Showing posts with label Miscellaneous. Show all posts
Showing posts with label Miscellaneous. Show all posts

Carry forward azam tahun lepas ke tahun 2023 tu?

Apa yang korang fikir bila baca tajuk post ni?

Nampak sangat azam tahun 2022 mommy eez tak dapat tercapai kan. Wuwuwu~~~

Apa azam yang nak kena re-new tu?

Pastilah azam NAK KURUSSSSS! Isk isk isk... badan mommy eez dah semakin membesar dengan sihat. Dengan lahirnya double chin, pipi yang bagaikan dipam2 bak tayar kembang, peha yang dah serupa peha kerbau dan BMI yang makin menghampiri tahap overweight memang memberikan tamparan wanita hebat dekat mommy eez. 

Lepas tu pula ternampak gambar ni...

Menambahkan lagi rasa down.. haihhh..
Tiba2..
Ada bekas kawan sekolah mommy eez share video ni:



Maka, mommy eez membuat kesimpulan:


1. Biarlah target/azam setinggi gunung mahupun langit, asalkan kita usaha dulu sedaya upaya baru tengok pada result. Bak kata nenek moyang kita dulu, "nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Biar usaha selagi boleh, jangan terhenti di tengah lelah" haaa gittew (yang 2nd part tu mommy eez saja tambah 😂 )


2. Kalau ikut video tu, kita kena ada 5 hobi. So mommy eez list down apa yang mommy eez boleh buat bagi memenuhi kelima2 kriteria hobi tu.

i. Hobi yang boleh menambahkan duit - Kiddie Oasis dan Foodeez Oasis

ii. Hobi yang boleh bagi body in shape - jogging 3 times a week atau jalan2 dkt shopping mall tanpa sedar boleh simply cecah 5000-6000 steps (alasan nak berjalan).

iii.  Hobi yang boleh buat kita jadi kreatif - macam tak ada lagi, tapi mommy eez suka main Ukulele. Boleh kira ke? Huhuhu~

iv. Hobi yang boleh tambahkan ilmu pengetahuan - baca buku. Yang ni mommy eez agak terkedek2 nak habiskan 1 buku sebab masa berlalu pergi bak air yang mengalir. Rasa macam 1 hari banyak sangat benda nak buat... Uwaaa~~~

iv. Hobi yang boleh tingkatkan cara kita berfikirstudy My #QuranTime


Jadi bagi memenuhi, kriteria di atas, mommy eez terus jadikan semua point di atas sebagai azam untuk tahun 2023 ni. Muahaha senang kerjaku!


Dalam perjalanan untuk memenuhi azam ni tak lah semuanya indah belaka. 

Maka, mommy eez nak tepek 'menu semangat' dekat sini supaya bila ada rasa lemau, letih, moody dan sewaktu dengannya, mommy eez cuba men'psiko'kan diri dengan kata2 di bawah:


Semoga kita semua diberi kekuatan untuk berjuang dalam hidup seharian kita yang penuh dengan dugaan dan harapan. Jangan mengalah sekalipun kita nampak tiada hala tuju. Percaya pada takdir Allah SWT dan jalan terussssss!


Chayo semua! Ganbatte!


Lavvv,

Mommy EEZ


www.kiddieoasis.com.my

Commission Fee Shopee Seller NAIK LAGI!!!???

Ini benar2 mendatangkan marah! Siapa yang tak marah, dalam keadaan ekonomi yang makin merudum ni, pihak Shopee naikkan lagi yuran komisyen pada para peniaga Shopee dan semestinya mommy eez antara yang terkesan.


Mesti ramai yang pening kan, berapa sebenar jumlah fees yang dikenakan oleh Shopee kepada seller ni. Jom, mommy eez terangkan. Kalau salah, haraplah tolong betulkan hokey.

Ada 3 jenis fees yang dikenakan:

  • Transaction fee:
    • yuran yang dikenakan untuk cover up kos payment gateway macam Maybank2U, CIMB Clicks, e-wallet, kredit kad dan etc. 
    • 2.12% termasuk GST
  • Service fee:
    • yuran yang dikenakan kalau seller join Free Shipping RM15 (FS15) atau Free Shipping (FS40) atau 10% cashback programme
    • refer table dekat bawah untuk nilai fee

  • Commission fee:
    • yuran yang dikenakan oleh Shopee mengikut jenis produk yang kita jual
    • nilai fee antara 2.65% sehingga 4.24% termasuk GST (berkuatkuasa pada 10 January 2023 nanti)
    • tengok perbezaan nilai fee sebelum dan selepas kenaikan di bawah ni

    Gambar bawah ni ialah breakdown product di bawah kategori di atas:




*tolong klik terus pada gambar untuk zoom-in

Itu baru fees dari Shopee, tak termasuk discount atau voucher yang kita letak pada harga barang dan kedai lagi. Dan apa yang mommy eez tunjukkan di sini masih belum detail sepenuhnya. Korang boleh rujuk link ni sebagai rujukan:


Jom, kita tengok berapa jumlah fees yang mommy eez kena untuk kedai Shopee Kiddie Oasis Online Store:


Walaupun perbezaan nilai tak begitu ketara tapi dah cukup mencekik bagi yang buat dropship. Komisyen untuk dropship seller average hanya 10% saja. Berapa kerat je untung dapat kalau total fees dah nak cecah 10%. Itu tak termasuk discount/voucher tu semua. Umpama buat kerja charity je meniaga di Shopee.

Mommy eez down la sikit bila dapat berita ni sebab tak tahu hala tuju Kiddie Oasis Online Store lepas ni. Main income banyak dari marketplace Shopee dan Lazada. 

