DRAMA HARI INI...
Kecoh kejap hari ni bila anak2 yang ambil UPKK terpaksa direhatkan daripada menduduki peperiksaan kertas Sirah.
Boleh tekan pada gambar untuk melihat original post dari JAKIM
Peperiksaan kertas Sirah #UPKK hari ni dibatalkan disebabkan berlakunya perlanggaran SOP oleh salah sebuat pusat pemeriksaan/sekolah. Kemudian, JAKIM kata nak tangguh paper Sirah ni pada hari Selasa depan (23/1/24), iaitu pada hari yang sama budak2 ni ada paper Bahasa Arab. Terkejut beruklah mommy eez dengan berita ni pagi tadi. Bertambah risau bila budak2 nak kena hadap 2 paper killer dalam 1 hari. 2 subjek ni memang agak berat sebab melibatkan lebih banyak hafalan berbanding subjek lain. Paper Bahasa Arab tu saja akan ambil masa 2 jam untuk dijawab. Dahlah budak2 yang ambil exam UPKK ni baru je berumur 11 tahun dan pertama kali nak ambil ujian besar dalam hidup diorg. Mahu berasaplah kepala diorg hari Selasa nanti...
Mommy eez pun lepas dapat berita ni, terus menyerbu ke page JAKIM dan terus meluahkan kerisauan yang terbuku di dada. Hahaha~. Semangat tau tulis komen dgn harapan JAKIM boleh considerate.
Alhamdulillah petang tadi, ada parent share dalam group kelas kakak Raihan yang JAKIM setuju untuk asingkan subjek Sirah ke hari seterusnya iaitu hari Rabu depan (24/1/24). Legaaaaa mommy eez dengar. Tak sangka JAKIM boleh bertoleransi dengan keadaan anak2 dan juga komen2 dari ibu bapa. Ada yang marah dengan kejadian ni, tapi untuk mommy eez benda dah jadi nak marah pun tadaguna. It's beyond our control pun.
So, petang tadi mommy eez ambil kakak Raihan dari sekolah dengan harapan happy lah sikit anak sorang tu sebab dapat rehat kejap dari exam. Sekali dia membebel..
"Penatlaaaahhh orang dah ready and study tiba2 kena tangguh plak. Letihlaaah nak tunggu habis exam..."
Mommy eez pun terpaksalah pujuk..
"Apa boleh buat benda dah jadi. Takdir Allah tak ada siapa boleh halang. Mana tahu mungkin apa yang Raihan jawab dalam paper Sirah minggu depan jadi lebih baik dari hari ni wallahua'lam. Mana Raihan nak?"
Terus dia tersengih2. Allah lebih tahu apa yang kita tak tahu walaupun kita rasa macam nak question apa yang jadi. Baik redha je walaupun ambil masa hati tu nak jadi tenang. Siapa kita untuk menidakkan apa yang Allah nak benda tu jadi sedangkan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Mommy eez pun letih juga, yang ambil exam nya kakak Raihan tapi yang over risau mak nye lah...
Ini jadual UPKK 2023 terbaru yang JAKIM kongsikan di Facebook semalam.
Harapnya sempatlah anak2 ni study betul2 masa weekend nanti dan dapat jawab kertas soalan dengan lebih baik insha Allah...
Lavvv,
Mommy EEZ
terubat Raihan dengar nasihat mummy dia...
ReplyDeleteterbalik pulak dengan anak Linda, xd perasaan lansung bila beritahu paper Sirah tangguh...hahha
Ok lah tu.. better chill2 je daripada kabut kan. Anak eez ni memang sejenis cepat nervous. Kalau boleh nak cepat2 habis exam. Kesian juga dari 2nd week bulan ni sampai sekarang menghadap exam sebab gabung ujian akhir tahun bersambung dengan UPKK. Kita tengok dia pun letih huhuhu~
DeleteDitangguhkan kan
ReplyDeleteYa ditangguhkan. Kalau ikut hari ni dah habis. Bertabah je la.. huhu
Delete