Selamat Datang Ramadan Kareem 2023~

Assalamualaikum semua. 


Post ni dah terlambat 2 hari sebab hari ni dah hari ke-2 kita berpuasa. Tak apalah yang penting mommy eez rasa belum terlambat lagi nak wish...


SELAMAT BERPUASA buat semua para muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT selalu!


Di sini mommy eez share niat puasa sebulan dan harian buat rujukan korang semua~




Puasa kali ni, mommy eez nak rasa sangat keberkatan bulan Ramadan tu sendiri. Sebelum2 ni, rasa macam tak bersemangat lepas tu rasa serabut sebab memikirkan banyak hal. Kali ni, sekalipun rasa banyak benda nak kena buat, tapi mommy eez didik hati ni jadi redha. 


Redha, dapat buat ibadah takat ni je. 

Redha, tak semua benda kita dapat buat dengan sempurna. 

Redha, kita hanya merancang, Allah SWT yang tentukan. 

Redha, sekalipun plan tak menjadi, kita tetap teruskan dan buat mana yang mampu.


5 jenis redha ni mommy eez pegang supaya tak nak bebankan sangat perasaan yang dah memang sedia down dan serabut. Mahunya tak serabut. Lately Shopee dan Lazada suka sangat kenakan overcharged shipping dekat parcel Kiddie Oasis. Mentang2 lah kita dah sign-off segala mak nenek program dia, cara lain nak curi duit seller ialah dengan kenakan overcharged shipping kot 😒. Sebelum2 ni, tak pernah kena pun. Malah, dimension yang mommy eez letak pun lebih besar dari sepatutnya. Letih asyik nak kena argue dengan agent diorang. Yang tak logiknya, parcel bulan 10 tahun lepas punya pun tiba2 baru dapat tahu kena overcharged shipping. Barang dah sampai lama dekat customer bulan 10 tahun lepas, tiba2 baru sekarang nak caj??? 

Bertabahlah~~~

Mommy eez ni hanyalah seller level2 ikan bilis je. Memang selalu kena buli. 

Isk isk isk~~~


Umur dah nak masuk 40-an ni, mommy eez nak rasa tenang2 je. Kadang2 terfikir juga nak quit job as online seller. Tapi rasa sayang pula sebab dah lama bertapak kan. Rating pun dah ada. Walaupun tak ada lah gah mana, tapi bolehlah~

Ada juga lah cubaan nak tukar job, tapi perasaan anxiety tu datang. Tambah2 self confidence pun dah tahap -187. So, kita maintain je lah dengan apa yang ada. Yang penting dapat lebih banyak masa nak buat benda baik dan belajar tadabbur Al-Quran. Nak capai achievement hebat2 pun, bukannya kekal sampai bila2. Ada orang Allah SWT bagi rezeki dapat capai impian hebat2, dipandang tinggi dan duit berkepuk2. Tapi, mommy eez pilih untuk low profile and be at my own pace. Financially, mommy eez bukan kategori mewah sangat, tapi rasa cukup, Alhamdulillah. 


Hokey, back to our Ramadan spirit. Sorry, termelalut jauh plak kan. Walaupun ada bad vibes di situ, anggap je lah it is a part of life challenges yang semua orang pasti akan lalui. Cuma caranya dan masanya berbeza bagi setiap orang.


Mommy eez berdoa kita semua diberi rezeki oleh Allah SWT untuk berjumpa dengan Lailatul Qadr dan diberi kesempatan untuk berdoa sebanyak2 mana yang boleh pada malam itu insha Allah. Semoga Allah SWT memperkenankan segala doa yang baik2 untuk kita dan mengurniakan husnul khotimah buat kita semua.

Aameen.


Mommy eez ada buat sharing #faktamenarikramadan dekat Instagram Kiddie Oasis setiap hari dalam bulan Ramadan ni. Harapnya niat berkongsi ilmu ni, diterima dan dibalas pahala oleh Allah SWT, biiznillah. 


Jumpa lagi dalam next post. Jangan lupa makan sahur tau! Takut nanti, puasa yang yuk, pagi2 buka periuk! Hihihi~ JK.