Sebagai peniaga, tak bolehlah nak down lelama kan. Strategi mesti kena ada. Apa yang mommy eez plan untuk still kekal relevant ialah:

1. Keluarkan produk yang profit margin 10% dan ke bawah dari Shopee untuk elakkan lebih banyak rugi dari untung.

2. Masukkan produk lain yang profit margin 20% dan ke atas. Kalau 15% tu tak tahu berapa lama boleh bertahan sebab fees memang akan naik dari masa ke semasa. 

3. Kurangkan Service Fee dengan keluar dari program FS40 (untuk kes Kiddie Oasis Online Store) tapi yang ni cukup memberi kesan pada sales. Even masa mommy eez tukar dari FS15 ke FS40 pun sales jatuh merudum dengan dahsyatnya. Tapi kena redhaaaa~~~

4. Start masuk marketplace lain macam TikTok, PG Mall, Youbeli, Lazada dan lain2. Kalau ada lain2 marketplace lain boleh share juga hokey. Setahu mommy eez, fees PG Mall dan Youbeli dalam 5% overall tapi tak sure kalau ada hidden fees yang lain. 

5. Banyakkan direct customer berbanding customer dari Shopee. Tapi untuk kes ni sesuai kalau customer nak urgent dan COD. 

Korang ada idea lain yang lebih bernas? Boleh #sharingiscaring dekat komen di bawah ni ya.


Lavv,

Mommy EEZ

Sampai dah masanya untuk UPDATE BLOG!

Mommy eez dah decide untuk kerap buat post di sini. Jadi, bila dah semakin serius nak menulis, barulah mommy eez perasan yang banyak widget sebelah kanan ni perlu diperbaharui dengan kadar segera. Yang paling tak boleh blah, mommy eez dah 3 tahun ada e-commerce website ( www.kiddieoasis.com.my ) tapi tak pernah letak dekat sidebar sebelah kanan ni. Haiiissshhh!

Tindakan segera perlu diambil dengan kadar sepantassss kilatss!!!!

Mommy eez ni sejenis orang yang suka tengok semua benda tersusun. So, bila tengok blog ni makin tak terjaga rasa macam haissshhh rimasssss sangat!


Bila tengok to-do list nak kena buat rasa macam nak menangis.. isk isk isk! Ada lebih 100 action items to be accomplished. Tu tak masuk lagi projek baru @foodeez.oasis punya action item... Haaa yang itu pun mommy eez tak buat lagi welcoming post untuk baby baru ni. Itu pun ada hati nak belajar saham! Bweeek!


Bila dah kabut2 macam ni, terus teringat nak pergi bercuti...


Kalau korang ahlil nujum negara, di manakah tempat ini?

Insha Allah hujung bulan ni dah plan untuk pergi dua tempat. Kita #jalanjalancarimakan di sekitar Semenanjung Malaysia dulu lah. Nak pergi luar negara masih belum berkemampuan lagi. Tapi, kalau diberi rezeki lebih, sudah pasti destinasi pertama yang mommy eez nak pergi ialah di sini...



Kredit gambar dari Kosmo Digital


Semoga tercapai impian mommy eez untuk menjadi tetamu Allah SWT dengan keadaan kesihatan yang terbaik, bersama jemaah yang terbaik dan hati yang tenang insha Allah. 


Hokey, mommy eez kena pen off sebab nak betulkan beberapa algorithm dan susunan blog ni. Dari segi layout mungkin tak banyak perubahan sebab mommy eez suka sangat dengan skin layout ni. Widget la yang paling banyak kena perbetulkan. 


So let's gone for now. Will be back in the next post hokey!


p/s: jawapan untuk gambar pertama tu ialah di sini:




Lavvv,

Mommy EEZ


www.kiddieoasis.com.my


Kesan dari DOS PENGGALAK / Side effect BOOSTER DOSE untuk vaksin COVID-19

Holaaa! Assalamualaikum semua.


Mommy eez dalam mood untuk membebel sampai lebam hari ni. So mommy eez nak share pasal dos penggalak / booster dose (dos ke-3) untuk vaksin COVID-19. Masa mula2 nak decide untuk ambil booster tu pun sebenarnya risau juga sebab kali ni dengar kata ramai yang dapat kesan yang tak berapa baik lepas jab booster tu. Ada yang lemah seluruh badan, lumpuh separuh badan, kaki jadi lembik tak boleh jalan malah ada yang kena warded terusss. Gegegege... cuaks...


Mommy eez dijadualkan dapat booster pada 14 Januari 2022 pada pukul 3.30pm di PPV Emporis Kota Damansara (KD). Dahlah beberapa hari sebelum date tu, keluar berita yang keadaan agak tak terkawal di Emporis KD tu sebab ramai yang datang tak ikut masa appointment yang ditetapkan dalam MySejahtera. Lagi lah buat mommy eez rasa macam tak nak pergi langsung. Dengan nak bersesak2 ramai orang, takut tak pasal2 terjangkit dari situ kan. Nauzubillah... Kebetulan Incik Boss pun dapat date yang sama untuk jab booster tapi di tempat berlainan iaitu di Subang Parade pada pukul 5pm. Hadoiyai, lagi la pening sebab memikirkan kanak2 ribena yang dua orang ni (kakak Raihan dan adik Wafa) nak letak dekat mana sementara mommy dan abah nak kena amik dose booster ni.


Akhirnya, mommy eez dan Incik Boss hangkut je kanak2 ribena ke dua2 tempat PPV tu. Kami gilir2 jaga anak2 dalam kereta. Nak bawa sekali naik ke tempat PPV tu tak berapa berani sebab ramai orang kan. Kami tawakal je dengan harapan mommy eez sempat settle awal di Kota Damansara dan boleh terus pecut ke Subang Parade pula untuk turn Incik Boss. 



Masa dah sampai dekat PPV Emporis Kota Damansara ni, rasa LEMAH betul tengok orang ramai tengah beratur... isk isk isk...



