Kenapa kena SOLAT? Reason no. 7 paling TERKESAN di HATI

Salam semua buat pembaca yang sedang mencari2 makna kenapa dalam hidup kita kena solat.

Mommy EEZ bukanlah ustazah nak bebel kita sebagai muslim wajib solat 5 waktu sehari semalam, ikut tertib, solat awal waktu bla bla bla. Tapi dalam pada nak menunaikan solat tu kita MESTI kena ada..

 SEBAB MUSABAB yang sangat BESAR  

barulah kita bersemangat nak solat. 

Kadang2 kita solat pun macam melepaskan batuk di tangga atau di kaki lima je. 

Ada yang solat macam ayam tengah patuk cacing pun ada.

Ada yang solat tergaru sana, tergaru sini sambil menahan kentuts.

Ada yang solat sambil tahan buang air kecil siap badan bergoyang2 lagi. Jangan goyang2 Inul sudah.

Ada yang solat sambil berangan nak masak apa, makan apa lepas ni, atau nak pergi jalan ke mana hari ni atau nak keluar jumpa kawan2 dekat mana. 

Ada yang solat sambil risaukan kerja yang bertimbun2 tak berkesudahan sampai mati.

Ada yang solat saja2 nak tunjuk pada tunang, bakal mak/bapa mertua ataupun kawan2 yang diri tu seorang yang alim rajin solat.

Apa saja keadaan kita nak solat yang penting NIAT!

Mommy EEZ list kan 7 SEBAB yang paling KUAT bagi diri Mommy EEZ untuk terus solat dan berdoa supaya dapat istiqamah dan kusyuk insya Allah.

1. SOLAT boleh mendatangkan positif vibes / aura positif dalam diri kita sekaligus menjadikan mood kita sentiasa tenang dan ceria. Kalau ada rasa2 macam nak moody, marah atau rasa down je tu kenalah kuatkan diri pergi solat. 

2. SOLAT beri kita peluang untuk luahkan segala perasaan tak best (e.g. rasa risau, marah, sedih, frust, geram, dendam etc. ) pada Maha Pencipta kita. Kalau kita luah pada manusia, segala negatif vibes akan dihantar pada mereka dan sekaligus mereka akan terasa sedih juga. Kenapa kena luah pada Allah? Sebab Allah lah TUAN SEBENAR yang mengawal hati setiap manusia. Allah yang jadikan kita kan? Contoh kalau kita nak anak2 kita dengar cakap, minta pada Allah supaya lembutkan hati anak2 kita.  

3. SOLAT di awal waktu bagi kita masa yang lebih panjang walaupun Allah beri masa 24 jam sehari pada setiap manusia. Reason di sebaliknya ialah yang Mommy EEZ percaya bila kita utamakan solat dulu, Allah akan permudahkan setiap kerja kita selepas itu. Itu yang membuatkan kita rasa masa lebih panjang dan urusan pun lebih smooth dan pantas.

4. SOLAT ialah salah satu tanda kita bersyukur dengan setiap nikmat Allah beri. Tak kira sekecil2 rezeki seperti 'dapat makan sedap', atau sebesar2 rezeki 'yeayyyy menang cabutan bertuah kereta BMW', itu semua atas izin Allah yang membenarkan semua perkara berlaku di dalam pengetahuanNy. Kalau tak solat, serupa macam tak sedar diri tak tahu bersyukur sebab hidup di dunia ni pun atas ihsan Allah. Bumi ni pun Allah yang punya. Kita apa ada?

5. SOLAT boleh bantu kita untuk exercise badan jadi kurus atau jadi lebih sihat, kuat dan lebih stamina. Kita bukan setakat penuhi solat wajib saja, tapi solat sunat pun kena rajin buat juga. Ada yang kata solat wajib pun tak penuh ada hati nak buat solat sunat. Solat sunat tu kena buat juga sebab walaupun dah penuhi solat wajib, tapi sempurna ke solat wajib yang kita buat tu? Dapat ke markah 100% pahala solat tu? Haaa.. Tu pasal la kena top-up dengan solat sunat. Faham?