Lavvv,

Mommy EEZ


www.kiddieoasis.com.my

Buku Teks Tahun 4 dan Tahun 5 Sekolah Kebangsaan dan KAFA (silibus JAIS)

Assalamualaikum semua,

Rindu betul nak berblogging! Sejak cuti sekolah bermula memang mommy eez agak terikat dengan masa dan susah nak luangkan masa nak menulis. Dalam kepala, macam2 perkara yang nak dikeluarkan tapi stuck je memanjang. Sekarang ni pun dah tengah malam dan mommy eez tak boleh nak tidur sebab cari pasal minum kopi malam2. Acah2 sesi healing dengan Incik Boss pukul 9.30pm tadi, terus dua2 dah tak boleh tidur!


Tajuk post kali ni berkaitan dengan buku teks sekolah Kakak Raihan. Kakak Raihan tak dapat pinjaman buku teks sebab dia bersekolah swasta. So, gigihlah mommy eez merata cari buku teks sekolah yang 2nd hand untuk lebih penjimatan. Nak beli baru dah beratus2 plak nak kena spend duit. Selagi boleh jimat, mommy eez akan tetap cari jalan untuk berjimat. Cheapskate? Bukan... kita cuba berbelanja dengan lebih bijak haaa gittew...


Sebelum ni, mommy eez cari buku2 teks sekolah 2nd hand di Carousel. Tahun lepas, kakak Raihan dapat rezeki free buku teks KAFA. Mommy eez hanya perlu beli buku teks sekolah kebangsaan je. Mommy eez sangat kagum dan sangat terinspirasi dengan orang yang memberi buku teks tu. Sebabnya, dah lah beliau gigih drive dari KL ke Shah Alam semata2 nak hantar buku teks tu pada mommy eez, siap tak kenakan apa2 caj pun. Allahu. Semoga Allah SWT luaskan dan mewahkan rezeki beliau sekeluarga aaameeen. Mommy eez pun bagilah sikit buah tangan pada beliau sebagai tanda terima kasih. 


Maka, disebabkan kejadian tu, mommy eez niat kalau dapat cari buku teks 2nd hand untuk kali ni, buku teks yang sedia ada ni (Tahun 4), mommy eez nak sedeqah je dengan harapan dapatlah pahala ilmu yang berpanjangan bukan setakat untuk mommy eez, malah pada orang yang pass buku teks pada mommy eez tu. 


Maka, 2 minggu sebelum sekolah dah nak mula mommy eez pun baru lah nak mencari buku teks 2nd hand Tahun 5 tu. Agak lewat dah sebenarnya nak cari tapi mommy eez tawakal je. Puas lah scroll Carousell beberapa hari dengan harapan jumpa apa yang dihajati, tapi hampa. Akhirnya, mommy eez decide beli baru semua buku teks tu memandangkan buku 2nd hand di Carousell tu pun tak jauh beza harganya dengan buku baru.


Tanpa mommy eez sedar, perancangan Allah SWT Maha Hebat. Masa mommy eez dan kakak Raihan pergi kedai buku yang paling famous dekat Seksyen 19 Shah Alam ni, dalam pada tengah2 belek buku, tiba2 mommy eez terdengar perbualan seorang mak dengan anak dia. Rupanya dia tengah cari buku teks sekolah Tahun 4 untuk anak dia. Mommy eez pun tanpa melepaskan peluang, terus offer untuk bagi buku teks Raihan pada anak dia. Sekali, mak tu bagitahu mommy eez, anak lelaki dia ada buku teks Tahun 5 sebab anak dia masuk Tahun 6 tahun ni. Allahu.. rezeki tak pernah salah alamat. Betul2 Allah SWT mudahkan urusan kami. Mommy eez pun tanya, anak dia bersekolah di mana. Belum sempat mak dia nak jawab, sekali anak lelaki dia yang jawab sambil pandang Raihan, "Sekolah sama ni...". Bertambah terkejut lah mommy eez 😆. Memang jodoh betul! Bila mommy eez tanya kakak Raihan, dia buat muka blur dan dia memang tak kenal budak lelaki tu. Apa lagi, mommy eez terus menyakat lah Raihan hahahaha~~~ kalau awak dah tinggi lampai macam budak sekolah menengah, mestilah orang cam. Lepas tu pakai baju budak sekolah rendah pula. Hihihi~~~


Akhirnya, kami pun bertukar-tukar lah buku teks Tahun 5 dan Tahun 4 di sekolah kakak Raihan.


