Tadabbur Quran 30 Juzuk : Kompas Juzuk 25 oleh Dr. Azrul Azlan

Tinggal tak sampai 5 hari lagi nak menuju ke akhir Ramadan. Ya Rabb Ramadan kali ni mommy eez rasa sangat lelah berbanding tahun lepas. Tahun lepas bila nak solat terawih semua tu rasa ringan lagi. Kali ni mungkin dibebankan dengan keadaan kesihatan yang tak berapa betul2 sihat dan macam2 benda jadi, maka dugaan Ramadan kali ni memang agak mencabar. Tapi, Alhamdulillah mommy eez rasa banyak Allah SWT mudahkan untuk mommy eez dan famili. Sekalipun penat, mommy eez harapkan pahala yang berterusan/berpanjangan buat mommy eez dan famili. Aaaameen.

 

Jom kita sambung nota ringkasan yang seterusnya iaitu Juzuk 25.

 

RINGKASAN NOTA JUZUK 25

disampaikan oleh

Dr. Azrul Azlan


 - Juzuk 25 mengandungi 5 surah:

  • Surah Fussilat (ayat 47-54)

  • Surah Asy-Syuraa (ayat 1-53)

  • Surah Az-Zukhruf (ayat 1-89)

  • Surah Ad-Dukhan (ayat 1-59)

  • Surah Al-Jasiyah (ayat 1-37)


- Pada bahagian akhir surah Fussilat menceritakan tentang kekuasaan Allah SWT dan menempelak orang2 kufur tentang patung2 berhala mereka. Allah SWT menegaskan sifat manusia yang selalu lupa apabila didatangkan kesenangan kepada mereka dan kembali merintih dan mengadu kepada Allah SWT apabila kesusahan menimpa mereka. Allah SWT juga menekankan tentang kebenaran Al-Quran dan orang2 kafir ini akan terus berada dalam keadaan ragu2 selagi mana mereka tidak menerima Al-Quran sebagai wahyu dari Allah SWT.


- Surah Asy-Syuraa diberi nama bersempena peristiwa Perjanjian Aqabah (Baiat Aqabah) pada tahun ke-9 kenabian buat Nabi Muhammad SAW. Asy-Syuraa bermaksud perbincangan/mesyuarat yang mana apabila sesuatu keputusan yang bernas dibuat mestilah berdasarkan perbincangan atau muafakat ahli2 dalam sesebuah mesyuarat.


- Surah Asy-Syuraa ini menghimpunkan nama2 5 orang Rasul Ulul Azmi yang kita kenali. Bila kita lihat ayat pertama surah ini mempunyai 5 huruf muqhoto'ah (huruf potong) maka sebahagian ulama' mengatakan ada perkaitan antara 5 huruf ini dengan 5 orang Rasul Ulul Azmi yang disebut dalam surah ini. Selain itu, apabila satu surah itu bermula dengan huruf2 muqhoto'ah (seperti yang telah dinyatakan pada juzuk2 sebelum ini) selalunya ayat2 seterusnya akan menceritakan tentang kemuliaan dan kebenaran Al-Quran. Jadi boleh disimpulkan bahawa Allah SWT mahukan kita berfikir dan mengkaji apakah maksud tersirat di sebalik ayat2 Al-Quran yang merupakan wahyu/kalamullah ini. 

 

- Pada ayat 3 surah Asy-Syuraa berkisarkan tentang wahyu dan begitu juga pada ayat2 terakhir surah ini menyentuh tentang wahyu dan kebesaran/kekuasaan Allah SWT. Pengajarannya di sini ialah kita perlu mengakui kelemahan kita sebagai manusia yang memerlukan bimbingan wahyu dari Allah SWT dan mengiktiraf kehebatan dan kekuasaan Allah SWT yang Maha Sempurna.

 

- Tema surah Asy-Syuraa' ialah mengenai kesatuan ummah. Perkara ini dicapai melalui perbincangan di antara ahli2 mesyuarat dalam menentukan sesuatu perkara/keputusan yang terbaik buat semua orang terutama agama Islam. 


- Allah SWT menceritakan tentang istigfar yang dilakukan oleh para Malaikat pada ayat 5, surah Asy-Syuraa dan dirakamkan juga pada ayat 7 Surah Al-Ghafir. Bezanya kedua2 cerita ini adalah:

  • Malaikat2 yang dinyatakan dalam ayat 5 surah Asy-Syuraa ialah Malaikat2 yang menjaga langit tetapi mereka tidak menjaga Arasy Allah SWT. Malaikat2 ini memohon doa buat penduduk di bumi (sama ada beriman atau tidak beriman) supaya dikurniakan rezeki dan kelapangan. 

  • Malaikat2 yang dinyatakan dalam ayat 7 surah Al-Ghafir ialah Malaikat2 penjaga Arasy Allah SWT yang memohon doa dan keampunan untuk orang2 yang beriman saja.


- Pada ayat 14, surah Asy-Syuraa menceritakan tentang kota Mekah yang menjadi pusat kepada bumi serta sifat hasad dan dengki yang boleh menyebabkan berlakunya perpecahan antara umat.


- Allah SWT menyentuh dalam surah Asy-Syuraa tentang kepentingan menyucikan niat dalam beribadah kerana niat yang suci menghasilkan amalan2 yang baik dan ikhlas.


- Pada ayat 30 surah Asy-Syura, Allah SWT menyatakan perbuatan maksiat boleh menyebabkan turunnya bala kepada umat manusia. 


