Tips Breastfeeding - Apa itu Rusty Pipe Syndrome?



Photo Source - Pak Cik Google

APA ITU RUSTY PIPE SYNDROME?



Jangan ingat paip je berkarat.. salur susu dalam breast kita pun boleh berkarat tau. Keadaan ini yang sering berlaku terutamanya pada awal kelahiran atau penghujung kehamilan. Sindrom ini tidaklah berbahaya. Fenomena ini terjadi akibat peningkatan bekalan darah dan pembengkakan pada salur darah kepada sel-sel tisu alveoli (kantung susu). Selalunya keadaan ini beransur pulih dengan sendiri tanpa memerlukan sebarang rawatan dalam tempoh 3-7 hari. Ibu masih boleh meneruskan penyusuan kepada bayi tanpa rasa was-was kerana kuantiti darah yang bercampur adalah sedikit untuk menyebabkan masalah kepada perut si comel.

So far Alhamdulillah Mommy EEZ tak pernah alaminya. Cuma bila kita tengok warna susu bertukar dari putih susu ke merah2 pink tu rasa seriau juga kan. Tambah2 nak bagi dekat baby.. wuwuwu.
.
So jangan panik ye mommy2 gojes. Teruskan menyusu dengan yakin Insya Allah. .
Kredit info dari Pakar Laktasi Puan Zatihanani di WhatsApp Group Support Breastfeeding Lunatots.

Lavveyewww,

Mommy EEZ

No comments:

Post a Comment

Popular Posts