Buku Teks Sekolah Kebangsaan (SK) Tahun 4




Buku Teks sekolah agama KAFA Tahun 4 under JAIS


Sekalipun ada yang tak lengkap dari pihak sana dalam 3 buku, mommy eez terima saja sebab dah jimat banyak dan mommy eez rasa bersyukur sangat2. Alhamdulillah ✨️ 


Buku Teks SK dan KAFA untuk Tahun 5 (kebetulan background gambar pun lebih kurang sama pakai playmat dengan mommy eez punya gambar dekat atas 😆😆😆. Memang jodoh kuat betul!) Dekat sini missing buku teks Tajwid, Imlak dan Pendidikan Seni Visual.


Sangat2 tak sangka Allah SWT mudahkan dan jawab doa mommy eez di waktu hampir2 nak beli semua buku teks tu. Insha Allah ada rezeki lagi tahun depan, kami berjumpa semula untuk swap buku teks lagi 😊


Moral of the story is, jangan pernah putus harap pada Allah SWT dalam apa jua keadaan. Yang penting niat kita ikhlas nak buat kebaikan dan beri manfaat pada orang lain. Semoga pahala yang mengalir sepanjang anak2 gunakan buku tu dikurniakan buat kami semua aaameeen ❤️



Jumpa lagi dalam next post!

Assalamualaikum 🐳


Lavvv,

Mommy EEZ

Elok ke anak-anak main game Genshin Impact?

Baru ingat nak tulis 1 post untuk 1 hari.

Tapi...

Malam2 gini tinggal 2 minit nak masuk 2 Mac baru dapat menulis.


Hari ni target revise hafazan anak2 dan buat exercise book untuk Wafa. Alhamdulillah dapat capai target, cuma mommy eez jadi keletihan yakmat. Sempat dating kejap dengan Incik Boss sambil healing dengan white coffee. White coffee bergabung dengan set nasi berkuahkan tomyam. Memang tengah weng lah perut ni sekarang...


Disebabkan kakak Raihan dapat buat apa yang mommy eez suruh untuk hari ni, maka kena lah mommy eez melayan main game Genshin Impact dengan dia.



Bagi mereka yang tak familiar dengan game ni, ianya sejenis game mobile app dan boleh juga install di PC ataupun laptop. Tapi saiznya tersangatlah besar lebih kurang 23GB utk phone dan 100GB untuk laptop. Memang makan space betul. Tapi memang puas hati main game ni sebab gambar cantik dan karakter dia pun comel2.


Berbalik pada kakak Raihan, dia sangatlah tabah menunggu mommy eez unlock Co-op punya function sebab nak join main sekali. Mommy eez baru terjebak selama seminggu dan sekarang baru terkedek2 mendaki Adventure Rank (AR) 8. Padahal kakak Raihan dah cecah AR 30. Nak rasa geng dengan anak, kena lah main sekali game tu kan. Lagi satu sebab nak tahu sama ada game tu OK ke tak dengan usia dia yang baru je cecah 11 tahun bulan lepas. So far, ok lah kot. Kalau nak cari game yang betul2 patuh shariah memang susah nak jumpa kot.


Apa yang tak berapa best pasal game ni yang mommy eez jumpa ialah:

1. Pakaian karakter ada sesetengahnya agak seksi dan nampak cleavage dada.

2. Maksud perkataan Genshin tu sendiri ialah 'Original God' dari bahasa Jepun. Kebanyakan nama2 god dalam game tu diambil dari nama2 demon.