Tapi, tak seperti yang dijangka. Alhamdulillah proses beratur sangat smooth. Tau-tau dah nak sampai ke bilik untuk ambil suntikan tu.



Alhamdulillah dah settled ambil booster dose a.k.a dos yang ke-3. Kalau lepas ni ada dos ke-4, ke-5, ke-7, ke-34, ke-182 dan seterusnya, jangan harap nak ambil lagi. 

Sebab apa? Jeng jeng jeng...


Jap kita bagi suspense dulu. Hahaha~ .


Lepas dah settled booster dose untuk mommy eez, giliran Incik Boss plak. Alhamdulillah kami sempat sampai ke Subang Parade sebelum pukul 5.30pm. Sementara tunggu Incik Boss ambil booster dose, mommy eez pun melayan la kanak2 ribena yang dah kelaparan...


*nak letak gambar tapi gambar hilang entah ke mana..."


Sehari selepas dapat jab booster tu, tiba2 Incik Boss mengadu sakit dada. Mula2 ingat macam chest pain biasa setakat sakit sekejap lepas tu hilang. Sekali berlanjutan sampai 2-3 hari. Disebabkan risau side effect dari booster tu jadi lagi teruk, mommy eez terus bawa Incik Boss ke bahagian emergency di hospital berdekatan rumah kami. 


Alhamdulillah tak ada apa yang serius. Incik Boss hanya diberi ubat celebrex untuk kurangkan sakit dada tu. Sakit dada tu rasa bila nak tarik nafas katanya. Lepas tu rasa dada tu macam ketat sikit. Apa lagi, lepas insiden tu memang Incik Boss terus ban la nak ambil dos vaksin yang seterusnya selepas ni wuwuwuwu~...


Untuk mommy eez pula macam biasa lenguh2 tangan je. Demam atau sakit2 badan tak ada, Alhamdulillah. Setakat badan lesu tu pun kejap je. Tapi bila dah tengok kesan yang Incik Boss dapat, rasa risau juga lah kalau lepas ni kena ambil lagi dos tambahan kan... haihhh... Kami semua dapat vaksin Astrazeneca (AZ) dari dos pertama sampai lah ke dos ke-3 ni.


So far, untuk family mommy eez yang lain dari kakak, abang, family in law semua yang ambil booster dose tak ada masalah. Tak ada kesan sampingan yang ketara mereka dapat lepas jab booster tu. So far yang paling terkesan Incik Boss je la. 


Nanti mommy eez sambung cerita tentang kakak Raihan plak yang baru je ambil 1st dose vaksin Pfizer untuk kanak-kanak pada 27 Februari yang lepas. Bukan senang nak decide oooiiii... Pening juga nak fikir... isk isk isk... 


Insha Allah kita berjumpa lagi dalam post yang akan datang!


Tata Titi Tutu,

Sambung lelap dulu. 😆


Lavvv,


Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

List Cerita Best Nak Layan di Netflix

Hi, Assalamualaikum semua...

Sepatutnya malam ni nak sambung tulis nota My Quran Time. Tapi rasa macam dah lewat malam so sel2 otak semua dah malap je. Tiba2 rasa macam nak tulis list cerita2 BEST yang ada dekat Netflix yang boleh anda semua tonton. Bagi mommy eez bila tengok cerita2 ni, memang berbaloi2 masa yang dihabiskan hahahaha~

Memula sekali, mommy eez suka layan cerita movie berbanding TV series sebab duration movie tak lama. Mommy eez tak ada banyak masa nak spend time tengok cerita lama2. Kerja rumah dan Kiddie Oasis Online Store berlambak2 nak buat. Even kalau ada movie yang panjang sampai 3 jam memang tengok pun separuh2. Jarang dapat tengok sekali harung habis semua dalam 1 masa. Melainkan TV series yang SUPER BEST macam Sherlock Holmes yang Benedict Cumberbatch (berlakon jadi Dr. Strange dalam Avengers tu) dan Martin Freeman (jadi John Watson, BFF Sherlock Holdmes) tu, memang mommy eez sendiri cannot help myself to stop watching. Hahaha~ . Kadang2 layan sampai pukul 2-3 pagi. Lepas tu bangun pagi esok tu menyesal sebab layan benda2 lagha 😆

Selalunya, kriteria yang mommy eez tengok pada cerita tu sebelum nak layan ialah:
1. Pelakon - kalau terkenal dan mommy eez suka tengok memang layankan je walaupun cerita tu tak ada lah best mana pun. 
2. Based on true story
3. Action and Adventures
4. Kisah2 penyiasatan macam Sherlock Holmes dan Accidental Detectives (ni cerita lawak but at the same time agak scary untuk yang 1st episode)
5. Documentary
6. Animation macam Ejen Ali, Boboiboy, Final Fantasy, Alita: The Battle Angel dan Ready Player One
7. Historic

Bawah ni list cerita yang mommy eez dah tengok dan mommy eez bagi sikit review untuk rujukan bersama. Cewwaahh macam la nak share pasal issue semasa kan sedangkan hiburan je semata2. Hihihi~


Movie / Telemovie:

- The Hunger Games (all 4 sequels : The Hunger Games, Catching Fire, Mockingjay Part 1 and 2)
Suka cerita ni sebab lain daripada yang lain walaupun tahap kekejamannya sangat tinggi. Tak berapa sesuai ditonton bersama2 dengan kanak2 bawah 12 tahun. Heroin perempuan dalam movie ni ialah Jennifer Lawrence yang berlakon jadi Mystique dalam movie X-Men.   


- Star Trek
Mommy eez peminat Chris Pine yang sangat handsome! Muahahahah~


- Star Trek Into the Darkness
Chris Pine berlakon lagi!


