dan tidak menukarkan ayat2Nya dengan dengan harga yang sedikit atau menukarkan ayat2 Al-Quran yang benar itu dengan kesenangan dunia yang jauh lebih murah nilainya berbanding kebenaran Al-Quran.
Kita juga tidak boleh hanya beriman kepada Al-Quran saja tanpa beriman kepada Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Al-Quran diturunkan melalui Rasulullah SAW jadi mana mungkin kita hanya beriman dengan Al-Quran saja tanpa beriman dengan Rasulullah SAW. Ada pendapat dan kepercayaan sesetengah pihak yang mengatakan mereka hanya yakin dengan Al-Quran saja kerana Al-Quran merupakan kalimah2 Allah SWT, jadi tak perlu beriman kepada Nabi. Kepercayaan ini sangat2 salah di sisi Allah SWT malah tidak memenuhi Rukun Iman yang ke-4, maka cacatlah Rukun Iman seseorang itu.
- Ayat 42 :
1. Orang yang mengamalkan apa saja yang diperintahkan oleh Allah dalam ayat ini - merupakan ahli ilmu dari kalangan ulama dan da'i-da'i penyebar dakwah.
2. Orang yang menutupi kebenaran dengan kebatilan/kesesatan iaitu mereka tidak membezakan antara satu perkara dengan perkara yang lainnya sedangkan mereka mengetahui tentang kebenaran ayat ini - merupakan da'i-da'i yang membawa kepada kesesatan
Sesungguhnya manusia tidak mampu berdiri di atas agama tanpa ulama sebagai pembimbing.
Pakar2 agama keturunan Bani Israel menyesatkan kaum mereka dengan:
- mencampur-adukkan yang hak dengan yang batil
- memerangi kebenaran dan menyembunyikannya
Salah satu sebab mereka menyembunyikan kebenaran adalah kerana takut mengganggu urusan perniagaan atau memberi kesan kepada darjat/pangkat yang mereka ada. Selain itu, mereka rasa tidak puas hati kerana Rasul yang dipilih bukan di kalangan keturunan mereka tetapi di kalangan orang Arab Quraisy. Mereka tiada lagi rasa 'privilege as the chosen one' seperti di waktu zaman Nabi Musa AS.
Kita sepatutnya mengutamakan kebenaran yang ada pada Al-Quran walaupun ianya bercanggah dengan keutamaan dan keinginan kita sendiri.
- Ayat 43:
1. Mendirikan solat - pada setiap waktu dengan sempurna dari segi syarat rukun dan menjaga batas waktu2 solat. Hati mestilah tulus dan khusyuk kerana inilah syariat yang dibawa oleh Nabi Musa AS.
2. Menunaikan zakat - sebagai tanda syukur kita kepada Allah SWT atas kurniaan rezeki dariNya di samping dapat mengeratkan lagi hubungan sesama manusia serta menyucikan hati.
Rasulullah SAW bersabda, "Orang mukmin terhadap mukmin yang lain tidak ubahnya seperti sebuah bangunan, masing2 bahagiannya saling menguatkan", dari hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
3. Rukuk bersama2 dengan orang yang rukuk - melakukan solat jemaah bersama2 dengan orang Islam yang lain.
Allah SWT menyuruh Bani Israel untuk rukuk bersama2 dengan orang yang rukuk kerana mereka ini melakukan cara solat yang berbeza daripada apa yang disuruh dalam kitab Taurat. Ada yang solat hanya berdiri tanpa sujud. Ada yang sujud tapi tiada rukuk. Jadi, itu sebab Allah SWT memerintahkan untuk solat berjemaah supaya tiada lagi perbezaan dalam rukun melaksanakan solat.
Solat jemaah juga merupakan amalan sunnah Rasulullah SAW berdasarkan riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Solat berjemaah itu lebih utama dengan 27 darjat daripada solat seorang diri".
- Ayat 44:
Allah SWT menegur kaum Yahudi ini atas sikap mereka yang menyuruh orang lain membuat kebaikan tetapi tidak mereka sendiri. Mereka mengaku yang Nabi Muhammad SAW seorang Rasul tetapi tidak mahu mengikut ajaran yang dibawa oleh Baginda.
