Tips Melatih Bayi Minum Susu Botol



Arrrghhhhh dahlah penat dan sakit bersalin masih terngiang2 dekat badan mommy yang baru bersalin. Sememangnya cuti bersalin 2 bulan memang tak cukup bagi yang bekerja dalam sektor swasta. Kalau bekerja dengan kerajaan dapat juga lebihan cuti sebulan. Ni nak train baby cinonet ni minum susu pakai botol pula sebab minggu depan dah start bekerja semula. Baby dah beronok2 asyik melekap je nanti tak lama lagi dah kena tinggal dengan babysitter. Sure pening kan dengan baby yang sangat cerewet dan sangat memilih botol susu. Selalunya baby yang ambil masa nak train botol ni ialah bila baby dah biasa DF (direct feeding) semasa berpantang. Kalau untuk baby yang memang minum susu formula sejak lahir Insya Allah tak ada masalah melainkan mommy gatal2 nak cuba botol lain yang jenis bentuk puting botol susu tu lain dari yang asal. Hahaha~~ ada kan kan kan kan.. =P. Alasan paling cliche sebab botol susu lain ada design cecomel so mommy sendiri yang tak tahan nak beli untuk babynya. Bajet2 bila baby minum pakai botol susu design rare so baby pun nampak exclusive gittewwww!

Hokey STOP kemerepekan Mommy EEZ di situ, so jom tgk ape tips2 yg boleh kita guna!
  1. Start train baby untuk minum susu dengan botol seawal mungkin dalam 2-3 minggu sebelum bekerja. Memang akan ada cabaran terutama bila baby akan terkena 'Nipple Confuse' di mana tiba2 sama ada baby reject botol susu tu atau direct feeding. Hanya mommy saja yang mampu membaca baby dan nak train baby ni memerlukan KESABARAN yang TINGGI! Luangkan banyak masa dan jangan rushing sebab takut nanti baby stresssss pula.
  2. Jauhkan mommy dari baby. Boleh ganti daddynye untuk bagi minum susu dengan botol. Cara ni ialah untuk bagi mind set pada baby bahawa bila mommy nya tiada, botol susu diperlukan untuk menyusu.. hehehe~
  3. Guna puting botol susu mirip puting ibu. Inilah soalan yang selalu Mommy EEZ dapat dekat dlm Facebook The Kiddie Oasis dan juga di Instagram Baby Oasis. Based on Mommy EEZ punya observation selama 4 tahun buat bisnes online, most recommended puting botol susu mirip puting ibu ialah NUK dan Pigeon sebab dua brand ni memang paling hotselling. Nanti kita cerita lebih lanjut dalam post lain hokey (*to be updated with link*)
  4. Bagi baby minum sebelum dia lapar. Masa tu lah waktu terbaik utk pujuk baby. daripada nak tunggu dia mengamuk lapar memang TAK JALAN! 😅
  5. Kalau anak anda pakai pacifier, bole cari brand/jenis pacifier yg sama pada botol susu. Jadi boleh elakkan baby daripada terlampau bergantung pada puting ibu untuk tidur atau sekadar mengada2 nak melekap.. hehehe~
  6. Letak baby pada posisi yg lain mcm letak dekat rocker atau car seat ke supaya dpt timbulkan suasana baru utk minum susu dgn botol.
  7. Pastikan mommy bukan dalam keadaan marah atau stress bila nak train baby menyusu botol sebab baby boleh sense mood mommy. Kalau mommy jenis sabar, cool dan chillax Insya Allah mudah baby nak terima botol susu. Kalau mommy jenis tak zaba2 lepas tu jenis suka paksa2 dan sondol botol susu tu dalam mulut baby memang lamaaaaaa la baby tu nak sesuaikan diri dengan botol susu. Bawah ni ada jadual untuk mommy2 yang jenis lebih ORGANIZED:


Semoga bermanfaat segala info dekat sini. Kalau rasa nak personal advice dari Mommy EEZ boleh juga tinggalkan komen dekat bawah tu, Insya Allah Mommy EEZ tolong selagi terdaya hokey!

Lavveyewww,
Mommy EEZ

No comments:

Post a Comment

Popular Posts