- Bird Box
Mommy eez teringat masa awal2 tengok cerita ni, mommy eez tengah dalam proses recover dari terkena serangan Panic Attack. Baru intro dalam 5-10 minit, mommy eez terpaksa tukar cerita lain sebab jantung dah start laju sebab nervous sangat. Hahaha~ Lepas beberapa bulan, bila dah reda sikit baru tengok balik cerita ni. Memang sangat saspen dan BEST! Main actress dia; Sandra Bullock.


- Ready Player One
Cerita ni sebab gabungan antara animation dan orang betul. So bolehlah layan walaupun jalan cerita agak cliche' tapi content lain dari yang lain.


- Puteri Gunung Ledang
Kalau suka cerita2 sejarah Melayu lama, silalah layan movie ni. Mommy eez ni memang jiwa seni tradisional lama sebab dulu2 masa sekolah rendah, arwah Ayah selalu bawa pergi tengok teater kanak2 dekat studio Matic, Jalan Ampang KL. Sekarang ni, kalau tak silap mommy eez, dekat situ dah jadi ASK (Akademi Seni Kebangsaan). Pelakon utama pun memang sangat legend; M. Nasir dan Tiara Jaquelina. Mommy eez suka sangat dengar bahasa yang diorg guna, pemandangan dalam filem tu dan juga costume. Tapi satu je mommy eez kureng sikit cerita ni. Jalan cerita dia AGAK SLOW. Sebab nak tunjuk Hang Tuah feeling2 dengan Puteri Gunung Ledang tu semua...


- Kartini 
Yang ni merupakan Indonesian histroric movie. Seriously BEST! Pelakon utamanya ialah Dian Sastrowardoyo. Cerita ni based on true history di mana perempuan sering dianggap sebagai hamba atau perhiasan dan tiada hak untuk menimba ilmu. Kartini ni merupakan tokoh yang mengangkat martabat wanita dan juga rakyat biasa dalam pendidikan di mana pada zaman itu, hanya golongan bangsawan saja yang mampu untuk mendapatkan peluang pendidikan.


-Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Cerita ni hasil karya Buya Hamka. Jalan cerita agak slow tapi penuh dengan budaya dan kecantikan bahasa. Reza Rahadian pegang watak antagonis dalam cerita ni.


- Habibie dan Ainun
Yang ni pun based on true Indonesion history. Siapa tak kenal mantan Presiden Indonesia B.J. Habibie, bekas jurutera yang sangat genius dan sangat berintegriti. Beliau hanya memegang jawatan Presiden Indonesia hanya dalam masa setahun je. Mungkin sebab tahap skema beliau sangat melangit jadi ramai ahli politik yang tidak berapa menyokong beliau. Wallahualam. Yang pasti 2 pelakon hebat yang membuatkan mommy eez nak tengok movie ni iaitu Bunga Citra Lestari (BCL) dan Reza Rahadian. Part tak best dalam cerita ni ialah, jalan cerita agak slow dan banyak bercakap. Tapi mommy eez tak kisah sebab suka sangat tengok lakonan BCL dan Reza Rahadian hihihi~


- Rudy Habibie
Movie ni merupakan kesinambungan movie Habibie dan Ainun. Kali ni mengisahkan flashback cerita semasa B.J. Habibie sedang merantau di Germany untuk melanjutkan pelajaran. Moral yang paling best dalam cerita ni ialah, setiap kali Rudy Habibie (B.J. Habibie) dalam kesusahan, beliau pasti akan menunaikan solat sunat. Tak kira di mana, hatta di dalam church sekalipun beliau sanggup asalkan dapat menunaikan solat di waktu beliau dalam kesedihan. Tinggi betul akhlak beliau jika benar apa yang digambarkan di dalam filem ni. Jalan cerita agak laju dan tak bosan langsung. Terbaik! Pelakon utama ialah Reza Rahadian, cuma BCL tak ada lagi masa ni sebab pada zaman tu, watak Ainun masih belum hadir lagi dalam hidup Rudy.


- Guru Bangsa Tjokroaminato
Haaaa kenapa mommy eez banya sangat layan movie Indonesia ni??? Sebab bila mommy eez tengok TV, kanak2 ribena selalu ada menemani di sisi. Jadi, tak dapekla nak layan cerita heavy2, thriller ke, 18SG dan etc. So, terpaksalah buka cerita selamat. Movie ni based on true Indonesian history. Lagi sekali pelakon utamanya ialah Reza Rahadian. Beliau bukan setakat handsome, tapi sangat versatile dalam lakonan. Campaklah apa saja watak pada dia, sure dia 'kunyah' habis-habisan! Puas hati tengok kualiti lakonan dia.




- The Twilight Saga (all 5 sequels : Twilight, New Moon, Eclipse, Breaking Dawn Part 1 and Part 2)
Cerita ni memang hot dari zaman mommy eez sekolah menengah lagi. Siap kitorang ada group Team Edward dan Team Jacob. Mommy eez sure la pilih Team Jacob sebab tak berapa minat sangat si Robert Pattinson tu. Love story yang sangat epic. Boleh dilayan bersama suami di sebelah. Cecece~


- Pulang 
Cerita ni mengisahkan kisah cinta yang tidak dapat diungkapkan sepenuhnya. Memang sedih je memanjang cerita ni. Ada jugalah part happy tapi bahagian permulaan tu je la. Mommy eez suka sinematografi cerita ni sebab guna teknik CGI. Cantik dan memang berkualiti. Movie ni pun berdasarkan true story dari family Datuk Ahmad Izham Omar (CEO Primeworks Studio). Pelakon utamanya ialah Remy Ishak. Azrel Ismail pun ada juga berlakon sebagai anak kepada Remy Ishak. Memang ada rupa seiras dua2 pelakon ni. Jalan cerita pun agak laju. Memang boleh layanlah~~ 


- Paskal
Movie ni masa permulaan tengok tu macam skema je. Tapi lama2 BEST sebab dapat tengok beberapa perkara yang kita tak pernah tahu tentang ahli2 PASKAL ni. Ada juga part2 kelakar. Boleh kata action movie ni, another 'level' compared to any other Malay movies and mommy eez guarantee worth your free time.