3. Bila kita nak activate certain statue (macam timeline game tu), dia guna perkataan 'worship'.


Bagi sesetengah orang mungkin sensitif lah dengan konsep game ni. Tapi, mommy eez bagi kakak Raihan main sebab nak tengok cara dia berfikir strategi untuk selesaikan quest. Lagi satu, mommy eez suka tengok bila dia berlawan dengan opponent tu, tersangatlah tangkas tangan dia kawal joystick tu. Setiap karakter ada kelebihan masing2. Contoh macam Pyro (api) bila lawan dengan opponent jenis watery slime boleh lagi cepat hapuskan opponent. Maka, setiap kali jumpa opponent, kena fikir karakter apa yang sesuai untuk cepat matikan opponent tu. Kena banyak rajin membaca untuk fahamkan jalan cerita dan power setiap karakter. Umpama, anggaplah game ni sekadar cerita dongeng saja. Dulu2 pun mommy eez membesar dengan membaca kisah dongeng yang ada dewa2 juga. Ataupun sekadar khayalan dari anime. Tipulah kalau korang tak layan anime kan (melainkan korang memang nerd tak minat anime).


Mommy eez ni gigihlah dan terkedek2 nak faham game ni sebenarnya. Tambah2 part lawan2 tu. Biasalah, semakin dimamah usia ni, sel saraf2 dari otak ke tangan tu ada lagging sikit bila berhubung 😂😂😂.


Apa2 pun, itu je nak cerita untuk hari ni. Kalau korang nak share thoughts korang pasal game #GenshinImpact ni are most welcome dekat komen bawah hokey.


Good nite dan Assalamualaikum 😴 


Lavvv,

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

Yeayyyy! Google Adsense has NOW ACTIVATED on this blog!

Mommy eez dengan rasa penuh bangga dan rasa kembang hidung yang sukar dibendung nak maklumkan...


Mommy eez berjaya betulkan setting Google Adsense dekat blog ni!!! 


Yeayyy, Masha Allah, Tabarakallah, Alhamdulillah! 


Macam korang tengah nampak sekarang dekat bahagian atas post ni dan bawah gambar ikan paus dua beranak tu kan ada iklan. Dan ada juga beberapa placement iklan lain yang mommy eez buat juga demi menjana passive income. Sambil buat blog dan review, sambil2 tu korang boleh klik pada iklan untuk mencuci2 mata dan sekaligus, mommy eez pun dapatlah sedikit token. 


Mommy eez minta maaf kalau rasa macam agak serabut, tapi bagi pembaca yang merupakan blogger juga pasti korang sangat memahami kan. 


Inilah masalah yang mommy eez nak selesaikan dari tahun lepas lagi. Lama duk termenung macam mana nak activatekan Google Adsense dekat blog ni. Siap testing nak tukar templatelah, edit HTML la, delete Nuffnang segala bagai. Yang peliknya, bila view dari desktop tak keluar iklan. Bila view dari mobile, keluar iklan Nuffnang plak. Patutlah earning dekat Google Adsense statik je dah beberapa tahun. Haihhh buang masa betul.


Macam mana mommy eez betulkan?


Panjang juga ceritanya, tapi kebanyakannya mommy eez main redah je. Yang paling ketara, mommy eez copy-paste semula latest coding yang ada di Google Adsense dan letak pada widget 'Edit HTML' di blogger. Display ads pun ada macam2 jenis placement tapi yang berfungsi hanya by auto je. Takpelah, mommy eez tak nak terangkan lebih2 sebab memang tak pandai nak terangkan pun. Huhuhu~


Lepas tu bila dah keluar iklan, mommy eez siap dapat iklan Isha Tarot from Jewish. Dah kenapa keluar benda alah tu plakkkk~~~~ iklan telek nasib style Yahudi mabuk mana lah muncul dekat blog ni. So, mommy eez tukar settings dekat ads blocker. Barulaaahh iklan elok2 sikit keluar. Tapi kalau korang ada ternampak iklan pelik2, inform mommy eez tau. Nanti mommy eez amend balik settings dia.


Hokey, itu je nak habaq untuk hari ni. Hihihi~


Saja tulis dekat sini sebagai salah satu kejayaan buat insan kerdil macam mommy eez wuwuwu~ it's good to see my own achievement and boost my self worth.

Hokey, see you guys in the next post, insha Allah.


