Tadabbur Quran 30 Juzuk : Kompas Juzuk 21 oleh Ustaz Muhaimin

Selamat memburu lailatuqadar untuk Ramadan tahun 2024 ini!

 

Semoga doa2 kita diangkat terusss oleh malaikat dan sampai kepada Allah SWT. Kemudian, atas izin dan pertimbanganNya, Allah SWT akan memberikan segala yang terbaik buat kita nanti aaameeen 💓


Jom kita sambung nota Juzuk 21 pula kali ni.


RINGKASAN NOTA JUZUK 21

disampaikan oleh

Ustaz Muhaimin dari Tadabbur Centre


- Juzuk 21 mengandungi 5 surah:

  • Surah Al-'Ankabut (ayat 46-69)

  • Surah Ar-Rum (ayat 1-60)

  • Surah Luqman (ayat 1-34)

  • Surah As-Sajdah (ayat 1-30)

  • Surah Al-Ahzab (ayat 1-30)


- Pada penghujung surah Al-'Ankabut, Allah SWT menyambung berkenaan dengan Al-Quran yang diturunkan sebagai pelengkap bagi kitab2 sebelumnya iaitu kitab Taurat dan Injil. Pada ayat 57 surah Al-'Ankabut juga Allah SWT menyatakan setiap yang hidup pasti merasai kematian. Allah SWT juga menerangkan pembalasan bagi orang2 yang beriman dan orang2 yang kafir.


- Kebanyakan surah yang bermula dengan huruf2 muqotho'ah (huruf2 potong) akan berkisarkan tentang keagungan Al-Quran seperti surah Al-Baqarah dan surah Yasin. Namun untuk surah Ar-Rum, walaupun bermula dengan huruf2 muqotho'ah tetapi ianya tidak menekankan tentang Al-Quran pada ayat2 seterusnya. Ini kerana Allah SWT ingin menunjukkan satu mukjizat yang tersembunyi (mukjizat tariqi) di beberapa bahagian surah Ar-Rum nanti. 

Mukjizat Tariqi ini ialah mukjizat sejarah atau sebahagian para ulama' memanggilnya sebagai mukjizat ghaibi (mukjizat perkara yang ghaib). Ini kerana ayat2 dalam surah Ar-Rum mengisahkan tentang perkara2 di masa depan pada ketika surah ini diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Maksudnya ayat2 dalam surah Ar-Rum hanya berlaku selepas ayat2 ini diturunkan contoh seperti kemenangan Rom ke atas Parsi berlaku selepas 8-9 tahun surah Ar-Rum diturunkan.

Allah SWT bertujuan berbuat demikian bagi membuktikan kebenaran Al-Quran kepada umat manusia.

 

- Surah2 yang bermula dengan الٓÙ…ٓ datang secara berkumpulan seperti kita lihat pada ayat pertama bagi 3 surah berturut ini; surah Ar-Rum, surah Luqman dan surah As-Sajdah. Begitu juga kita boleh lihat perkara yang sama pada surah Al-Baqarah dan surah Ali-Imran.


- Permulaan surah Luqman menceritakan kebenaran Al-Quran yang menjadi petunjuk bagi orang2 yang beriman.

 

- Dalam Surah Luqman, Allah SWT ingin memaparkan bukti2 kekuasaan Allah SWT seperti:

  • Allah SWT menciptakan manusia daripada tanah dan mengizinkan manusia ini bertebaran di dunia untuk hidup dengan maju. 

  • Allah SWT menjadikan manusia itu berpasang2an yang mana setiap pasangan itu membawa rahmat dan kebahagiaan. 

  • Allah SWT menciptakan langit dan bumi

  • Allah SWT menciptakan kebolehan manusia menguasai pelbagai bahasa yang berbeza

  • Allah SWT menciptakan pelbagai manusia yang berbeza dari segi fizikal, akal fikiran dan sebagainya.

  • Allah SWT menciptakan siang dan malam supaya manusia boleh bekerja pada siang harinya dan berehat pada malam harinya. Berdasarkan kitab al-Tahrir wa al-Tanwir oleh Sheikh Tahir Ibn 'Asyur, otak dan jasad kita direhatkan apabila kita tidur. Maka, apabila kita bangun pada siang harinya kita akan berasa segar dan penuh semangat. Berbeza dengan Allah SWT yang tidak pernah berasa mengantuk mahupun tidur (ayatul kursi) kerana mampu mentadbir alam ini tanpa perlu berehat seperti manusia.

