Showing posts with label Breastfeeding is AWESOME!. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding is AWESOME!. Show all posts

Apa itu Growth Spurt?





*ANAK MERAGAM TAK TAHU PUNCA. MOMMY PENING TAK TAU NAK BUAT APA?*

Jika mommy2 semua..
❤ menyusu baby penuh dengan susu ibu dan baby tak minum minuman lain
❤ atau sudah mula bekerja dan mengepam secara konsisten 3 jam sekali

Dan baby mommy dua ke tiga hari ini kelihatan seperti...
1. Meragam dan mahukan perhatian 
2. Asyik berkepit dan mahukan susu ibu sahaja

Ini mungkin membuatkan mommy semua
1. merasa letih dan penat
2. merasakan susu anda tak cukup dan mencari alternatif

Ketahuilah pada usia baby 3 hari, 7 hari, 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan dan 1 tahun -- baby mengalami GROWTH SPURT atau orang kita panggil sebagai PERALIHAN BULAN. Imaginasinya ialah perut baby berubah saiz menjadi besar dan memerlukan lebih banyak susu. Impaknya, baby meminta lebih banyak susu dari ibu. Itu sebab baby sentiasa nak melekap dengan ibu sepanjang masa di waktu2 genting ini.

Ada baby akan meragam buat beberapa hari. Ada baby yang melekap dan diam semasa 'direct feeding' sewaktu ibu di rumah. Jika ibu bekerja siang, baby mungkin meragam pada waktu malam.

MACAM MANA NAK TACKLE YE?

Bertenang dan terus menyusukan. Langkah pertama iaitu mengetahui apa yang sedang berlaku telah diketahui:
1. Beritahu pasangan supaya dapat memberi sokongan terhadap mommy
2. Makan dan minum dengan cukup iaitu 2-3 liter air sehari
3. Kurangkan kerja rumah sambil memberi lebih perhatian buat baby
4. Ambil milk booster yang bersesuaian dengan badan mommy 
(Kalau nak cuba tablet milk booster mudah kunyah2 tak perlu bancuh dan senang dibawa ke mana2, jom drop komen di post ini. Mommy EEZ boleh recommend Milk Up Candy tablet meningkatkan susu dan juga pelbagai khasiat lain yang boleh didapati dalam 1 tablet ni!)

ELAK LAKUKAN PERKARA DI BAWAH NI YE MOMMY2 SEMUA!
1. Beri baby susu formula
2. Beri baby makan lebih awal dari usianya
3. Merasakan susu ibu tak cukup lalu semakin risau. Kerisauan boleh menghalang susu untuk keluar

Ada baby yang mungkin lebih awal beberapa hari dan lewat beberapa hari mengalami 'Growth Spurt' berbanding usianya. Dan juga symptom 'growth spurt' ni bergantung juga kepada baby sebab ada yang mengalaminya 1-2 hari dan ada yang berlanjutan sehingga seminggu.

Kredit info dari Group Support Breasyfeeding Lunatots oleh Puan Suraya Ali.

Semoga info di atas bermanfaat buat mommy2 semua. Yang penting jangan panik. Gunakan kuasa maximum koolness mommy2 semua untuk menangani kerenah si manja comel mommy tu ya.

Lavveyyewww,

Mommy EEZ

Tips Breastfeeding - Apa itu Rusty Pipe Syndrome?



Photo Source - Pak Cik Google

APA ITU RUSTY PIPE SYNDROME?



Jangan ingat paip je berkarat.. salur susu dalam breast kita pun boleh berkarat tau. Keadaan ini yang sering berlaku terutamanya pada awal kelahiran atau penghujung kehamilan. Sindrom ini tidaklah berbahaya. Fenomena ini terjadi akibat peningkatan bekalan darah dan pembengkakan pada salur darah kepada sel-sel tisu alveoli (kantung susu). Selalunya keadaan ini beransur pulih dengan sendiri tanpa memerlukan sebarang rawatan dalam tempoh 3-7 hari. Ibu masih boleh meneruskan penyusuan kepada bayi tanpa rasa was-was kerana kuantiti darah yang bercampur adalah sedikit untuk menyebabkan masalah kepada perut si comel.

So far Alhamdulillah Mommy EEZ tak pernah alaminya. Cuma bila kita tengok warna susu bertukar dari putih susu ke merah2 pink tu rasa seriau juga kan. Tambah2 nak bagi dekat baby.. wuwuwu.
.
So jangan panik ye mommy2 gojes. Teruskan menyusu dengan yakin Insya Allah. .
Kredit info dari Pakar Laktasi Puan Zatihanani di WhatsApp Group Support Breastfeeding Lunatots.