Ayat ini membawa refleksi sikap kebanyakan orang yang rasa nak tunggu diri sendiri menjadi baik baru nak melakukan kebaikan. Malah ada yang berasa takut selepas membaca Al-Quran dan tidak mahu menyebarkannya kepada orang lain. Perasaan takut itu bagus tetapi jangan sampai mematahkan semangat untuk kita terus membaca dan memahami Al-Quran. Selepas kita dah faham dan amalkan apa yang ada dalam Al-Quran, haruslah kita sebarkannya untuk kebaikan orang lain pula.
Ada mukadimah daripada para ulama apabila anak2 murid meminta nasihat, para ulama berkata, "Bila aku membaca ayat ini meminta orang2 membuat kebaikan tetapi aku sendiri lupa untuk membuat kebaikan. Jadi, aku tidak akan memberi nasihat kepada kamu bahkan akulah yang sepatutnya dinasihati". Tetapi atas dasar Nabi Muhammad SAW bersabda, "Sampaikanlah dariku walaupun 1 ayat" daripada hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Al-Tirmizi, maka bagi sesiapa yang membuat kebaikan, maka pahala sebagaimana yang dia dapat atas kebaikan itu.
- Ayat 45:
Allah SWT meminta Bani Israel untuk jadikan sabar dan laksanakan solat sebagai penolong dalam mengatasi masalah yang dihadapi dalam kehidupan. Namun, jangan hanya meminta pertolongan kepada Allah SWT tanpa sebarang usaha sendiri terlebih dahulu. Maksudnya usaha perlu seiring dengan ikhtiar melalui jalan sabar dan solat.
Sabar boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:
1. Sabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah SWT
2. Sabar dalam menjauhi larangan Allah SWT
3. Sabar dalam takdir Allah SWT dengan tidak berkeluh-kesah
Sabar dan solat ini merupakan perkara yang berat kecuali bagi orang2 yang khusyuk.
- Ayat 46:
1. Orang yang sentiasa memikirkan tentang akhirat.
2. Orang yang yakin mereka akan menemui Tuhan mereka setelah mati
3. Orang yang yakin mereka akan kembali kepada Tuhan mereka pada Hari Kiamat untuk menerima pembalasan terhadap amal yang dilakukan
Orang yang khusyuk ini menghargai hidayah yang Allah SWT kurniakan kepada mereka serta suka merendah diri. Mereka juga rindu nak bertemu dengan Allah SWT kerana mereka yakin akan balasan baik atas amal kebajikan mereka.
- Ayat 47:
Allah SWT mengingatkan semula (untuk kali ke-2) Bani Israel atas kelebihan yang telah diberikan kepada mereka sejak zaman Nabi Musa AS.
Pengajaran bagi ayat ini adalah kita harus menunaikan janji yang telah kita buat dengan Allah SWT (semasa di alam roh) supaya hidup kita sentiasa dimuliakan Allah SWT. Kita lihat bagaimana bangsa Israel sehingga ke hari ini kebanyakannya dihina dan dikeji kerana mereka sendiri telah memungkiri janji2 mereka dengan Allah SWT. Mereka kufur, melakukan kerosakan di muka bumi dengan berperang menggunakan senjata yang melampaui batas serta bersikap melebihi syaitan kerana syaitan sendiri takut kepada Allah SWT tetapi tidak mereka.
- Ayat 48:
Allah SWT memberi amaran apabila tibanya Hari Kiamat nanti, orang Bani Israel yang kononnya yakin akan masuk syurga tidak akan mendapat syafaat malah apa2 pertolongan atau tebusan untuk mereka. Maksudnya di sini, orang Bani Israel yang kufur ini akan terus dimasukkan ke dalam neraka dan mereka tak dapat nak tebus/ganti dengan apa saja yang mereka ada untuk dimasukkan ke dalam syurga kerana tak diizinkan oleh Allah SWT. Jadi tak semestinya kita ini lahir2 terus menjadi orang Islam dah pasti dapat masuk syurga. Pandangan ini salah. Semuanya bergantung kepada ihsan dan pertolongan Allah SWT serta amalan baik kita di atas dunia ini.
- Resolusi bagi halaman 7 ini:
- Bahagian tajwid bagi episod kali ni masih lagi membincangkan tentang tahap/tingkatan kelajuan bacaan dalam Al-Quran. Episod sebelum ni kita dah terangkan peringkat pertama yang paling lambat dan perlahan iaitu At-Tahqiq. Kali ni kita terangkan pula bacaan peringkat ketiga iaitu At-Tadwir.