- All Because of You
Cerita ni very light. Setakat nak gelak2 dan happy2 bolehla layan cerita ni. Dibintangi oleh Hairul Azreen dan Janna Nick. Dua2 pun comel. Bertambah comel bila Namron berlakon jadi  lelaki lembut. Kalau tak kenal siapa Namron sila google. Beliau adalah antara pelakon2 legend di Malaysia.


- Aquaman
Jalan cerita movie ni cliche je tapi sebab suka tengok animation dan idea dalam cerita ni lain dari yang lain so tengok banyak kali pun still layan. Hihihi~


- Dangal
Inspired by a true story pasal woman wrestler dari India. Main cast Aamir Khan. Cerita ni pun best. Boleh dilayan seisi keluarga. Tengok banyak kali pun still terpaku depan TV hihihi~


- Bajrangi Bhaijaan
Cerita ni pun comel dan sesuai untuk ditonton bersama anak2. Lagu2 dalam cerita ni pun best sangat. Pelakon utama dalam movie ni ialah Salman Khan dan seorang kanak2 perempuan yang sangat comel. Dalam cerita ni ada menyentuh tentang pertembungan agama Hindu dan agama Islam serta hubungan negara antara India dan Pakistan. 


- Instant Family
Movie ni dilakonkan oleh Mark Walhberg. Movie ni mengisahkan tentang satu married couple yang tak ada anak, dan mereka adopt 3 beradik dari Mexico untuk dijadikan sebagai anak angkat. Ingatkan cerita ni macam cliche tapi jalan cerita dia sangat best! Sila tengok dengan anak2 korang. Mana yang tak ada anak, boleh ajak anak kucing tengok sekali hihihi~


TV Series:

- Sherlock Holmes BBC TV Series (featuring Benedict Cumberbatch and Martin Freeman)
- The Suit 
- The Blacklist
- Gilmore Girls (feeling2 BFF between mom and daughter)
- Brooklyn 99 (TV series yang super lawak)


Mommy eez tak berapa layan sangat cerita yang suka caruts2, gay/lesbian dan 18SX yang terlalu melampau. Mommy eez rela layan documentary daripada nak layan cerita2 macam ni sebab kadang2 rasa macam aksi 18SX je lebih tapi jalan cerita entah apa2. 


So far tu je la yang mommy eez suka tengok. Kalau ada lagi nanti mommy eez update hokey. Atau kalau korang ada movie lain yang best, jangan memalu drop komen di bawah. Boleh mommy eez layan bila free hihihi~



JOM TUKAR LINK BLOGLIST


Assalamualaikum semua,

Mommy eez saja nak join blogwalking since dapat pengunjung yang sudi tinggalkan komen di ChatBox (sidebar sebelah kanan). Terima kasih kepada Miss Potato. Appreciated it very much 😀.

So sambil usha2 blog Miss Potato rupanya ada kempen untuk share bloglist dari:


So, bagi memeriahkan kempen dari Linda Beauties ni, bolehlah drop link blog anda semua di komen bawah dan tekan link di gambar atas untuk share link blog anda di sana juga hokey.

Bagi yang drop link blog anda di sini Insya Allah mommy eez akan follow dan tinggalkan komen di sana. Harap sudi follow back blog Kiddie Oasis ni juga ya.

Terima kasih semua kawan2 blog.

Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita semua.

Aaaminnn

Lavvv,

Mommy EEZ


Wabak Covid-19 melanda MALAYSIA

Tiada siapa yang akan menyangka kita akan melalui waktu-waktu SUKAR sebegini di negara sendiri. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan atas arahan kerajaan Malaysia bermula pada 18 Mac 2020, semua rakyat Malaysia umpama dipenjarakan ke dalam rumah sendiri.

Mommy eez nak terangkan macam mana wabak Covid-19 ni mula tersebar di Malaysia pun macam dah terlewat dan sangat panjang kronologi dia. Yang pasti, ianya bermula dari bandar Wuhan, China di mana penyakit Covid-19 (sejenis penyakit coronavirus - boleh tanya lebih pada Pak Cik Google) ni boleh membawa maut terutama pada mereka yang mempunyai penyakit2 kronik macam sakit jantung, sakit buah pinggang, lemah imuniti badan, darah tinggi, kencing manis dan etc. Simptom2 penyakit Covid-19 ni boleh membuatkan seseorang itu mengalami masalah pernafasan bermula dengan batuk, demam dan sesak nafas. Malah ada yang langsung tak ada gejala tapi disahkan positif menghidap penyakit Covid-19. Amat2 menyeramkan bukan?

Walaupun mommy eez rasa 'something fishy' dengan cara wabak ini tersebar, apa yang pasti segala yang terjadi semuanya atas izin Allah S.W.T. Mommy eez pelik sebab wabak ini tersebar betul2 di waktu perayaan Tahun Baru China di mana semua orang kebanyakannya akan travel pulang ke China ataupun vice versa. Ataupun bagi yang tidak meraikan perayaan tu, akan ambil peluang untuk berjalan2 dan travel di sana sini pada masa itu. Jadi, virus tersebut tersebarlah dengan sangat mudah ke seluruh dunia. Timing cantik sangat bak kata orang Jawa.

