Tips Breastfeeding - Apa itu Nipple Confuse atau Baby Keliru Puting?

Topik hangatzz dan yang PALING PENING buat mommy2 menyusu ialah bila si dobot comel tetiba reject puting/nipple kita bila nak menyusu. Oh perasaan kena reject dengan anak sendiri tersangatlah sentap menusuk ke jantung. Apetah lagi di saat breast mommy2 sedang membengkak dengan tembunnya.. hadoi.. Mommy EEZ pun pernah juga rasa dan agak cuak bila baby Wafa yang baru lahir beberapa hari tiba2 refused nak DF (direct feeding). Baby Wafa agak awal dah kena train minum botol susu sebab Mommy EEZ kena ‘nipple crack’ yang agak teruk. Dahlah penat meneran tak habis lagi masa tu. Lepas tu kena ‘nipple crack’ pula yang siap berkerak2 sakitnyaaaaa hadooooooooiyaaaiii… rasa macam sama perit dengan bersalin.. isk isk isk.. Jadi bila terlampau awal train baby Wafa minum susu pakai botol, jadi ada hari2 dia jadi ‘Nipple Confuse’. Apa tu ‘Nipple Confuse’ atau Keliru Puting?

“Nipple Confuse” ialah bila baby mulai refuse untuk direct feeding disebabkan baby keliru antara puting semulajadi atau puting tiruan e.g. puting botol susu dan pacifier. Selalunya terjadi kepada newborn baby sampai baby berumur 6 bulan. Apa yang terjadi ialah baby akan lebih prefer untuk minum botol dari DF sbb puting botol flow lebih laju dan tak memerlukan tenaga hisapan sangat berbanding DF. Bila DF ni kan baby kena tunggu beberapa saat baru dapat susu dari proses LDR (let down refleks) dan memerlukan baby untuk bekerja dengan mulut mungilnya itteww. Jadi disebabkan baby lebih ‘layanzz’ minum susu dengan botol, so bila timing mommy nak tukar ke DF baby mula rebel, menangis dan mengamuk2 sebab tak sabar dan dah biasa minum susu tanpa usaha yang banyak.

Selalunya baby yang baru lahir disarankan untuk minum pakai syringe/picagari atau sudu kalau tetiba mommy2 BF (breastfeeding) ada masalah untuk menyusu DF (direct feeding). Punca selain ‘nipple crack’ yang membuatkan baby jadi ‘nipple confuse’ ni ialah:
  1. Mostly mommy2 ingat baby tak cukup menyusu. Jadi terpaksa top-up dengan formula milk (FM) dengan mengGUNAkan BOTOL SUSU.
  2. Baby kuat menangis. Siang malam menangis kecuali tidur. Hehehe. Jadi disumbatnya baby dengan PACIFIER. Atau pun kes baby kuat melekap. Melekap berjam2 sampai melecet puting mommynya. Jadi pacifier ialah jalan penyelesaian untuk membiarkan puting mommy mendapat sedikit rehat. Well, it may work to some babies but not all. Macam baby Wafa, baru try pacifier brand Avent dalam 2-3 bulan. Mula2 dia reject tapi Mommy EEZ yang ganazz ni biarkan saja lama2 baru baby Wafa boleh adapt. Tapi itupun ikut mood dia. Ada masa OK, ada masa KO. Baru ni pacifier Avent tu hilang entah ke mana terus tak berganti dah .. hahaha~~ Ku pasrah je bila mulut cinonet tu melolong minta disumbat dengan putingku.. isk isk isk..
  3. Susu lambat keluar. Kesan dari penggunaan botol susu yang kerap boleh membuatkan baby rasa selesa dengan flow susu yang laju. Tambah2 pula bila mommy2 jarang pam susu bila breast dah membengkak. Sebabnya, flow susu akan jadi makin perlahan bila kurang rangsangan dari baby. Worse case, breast akan hantar signal untuk kurangkan production susu bila demand dari baby berkurangan. Situasi ni paling digeruni oleh semua BF mommies. Tu pasal kena percaya konsep Supply dan Demand. Hanya mommy2 yang berjiwa kental dan sado je yang mampu untuk meneruskan usaha BF ni tau!
  4. Perubahan bau atau rutin harian baby. Contoh macam ada mommy yang suka tukar bau2 perfume kan bila nak pergi kerja. So ada kemungkinan baby pun ada yang dah biasa pada certain bau2 yang dia selesa pada mommy dia. Bila bertukar bau, baby jadi tak selesa dan mula meragam. Salah satu cara rebel ialah TAK NAK DF! Huhuhu.. bertuahnya punya budak! Apa2 pun bergantung pada keadaan sebab taking care of a baby is an art gittew! Use your instinct mommies.. sure Allah guide Insya Allah.. aaaminn.
Hokey, dah tau sebab kenapa baby jadi ‘Nipple Confuse’. Macam mana nak atasi ‘Nipple Confuse’ ni, jom kita cuba beberapa cara:


1. Sila bertenDang dengan membuang ‘D’ itu. Ye.. mommy2 semua kena SABAR dan CHILLAX! Kalau kita tak sabar, baby LAGI tak sabar. Kalau kata tak mampu membuang ‘D’ tu tadi, sila pass baby dekat hubby ke, mak ke jiran sebelah ke.. yang penting bagi diri sendiri COOL dulu. Baby ni boleh rasa aura kita. Bila kita cool Insya Allah baby akan ikut sama relax cuma ambil masa sikit. Yang penting bila dengar baby melalak bayangkan umpama mendengar melodi Mozart atau Beethoven gittew!

