Tips Breastfeeding - Jenis-jenis Susu Ibu dari segi Warna dan Tekstur

Photo Source - Pak Cik Google


Hollaa mommiess.. ada tak yang perasan kenapa susu ibu ni ada lain2 warna? Jom kita tambah ilmu pasal jenis2 susu ibu ni..

Susu ibu ni ada 3 jenis..

1. Colostrum - susu yang berwarna kuning pekat yang keluar masa sehari lepas bersalin. Sgt2222 penting utk baby dapat minum susu colustrum ni sbb kita bagi the best antibody utk anak kita masa awal2 kelahiran baby. Utk bagi susu colostrum ni tak perlulah sampai 3-4oz sbb baby baru lahir perutnya hanya sebesar buah cherry saje. Cukup utk beberapa sudu teh je.

Mommy boleh lihat pada gambar bawah ni berapa banyak baby newborn perlukan untuk minum ikut umur harinya.



Photo Source - Pak Cik Google

So jangan panik kalau awal2 lepas bersalin tu susu masih segan2 nak keluar sbb badan kita produce susu betul2 ikut keperluan baby kita.

2. Foremilk - susu cair warna kuning pucat atau seakan2 putih. Susu ni lebih byk air daripada lemak. Susu ni selalu dpt masa awal2 sesi mengepam atau di awal2 baby tgh menyusu. Foremilk ni berperanan untuk hilangkan dahaga baby dan mengandungi sedikit laktosa, protein dan lemak.

3. Hindmilk - inilah kualiti susu yang kita nak sebab penuh lemak berkrim. Hehehe..selalunya akan terhasil di akhir2 sesi mengepam atau di hujung2 baby dah nak habis menyusu. Hindmilk ni mengandungi lebih banyak lemak dari foremilk jadi pastikan baby habiskan 1 sesi menyusu pada sebelah breast dalam lebih kurang 20-30min untuk cukupkan kandungan hindmillk ni.

Apa jadi kalau baby banyak minum foremilk saje? Najis baby akan bertukar menjadi kehijauan berbanding warna kuning (najis normal) disebabkan hanya minum banyak foremilk berbanding hindmilk. Lepas tu akan memberi kesan kepada berat badan baby yang tak naik2 ikut growth chart baby yang sepatutnya. Jadi jika mommy ada masalah begini, disarankan bila selesai sudah sesi pam, bahagian susu foremilk dan hindmilk diasingkan dan beri baby minum susu hindmilk saje bagi menambahkan berat badan baby. 

Macam mana nak bezakan antara foremilk dan hindmilk pada susu kita?

Hokey cuba tengok betul2 gambar di bawah:


Gambar atas tu ialah susu ibu yang telah disejukkan di dalam chiller untuk beberapa jam. Bahagian atas susu dalam storage bottle ni yang berwarna putih pekat tu adalah bahagian lemak susu. Kemudian bawahnya ialah hindmilk tadi dan bawah sekali ialah foremilk.
Pastikan mommy2 gojes ni cukup makan dan minum untuk dptkan nutrien yg cukup utk keperluan si bambam anda yee~~

Lavveyewww,

Mommy EEZ

No comments:

Post a Comment

Popular Posts