6. SOLAT boleh hindarkan diri kita dari buat benda tak elok. Bila diri kita dah biasa solat, Allah akan datangkan satu perasaan bersalah setiap kali kita buat dosa. Tapi kalau rasa kita dah solat tapi rasa macam best je setiap kali buat dosa silalah beristigfar banyak2. Takut Allah golongkan kita di kalangan orang2 istidraj. Istidraj tu ialah golongan manusia yang Allah bagi banyak nikmat tapi mereka tak solat pun. Agak2 boleh selamat ke bila nak jumpa Allah nanti?

7. SOLAT tu mengingatkan kita tentang hidup ni ada jatuh dan bangun. Cuba tengok pergerakan dalam solat dari angkat takbir, rukuk, sujud, duduk antara 2 sujud kemudian bangun berdiri semula. Ini mengingatkan kita yang macam mana susah satu2 dugaan dalam hidup, kita tetap kena gigih bangun berdiri semula untuk teruskan kehidupan. Betul tak? Macam dalam Surah Al-Insyirah ayat ke-5 dan ke-6 dalam Al-Quran sebut, "Sesungguhnya setiap kesukaran akan disertai dengan kesenangan" Betul tak?

Banyak lagi sebab2 kenapa kita kena solat. Mommy EEZ pilih 7 sebab paling kuat ni untuk yakinkan diri sendiri kenapa Allah wajibkan solat ke atas orang Islam. Walaupun kita lahir2 je dah terus beragama Islam tak semestinya kita betul2 tahu tujuan kita solat kan? Kadang2 kita sebagai ibu bapa pun sibuk suruh anak2 pergi solat tapi kita sendiri solat pun belum tentu sempurna. Ada yang anak2 dah seronok nak ikut kita solat tapi kita buat tak endah je dengan alasan anak2 masih kecil. Sedangkan anak2 kecil ni yang paling cepat ikut, cepat pick-up, cepat tangkap, cepat rakam segala perbuatan kita terhadap mereka.



Kredit gambar to Google, @muslimshow 



 Setiap apa yang Allah suruh tu pasti ada sebab terbaik untuk kita. Apa yang Mommy EEZ bebel2 dekat sini pun bertujuan sebagai peringatan buat diri sendiri. Kalau ada kekurangan sila highlight dan maafkan. Perfection is only from Allah S.W.T.

Apa lagi, jom solat! 

Mommy EEZ

Review Botol Susu - Apa beza Avent Classic Plus dan Avent Classic yang lama?

Assalamualaikum para pembaca semuaa~~ (tak jawab dosa.. muahahaha!)

Ramai mommy2 yang tanya pada Mommy EEZ apa beza Avent Classic Plus (baru) dengan Avent Classic yang lama. Untuk pengetahuan semua, Philips Avent dah lama discontinued design botol susu Avent Classic yang ada ring tu sejak 4 tahun yang lepas. 

Sekarang ni semua jenis Avent Classic Plus dah 
TAK ADA RING! 

Dulu masa anak pertama Mommy EEZ, pernah beli yang Avent Classic jenis lama tu. Memang sangatttttt leceh sebab kalau ring tu tak letak betul2 memang menaburla susu dari botol susu Avent tu. Siap makcik yang jagakan kakak Raihan complaint kat Mommy EEZ botol susu asyik bocor je. Sedangkan ring tu yang sebenarnya dah hilang. Haih sabarrrr je la.


Atas ni gambar yang customer Mommy EEZ share untuk tunjukkan ring dalam botol Avent Classic yang jenis lama. 

Sekarang design semakin simple dan lebih effective. So tak adalah nak bocor2 ni walapun tanpa ring botol. Mommy memang peminat botol susu Avent dari dulu sbb gambar2 kartun yang sangat comel dan senang nak cari teats.. hehehe! Jom kita cuci mata tengok botol susu Avent Classic Plus ni.