Lavveyewww,

Mommy EEZ

Tips Breastfeeding - Teknik Marmet | Cara Memerah Susu Ibu Dengan Tangan


*TONTONAN UTK MOMMY2 SAJE* 

TEKNIK MARMET YG BERKESAN


Video Source - WhatsApp Group Support Breastfeeding Lunatots dan Cikgu Susu


Teknik marmet atau memerah susu dengan tangan ni sangat sangat sangat sangat SSSAAANGAAATTT penting tau. Sebab kadang2 bila breast kita dah penuh dan start membengkak tiba2 breastpump tertinggal dekat rumah atau rosak ke, jadi teknik marmet ni memang jadi penyelamat!

Mommy EEZ sendiri pernah mengalami bila baby Wafa tiba2 kena admit ward sebab jaundice dan masa tu tak bawak breastpump plak. Mommy EEZ pun tak expect akan kena warded sebab kalau ikutkan reading jaundice baby Wafa tak tinggi sangat. Tapi disebabkan trauma dengan Severe Jaundice yang kakak Raihan dapat dulu (jaundice within 24 hours of life) jadi Mommy EEZ sendiri request pada doktor untuk warded. Nipple plak tengah crack. Masya Allah pedihnyeee Allah saje yang tahu. Nurse plak tak bagi minum susu formula. Masa ni la nak tanya Pak Cik Google dan Youtube. Alhamdulillah memang berkesan. Dapat sekali marmet 1oz utk hari-3 selepas bersalin rasa cam seronok sgt.. hehhee.. Alhamdulillah utk 2nd baby ni dapat fully breastfeed 😍❤

Kalau masih belum jelas cara2 untuk stimulate atau marmet ni boleh refer pada gambar di bawah ni ye.


Photo Source - Pak Cik Google

Semoga dapat membantu mommy2 kat luar sana untuk memperjuangkan breastfeeding ya!

Lavveyeww,

Mommy EEZ

Tips Breastfeeding - Jenis-jenis Susu Ibu dari segi Warna dan Tekstur

Photo Source - Pak Cik Google


Hollaa mommiess.. ada tak yang perasan kenapa susu ibu ni ada lain2 warna? Jom kita tambah ilmu pasal jenis2 susu ibu ni..

Susu ibu ni ada 3 jenis..

1. Colostrum - susu yang berwarna kuning pekat yang keluar masa sehari lepas bersalin. Sgt2222 penting utk baby dapat minum susu colustrum ni sbb kita bagi the best antibody utk anak kita masa awal2 kelahiran baby. Utk bagi susu colostrum ni tak perlulah sampai 3-4oz sbb baby baru lahir perutnya hanya sebesar buah cherry saje. Cukup utk beberapa sudu teh je.

Mommy boleh lihat pada gambar bawah ni berapa banyak baby newborn perlukan untuk minum ikut umur harinya.



Photo Source - Pak Cik Google

So jangan panik kalau awal2 lepas bersalin tu susu masih segan2 nak keluar sbb badan kita produce susu betul2 ikut keperluan baby kita.

2. Foremilk - susu cair warna kuning pucat atau seakan2 putih. Susu ni lebih byk air daripada lemak. Susu ni selalu dpt masa awal2 sesi mengepam atau di awal2 baby tgh menyusu. Foremilk ni berperanan untuk hilangkan dahaga baby dan mengandungi sedikit laktosa, protein dan lemak.

3. Hindmilk - inilah kualiti susu yang kita nak sebab penuh lemak berkrim. Hehehe..selalunya akan terhasil di akhir2 sesi mengepam atau di hujung2 baby dah nak habis menyusu. Hindmilk ni mengandungi lebih banyak lemak dari foremilk jadi pastikan baby habiskan 1 sesi menyusu pada sebelah breast dalam lebih kurang 20-30min untuk cukupkan kandungan hindmillk ni.

Apa jadi kalau baby banyak minum foremilk saje? Najis baby akan bertukar menjadi kehijauan berbanding warna kuning (najis normal) disebabkan hanya minum banyak foremilk berbanding hindmilk. Lepas tu akan memberi kesan kepada berat badan baby yang tak naik2 ikut growth chart baby yang sepatutnya. Jadi jika mommy ada masalah begini, disarankan bila selesai sudah sesi pam, bahagian susu foremilk dan hindmilk diasingkan dan beri baby minum susu hindmilk saje bagi menambahkan berat badan baby. 