Yang paling tak boleh blah, kenapa movie Contagion pada tahun 2011 tu seakan2 mirip dengan apa yang terjadi sekarang? Siap ending movie tu tunjuk punca virus tu sendiri daripada kelawar. Malah China sendiri claimed wabak Covid-19 ni berpunca daripada kelawar yang dijual di pasar eksotik di Wuhan. Selain movie Contagion, boleh juga layan movie The Flu, cerita Korea yang lebih extreme tentang flu-like disease ni. Movie Korea ni menggambarkan apa yang terjadi sekiranya wabak ini semakin tak terkawal dan kesan kepada psikologi dan corak pemerintahan manusia dalam sesuatu negara.

Adakah sangat kebetulan bila terdapat makmal biological (Wuhan Institute of Virology) yang hanya terletak lebih kurang 500 meter saja dari pasar eksotik di Wuhan tu? Banyak lagi persoalan tapi simpan dalam hati je la sebab, I have no power to change the world. Benda dah jadi dan kita semua di seluruh dunia sedang berperang dengan makhluk Allah yang bernama Covid-19 ni. Dalam Islam, tiada perkara kebetulan kerana semuanya terjadi adalah mengikut aturan Allah yang Maha Hebat. 

Terbaru, USA dan Itali telah mengungguli carta dalam bilangan jumlah pesakit Covid-19 dan begitu juga bilangan kematian akibat wabak ini di seluruh dunia. Mommy eez tak nak bagi exact number of cases dekat sini sebab semua info tu boleh didapati di Instagram atau Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia. Ada juga daily updates yang dibuat oleh Datuk Dr. Noor Hisham, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia tentang perkembangan wabak Covid-19 ni so rajin2 lah follow ye.

Hokey itu saja intro mommy eez tentang Covid-19 ni di mana mommy eez percaya semua orang dah tahu. Apa yang mommy eez cerita dekat atas tu hanya basic saja. Nak tahu detail boleh korek Pak Cik Google sendiri.

Tujuan post ni ialah sebenarnya ialah nak bagitahu notis di bawah ni:



Di waktu2 getir ini, di mana ramai peniaga yang mengambil langkah untuk tutup kedai, mommy eez masih lagi gigih menjalankan online biz seperti biasa dengan support dari supplier2 hebat. Cuma, mommy eez terpaksa stop buat servis COD untuk mengurangkan risiko berjumpa dengan lebih ramai orang. Even untuk self pick-up pun mommy eez tak buat (kecuali milk booster) sebab bagi menghormati arahan PKP. Lagi pun sejak PKP masuk ke Fasa 2 ni, polis dan tentera akan menjadi lebih tegas dan garang. Kalau tak nak free2 kena maki dan kena saman sampai duit melayang, baik duduk diam2 di rumah.

Memandangkan semua orang dah terperuk di dalam rumah, maka penjualan educational toys and book mommy eez meningkat dengan drastiknya. Itulah rezeki di dalam dugaan yang menimpa. Apa2 pun mommy eez tak pernah putus asa dan selalu berdoa dan bertawakal kepada Allah S.W.T untuk sentiasa kurniakan rezeki yang baik buat mommy eez dan family.

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah sampai setahun pun usia website  


di alam maya ni. Sangat berbaloi2 usaha mommy eez sebab tak ada dah nak kelam kabut nak track sales dan boleh monitor inventory dekat Shopee dan Lazada dengan sangat mudah sekali. Tahun ni mommy eez doakan supaya akan ada lebih banyak transaksi dibuat dalam website tu sebab mommy eez dah pun sediakan payment gateway Maybank2u Pay dekat situ. So, customer mommy eez boleh terus check-out dan buat payment direct ke Maybank2u tanpa perlu copy account number Kiddie Oasis (tapi untuk yang ada account Maybank saja lah). Mahu dekat setahun menunggu jugalah nak apply dan deal dengan pegawai dari Maybank untuk adakan payment gateway tu dekat website. Mula2 memang dah nak putus asa tapi Allah S.W.T. beri laluan juga akhirnya. Terima kasih ya Allah =)

Mommy eez harap di waktu kita melalui hari2 kita di rumah bersama famili semasa PKP ni, jangan lupa doakan bagi mereka2 yang tak bernasib baik dan yang tengah struggle untuk survive dalam keadaan yang sangat terdesak ini. Ekonomi dunia bakal berubah 360 degree. Dengan nilai mata wang Ringgit Malaysia yang tak menentu, banyak kedai tutup disebabkan pergerakan orang ramai yang sangat terhad dan banyak pekerjaan tak dapat dilaksanakan membuatkan economic recession sudah pun bermula. Pakar ekonomi ada yang mengatakan harga crude oil mampu mencecah ke $8/barrel jika wabak ini semakin berlarutan tanpa kawalan. Sekarang pun dah cecah bawah $30/barrel, macam mana pengusaha2 minyak nak survive?

Kita perlu mula menyimpan duit mulai sekarang. Belajar makan dan berbelanja dengan sederhana. Mommy eez mula sedar yang Allah S.W.T. mula train mommy eez untuk hidup sekadar yang perlu bermula daripada mommy eez quit kerja lagi. Masa tu selalu tertanya2, kenapa Allah letakkan mommy eez dalam situasi macam tu sedangkan masa tu bila melihat kawan2 lain yang mewah dan hebat, diri ni terasa sangat kerdil. Tapi sekarang, barulah mommy eez sedar yang Allah dah siapkan diri ni untuk menerima keadaan2 macam sekarang. Malah, ujian ini datang sekali lagi dengan gelombang yang lebih hebat. Semoga Allah naikkan darjat kita atas segala cabaran yang kita bakal hadapi nanti, Insya Allah.

Hokey cukup sampai sini je bebelan tak berapa nak berilmiah untuk post kali ni. Semoga diberi masa dan rezeki untuk share post yang lebih bermanfaat buat pembaca dekat luar sana sebagai saham akhirat buat mommy eez, insya Allah.