Botol ni Mommy EEZ jual single pack. Harga RM35 je sebotol. Botol susu Avent Classic Plus design Blue Sailboat ni ada sekali dengan puting Level 2 Slow Flow (2 lubang) untuk baby 1months++. Gambar real botol susu ni macam dekat bawah ni:





Tengok bahagian dalam ring botol Avent Classic Plus ni. DAH TAK ADA RING! Yang lain semua masih sama termasuk bentuk puting Avent Classic.

BERMINAT NAK ORDER? KLIK DI SINI YA!
https://shopee.com.my/Avent-Classic-Plus-Blue-Sailboat-9oz-i.4491129.150047509

Banyak lagi design untuk Avent Classic Plus ni dan saiz yang available ada 4oz, 9oz dan 11oz. Tapi untuk design blue Sailboat ni ada 1 saiz je la - 9oz / 260ml. Material jenis standard polypropylene (PP). Kalau mommy2 berminat nak beli boleh whatsapp atau beli terus di Shopee. Link di sebelah kanan sidebar hokey!

Semoga mommy semua dapat gambaran dengan jelas apa beza Avent Classic Plus dengan Avent Classic yang lama melalui post Mommy EEZ kali ni. Nak info lebih jelas secara ilustrasi seperti di bawah ni:


 Apa2 kemusykilan boleh drop komen di bawah hokey!


Lavveeyewww,

Mommy EEZ

Review TMS Mover - Tips Pindah Rumah

Hola semua!

Mommy EEZ ni kalau nak menulis memang waktu paling sesuai antara pukul 11pm sampai 1am. Sebab waktu2 begini memang semua orang dah tidur termasuk askar2 dan komando. Hihihi~. So bolehlah Mommy EEZ mengarang dengan tenang dan aman gittew.

Sebelum ni Mommy EEZ ada kata nak buat review pasal mover kan. Hokey, Mommy EEZ dah 2 kali menggunakan servis TMS Mover ni. Pertama kali masa berpindah dari condo Bam Villa (condo yang agak scary sebab dah berusia lebih 20 tahun) ke Desa Petaling. Dan kali kedua yang terbaru ni lah, dari Desa Petaling (outskirt KL) ke Shah Alam. Jom baca apa yang BEST SANGAT pasal TMS Mover ni.

1. Masa awal2 nak booking, Mommy EEZ contact Mr. James (+6016-2983666) via WhatsApp je. TMS Mover ni memang layan last minit booking sebab kedua2 masa nak pindah Mommy EEZ agak rushing. 1st time rushing sebab tuan rumah sewa di Bam Villa bagi notis kurang sebulan suruh keluar. Yang 2nd time sebab nak kejarkan cuti krismas sebab senang nak kemas rumah bersama2 dengan Incik Boss. Alhamdulillah dua2 pun dapat pindah on time masa yang kami nak. Last minit booking tu bukanlah booking semalam, esok dah pindah. BUKAN! Maksud Mommy EEZ last minit tu dalam masa 3 hari sebelum pindah dah confirm dengan Mr. James tu untuk pakai servis TMS Mover ni. Selalunya mover lain ambil masa dlm 1-2 minggu booking sebelum date nak pindah.

2. Quotation yang Mr. James bagi sangat simple. Selalunya dia akan quote macam ni je.





Memang nampak sempoi je kan dia quote tapi kita as customer kena detail out. Tanya siap2 kalau 1 lori tak cukup berapa extra charge nak kena tambah. Kalau 4 pekerja tak cukup nanti ada extra charge ke tak. So kita boleh standby siap2 dalam budget. Dalam hal ni, Mommy EEZ prefer guna servis HKS Mover sebab, pekerja dia boleh datang rumah kita dulu untuk buat estimation berapa lori yang diperlukan nanti. Cuma HKS Mover ni lebih pricey compared to TMS Mover ni. Deposit untuk TMS mover ni pun tak perlu. Bayaran dibuat selepas dah settle pindah.

