Apa itu HIBAH AMANAH dari ASNB?


 Kenapa nak buat Hibah? 
Apa untung kalau buat Hibah?
Wajib ke buat Hibah ni?


Mommy EEZ tahu ramai yang masih belum ada kesedaran untuk buat Hibah. Tak kiralah Hibah Takaful ke, Hibah Amanah ke atau ada jenis hibah2 yang lain. Yang pasti hibah ni tak wajib pun dibuat. Ianya adalah sunat dan  digalakkan buat untuk memudahkan proses peralihan harta kepada waris apabila berlaku kematian.

Katalah kita sebagai ibu bapa, tak sempat nak buat wasiat harta untuk anak2, semuaaaaa harta kita akan pergi ke Baitulmal atau ke Amanah Raya yang mana proses tuntutan akan ambil masa bertahun2! Ini bukan saja menyusahkan waris untuk uruskan harta2 kita, malah nasib anak2 kita pun takut tak terbela.

Apa itu Hibah?
Hibah tu secara ringkasnya ialah pemberian yang dibuat semasa pemberi masih hidup kepada penerima sebagai tanda kasih sayang.

Mommy EEZ dan suami memilih untuk buat hibah Amanah dari ASNB.

Hibah Amanah ASNB tu apa pula?
Hibah Amanah tu ialah perkhidmatan pengurusan harta oleh ASNB berlandaskan Syariah yang menerapkan konsep hibah dan amanah dalam pengurusan harta. Unit amanah ASNB atau dengan kata lain duit di dalam akaun ASNB yang dihibahkan akan dipindah milik kepada penerima setelah kematian pemberi / pemegang unit akaun ASNB. 

Kesedaran untuk buat hibah ni timbul sebab tengok ramai kenalan atau berita yang Mommy EEZ dapat tahu bila ibu dan ayah meninggal, anak2 jadi hilang arah dan hilang tempat bergantung. Jadi takut kalau ada apa2 terjadi pada Mommy EEZ dan suami, ada lah juga serba sikit simpanan wang buat anak2 kami.

Hibah ni tak terikat dengan Hukum Faraid jadi harta yang dah dihibahkan boleh terus dapat kepada penerima tanpa perlu diagihkan ikut Hukum Faraid. FYI, semua harta yang ditinggalkan perlu dibahagikan ikut Hukum Faraid termasuklah duit KWSP kita tau.

Lain2 info boleh rujuk terus di website Amanah Saham Nasional Berhad atau boleh baca pada brochure di link di bawah:

Brochure Hibah Amanah oleh ASNB - Klik sini

Jadi apa persediaan yang perlu ada sebelum kita apply Hibah Amanah ni?

1. Download form di website ASNB dan lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. 
*Pastikan form yang anda download tu latest version tau. Sebab kalau guna version lama ASNB tak terima

2. Perlukan 2 saksi lelaki beragama Islam untuk lengkapkan borang hibah ni. Anda perlukan sign dan juga salinan IC mereka untuk dikepilkan sekali dalam form hibah ni.
*Tapi kalau tak ada 2 saksi ni, kita perlu bawa semua orang yang terlibat - pemberi, penerima dan penjaga penerima (kalau penerima berusia kurang dari 18 tahun) semasa nak hantar borang tu nanti di pejabat ASNB. 

3. Kita boleh letak penerima maksimum seramai 10 orang - kot ada ramai anak nak diwasiatkan semua sekali kan. Pastikan penerima merupakan anak kandung atau cucu kandung dan Surat Kuasa Wakil tidak perlu diisi.
*Jika penerima bukan anak atau cucu kandung, anda perlu isikan Surat Kuasa Wakil. 

4. Misal kata anda ada ASB 1, ASB 2, ASN atau lain2 lagi, hanya perlu isi 1 form saja. Tak perlu fill-up form asing2 untuk setiap akaun.
*Semua dokumen yang diperlukan pun hanya perlu ada 1 salinan saja untuk 1 form.