Kita lihat semula turutan tingkatan kelajuan bacaan dalam Al-Quran:
1. At-Tahqiq : bacaan paling lambat dan perlahan2. Selalunya untuk orang yang baru nak belajar membaca Al-Quran mengikut hukum tajwid yang betul.
2. At-Tartil : bacaan yang perlahan dan tenang. Setiap huruf dilafazkan satu per satu dengan jelas, tepat menurut sifat makhraj serta memelihara ukuran sebutan panjang dan pendeknya serta berusaha memahami makna ayat ---> LEBIH DIUTAMAKAN
3. At-Tadwir : bacaan sederhana
4. Al-Hadr : bacaan paling cepat tetapi masih menjaga hukum tajwid.
Alhamdulillah selesai sudah nota Episod 7 dari Nota My #QuranTime 1.0 ini.
Berikut pelajaran yang mommy eez dapat daripada halaman 7 ini:
1. Apabila kita mendapat apa saja bentuk hidayah seperti dapat memahami Al-Quran, rasa lebih dekat dengan Allah SWT, rasa lebih ringan dan rajin untuk solat dan sebagainya, kita harus menghargainya. Hidayah ni bukan one-time saja tapi ianya berterusan kerana hidup kita ini pun merupakan satu perjalanan yang panjang. Jadi, kita perlu berusaha mencari hidayah/petunjuk sepanjang hidup kita supaya hidup kita dipimpin oleh Allah SWT ke jalan yang lurus menuju syurga.
2. Jangan jadi seperti Bani Israel yang kufur kepada Allah SWT. Setelah berkali2 Allah SWT bagi peringatan tapi mereka tetap kufur. Samalah macam kita. Kita lebih nak meratib perkara yang kita tak ada/dapat berbanding nikmat lain yang Allah SWT telah berikan kepada kita. Bila kita bersyukur, pasti Allah SWT akan tambahkan lagi nikmat kepada kita.
3. Jangan tunggu diri sendiri sempurna untuk membuat kebaikan. Tiada yang sempurna melainkan Allah SWT. Jadi, kalau ada cacat cela dalam nota yang mommy eez tulis harap beri tunjuk ajar ya.
4. Walau apa keadaan kita sekalipun apabila ditimpa masalah, jadikan sabar dan solat sebagai ikhtiar kita setelah berusaha. Allah SWT mahu kita sabar kerana Allah SWT tahu waktu terbaik untuk selesaikan masalah kita. Allah SWT mahu kita solat supaya kita menyerah diri dan bertawakal sepenuhnya kepadaNya.
Episod ini ditutup dengan bacaan doa:
بسم الله الرحمن الرحيم
"Ya Allah Ya Tuhan kami, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai satu kebenaran yang jelas ya Allah. Kurniakanlah kepada kami untuk mengikuti kebenaran tersebut ya Allah. Perlihatkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan yang jelas ya Allah. Jauhkanlah kami daripada kebatilah tersebut ya Allah. Kurniakanlah kepada kami ilmu yang benar dan bermanfaat ya Allah. Kurniakanlah kepada kami hidayah Al-Quran ya Allah. Kurniakanlah kepada kami kesabaran dan mampu melaksanakan solat yang khusyuk ya Allah. Kurniakanlah solat kami yang mampu mencegah diri kami daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar ya Allah. Kurniakanlah kepada kami hati yang sentiasa cintakan solat dan suka beribadat kepadaMu ya Allah. Terimalah solat kami ya Allah. Jadikanlah kami orang yang tidak lupa untuk bersyukur ke atas nikmat2Mu yang sangat banyak ya Allah. Sekalipun nikmatMu tak terkira banyaknya, tapi sangat sedikit orang yang syukur kepadaMu ya Allah. Kurniakanlah kepada kami ketenangan dalam kehidupan dengan sebab kami membaca Al-Quran ya Allah. Pimpinkan jiwa kami sehingga masuk ke syurgaMu ya Allah. Berikanlah petunjuk kepada kami di dunia ya Allah."
آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Semoga perkongsian kali ni memberi manfaat dan pahala kebaikan buat para pembaca. Jika ada sebarang pembetulan dalam nota ini boleh terus komen di bahagian bawah post ni ya.
Mommy Eez sediakan link video juga buat rujukan:
Semoga Allah SWT memelihara hati dan tutur kata kita dengan penuh kebaikan dan rahmat. Alahumma Ameeen.
Lavvv,
Mommy Eez