Those yang banyak barang kena hati2 sebab lori yang dia quote tu hanya lori 3 tan saja. Rumah Mommy EEZ saiz dalam lebih kurang 900-1000sqft (apartment). End up hari tu kena pakai 2 lori; 1 lori muatan 3 tan dan 1 lagi muatan 5 tan. Huhuhu~~~ maklumlah dah 5 tahun duduk dalam rumah tu tak pernah clear out barang. Bila dah pindah rumah baru, baru ada kesedaran nak clear out barang. Patutnya clear out barang awal2 lagi sebelum pindah. Sure dapat jimat space lori kan. Clear out barang tu boleh dibuat sama ada jual dekat Carousell ke, mudah.my ke, Shopee ke ataupun derma baju2 atau buku2 yang dah tak nak pakai. Derma baju bolehlah bagi dekat rumah2 kebajikan dan buku2 yang berilmiah bolehlah didermakan kepada perpustakaan. Buku masa zaman2 belajar memang berlambak. Konon sayang nak buang, tapi sebab dah jadi SAHM (Stay At Home Mommy) ni memang dah tak pandang dah lah buku2 tu semua. Jadi kami dermakan kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak di UiTM Shah Alam. Moga2 dapatlah secebis pahala dan memberi manfaat buat pelajar2 dekat situ. Insya Allah.

3. Hokey lepas dah confirm date and time dengan TMS Mover ni kena buat apa pula? Haaa tunggu dan goyang kaki je la. Iye! Tak tipu. Sebab nanti bila pekerja2 TMS Mover ni sampai memang diorang buat semuanya. Barang2 untuk packing macam wrapper, bubble wrap, kotak, surat khabar semuaaaaaaa mereka sediakan! Mommy EEZ dan Incik Boss memang jadi mandor je masa hari nak pindah tu. Huhuhu~ Tapiiii janganlah chillax sangat. Even jadi mandor pun still letih sebab banyak barang nak kena tengok. Boleh refer dekat post bawah ni untuk tahu apa perkara2 yang perlu buat sebelum pindah rumah:


4. Masa pekerja2 TMS Mover ni packing barang2 kita, mereka akan siap2 LABEL pada kotak mengikut bilik. Contoh macam barang2 dlm kotak bilik utama, mereka tulis Master Bedroom, bilik anak2 - Kids Room dan etc. Label cikai je la setakat pakai pen marker tulis atas cellophantape warna putih transparent yang ditampal atas kotak tu. Tak adalah nampak proper sangat labelling but still OK to me. 

5. Walaupun dalam quotation tulis 4 orang je pekerja, tapi sebenarnya TMS Mover ni bagi lebih dari 4 orang pekerja sebab nak settle kan pindah rumah semua tu dalam 1 hari. NO EXTRA CHARGE pun. Best kan? Cuma nanti dari segi packing semua kena check betul2 dan bila dah siap masuk dalam lori pun kena check juga to ensure semua barang susun elok dalam lori. Tengoklah gambar macam mana masa kami berpindah tahun lepas. Sedih pula rasa nak tinggalkan rumah tu. Dah 5 tahun duduk situ macam2 kenangan ada..wuwuwu...


Gambar atas ni masa di rumah Desa Petaling. Bawah ni pula bila dah sampai rumah baru di Shah Alam.






6. Sampai2 je dekat rumah baru, pekerja2 TMS Mover bukan saja tolong angkat barang masuk rumah tapi semua barang2 besar macam wardrobe baju, katil, kabinet buku etc. semua mereka tolong assemble semula. Ya, tak payah nak panggil orang IKEA tolong pasangkan ke, dari awal masa nak pindah mereka tolong dissamble. Mommy EEZ siap minta tolong pekerja2 tu susun perabot ikut macam susunan yang Mommy EEZ nak lagi.. huhuhu~ 