 

- Perkara yang paling popular tentang surah Luqman ini adalah wasiat Luqman kepada anaknya. Wasiat ini berbentuk nasihat dari aspek:

  • Akidah

    • jangan mensyirikkan Allah SWT kerana ia merupakan kezaliman yang besar terhadap diri sendiri.

  • Ibadah

    • dirikanlah solat, lakukan ketaatan dan jauhilah kemungkaran

  • Masyarakat

    • janganlah kamu berpaling muka dari memandang orang lain iaitu dengan beramah mesra dengan masyarakat. 

    • janganlah kamu berjalan dengan penuh bongkak di atas muka bumi kerana sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada orang yang suka membangga diri

 

- Allah SWT memerintahkan kita untuk mentaati ibu bapa dalam surah Luqman. Perintah ini selari dengan ayat 23-24 surah Al-Isra' yang juga menyuruh untuk berbuat baik kepada ibu bapa sebaik2nya.


- Allah SWT menggalakkan ibu2 yang baru bersalin untuk menyusukan bayi mereka selama 2 tahun penuh dan ini dirakamkan dalam ayat 14 surah Luqman. Berdasarkan kitab Ma' Qasas As-Sabiqin fi Al-Quran oleh Sheikh Dr. Solah Abdul Fatah Al-Khalidi membincangkan jika bayi tidak disusukan sepenuhnya selama 2 tahun, berkemungkinan bayi tersebut senang mendapat jangkitan dan tidak mendapat nutrien semulajadi dalam tempoh yang secukupnya dari ibunya. Ini selari dengan perintah Allah SWT pada ayat 233 surah Al-Baqarah yang mana Allah SWT meminta untuk menggenapkan tempoh penyusuan bayi selama 2 tahun.


- Permulaan surah As-Sajdah sama seperti surah Ar-Rum iaitu bermula dengan huruf muqotho'ah tetapi isi kandungan surah ini lebih kepada penciptaan manusia. Sekali lagi Allah SWT menegaskan manusia berasal daripada tanah dan Dialah yang memberi rezeki kepada manusia untuk hidup di atas muka bumi ini. Manusia diberi pilihan dalam hidup mereka sama ada mahu berada di jalan yang lurus (siratul mustaqim) ataupun tidak. Allah SWT mahu mengajarkan manusia supaya mentaati kebenaran dan menjauhi kemungkaran.

 

- Dalam surah As-Sajdah, Allah SWT juga menggambarkan keadaan golongan orang2 kafir yang menyesal pada Hari Perhitungan kerana sudah yakin melihat azab Allah SWT di depan mata mereka lalu mereka meminta kepada Allah SWT untuk dikembalikan ke dunia. Namun, Allah SWT tidak membenarkan dan taubat mereka sudah pun terlambat. Maka rasailah mereka azab yang telah ditetapkan untuk mereka disebabkan kedegilan mereka tidak mahu beriman kepada Allah SWT ketika masih hidup di dunia.

Oleh itu, pelajaran dari kisah ini kita harus bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah SWT kurniakan. Jalankanlah perintah Allah SWT dengan mengikut jalan yang lurus dan menjauhi perkara2 yang Allah SWT telah larang.


- Surah Al-Ahzab diturunkan selepas terjadinya perang Al-Ahzab. Allah SWT telah menghantar pertolongan kepada tentera muslimin dengan 2 cara:

  • Allah SWT turunkan ribut taufan bagi menumbangkan tentera musuh
  • Allah SWT menghantar para Malaikat sebagai bantuan ketenteraan kerana jumlah tentera muslimin yang sedikit berbanding tentera musuh

 

- Isu lain yang diutarakan dalam surah Al-Ahzab juga ialah larangan meletakkan nama anak angkat dengan ber'Bin' kepada bapa angkat. Ini kerana anak angkat tiada pertalian darah dengan bapa angkatnya. Allah SWT hanya membenarkan nama anak sendiri yang ada pertalian darah ber'bin' kepada bapa kandungnya sendiri. Perkara ini penting kerana ianya akan melibatkan warisan harta apabila seorang bapa meninggal dunia.


Alhamdulillah sekian saja ringkasan nota Juzuk 21 ni. Semoga bermanfaat dan jadikan nota ini sebagai permulaan untuk kita mula mendalami isi2 yang lebih mendalam yang terkandung dalam Al-Quran insha Allah.


Lavvv,

Mommy EEZ

4 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini. Moga pahala akak berpanjangan sampai ke akhirat. Aamin :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaameeen.. doa yang baik2 utk Cuya and famili juga Aaameeen

      Delete
  2. insya-Allah...
    terima kasih atas perkongsiannya mommy EEz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Linda. Semoga bermanfaat insha Allah

      Delete

Popular Posts