2023 adalah tahun untuk mommy eez explore diri sendiri. Sebelum ni selalu rasa bersalah setiap kali nak buat sesuatu untuk hiburkan diri sendiri. Tapi kali ni, atas saranan doktor, mommy eez kena beranikan diri untuk unlock my inner potential. Yup, due to my anxiety selalu rasa mommy eez not doing enough for my own family and always put myself behind for others. Bertahun2 dah biasa melebihkan orang lain berbanding diri sendiri. Maka bermulalah journey mommy eez mulakan beberapa langkah untuk menghiburkan diri dengan...
Join kelas Ukulele dan kelas Zumba.
Walaupun rasa dah tua untuk join kelas2 macam ni, tapi mommy eez redah je. Kalau ikutkan nafsu sebenarnya nak belajar violin. Tapi rasa macam terlalu mencabar, so mommy eez tak nak rasa stress awal2 dan terus decide untuk santai2 belajar ukulele dulu. Alhamdulillah rasa berbaloi sangat. Sekarang ni tengah pulun belajar main fingerstyle. Setakat strumming tu semua orang pun boleh buat kan. Mommy eez memang suka mencabar diri ke tahap tertinggi sebab dengan fingerstyle tak payah nak menyanyi sangat sebab suara pun ke laut. Huhuhu~~~
Mommy eez join kelas Zumba sebab nak memaksa diri untuk bersenam. Dulu2 rajin juga jogging tapi lately macam dah bosan jogging sorang2. So, bila dapat buat Zumba dengan ada kawan2 semua rasa lebih semangat. So far dalam kelas tu semua perempuan dan mommy eez pun rasa selesa.
Selain tu ada juga lah ups and downs yang berlaku sepanjang tahun 2023 macam adik Wafa kena skin infection yang sangat teruk sejak Mac 2023 dan sampai sekarang masih lagi belum sembuh sepenuhnya. Keadaan kakak Raihan yang sangat mencabar tapi Alhamdulillah makin better sekarang. Ada juga pergi berjalan2 tapi tak banyak macam tahun 2022. Ending 2023 pun tak berapa best sangat sebab kitorang kena prepare kakak Raihan exam UPKK dan Incik Boss pun ada exam certification dalam field kerja dia, CyberSecurity. Tambah2, perang Taufan Al-Aqsa yang bermula 7 Oktober 2023 hari tu sampai sekarang masih tak ada bait2 untuk dapatkan gencatan senjata. Pedih, sedih dan sayu tengok keadaan saudara2 dekat sana...
Dan, sekarang here we are... dah masuk tahun 2024.
Alhamdulillah 'ala kulli hal setiap tahun yang berlalu membuatkan kita menjadi lebih matang atas segala cabaran dan pelajaran yang kita lalui. #tahun2024 pastinya lebih mencabar disebabkan apa yang sedang berlaku dalam dunia kita hari ini. Sejauh manapun kita tersasar atau jatuh terduduk, percayalah Allah SWT sentiasa bersama kita. Teguhkan iman di dasar hati agar hati menjadi baik dan bersih, sekaligus membawa amalan dan akhlak yang baik juga insha Allah. Manusia tiada yang sempurna tapi kita punya pilihan untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum ni.
Mommy eez minta maaf atas salah silap jika ada post mommy eez yang mengguris hati korang semua. Yang baik2 datangnya dari Allah SWT, dan yang kurang baik datang dari diri mommy eez sendiri yang banyak khilaf.
Jom kita sama2 perbaiki diri dan terus berjuang mdapatkan redha Allah dalam setiap nafas kita insha Allah.
#welcome2024 #happynewyear2024 #kitasamasamabelajar ##qurandisisibacasetiaphari dan #selamatdatang2024
No comments:
Post a Comment