7. Bila dah habis settle semua, barulah mereka bagi total kena bayar. Bawah ni detail pembayaran Mommy EEZ kepada TMS Mover:

a. 2 lori dengan jumlah muatan 3 tan dan 5 tan (untuk barang rumah seluas 900-1000sqft yang agak padat)
b. 4 pekerja (tapi sebenarnya lebih dari 4 pekerja)
c. Dari Kuala Lumpur ke Shah Alam
d. Kotak2 untuk packing, pembalut, surat khabar, label, pelekat semua termasuk dalam servis
e. Dismantle and assemble perabot/kabinet juga termasuk dalam servis 

Total semua ialah RM1800. Bagi Mommy EEZ memang SANGAT berbaloi sebab save masa kita untuk packing barang2 rumah! Even masa 1st time pindah dari Bam Villa ke Desa Petaling tu pun dapat price yang sama jugak sedangkan masa tu tahun 2012. Pembayaran secara CASH ye sebab yang akan collect payment ialah pekerja2 TMS Mover tu.

OH sebelum terlupa ada juga beberapa insiden berlaku masa pindah tu:

1. Washing machine rosak mungkin sebab terhentak kuat terus affect motherboard washing machine. Washing machine Mommy EEZ tu memang super duper sensitif. Sebelum ni pun dah berapa kali rosak. Jenis Washer and Dryer brand LG. Dah pakai 6 tahun so mungkin dah sampai masa kot untuk tukar. Wuwuwu...

2. Bubble wrap Mommy EEZ yang guna untuk wrapping parcel customer untuk online shop Kiddie Oasis habis disapu oleh pekerja2 TMS Mover. Mommy EEZ pun lupa nak highlight pada diorang so maybe diorg fikir bubble wrap tu diorg punya. 2 gulung besar pula tu (50 meter dan 100 meter). Wuwuwuwu *nangis

Ada juga servis mover lain yang sangat detail di mana setiap servis macam untuk kotak packing, assemble and dissemble tu lain2 harga jadi terpulanglah kepada budget masing2.

So itu saja review Mommy EEZ tentang TMS Mover ni. Kalau ada apa2 nak tanya boleh drop komen di bawah hokey!

Semoga dapat membantu anda semua yang tengah cari2 mover untuk pindah rumah =).


Lavveyeeww,

Mommy EEZ




Review Botol Susu - Avent Classic VS Avent Natural

Holaa mommy2 semua. Kali ni Mommy EEZ nak cerita pasal botol susu Avent yang ada 2 jenis; Classic dan Natural. Botol Avent atau ada yang panggil Philips Avent (nama penuh) ni memang diminati ramai sebab:

1. Kualiti botol susu ni memang TIP-TOP - nampak botol susu mahal dengan design botol susu yang agak sophisticated.

2. Antara botol susu yang branded dan senang didapati di shopping mall.

3. Banyak design cartoon comel2 dan material kukuh sekalipun material jenis plastik PP (polypropylene) biasa.

Mommy EEZ memang penggemar barangan Avent dan botol susu yang Mommy EEZ bagi pada anak anak2 Mommy EEZ ialah botol susu Avent Natural. Jom kita tengok apa perbezaan antara Avent Classic dan Avent Natural.




1. Beza dari segi bentuk puting
Puting Avent Classic berbentuk agak bulat/lurus dan tak curvy macam Avent Natural. Bagi Mommy EEZ, puting Avent Classic ataupun Natural ni sesuai untuk baby yang tak fussy dalam memilih botol susu. Shumbatlah apa saja brand botol susu, anak2 mommy pasrah dan redha saja menerima. Hehehe~


Puting botol susu Avent Classic - Fast Flow (4 holes)
*Nak cari Avent Classic Teat Medium Flow (3 holes) tekan button di bawah ye

https://shopee.com.my/Avent-Classic-Plus-Teats-Medium-Flow-(Level-3)-i.4491129.15095435
 

Puting botol susu Avent Natural yang berbentuk macam bunga/petals
*Nak beli roger Mommy EEZ via WhatsApp


2. Beza dari segi bentuk botol susu
Badan botol susu Avent Classic pun berbentuk lurus juga dan tak curvy macam Avent Natural. Bagi Mommy EEZ bila pegang botol susu Avent Natural ni rasa best dan grip lagi kuat disebabkan bentuk curve di tengah2 botol.

