Anak-anak bukan ROBOT | Tips Parenting Malaysia

Hari ni rasa macam nak emo sikit.


Ada parents yang anggap anak2 ni macam robot agaknya. Anak2 dekat sekolah kakak Raihan dah mula menghadap peperiksaan sejak 8 Januari lalu. Bermula dengan ujian akhir tahun kemudian bersambung dgn UPKK sehingga ke minggu depan. Maksudnya, anak2 ni menghadap exam selama 3 minggu berturut2. Lama tuuuu~~~

 


 


Masa ni lah mental kakak Raihan diuji. She's struggling to regulate her mood because she is so prone to overthinking. Cepat risau and so much lack of confidence. Mommy eez cuba balance out dan pujuk dia sehabis baik. So far, Alhamdulillah she's doing fine.


Yang buat mommy eez emo hari ni adalah ada parents yang marah cikgu2 di sekolah Raihan sebab tak buat ulangkaji hari ni untuk UPKK sedangkan pihak sekolah dah pun sediakan jadual ulangkaji setiap subjek sebelum exam bermula. Hari ni tak ada exam, jadi cikgu memberikan kelonggaran pada anak2 untuk belajar sendiri dan ada yang buat latihan untuk majlis ihtifal. Bagi mommy eez tak salah pun. Ada masa anak2 perlu rehat dan perlukan distraction dari nak menghadap buku setiap masa. 


Entahlah, mommy eez bukan jenis boleh hadap buku straight 3 minggu tanpa buat benda2 lain. Mommy eez still ingat lagi masa exam dekat universiti, waktu pagi tu sempat layan cerita GTO dan petang tu exam. Tak kata itu perkara yang bagus untuk dibuat, pasti ada cara lain yang lebih baik cuma nak cakap please go easy with the kids. Diorang baru 11 tahun kot!!!! They have my utmost respect because at the age of 11, they have to carry out 16 subjects in their studies (untuk pelajar yang ambil silibus KAFA). Tu tak masuk hafazan lagi tau. 


Mommy eez sendiri tak expect banyak dari kakak Raihan untuk score UPKK ni. Bagi mommy eez, ujian besar mcm UPKK ni ialah latihan untuk dia supaya dia biasakan diri nanti nak hadap the real exam macam SPM. Bab sekolah plak, mommy eez tak kisah pun nak hantar sekolah mana2 asalkan environment sekolah sangat2 terbaik untuk anak2 mommy eez. Buat apa sekolah kononnya kluster tapi adab cikgu dengan ibubapa pun tak ada. Ye, mommy eez dah pernah kena dan ianya sangat2 menyedihkan. Mommy eez sangat2 menghormati kerjaya guru. Mommy eez sangat2 terhutang budi dengan guru2 di sekolah kakak Raihan sekarang yang sangat prihatin dengan masalah Raihan. Alhamdulillah. 


Jadi pada parents yang tahu komplen je dan mengharap anak2 belajar 24 jam, apa kata korang tanya anak2 sama ada mereka perlukan rehat ke tak daripada exam ni. Percayalah. They desperately need it.


Ini hanya pendapat peribadi mommy eez. Mana2 yang tak setuju, it's ok to disagree. Masing2 punya pendapat masing2. Setiap anak berbeza2 keperluannya dan yang penting parents kena tahu keperluan setiap anak2. Sekalipun adik-beradik, belum tentu keperluan kakak/abang sama dengan keperluan adik2 di bawahnya. Ambil cakna tentang anak2 kita sebab merekalah yang bakal mewarnai masa depan kita.

 

 *Update*

Masa weekend baru ni pun ada parents yang tanya pada cikgu bila nak dapat markah ujian akhir tahun... Ujian UPKK masih lagi berlangsung dan dia ingat cikgu ni banyak masa ke nak tanda kerta pelajar je. Pelajar pun bukan ada 10-20 orang. Banyak kelas dah tentu lebih dari 50 orang. Kalau seorang cikgu ajar lebih daripada 1 mata pelajaran? Mahu tak menimbun kertas peperiksaan yang nak kena tanda???? Sekalipun sekolah swasta tak bermaksud parents boleh tekan cikgu sesuka hati. EEeeeeee marahhhhhhnyeeeeeeee laaa parents macam ni.

 

RASA NAK MARAAAHHHH~~~ tapi kena SABARRRR...


Tak boleh nak letak Luvvv macam biasa sebab tengah bertabah menengokkan perangai segelintir parents yang sangat pushy ni... Haaaiiihhhh...


Mommy EEZ

2 comments:

  1. fuhh...dasyat parents mcm tu..Raihan sek swasta ke mommy Eez??anak bujang Linda tersangat rileks, smpai Linda pulak yang stress...rileks yang result exam biasa2 je...tu yg emak dia stress...hahaha...tambah lagi tekanan dr bapak Linda..ayat dia selalu "mak dah masuk U, xkn anak tak masuk U".. kita jadi stress pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah sekolah swasta tapi under lembaga zakat rasanya sebab yuran dia tak mahal macam sekolah swasta biasa. Kita redha je la apa je result yang keluar nanti ye. Budak2 sekarang mana boleh paksa2 nanti stressssss.. sabooo je laaa~~~~

      Delete

Popular Posts