2. Distract baby dengan keadaan luar atau buat bunyi2 burung ke kucing ke.. jangan buat bunyi ‘oink oink’ tu pula. Dah tau baby menangis janganlah duduk hayun setempat je. Tukar2 posisi baby tu, atau pun bawak dia ke halaman rumah sambil tunjuk kereta ke train ke motor ke. Tak jalan juga, kita zikir atau baca surah Al-Insyirah (yang starting Alam Nasyhrah– tu). Masa baca tu kena yakin dan tawakal sepenuhnya pada Allah. Kalau tak yakin tak jadi tau sbb Allah saja Maha Berkuasa ke atas tiap2 sesuatu.

3. Cuba berlainan posisi menyusu. Posisi menyusu kan byk stailo mylo. 

Yang penting baby selesa mommy pun legaaaa.. hehehe~~

4. Offer nipple puting kita bila baby dah awal2 tunjuk feeding ques. Jangan tunggu masa baby dah menangis2 baru nak sua puting. Bila baby dah nak mula masukkan jari dalam mulut ke, hisap jari ke dan masa tu baby masih lagi boleh mengukir senyuman seindah suria tu, kita pun mulakan langkah membuka apa yang patut dan sumbatkan puting kita ke mulut mungil baby.

5. Kalau masih belum berjaya bole cuba kaedah Skin-to-Skin Contact. Cara ni selalunya dibuat kalau ada mommy2 yang nak relactation semula. Cara ni memerlukan mommy untuk tak pakai bra dan baby pun pakaikan diaper saje. Letakkan baby di atas dada mommy supaya baby bole kenal bau mommy dia.

6. Kalau boleh elakkan mommy sendiri yang memberi susu pakai botol pada baby. Minta tolong hubby atau ibu mommy sendiri yang bagi jadi keadaan ni membolehkan kita tetapkan mind set baby yang bila mommy dia tak ada saje baru pakai botol susu. Kalau mommy ada bole bagi DF. Tapi, this does not work with me. Sebab husband kerja dan tiada siapa ada di rumah selain Mommy EEZ dan baby Wafa. Maka terpaksalah bagi di waktu2 genting itu. Tapi Alhamdulillah baby Wafa dapat adapt agak cepat dan tau beza antara botol dan puting betul.

7. Sementara nak tunggu susu LDR, mommy boleh bermain2 dengan baby ataupun pujuk baby supaya bersabar. Insya Allah baby boleh tunggu. Pastikan pada masa ni baby tak terlampau lapar atau menangis. Lepas tu bila baby dah mula terima puting kita jangan lupa sayang2 dia, usap kepala dia, cium2 dia dan puji dia sebab sanggup memberikan kerjasama.. hehehe~
Gejala ‘Nipple Confuse’ selalunya makan masa dalam 2-3 hari atau pun berlarutan sampai seminggu dua bergantung kepada baby2 mommies sekalian. Apa2 pun mommies jangan cepat putus asa. Teruskan usaha untuk mendapatkan jiwa kental dan sado dalam mem-breastfeeding-kan anak mommies. Mommy EEZ pun faham bukan senang sebab mommy pun jenis agak baran juga dan tak berapa nak sabar. Tapi sebab kedegilan nak bagi baby minum susu sendiri tu lebih tebal jadi sanggup mengharungi segala cabaran. Insya Allah. Niat kena kuat. Percayalah setiap pengorbanan dan usaha kita dalam menuruti perintah Allah untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun (ada disebut dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 233) akan dibalas dengan pahala yang berganda2. Mommy EEZ dulu tak pernah tahu pun yang bila dah BF anak ni macam2 dugaan kena lalui. Dahlah kena pantang makan, tak boleh jauh dengan baby dan sakit breast lagi. Masa pun berlalu sepantas kilat. Nak buat kerja lain pun sangat terhad. Nak keluar pergi mana2 pun kena pandai cari timing menyusu dan tempat menyusu yang sesuai. Bau badan pun bau susu masam je. Overly-attached tu perkara biasa. Tu tak masuk dengan cakap2 orang luar yang pantang tengok anak kita menangis, dikatanya tak cukup susu la.

‘Breast kau kecik ada ke susu?’ pun ada yang berfikiran primitif begitu. Kadang2 breast kecik tu lagi banyak susu daripada breast besar. Rajin tak rajin je untuk pam susu.

‘Urat susu tak banyak ni tu pasal susu kau sikit’ bak kata bidan yang mengurut. Sedangkan susu ni berdasarkan konsep Supply dan Demand. Selagi baby terus menerus DF akan sentiasa ada susu. Walaupun breast dah jadi lembik selembiknya mcm kueh pau tak ada isi, tapi masih mampu untuk hasilkan susu. Yang penting kena doa dan yakin selalu supaya Allah bagi rezeki untuk anak kita.

So abaikan segala benda2 negatif dan cepat2 cari benda yang boleh buatkan kita gembira. Contoh senang makanlah coklat. Mommy EEZ punye ultimate happiness kalau dapat makan dark chocolate.. wuuuuuuuuu sodaaaappp meleleh air liur.. hehehe~

Ok, itu saja pembebelan Mommy EEZ kali ni. Semoga mommies yang rajin membaca sehingga ke ayat ni diberi kesabaran, keberkatan dan kekuatan untuk mengharungi breastfeeding journey masing2 hokey! Aaaminnn..


Breastfeeding is AWESOME!

Lavveyew,
Mommy EEZ

No comments:

Post a Comment

Popular Posts