3. Material puting botol susu
Sekalipun material puting botol susu untuk kedua2 jenis Avent ini diperbuat daripada silikon, tetapi Mommy EEZ rasa puting silikon pada Avent Classic keras sikit berbanding Avent Natural. Itu sebab ada customer yang mengadu puting Avent Natural ini cepat koyak. Sebenarnya, puting Avent Natural ni jadi lebih lembut untuk memudahkan transition baby dari breastfeeding ke bottle feeding sekaligus dapat kurangkan 'Nipple Confuse'. So, kalau rasa baby mommy2 semua suka gigit2 puting botol, boleh pilih puting Avent Classic hokey. 

4. Design pada botol susu
Mommy EEZ lebih suka design pada botol susu Avent Natural berbanding Avent Classic sebab lagi banyak choice. Even pilihan warna pun rasanya Avent Natural lagi banyak options. Sebabnya, botol susu Avent ni mula popular bila ada macam2 design yang dikeluarkan oleh Babies 'R' Us masa botol susu Avent Natural ni tengah popular dulu sekitar tahun 2013. Sekarang rasanya lagi banyak choice kot bila Target, Walmart dan macam2 lagi dah mula keluarkan pelbagai design Special Edition untuk botol2 susu Avent ni.

5. Cara bersihkan puting dan badan botol susu
Cara nak bersihkan puting dan badan botol susu Avent Classic lebih mudah berbanding Avent Natural. Sebab berus pencuci botol susu tu lebih mudah sampai untuk bersihkan kawasan2 dalam puting dan botol susu Avent Classic. Puting Avent Natural lebih curvy dan kita kena tekan kuat pada bahagian curve dalam botol semasa pembersihan dilakukan untuk buang kerak2 susu tu. 

Nak gambar real? Haa.. cuba tengok gambar di bawah. Kalau mommy2 sebelum ni bagi anak pakai botol susu Avent Classic dan tiba2 teringin nak tukar botol susu Avent Natural boleh saja tak ada masalah! Yang pasti ring bottle tu jangan dibuang. Tengok macam mana Mommy EEZ switch ring bottle Avent Classic dengan Avent Natural dalam gambar tu:


Botol susu di sebelah kanan tu ialah Avent Natural yang dipadankan dengan ring botol susu Avent Classic. Manakala yang di sebelah kiri ialah botol susu Avent Classic yang dipadankan dengan ring botol susu Avent Natural. Gambar bawah ni lagi satu contoh botol susu Avent Natural yang dipakaikan dengan puting Avent Classic. 


So, mommy2 tak perlu risau kalau anak2 mommy dah biasa dengan puting/teat Avent Natural atau Classic sebab dua2 pun can fit each other.

Walau bagaimanapun kedua2 jenis botol susu Avent ini ialah BPA Free dan selamat digunakan untuk baby mommy2 semua. Sekarang ni Avent dah keluarkan botol susu design slim/standard. Macam Avent Classic dan Avent Natural ni jenis wide neck. Apa beza dan best antara slim/standard dan wide neck? Mommy EEZ belum dapat explore lagi huhuhu~~~ 

Hope this little information could help mommies out there to decide the best feeding bottle for your little kiddo =)

See you all in the next post!

Lavveeyewww,

Mommy EEZ

Tips Breastfeeding - Cara simpan susu ibu semasa balik kampung di hari raya


Harap masih belum terlambat untuk Mommy EEZ ucapkan...

Selamat Hari Raya 2018 
kepada semua pembaca belog Kiddie Oasis! 

Minta maaf dan halalkan terlebih dan terkurang bahasa sepanjang Mommy EEZ berceloteh di sini. 

