Sekejap je dah masuk hari yang ke-24 Ramadan tahun 2024. Tarikh hari ni pun kemain berli-pat-pat lagi hihihi~ 4.4.24. Mengikut kepercayaan orang Cina, nombor 4 berturut2 ni dikira nombor malang. Tapi kita sebagai orang Islam jangan turut sama percaya plak. Number is just a number. Nasib malang ke nasib baik ke, kita percaya dan beriman kepada Qada' dan Qadar. Gittewww~~~
Jom kita sambung ringkasan nota Juzuk 24. Ayuh!!!
RINGKASAN NOTA JUZUK 24
disampaikan oleh
Ustaz Affuan dari Tadabbur Centre
- Juzuk 24 mengandungi 3 surah:
Surah Az-Zumar (ayat 32-75)
Surah Al-Ghafir (ayat 1-85)
Surah Fussilat (ayat 1-46)
- Ustaz Affuan berkongsi tentang sebuah buku bertajuk As-Saum (puasa) yang dikarang oleh Muhammad Abdullah yang membincangkan tentang bulan Ramadan. Dalam buku itu menyatakan puasa di bulan Ramadan digambarkan dengan kalimah Ar-Rabi' yang bermaksud musim bunga. Apabila orang menanam pokok pada musim bunga, proses penanamannya dijaga dengan elok dan rapi serta hasilnya membuatkan ramai orang teruja melihatnya. Begitu juga dengan Ramadan apabila kita menjaga ibadah kita pada bulan ini, pasti ada ganjaran yang baik Allah SWT sediakan buat kita terutamanya lailatul qadr.
- Pada bahagian terakhir surah Az-Zumar ini, Allah SWT menyatakan balasan neraka kepada mereka2 yang kufur dan degil tak mahu beriman kepada Allah SWT manakala balasan syurga bagi orang2 yang beriman kepadaNya. Allah SWT menerangkan dengan terperinci keadaan di syurga dan neraka dalam bahagian terakhir ini.
- Surah Al-Ghafir terdiri daripada ayat2 Makkiyah dan diturunkan selepas kematian Abi Talib iaitu bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Ghafir bermaksud orang mukmin (rujuk ayat 28 surah ini) ataupun Tuhan yang Maha Pengampun yang disebut dalam ayat 3 surah ini.
Sekalipun Allah SWT memberitahu kita yang Dia Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana tetapi Dia juga Maha Pengampun dosa hamba2nya. Dia juga Maha Penerima Taubat walaupun Dia mampu untuk memberikan azab yang sangat berat kepada hambaNya. Sekalipun hanya sekelumit taubat saja yang dizahirkan oleh hambaNya, Dia tetap menerima taubat tersebut.
- Allah SWT ingin mengajarkan kita betapa pentingnya mempelajari sejarah seperti yang dinyatakan dalam ayat 21 surah Al-Ghafir. Allah SWT menyuruh kita untuk berjalan dan mengembara di muka bumi ini supaya kita menjadi orang yang berfikir (ulul albab) dengan memerhati kesan2 sejarah yang berlaku pada umat2 terdahulu. Melalui ayat ini, Allah SWT menggalakkan kita untuk mengkaji sejarah supaya kita dapat membezakan peninggalan sejarah antara orang2 yang beriman dan orang2 yang diazab oleh Allah SWT.
- Terdapat kisah seorang lelaki dari keturunan Firaun diceritakan dalam ayat 28 surah Al-Ghafir. Beliau seorang yang beriman dan cuba berdakwah sekalipun berseorangan. Pelajaran dari kisah ini ialah Allah SWT mahu kita berdakwah dengan apa jua cara dan selalu ada usaha ke arah itu walaupun ada kemungkinan tidak berjaya. Kita mesti berpegang dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah SWT atas segala perkara.
- Berdasarkan 3 ayat terakhir surah Al-Ghafir, Allah SWT juga mahu kita sentiasa memohon ampun dan taubat dengan segera tanpa berlengah masa walaupun kita membuatnya tak sepenuh hati.
- Surah Fussilat terdiri daripada ayat2 Makkiyah dan diturunkan selepas surah Al-Ghafir. Surah ini merupakan kesinambungan dari surah Al-Ghafir yang menceritakan tentang orang2 yang beriman dan yang enggan beriman. Allah SWT membawakan kisah umat2 terdahulu seperti kaum 'Ad dan kaum Tsamud yang dipanah petir kerana kesombongan mereka. Lalu mereka dimusnahkan oleh Allah SWT dan diazab di Hari Akhirat. Pada ayat 19 dan 20 surah Fussilat, Allah SWT menggambarkan keadaan di Hari Akhirat bagaimana orang2 yang kufur ini menerima balasan atas perbuatan mereka di dunia.
Perkataan Fussilat dijumpai pada ayat 3 surah ini yang menekankan Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab. Bahasa Arab ini sangat ajaib dan unik kerana mengikut kitab Imam Al-Ghazali, bahasa ini boleh dihafal oleh semua lapisan masyarakat walaupun bukan berasal dari bangsa Arab. Malah, kita bukan saja dapat menghafal bait2 kalimah tapi begitu juga huruf2 dan hukum2 bacaannya.
- Dalam surah Fussilat, Allah SWT menyuruh kita apabila menyeru dakwah kepada orang ramai, sampaikan dengan sepenuh hati. Kita perlu rendahkan hati dan diri kita serta tinggikan Tuhan, Allah SWT.
- Allah SWT ada menceritakan dalam surah Fussilat tentang musuh utama kita iaitu syaitan akan selalu mencari jalan supaya kita tergelincir ke jalan yang sesat. Maka, kita perlu sentiasa meminta perlindungan daripada Allah SWT supaya dijauhi/terlindung dari gangguan2 syaitan ini.
- Pada ayat2 terakhir surah Fussilat, Allah SWT menegaskan sekali lagi tentang kebenaran yang dibawa oleh kitab2 terdahulu dan juga Al-Quran. Kita perlu merenung kembali ayat2 Allah SWT tentang penciptaanNya pada semua makhluk (termasuk diri sendiri) supaya kita sedar akan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT.
Sekian saja ringkasan nota bagi Juzuk 24. Semoga bermanfaat hendaknya insha Allah. Jika ada sebarang nota mommy eez ni kurang jelas dan ada kesalahan, mommy eez harap dapatlah diperbetulkan hokey. Drop saja komen anda di ruangan di bawah.
Lavvv,
Mommy EEZ
No comments:
Post a Comment