5. Pastikan duit di dalam akaun ASB anda ada minimum RM1000 dan RM1000 ni akan jadi minimum balance untuk akaun anda sampai bila2. Maksudnya ASNB akan lock duit bernilai RM1000 ni dan tidak boleh dibawa keluar langsung sampailah di hari 'kejadian'.
*Duit RM1000 ni mestilah dari cash sendiri bukan dari loan, cagaran atau duit KWSP. Tapi bagi yang ada buat loan ASNB, boleh guna duit dividen untuk buat hibah amanah ni.

6. Anda perlu tahu bila penerima/penjaga nak tuntut harta dari ASNB, akan ada fee yang perlu dibayar kepada pihak ASNB. Tapi jangan risau. Penerima/Penjaga tak perlu keluarkan duit sebab pihak ASNB akan tolak siap2 dari jumlah harta/duit yang sedia ada dalam akaun pemberi.
*Fee yang dikenakan berdasarkan jadual di bawah:


 

7. Anda juga perlu tahu, misal kata penjaga bagi penerima pun sudah tiada (contoh kes - pemberi letak nama penjaga ialah isteri/suami tapi berlaku kemalangan bagi kedua2 suami dan isteri), waris terdekat sama ada ibu, bapa/datuk atau adik-beradik lain perlu ada salinan surat beranak pemberi hibah untuk check pertalian darah. Tapi menurut pegawai ASNB tu, katanya bukti salinan surat beranak tu tak berapa kuat. Lebih baik dapatkan surat dari mahkamah yang mengatakan waris terdekat ada pertalian darah dengan pemberi hibah dan barulah boleh menuntut harta dari ASNB.
*Apabila tuntutan berjaya dibuat oleh waris terdekat, duit akan dipindah masuk ke dalam akaun waris terdekat bagi penerima yang belum mencapai usia 18 tahun.

8. Katakan ada perubahan yang ingin anda lakukan pada nama penerima, anda perlu meminta izin penerima asal (kecuali anak kandung atau cucu kandung) untuk buat perubahan/pindaan. Haaaa... agak tricky di situ. Setiap pindaan/perubahan akan ada fee juga untuk dibayar kepada ASNB. So, pastikan nama penerima tu betul2 orang yang kita nak wariskan harta kita sebelum kita submit application pada ASNB.

9. Last sekali, anda perlu beritahu pada penerima atau penjaga kepada penerima yang proses untuk ASNB release harta dari hibah ini memakan masa dalam 21 hari saja. Berbanding wasiat lain yang mungkin ambil masa bertahun2. Lihat di bawah untuk perbezaan:

  

Apa kelebihan Hibah Amanah ni?



 Kredit gambar dari ciksukataip.blogspot.com


So kepada anda yang masih belum buat hibah untuk keluarga disarankan buat sebelum terlambat. Kita takkan tahu apa yang bakal terjadi kepada kita di hari mendatang, jadi bersiap sedialah dari awal khas buat orang2 yang kita sayang.

Sebelum terlupa, untuk membuat hibah amanah ni juga, ASNB ada kenakan yuran pendaftaran sebanyak RM180. Tapi sekarang ni ASNB ada buat promo jadi yuran hanya dikenakan sebanyak RM100 sahaja sampai 31 Oktober 2018. Jangan lepaskan peluang ni! Hihihihi~

Mommy EEZ tak dapat apa2 bayaran pun untuk posting Hibah Amanah ni. Tapi Mommy EEZ rasa sangat penting untuk sebarkan maklumat ni sebab rasanya ramai yang tak sedar akan kepentingan hibah ataupun pengurusan harta pusaka. Kalau boleh, kita nak 'pergi' tinggalkan keluarga kita dengan keadaan aman tenteram dan memudahkan semua pihak. Insya Allah.


Jumpa lagi dalam next post.


Wassalam,

Mommy EEZ

No comments:

Post a Comment

Popular Posts