Take care everyone. Hanya Allah termpat bergantung harap dan hanya Dia yang mampu untuk menyelamatkan kita semua. #staysafe #stayathome and let us #fightcovid19together

Lav,

Mommy EEZ

Kenapa Traffic Instagram SLOW MELOW? | Why Instagram Engagement is Dropping



Photo credit to PakCik Google
😭 THIS IS TERRIBLY A SAD NEWS😭

Mommy EEZ just found out that this IG (instagram) of mine @kiddie.oasis kena shadowban. What is SHADOWBAN? Maksudnya engagement jadi drop yang sangat mendadak. Even dah pakai hashtags or post according to peak hours pun not really boosting the engagement. Instagram hide the post dkt Explore/Search walaupun kita tekan hashtag yg Mommy EEZ guna utk post tu. Mommy EEZ perasan benda ni jadi hampir seminggu lebih dah. Sebelum ni pernah jadi juga tapi recover agak cepat. So tadi Mommy EEZ baca a few articles about new #instagramalgorithm for 2019. Game dah lain ye. Maybe I was so ignorant about this before so end up I am killing my own IG in silence hahahaha~

1. Jangan repeat guna hashtag yang sama. Instagram akan cop as spam.

Memang Mommy EEZ ni 'super rajin' copy paste a long list of hashtags for every post dalam IG tu. Padan muka haku!

2. Jangan re-post selalu

How much frequent tak tau lah. Sebab baru ni ada je Mommy EEZ re-post video dan views sampai 600+. But still does not helping with the engagement. Engagement means ada komen dan LIKE.

3. Jangan edit post yang dah di'publish' within 24 hours

Yelah kadang2 typo error tu pun macam melampau2 kan. So nak tak nak kena edit juga supaya followers tak tersalah faham. So harga atas kesalahan itu ialah - no engagement! So lenkali check dulu sebelum post ye.

4. Kena rajin guna all features dalam Instagram- IG story, IGTV, built-in app etc

Mommy EEZ memang kagum pada mereka2 yang sgt tech-savvy dan rajin guna semua features di atas itu. Mommy EEZ memang nak sgt buat IGTV (tak nak tunjuk muka just sekadar nak review produk2 yang dijual) tapi belum dapat lepas lagi. Haih..

5. Reply to comments within the 1st 1 hour

Notification komen pun kadang2 tak dapat nak reply comment macam mana??? Tau2 bila buka post tu manually baru nampak komen.

6. Reply DM ASAP

Sama macam komen. Tak tau lah phone prob ke or whatnot. Memang tak dapat notification. Kalau dapat pun macam selepas 2-3 hari. Dah kenapa IG haku begini?

7. Make your post as genuinely as possible
Genuine bermaksud umpama kita memang nak share personal gambar kita pada semua orang. Contoh macam sambut birthday anak ke. Pergi jalan2 ke. Baru lepas makan restoran mewah ke. So post tu MUST be more friendly and not business oriented type. Tu pasal kena buat soft-selling bukan hard-selling.


Dahlah sekali post only 10% of your followers je yg dpt view. Then kena shadowban plak. Those points may not be affecting you because every IG account is unique. Mommy EEZ just share apa yg dibaca pagi tadi. Rasa sangat down. Tapi tak pelah. Life is full of challenges. Mommy EEZ dah bergelumang dalam online biz for almost 6 years so why should I give up now kan. I have other plan as well dan tengah develop. So TOLONG TOLONG TOLONG DOAKAN MOMMY EEZ BERJAYA ye insya Allah!

Thank you very much for spending your time by reading this. Semoga Allah merahmati dan memberkati hari kita hari ni dan seterusnya. Aaaminnn.

Lavveyewww,

                                                                                           Mommy EEZ

Apa itu HIBAH AMANAH dari ASNB?


 Kenapa nak buat Hibah? 
Apa untung kalau buat Hibah?
Wajib ke buat Hibah ni?


Mommy EEZ tahu ramai yang masih belum ada kesedaran untuk buat Hibah. Tak kiralah Hibah Takaful ke, Hibah Amanah ke atau ada jenis hibah2 yang lain. Yang pasti hibah ni tak wajib pun dibuat. Ianya adalah sunat dan  digalakkan buat untuk memudahkan proses peralihan harta kepada waris apabila berlaku kematian.

Katalah kita sebagai ibu bapa, tak sempat nak buat wasiat harta untuk anak2, semuaaaaa harta kita akan pergi ke Baitulmal atau ke Amanah Raya yang mana proses tuntutan akan ambil masa bertahun2! Ini bukan saja menyusahkan waris untuk uruskan harta2 kita, malah nasib anak2 kita pun takut tak terbela.

Apa itu Hibah?
Hibah tu secara ringkasnya ialah pemberian yang dibuat semasa pemberi masih hidup kepada penerima sebagai tanda kasih sayang.

Mommy EEZ dan suami memilih untuk buat hibah Amanah dari ASNB.

Hibah Amanah ASNB tu apa pula?
Hibah Amanah tu ialah perkhidmatan pengurusan harta oleh ASNB berlandaskan Syariah yang menerapkan konsep hibah dan amanah dalam pengurusan harta. Unit amanah ASNB atau dengan kata lain duit di dalam akaun ASNB yang dihibahkan akan dipindah milik kepada penerima setelah kematian pemberi / pemegang unit akaun ASNB. 

Kesedaran untuk buat hibah ni timbul sebab tengok ramai kenalan atau berita yang Mommy EEZ dapat tahu bila ibu dan ayah meninggal, anak2 jadi hilang arah dan hilang tempat bergantung. Jadi takut kalau ada apa2 terjadi pada Mommy EEZ dan suami, ada lah juga serba sikit simpanan wang buat anak2 kami.

