Dah lama betul mommy eez tak bersiaran di sini. Biasalah sibuk dengan dunia sendiri dan dunia tipu-tipu 😝. Terlalu banyak transisi yang famili mommy eez sedang hadapi. Yang tukar sekolahnya, tukar tempat kerja, tukar sesi waktu sekolah dan acara-acara tambahan lain yang sekaligus membuatkan hidup ni menjadi begitu hectic dan meriaaaahhh gittew!
Hari ni mommy eez luangkan masa sempena menyambut kedatangan Awal Muharam dan juga Maal Hijrah bagi tahun baru 1444H. Alhamdulillah kita semua masih lagi diberi kesempatan berpeluang utk beribadah di tahun baru ni supaya menjadi bekalan kita di akhirat sana insha Allah.
Sejak kebelakangan ni, macam-macam berita pelik yang berlaku di sekeliling kita dan menunjukkan betapa nazaknya keadaan generasi sekarang. Mommy eez pun tak terkecuali bila terlampau asyik dengan phone sehingga terleka dan lupa kewajipan sebenar.
Sedih juga nak mulakan post tahun baru dengan sesuatu yang negatif. Tapi, mommy eez tulis ni sebagai peringatan buat semua supaya kita sebagai umat Islam punya tanggungjawab untuk membanteras perkara-perkara yang tak berapa molek ni daripada terus menerus menjadi barah dalam komuniti kita. Mommy eez rasa kita mampu ubah generasi anak2 kita bermula dari keluarga kita sendiri insha Allah.
1. Pelbagai individu semakin berani menghina Islam secara terang-terangan. Ada yang dibawah pengaruh dadah dan ada yang mengaku nabi wanita pertama sambil memakai topeng Ultraman. Ada juga yang buat content lawak di kelab komedi dengan menyindir mereka yang menghafaz Al-Quran. Kalaulah mereka semua ni tahu akan azabnya menghina Islam seperti mana telah Allah SWT hukum orang-orang kafir di zaman nabi2 dahulu, pasti masing2 menyesal tak sudah. Hanya Allah SWT saja yang mampu memaafkan mereka jika mereka bertaubat.
2. Sebuah sekolah menjemput seorang Ikon Permotoran yang akhirnya diketahui langsung tiada lesen motor. Pelbagai pandangan yang mommy eez baca untuk topik ni. Ada yang menyokong dan ada yang menempelak tindakan sekolah tersebut. Pendapat peribadi mommy eez sendiri, seharusnya pihak sekolah perlu pertimbangkan semula bagi menyiasat latar belakang seseorang ikon tu. Ataupun meminta pandangan pakar psikologi kanak-kanak sebelum menjemput ikon tersebut ke sekolah. Tak salah untuk memberi semangat pada pelajar yang kurang cemerlang dalam pelajaran, masih boleh berjaya. Cuma, dalam konteks ni, audiensnya sendiri tak sesuai iaitu para pelajar yang baru nak belajar tentang hidup. Belum habis berusaha dan belum mula berjuang lagi tapi awal-awal dah dimomok2kan yang berjaya dalam hidup tak semestinya berjaya dalam pelajaran. Menimba ilmu ni sangat-sangat ditekankan dalam Islam. Sepatutnya ikon tersebut sesuai dibawa ke sekolah yang ada masalah disiplin ataupun di tempat-tempat yang audiensnya mempunyai masalah dalam pembelajaran.
Adakah kita nak lihat generasi akan datang, akan kurangnya golongan professional sebab anak-anak kita lebih suka memilih jalan mudah berbanding jalan sukar untuk mendapatkan sesuatu yang lebih bernilai? Lebih senang menjadi influencer buat konten bukan-bukan dalam mengejar kekayaan berbanding menjadi seorang doktor yang berkhidmat menyelamatkan nyawa? Lebih senang berniaga buat produk mudah jual tanpa tahu kesan sampingan kepada pengguna berbanding menjadi usahawan yang punya ilmu untuk menjadikan produknya membawa manfaat kepada orang lain? Dengan ilmu itulah membentuk keperibadian seseorang. Dengan ilmu itulah menjadikan seseorang itu menjadi lebih matang dan rasional. Aahhh ghissauuu ghissauuu bila memikirkan masa depan generasi akan datang ni sebab mommy eez pun ada anak-anak juga. Kakak Raihan pun kadang2 menunjukkan sikap cepat mengeluh sebelum berusaha. Belum bertarung lagi dah kibar bendera putih. Dah kenapa????
3. Penyakit mental semakin berleluasa. Ramai orang makin mudah hilang sabar. Sanggup bertumbuk di atas jalan raya hanya kerana ada perselisihan faham dalam nak memberi laluan di atas jalan raya tu. Betul-betul berlaku di depan mata mommy eez di Glenmarie, Shah Alam ni. Apetah lagi bila melibatkan kes bunuh disebabkan masalah hidup. Kita semakin jauh dalam mencari erti hidup yang sebenar kerana kita sangat dibebankan dengan krisis kewangan, tekanan keluarga dan juga peer pressure. Masing-masing berlumba-lumba nak tunjuk kehidupan yang hebat serba mewah, penuh harta dengan pangkat serta trend yang up-to-date. Material menjadi kayu ukur dalam kualiti hidup. Sedangkan hakikat yang sebenar, hidup ni hanya sementara. Hidup bersederhana adalah lebih baik dan tujuan hidup ni ialah menyerah diri bulat2 kepada Allah SWT dan mengumpul sebanyak mana amal ibadah utk dibawa ke alam seterusnya. Tahu tak, kita manusia ni hidup kekal abadi cuma berbeza alam je? Di dunia ni la utk kita berjuang utk mendapatkan rewards yang Allah SWT dah janji dalam Al-Quran. Rewards yang kekal abadi. Bukannya rewards yg tak kekal di dunia ni. Ramai yang mencari kesenangan hidup berbanding kesenangan di akhirat. Dalam mencari kesenangan di akhirat tak ada yg mudah dan senang di dunia.
Banyak lagi mommy eez nak kongsikan tapi takut post terlalu panjang, nanti naik bosan pula nak baca. Sampai sini saja dulu. Sehingga kita bertemu lagi hokey.
Assalamualaikum 🤍
Salam Maal Hijrah 144H dari Mommy EEZ