Lavvv,

Mommy EEZ


www.kiddieoasis.com.my

My #QuranTime 2.0 Episod 13 - Ayat 26-27 Surah Al-Baqarah (Halaman 5)

Assalamualaikum semua,


Bukan senang nak menulis ye sekarang disebabkan putaran masa yang super laju umpama air terjun yang mengalir. Terleka sikit je dah habis 1 jam. 1 jam tu dah macam 15min je sekarang kan. Korang rasa sama tak macam mommy eez rasa?


Baru2 ni mommy eez dan famili pergi melawat Nasyrul Quran Putrajaya. Seronok juga lah sebab dapat tengok macam mana Al-Quran dicetak di sini. Boleh baca post pasal Nasyrul Quran Putrajaya di sini.


Nasyrul Quran Complex Putrajaya


Semoga kita semua dapat tanamkan rasa cinta pada Al-Quran dalam apa jua cara sekalipun. Ikutkan nafsu hati ni, nak je beli Al-Quran terjemahan dari pelbagai penerbit buku sebab kandungan terjemahannya berbeza2 dan menarik. Ada yang masukkan sekali tafsir Ibnu Katsir, sirah nabawiyah dan siap ada QR code lagi tau untuk paparan peta dan sebagainya. Moden betul Al-Quran terjemahan sekarang. Tak pelah mommy eez pilih untuk belajar MQT dulu bak kata Ustaz Fazrul Ismail, MQT ni lebih kurang macam Al-Quran for dummies gittew. Mommy eez pun bukannya ada background pendidikan Islam. Sekolah agama pun tak pergi masa kecil2 dulu. Wuwuwu~~~ 


Jom, tanpa melengahkan masa, mommy eez nak sambung belajar MQT 2.0 untuk 2 ayat seterusnya dalam Surah Al-Baqarah. Jom kita mulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Episod 13 ini disampaikan oleh:

Ustaz Fazrul Ismail

Ustaz Tirmizi Ali


- Jom kita tengok sinopsis bagi episod kali ni:



- Pada ayat ke-26 ini, Allah SWT membawakan perumpamaan untuk membezakan orang2 yang boleh masuk ke syurga ataupun tidak. 



Perkataan يَسْتَحْىِ  bermaksud Allah SWT tidak malu atau tidak takut untuk membuat perumpamaan yang melibatkan بَعُوضَةًۭ (nyamuk). Orang2 musyrik memandang remeh atas perumpamaan yang Allah SWT sebutkan di dalam ayat ini kerana nyamuk adalah serangga yang kecil dan hina. Sekalipun hina, makhluk kecil bernama nyamuk ni mampu menggoncangkan dunia dengan penyakit denggi yang dibawa ataupun membawa manfaat bagi mereka yang berniaga ubat nyamuk mahupun kelambu. Perkara ini tak dapat dilihat oleh orang2 musyrik.

Terdapat 2 respons yang Allah SWT nyatakan di sini dari orang beriman dan orang kafir pada ayat ini:

  • Respon pertama: Orang2 beriman faham dan mengakui perumpamaan itu benar dari Allah SWT. Mereka tahu yang Allah SWT tidak akan buat sesuatu perkara yang sia2 dan ingin memberi pelajaran kepada orang2 beriman sekalipun melibatkan makhluk sekecil2 nyamuk. Ini sebagai tanda kasih sayang Allah SWT kepada orang2 beriman dengan membawa kebenaran di dalam Al-Quran
  • Respon kedua: Orang2 kafir mahupun munafik memandang remeh dengan perumpamaan yang Allah SWT berikan dan tertanya2 apakah maksud di sebalik perumpamaan itu. Bagi mereka sebagai Tuhan, Allah SWT sepatutnya bercakap perkara2 yang besar seperti alam semesta dan tak menyentuh langsung perkara yang kecil2 seperti nyamuk. Mereka ini terlalu fokus terhadap kebendaan sedangkan Allah SWT menyentuh perkara kecil untuk memberikan pelajaran. 

Dengan perumpamaan ini, ramai yang Allah SWT sesatkan terutamanya orang2 kafir dan munafik kerana mereka tak faham maksud sebenar perumpamaan ini. Namun, ada juga yang mendapat petunjuk/hidayah bagi orang2 beriman dari perumpamaan itu dan seterusnya menjadi asas untuk melakukan amal soleh dalam kehidupan seharian.