Hibah ni tak terikat dengan Hukum Faraid jadi harta yang dah dihibahkan boleh terus dapat kepada penerima tanpa perlu diagihkan ikut Hukum Faraid. FYI, semua harta yang ditinggalkan perlu dibahagikan ikut Hukum Faraid termasuklah duit KWSP kita tau.

Lain2 info boleh rujuk terus di website Amanah Saham Nasional Berhad atau boleh baca pada brochure di link di bawah:

Brochure Hibah Amanah oleh ASNB - Klik sini

Jadi apa persediaan yang perlu ada sebelum kita apply Hibah Amanah ni?

1. Download form di website ASNB dan lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. 
*Pastikan form yang anda download tu latest version tau. Sebab kalau guna version lama ASNB tak terima

2. Perlukan 2 saksi lelaki beragama Islam untuk lengkapkan borang hibah ni. Anda perlukan sign dan juga salinan IC mereka untuk dikepilkan sekali dalam form hibah ni.
*Tapi kalau tak ada 2 saksi ni, kita perlu bawa semua orang yang terlibat - pemberi, penerima dan penjaga penerima (kalau penerima berusia kurang dari 18 tahun) semasa nak hantar borang tu nanti di pejabat ASNB. 

3. Kita boleh letak penerima maksimum seramai 10 orang - kot ada ramai anak nak diwasiatkan semua sekali kan. Pastikan penerima merupakan anak kandung atau cucu kandung dan Surat Kuasa Wakil tidak perlu diisi.
*Jika penerima bukan anak atau cucu kandung, anda perlu isikan Surat Kuasa Wakil. 

4. Misal kata anda ada ASB 1, ASB 2, ASN atau lain2 lagi, hanya perlu isi 1 form saja. Tak perlu fill-up form asing2 untuk setiap akaun.
*Semua dokumen yang diperlukan pun hanya perlu ada 1 salinan saja untuk 1 form.

5. Pastikan duit di dalam akaun ASB anda ada minimum RM1000 dan RM1000 ni akan jadi minimum balance untuk akaun anda sampai bila2. Maksudnya ASNB akan lock duit bernilai RM1000 ni dan tidak boleh dibawa keluar langsung sampailah di hari 'kejadian'.
*Duit RM1000 ni mestilah dari cash sendiri bukan dari loan, cagaran atau duit KWSP. Tapi bagi yang ada buat loan ASNB, boleh guna duit dividen untuk buat hibah amanah ni.

6. Anda perlu tahu bila penerima/penjaga nak tuntut harta dari ASNB, akan ada fee yang perlu dibayar kepada pihak ASNB. Tapi jangan risau. Penerima/Penjaga tak perlu keluarkan duit sebab pihak ASNB akan tolak siap2 dari jumlah harta/duit yang sedia ada dalam akaun pemberi.
*Fee yang dikenakan berdasarkan jadual di bawah:


 

7. Anda juga perlu tahu, misal kata penjaga bagi penerima pun sudah tiada (contoh kes - pemberi letak nama penjaga ialah isteri/suami tapi berlaku kemalangan bagi kedua2 suami dan isteri), waris terdekat sama ada ibu, bapa/datuk atau adik-beradik lain perlu ada salinan surat beranak pemberi hibah untuk check pertalian darah. Tapi menurut pegawai ASNB tu, katanya bukti salinan surat beranak tu tak berapa kuat. Lebih baik dapatkan surat dari mahkamah yang mengatakan waris terdekat ada pertalian darah dengan pemberi hibah dan barulah boleh menuntut harta dari ASNB.
*Apabila tuntutan berjaya dibuat oleh waris terdekat, duit akan dipindah masuk ke dalam akaun waris terdekat bagi penerima yang belum mencapai usia 18 tahun.

8. Katakan ada perubahan yang ingin anda lakukan pada nama penerima, anda perlu meminta izin penerima asal (kecuali anak kandung atau cucu kandung) untuk buat perubahan/pindaan. Haaaa... agak tricky di situ. Setiap pindaan/perubahan akan ada fee juga untuk dibayar kepada ASNB. So, pastikan nama penerima tu betul2 orang yang kita nak wariskan harta kita sebelum kita submit application pada ASNB.

9. Last sekali, anda perlu beritahu pada penerima atau penjaga kepada penerima yang proses untuk ASNB release harta dari hibah ini memakan masa dalam 21 hari saja. Berbanding wasiat lain yang mungkin ambil masa bertahun2. Lihat di bawah untuk perbezaan:

  

Apa kelebihan Hibah Amanah ni?



 Kredit gambar dari ciksukataip.blogspot.com


So kepada anda yang masih belum buat hibah untuk keluarga disarankan buat sebelum terlambat. Kita takkan tahu apa yang bakal terjadi kepada kita di hari mendatang, jadi bersiap sedialah dari awal khas buat orang2 yang kita sayang.

Sebelum terlupa, untuk membuat hibah amanah ni juga, ASNB ada kenakan yuran pendaftaran sebanyak RM180. Tapi sekarang ni ASNB ada buat promo jadi yuran hanya dikenakan sebanyak RM100 sahaja sampai 31 Oktober 2018. Jangan lepaskan peluang ni! Hihihihi~

Mommy EEZ tak dapat apa2 bayaran pun untuk posting Hibah Amanah ni. Tapi Mommy EEZ rasa sangat penting untuk sebarkan maklumat ni sebab rasanya ramai yang tak sedar akan kepentingan hibah ataupun pengurusan harta pusaka. Kalau boleh, kita nak 'pergi' tinggalkan keluarga kita dengan keadaan aman tenteram dan memudahkan semua pihak. Insya Allah.


Jumpa lagi dalam next post.


Wassalam,

Mommy EEZ

Popular Posts