Macam mana nak bezakan antara foremilk dan hindmilk pada susu kita?

Hokey cuba tengok betul2 gambar di bawah:


Gambar atas tu ialah susu ibu yang telah disejukkan di dalam chiller untuk beberapa jam. Bahagian atas susu dalam storage bottle ni yang berwarna putih pekat tu adalah bahagian lemak susu. Kemudian bawahnya ialah hindmilk tadi dan bawah sekali ialah foremilk.
Pastikan mommy2 gojes ni cukup makan dan minum untuk dptkan nutrien yg cukup utk keperluan si bambam anda yee~~

Lavveyewww,

Mommy EEZ

Tips Breastfeeding - Expiry date for Autumnz Storage Bags



Ada mommy2 yang tanya Mommy EEZ, mereka ada baki storage bags utk simpan breastmilk yang berlebihan dan tak pernah pakai sejak berkurun2 lamanya.. hehehe.. tak adalah sampai berkurun tapi dlm 3-4 tahun sejak anak 1st ke 2nd ke kan. So bila dah keluar baby baru...

Masih boleh pakai ke?

Jawapannya YA! Dengan syarat kotak storage bags tu masih sealed dan tersimpan dlm keadaan kering dan bersih. 



Seal tu ada dua bahagian:
1. Seal plastik besar yang simpan kesemua 25 bags tu (1 box ada 25 bags) 
2. Seal pada bahagian individual storage bag. Selalu sebelum kita simpan susu dlm bag tu kita akan koyakkan seal dan baru tuangkan susu kita ke dalam storage plastic tu


So di situ saja dah ada double protection. Selain itu, breastmilk plastic storage dari Autumnz ni memang tahan lama sebab tak ada 'degrading effect' macam explanation dkt bawah ni setelah tanya Pak Cik Gugel.
"There is no expiration date on Autumnz Breastmilk Storage Bags. The bags are made to ensure there is no degrading or interfere with the taste or smell of the milk. To ensure no damage is done to the bags, they should be kept in a clean, dry environment"
So jgn risau ye mommy2 sekalian. Beli banyak2 storage bags pun takkan membazir hokey 👌🏼

Mommy EEZ ada jual juga Autumnz Storage Bags ni saiz 5oz dan 7oz. Saiz 12oz buat masa ni dah habis stok.. hehehe~

Papepun bole tinggalkan komen atau click saje dekat Instagram atau Facebook Page untuk order hokey.

Semoga bermanfaat info di atas ye~~

Lavveyeww,

Mommy EEZ



Tips Breastfeeding - Doa banyakkan susu ibu | Breastfeeding is AWESOME!


Alhamdulillah.. Kali ni Mommy EEZ bersyukur sangat2 sebab dpt fully breastfeed anak yg ke-2 ni. Ada jugalah 2 hari terkantoi bagi susu formula milk (FM) sebab ingatkan baby Wafa tak cukup susu. Sekali dia muntah sampai keluar ikut hidung lagi. Terus mak insaf nak. Cuak betul masa tu.

Walaupun perjalanan masih jauh nak mencapai 2 tahun tu, tapi didoakan semoga semua mommy2 yg menyusu termasuk Mommy EEZ kuat dan tabah utk mengharungi perjalanan breastfeeding ni Insya Allah.

Bila dah mula breastfeed 2nd baby ni, barula Mommy EEZ sedar pengorbanan yang sangat besar seorang ibu yang menyusu. Dahlah penat bersalin tak habis lagi. Macam2 dugaan kena hadap untuk menyusukan anak seperti:

Nipple crack

Bengkak susu pada breast

Sakit pinggang sebab terpaksa bertahan dengan posisi untuk menyusukan anak

Tak cukup tidur sebab nak kena pam susu

Bertahan dengan suara2 sumbang yang kata kita tak cukup susu

Bau badan masam dengan susu

Nak kena basuh parts breastpump yang leceh dan storage bottle yang berlambak2

Breast terdedah di sana sini (dalam rumah je la.. hehehe)

24/7 dengan baby tanpa ME TIME

Jadi, bertabahlah mommy2 sekalian. Semoga segala kesakitan dan kesengsaraan yang kita hadapi Allah ganti dengan pahala.. Aaaminn.