Oleh itu, bagi mereka yang sesat (orang kafir dan munafik), mereka tergolong di dalam golongan orang2 yang fasiq. Orang2 fasiq ini ialah orang2 yang derhaka kepada Allah SWT, melanggar perintahNya serta menggelarkan orang2 beriman ini bodoh dan berfikiran cetek. Sedangkan orang2 fasiq ini sendiri yang bodoh seperti yang dinyatakan di dalam ayat ke-13 dan 14 Surah Al-Baqarah serta mereka juga tak faham dengan perumpamaan yang Allah SWT berikan dalam ayat ke-26 ni. 

Pengajarannya, jangan sekali2 memandang rendah pada ayat2 Allah SWT kerana ilmu kita sangat terhad maka, kita harus akui sekalipun ada sesetengah ayat diulang2 dalam Al-Quran, pasti ada hikmah dan pelajaran buat kita semua.


Perkataan pilihan kali ni dipilih dari ayat ini:



Perkataan ini yang membawa maksud memukul kerana Allah SWT bawakan perumpamaan ini supaya dapat mengetuk/menjentik hati2 kita supaya kita belajar sesuatu dari ayat ini. 

Selain itu, kita sedia maklum nyamuk ni makhluk kotor yang menyedut darah. Menurut Ibnu Katsir, Allah SWT menyebut makhluk nyamuk dalam ayat ini kerana Allah SWT ingin tunjukkan bahawa orang2 kafir ini sukakan sesuatu yang kotor/tak baik berbanding hidayah Allah SWT.


- Pada ayat ke-27 pula, Allah SWT menerangkan bagaimana seseorang itu tidak mendapat hidayah dari perumpamaan Allah SWT dan menjadi orang yang fasiq.


Dalam ayat ini, Allah SWT memberitahu ciri2 orang2 fasiq iaitu:
  • Mereka selalu memecah belahkan ( يَنقُضُونَ ) perjanjian besar mereka dengan Allah SWT selepas perjanjian ( مِيثَـٰقِهِ ) dimeterai semasa alam roh. Perjanjian itu ialah semua roh telah bersyahadah kepada Allah SWT sebelum dimasukkan ke alam dunia. Namun, apabila berada di dunia, mereka lari jauh dari fitrah yang sebenar. 
  • Mereka memandang remeh terhadap perjanjian tersebut lalu memutuskan ( وَيَقْطَعُونَ ) perjanjian silaturahim dengan percakapan yang tak baik sesama saudara mereka
  • Mereka selalu melakukan kerosakan ( وَيُفْسِدُونَ ) di bumi contohnya seperti mencipta polisi2 yang menyusahkan malah mencuri hasil pendapatan orang ramai melalui rasuah.

Maka, orang2 fasiq ini termasuk dalam golongan orang2 yang rugi.


- Segmen tajwid, kita mulakan dengan hukum Mad Silah Towilah:



Hukum Mad Silah Towilah ialah Ha Dhomir/kata ganti nama (  ) yang berbaris bawah (kasrah) atau depan (dhammah) yang bertemu dengan hamzah ( ء ). Hukum bacaannya ialah 4 ke 5 harakat.


- Seterusnya;


Huruf ف dibunyikan dari dalam dengan menekan gigi kacip pada perut bibir. 


- Hafazan;



- Resolusi bagi kedua2 ayat2 ini:



Alhamdulillah settle lagi satu nota Episod 13 untuk MQT 2.0. Semoga bermanfaat buat semua ye. Maaflah kalau ayat tunggang langgang sebab mommy eez tak ada basic penulisan yang kreatif. Dah alang2, mommy eez nak study pasal MQT ni, mommy eez harap dapat juga kongsi ilmu yang sama pada korang semua insha Allah. Dari nak spend time untuk tonton video dekat bawah ni selama hampir 1 jam, mungkin boleh jimat masa hanya dengan membaca nota ni kan wallahualam.




Untuk nota yang sebelum ni dalam MQT 1.0 ada di bawah ni ye:




Insha Allah ada rezeki, berjumpa lagi dalam post yang akan datang.


Lavvv,

Mommy EEZ

Popular Posts