- Allah SWT menerangkan sifat2 yang perlu ada pada seorang mukmin yang sentiasa meninggikan agama Islam adalah dengan;

  • mempunyai akidah yang suci bagi menerapkan kalimah2 Allah SWT dalam kehidupan masyarakat (rujuk ayat 36 surah Asy-Syuraa)
  • sentiasa menjauhi maksiat (rujuk ayat 37 surah Asy-Syuraa)
  • mempunyai akhlak yang baik bagi menarik minat orang2 yang masih belum terbuka hatinya kepada Islam
  • sentiasa bersikap istiqamah dalam bertawakal kepada Allah SWT
  • menjaga solat kerana menunaikan solat adalah hak Allah SWT
  • membayar zakat kerana zakat adalah hak manusia


- Surah Az-Zukhruf dinamakan bersempena pada ayat 35 surah ini yang mana Zukhruf itu bermaksud perhiasan. Pengajaran dari surah ini ialah Allah SWT memberikan kefakiran kepada orang2 yang kufur bagi memberi pengajaran kepada mereka supaya kembali beriman kepada Allah SWT. Kita selalunya mengingati Allah SWT di kala susah saja dan apabila senang, kita mudah lupa untuk berterima kasih dan mengingatiNya.


- Tema utama surah Az-Zukhruf ini berkisarkan peringatan2 Allah SWT ke atas manusia tentang fitnah dunia dan perhiasan2 yang ada di dalamnya. Kecantikan dan keseronokan yang ada di dalam dunia ini mampu untuk menipu manusia yang percaya segala nikmat itu akan kekal selama2nya. Namun hakikatnya, ianya bersifat sementara dan kita perlu berhati2 supaya tidak hanyut dalam perhiasan dunia sehingga membawa kita masuk ke dalam neraka.


- Pada permulaan surah Az-Zukhruf menceritakan tentang Allah SWT Maha Pencipta langit dan bumi manakala di penghujung surah ini menekankan tentang Allah SWT juga Maha Pemilik langit dan bumi. Surah ini banyak menyentuh tentang tauhid dan keimanan kepada Allah SWT yang menerangkan sifat2Nya iaitu Maha Pencipta (Al-Kholiq) dan Maha Pemilik (Al-Malik).


- Surah Az-Zukhruf juga membicarakan tentang hubungan kecintaan kepada Allah SWT dan dinyatakan pada ayat 67 surah ini. Allah SWT menyatakan perbezaan di antara hubungan kecintaan kepada manusia, dunia dan Allah SWT:

  • Kecintaan kepada manusia dan dunia akan berakhir apabila kita sudah meninggal dunia
  • Kecintaan kepada Allah SWT akan berterusan di dunia dan di akhirat.

Tidak salah untuk kita mengejar dunia, tapi jangan dilupakan perkara yang berkaitan dengan akhirat supaya amal kita di dunia boleh membawa kita masuk ke dalam syurga.

 

- Surah Ad-Dukhan membawa peringatan dan ancaman keras dari Allah SWT untuk menakutkan orang2 kafir. Ad-Dukhan bermaksud asap. Allah SWT memberi amaran kepada orang2 kafir ini jika tidak kembali beriman dan masih degil untuk menolak wahyu dari Allah SWT, akan datanglah asap kemarau yang membawa kebu sebagai hukuman/azab ke atas mereka. Surah ini diturunkan selepas berlakunya kemarau yang panjang (peristiwa sama terjadi dalam kisah Nabi Yusuf AS) di Mekah dan kemarau ini berlaku atas doa Nabi Muhammad SAW sebagai pengajaran kepada orang kafir Quraisy.

 

- Surah Ad-Dukhan bermula dengan menerangkan kebenaran dari Al-Quran dan diakhiri dengan Al-Quran sebagai peringatan kepada semua umat manusia. Allah SWT mengingatkan bahawa jangan mudah tertipu dengan kuasa yang ada di tangan kita kerana ditakuti kita menyalahgunakan kuasa yang akhirnya hanya mementingkan diri sendiri dan mengikut hawa nafsu. 


- Surah Al-Jasiyah menceritakan perkara yang berlaku pada Hari Akhirat. Al-Jasiyah bermaksud 'yang melutut' yang mana kita akan melutut di hadapan Allah SWT semasa dibuat perhitungan amal pada Hari Akhirat.

 

- Surah Al-Jasiyah juga membawa tema utama tentang peringatan kepada manusia supaya tidak menjadi takabbur, berasa bongkak dan tinggi diri apabila mempunyai pangkat, kuasa dan harta. Jangan bertindak mengikut hawa nafsu. Allah SWT menyatakan pada ayat 23 surah ini bahawa Allah SWT menghukum seseorang yang sudah beriman tetapi kembali kufur dan ingkar kerana mengikut hawa nafsu mereka. Ini dinyatakan juga pada ayat 7 surah Al-Fatihah yang mana Allah SWT murka ke atas mereka yang mempunyai ilmu tetapi tetap memilih jalan sesat dan jauh dari kebenaran.


Alhamdulillah dapat juga mommy eez selesaikan ringkasan nota Juzuk 25 ni. Semoga bermanfaat dan selamat mengejar malam Al-Qadr buat semua muslimin dan muslimat.


Lavvv,

Mommy EEZ

No comments:

Post a Comment

Popular Posts