Tak lama lagi kita akan berpuasa. Jgn risau dan terus yakin bahawa susu kita akan sentiasa ada dan cukup buat anak2 kita Insya Allah 😊 Tawakal dan terus berdoa ❤

Lavveyeww,

Mommy EEZ
.

Tips Melatih Bayi Minum Susu Botol



Arrrghhhhh dahlah penat dan sakit bersalin masih terngiang2 dekat badan mommy yang baru bersalin. Sememangnya cuti bersalin 2 bulan memang tak cukup bagi yang bekerja dalam sektor swasta. Kalau bekerja dengan kerajaan dapat juga lebihan cuti sebulan. Ni nak train baby cinonet ni minum susu pakai botol pula sebab minggu depan dah start bekerja semula. Baby dah beronok2 asyik melekap je nanti tak lama lagi dah kena tinggal dengan babysitter. Sure pening kan dengan baby yang sangat cerewet dan sangat memilih botol susu. Selalunya baby yang ambil masa nak train botol ni ialah bila baby dah biasa DF (direct feeding) semasa berpantang. Kalau untuk baby yang memang minum susu formula sejak lahir Insya Allah tak ada masalah melainkan mommy gatal2 nak cuba botol lain yang jenis bentuk puting botol susu tu lain dari yang asal. Hahaha~~ ada kan kan kan kan.. =P. Alasan paling cliche sebab botol susu lain ada design cecomel so mommy sendiri yang tak tahan nak beli untuk babynya. Bajet2 bila baby minum pakai botol susu design rare so baby pun nampak exclusive gittewwww!

Hokey STOP kemerepekan Mommy EEZ di situ, so jom tgk ape tips2 yg boleh kita guna!
  1. Start train baby untuk minum susu dengan botol seawal mungkin dalam 2-3 minggu sebelum bekerja. Memang akan ada cabaran terutama bila baby akan terkena 'Nipple Confuse' di mana tiba2 sama ada baby reject botol susu tu atau direct feeding. Hanya mommy saja yang mampu membaca baby dan nak train baby ni memerlukan KESABARAN yang TINGGI! Luangkan banyak masa dan jangan rushing sebab takut nanti baby stresssss pula.
  2. Jauhkan mommy dari baby. Boleh ganti daddynye untuk bagi minum susu dengan botol. Cara ni ialah untuk bagi mind set pada baby bahawa bila mommy nya tiada, botol susu diperlukan untuk menyusu.. hehehe~
  3. Guna puting botol susu mirip puting ibu. Inilah soalan yang selalu Mommy EEZ dapat dekat dlm Facebook The Kiddie Oasis dan juga di Instagram Baby Oasis. Based on Mommy EEZ punya observation selama 4 tahun buat bisnes online, most recommended puting botol susu mirip puting ibu ialah NUK dan Pigeon sebab dua brand ni memang paling hotselling. Nanti kita cerita lebih lanjut dalam post lain hokey (*to be updated with link*)
  4. Bagi baby minum sebelum dia lapar. Masa tu lah waktu terbaik utk pujuk baby. daripada nak tunggu dia mengamuk lapar memang TAK JALAN! 😅
  5. Kalau anak anda pakai pacifier, bole cari brand/jenis pacifier yg sama pada botol susu. Jadi boleh elakkan baby daripada terlampau bergantung pada puting ibu untuk tidur atau sekadar mengada2 nak melekap.. hehehe~
  6. Letak baby pada posisi yg lain mcm letak dekat rocker atau car seat ke supaya dpt timbulkan suasana baru utk minum susu dgn botol.
  7. Pastikan mommy bukan dalam keadaan marah atau stress bila nak train baby menyusu botol sebab baby boleh sense mood mommy. Kalau mommy jenis sabar, cool dan chillax Insya Allah mudah baby nak terima botol susu. Kalau mommy jenis tak zaba2 lepas tu jenis suka paksa2 dan sondol botol susu tu dalam mulut baby memang lamaaaaaa la baby tu nak sesuaikan diri dengan botol susu. Bawah ni ada jadual untuk mommy2 yang jenis lebih ORGANIZED:


Semoga bermanfaat segala info dekat sini. Kalau rasa nak personal advice dari Mommy EEZ boleh juga tinggalkan komen dekat bawah tu, Insya Allah Mommy EEZ tolong selagi terdaya hokey!

Lavveyewww,
Mommy EEZ

Popular Posts