Assalamualaikum semua,
Rindu betul nak berblogging! Sejak cuti sekolah bermula memang mommy eez agak terikat dengan masa dan susah nak luangkan masa nak menulis. Dalam kepala, macam2 perkara yang nak dikeluarkan tapi stuck je memanjang. Sekarang ni pun dah tengah malam dan mommy eez tak boleh nak tidur sebab cari pasal minum kopi malam2. Acah2 sesi healing dengan Incik Boss pukul 9.30pm tadi, terus dua2 dah tak boleh tidur!
Tajuk post kali ni berkaitan dengan buku teks sekolah Kakak Raihan. Kakak Raihan tak dapat pinjaman buku teks sebab dia bersekolah swasta. So, gigihlah mommy eez merata cari buku teks sekolah yang 2nd hand untuk lebih penjimatan. Nak beli baru dah beratus2 plak nak kena spend duit. Selagi boleh jimat, mommy eez akan tetap cari jalan untuk berjimat. Cheapskate? Bukan... kita cuba berbelanja dengan lebih bijak haaa gittew...
Sebelum ni, mommy eez cari buku2 teks sekolah 2nd hand di Carousel. Tahun lepas, kakak Raihan dapat rezeki free buku teks KAFA. Mommy eez hanya perlu beli buku teks sekolah kebangsaan je. Mommy eez sangat kagum dan sangat terinspirasi dengan orang yang memberi buku teks tu. Sebabnya, dah lah beliau gigih drive dari KL ke Shah Alam semata2 nak hantar buku teks tu pada mommy eez, siap tak kenakan apa2 caj pun. Allahu. Semoga Allah SWT luaskan dan mewahkan rezeki beliau sekeluarga aaameeen. Mommy eez pun bagilah sikit buah tangan pada beliau sebagai tanda terima kasih.
Maka, disebabkan kejadian tu, mommy eez niat kalau dapat cari buku teks 2nd hand untuk kali ni, buku teks yang sedia ada ni (Tahun 4), mommy eez nak sedeqah je dengan harapan dapatlah pahala ilmu yang berpanjangan bukan setakat untuk mommy eez, malah pada orang yang pass buku teks pada mommy eez tu.
Maka, 2 minggu sebelum sekolah dah nak mula mommy eez pun baru lah nak mencari buku teks 2nd hand Tahun 5 tu. Agak lewat dah sebenarnya nak cari tapi mommy eez tawakal je. Puas lah scroll Carousell beberapa hari dengan harapan jumpa apa yang dihajati, tapi hampa. Akhirnya, mommy eez decide beli baru semua buku teks tu memandangkan buku 2nd hand di Carousell tu pun tak jauh beza harganya dengan buku baru.
Tanpa mommy eez sedar, perancangan Allah SWT Maha Hebat. Masa mommy eez dan kakak Raihan pergi kedai buku yang paling famous dekat Seksyen 19 Shah Alam ni, dalam pada tengah2 belek buku, tiba2 mommy eez terdengar perbualan seorang mak dengan anak dia. Rupanya dia tengah cari buku teks sekolah Tahun 4 untuk anak dia. Mommy eez pun tanpa melepaskan peluang, terus offer untuk bagi buku teks Raihan pada anak dia. Sekali, mak tu bagitahu mommy eez, anak lelaki dia ada buku teks Tahun 5 sebab anak dia masuk Tahun 6 tahun ni. Allahu.. rezeki tak pernah salah alamat. Betul2 Allah SWT mudahkan urusan kami. Mommy eez pun tanya, anak dia bersekolah di mana. Belum sempat mak dia nak jawab, sekali anak lelaki dia yang jawab sambil pandang Raihan, "Sekolah sama ni...". Bertambah terkejut lah mommy eez 😆. Memang jodoh betul! Bila mommy eez tanya kakak Raihan, dia buat muka blur dan dia memang tak kenal budak lelaki tu. Apa lagi, mommy eez terus menyakat lah Raihan hahahaha~~~ kalau awak dah tinggi lampai macam budak sekolah menengah, mestilah orang cam. Lepas tu pakai baju budak sekolah rendah pula. Hihihi~~~
Akhirnya, kami pun bertukar-tukar lah buku teks Tahun 5 dan Tahun 4 di sekolah kakak Raihan.
Sekalipun ada yang tak lengkap dari pihak sana dalam 3 buku, mommy eez terima saja sebab dah jimat banyak dan mommy eez rasa bersyukur sangat2. Alhamdulillah ✨️
Buku Teks SK dan KAFA untuk Tahun 5 (kebetulan background gambar pun lebih kurang sama pakai playmat dengan mommy eez punya gambar dekat atas 😆😆😆. Memang jodoh kuat betul!) Dekat sini missing buku teks Tajwid, Imlak dan Pendidikan Seni Visual.
Sangat2 tak sangka Allah SWT mudahkan dan jawab doa mommy eez di waktu hampir2 nak beli semua buku teks tu. Insha Allah ada rezeki lagi tahun depan, kami berjumpa semula untuk swap buku teks lagi 😊
Moral of the story is, jangan pernah putus harap pada Allah SWT dalam apa jua keadaan. Yang penting niat kita ikhlas nak buat kebaikan dan beri manfaat pada orang lain. Semoga pahala yang mengalir sepanjang anak2 gunakan buku tu dikurniakan buat kami semua aaameeen ❤️
Jumpa lagi dalam next post!
Assalamualaikum 🐳
Lavvv,
Mommy EEZ
No comments:
Post a Comment