Kali ni Mommy EEZ nak kongsikan dilema mommy2 yang menyusu badan ni setiap kali pulang ke kampung berhari raya dan tips macam mana nak atasi dilema tersebut.



Betul2 dalam dilema kan untuk ibu menyusu bila sampai hari raya ni. Tambah2 bila balik kampung sekali 8-9 biji kereta penuh halaman rumah! Haaa.. mahu tak penuh satu rumah. Hokey no worries. Mula2 ambil nafas dalam2 kemudian hembuskan segala benda2 yang tak berapa positif dalam kepala tu keluar berlalu pergi. Huhuhu~. Ok jom kita tengok apa solusi terbaik untuk menghadapi dilema di atas tu:

1. Sayangkan anak disusu ibunya di mana jua.. haaa invest lah sikit beli mini cooler atau mini fridge yg portable. Senang utk travel/on the go. Chiller kan bole tahan dlm 5-8 hari (bergantung kepada suhu fridge). Range harga dalam RM200-400 tak silap.


Inilah rupanya mini fridge tu.. hehe~. Tak silap Mommy EEZ siap ada jenis mini cooler yang boleh charge dalam kereta lagi. Photo credit to www.lazada.com.my

2. Kadang2 ada mommy yang terussss letak storage bottle yang penuh dengan susu sendiri yang lemak berkrim tu dalam ruang2 kosong dlm fridge. Bayangkan fridge dekat rumah orang, ramaaaiii yang suka buka katup buka katup. Kalau orang perempuan yang buka tak apa. Orang lelaki ni fikirannya memang jauhhh ke depan. Bagi ayah2 yang dah faham tak apalah. Tapi yang tak faham tu.. hmm.. Jadi apa jalan penyelesaiannya? Mommy boleh cuba letak dlm 1 bekas bertutup. Masukkan semua storage bottle dalam bekas tertutup yang besar tu dan labelkan. Senang nak cari nanti. Mommy boleh pakai bekas tupperware ke, ataupun bekas biasa sebab susu yang dah dipam tu dah memang sedia ada dalam storage bottle. Nak jimat space boleh gunakan breastmilk storage bag. 

3. Masa ni nursing cover come to the rescue. Panas sekali pun jangan risau. Kipas tangan yg ada batteri kan ada. Kita mommies dah biasa multi-tasking. Jadi sambil menyusu bole cover dan kipas hala kat baby. Nak hala kat diri sendiri pun bole.. hehehe~


Nursing cover dekat gambar atas ni sama sebiji macam Mommy EEZ punya. Mommy EEZ suka nursing cover jenis kain muslin sebab tak panas. Compared to yang guna kain cotton, baby cepat rimas sebab kain jenis cotton tebal lagi dari kain muslin. Lagi satu bila menyusu ni, baby mesti bermandi peluh. So nak bagi anak2 kita selesa boleh cuba nursing cover jenis kain muslin ni. Selalunya kain muslin ni orang buat swaddle (kain bedung). Photo credited to Pakcik Google.

Bila cakap pasal nursing cover ni kan. Mommy EEZ teringat satu kejadian baru2 ni balik dari beraya di Kedah. Mommy EEZ ternampak ada seorang ibu ni, terkial2 angkat bajunya untuk menyusukan anaknya TANPA ada sebarang 'cover'. Selak baju macam tu je depan public. Suaminya cuba jugalah nak cover tapi pakai tapak tangan je. Wuwuwu~ Kesian sungguh Mommy EEZ tengok. Rasa macam nak offer je nursing cover Mommy EEZ punya. Tapi takut nanti si suami tu terasa hati pula kan. So, pengetahuan pasal breastfeeding ni memang penting. Seelok2nya gali ilmu masa preggy lagi dan apa gadget2 yang penting bila nak dibawa travel supaya mudah untuk kita ibu menyusu untuk nursing di depan orang ramai. 

Itu saja yang dapat Mommy EEZ share untuk Tips Breastfeeding kali ni. Semoga bermanfaat!

Lavveeyeeewww,
Eda Edlina Zakara


Popular Posts