Tips Breastfeeding - Apa itu Rusty Pipe Syndrome?



Photo Source - Pak Cik Google

APA ITU RUSTY PIPE SYNDROME?



Jangan ingat paip je berkarat.. salur susu dalam breast kita pun boleh berkarat tau. Keadaan ini yang sering berlaku terutamanya pada awal kelahiran atau penghujung kehamilan. Sindrom ini tidaklah berbahaya. Fenomena ini terjadi akibat peningkatan bekalan darah dan pembengkakan pada salur darah kepada sel-sel tisu alveoli (kantung susu). Selalunya keadaan ini beransur pulih dengan sendiri tanpa memerlukan sebarang rawatan dalam tempoh 3-7 hari. Ibu masih boleh meneruskan penyusuan kepada bayi tanpa rasa was-was kerana kuantiti darah yang bercampur adalah sedikit untuk menyebabkan masalah kepada perut si comel.

So far Alhamdulillah Mommy EEZ tak pernah alaminya. Cuma bila kita tengok warna susu bertukar dari putih susu ke merah2 pink tu rasa seriau juga kan. Tambah2 nak bagi dekat baby.. wuwuwu.
.
So jangan panik ye mommy2 gojes. Teruskan menyusu dengan yakin Insya Allah. .
Kredit info dari Pakar Laktasi Puan Zatihanani di WhatsApp Group Support Breastfeeding Lunatots.

Lavveyewww,

Mommy EEZ

Tips Breastfeeding - Teknik Marmet | Cara Memerah Susu Ibu Dengan Tangan


*TONTONAN UTK MOMMY2 SAJE* 

TEKNIK MARMET YG BERKESAN


Video Source - WhatsApp Group Support Breastfeeding Lunatots dan Cikgu Susu


Teknik marmet atau memerah susu dengan tangan ni sangat sangat sangat sangat SSSAAANGAAATTT penting tau. Sebab kadang2 bila breast kita dah penuh dan start membengkak tiba2 breastpump tertinggal dekat rumah atau rosak ke, jadi teknik marmet ni memang jadi penyelamat!

Mommy EEZ sendiri pernah mengalami bila baby Wafa tiba2 kena admit ward sebab jaundice dan masa tu tak bawak breastpump plak. Mommy EEZ pun tak expect akan kena warded sebab kalau ikutkan reading jaundice baby Wafa tak tinggi sangat. Tapi disebabkan trauma dengan Severe Jaundice yang kakak Raihan dapat dulu (jaundice within 24 hours of life) jadi Mommy EEZ sendiri request pada doktor untuk warded. Nipple plak tengah crack. Masya Allah pedihnyeee Allah saje yang tahu. Nurse plak tak bagi minum susu formula. Masa ni la nak tanya Pak Cik Google dan Youtube. Alhamdulillah memang berkesan. Dapat sekali marmet 1oz utk hari-3 selepas bersalin rasa cam seronok sgt.. hehhee.. Alhamdulillah utk 2nd baby ni dapat fully breastfeed 😍❤

Kalau masih belum jelas cara2 untuk stimulate atau marmet ni boleh refer pada gambar di bawah ni ye.


Photo Source - Pak Cik Google

Semoga dapat membantu mommy2 kat luar sana untuk memperjuangkan breastfeeding ya!

Lavveyeww,

Mommy EEZ

Tips Breastfeeding - Jenis-jenis Susu Ibu dari segi Warna dan Tekstur

Photo Source - Pak Cik Google


Hollaa mommiess.. ada tak yang perasan kenapa susu ibu ni ada lain2 warna? Jom kita tambah ilmu pasal jenis2 susu ibu ni..

Susu ibu ni ada 3 jenis..

1. Colostrum - susu yang berwarna kuning pekat yang keluar masa sehari lepas bersalin. Sgt2222 penting utk baby dapat minum susu colustrum ni sbb kita bagi the best antibody utk anak kita masa awal2 kelahiran baby. Utk bagi susu colostrum ni tak perlulah sampai 3-4oz sbb baby baru lahir perutnya hanya sebesar buah cherry saje. Cukup utk beberapa sudu teh je.

Mommy boleh lihat pada gambar bawah ni berapa banyak baby newborn perlukan untuk minum ikut umur harinya.



Photo Source - Pak Cik Google

So jangan panik kalau awal2 lepas bersalin tu susu masih segan2 nak keluar sbb badan kita produce susu betul2 ikut keperluan baby kita.

2. Foremilk - susu cair warna kuning pucat atau seakan2 putih. Susu ni lebih byk air daripada lemak. Susu ni selalu dpt masa awal2 sesi mengepam atau di awal2 baby tgh menyusu. Foremilk ni berperanan untuk hilangkan dahaga baby dan mengandungi sedikit laktosa, protein dan lemak.

3. Hindmilk - inilah kualiti susu yang kita nak sebab penuh lemak berkrim. Hehehe..selalunya akan terhasil di akhir2 sesi mengepam atau di hujung2 baby dah nak habis menyusu. Hindmilk ni mengandungi lebih banyak lemak dari foremilk jadi pastikan baby habiskan 1 sesi menyusu pada sebelah breast dalam lebih kurang 20-30min untuk cukupkan kandungan hindmillk ni.

Apa jadi kalau baby banyak minum foremilk saje? Najis baby akan bertukar menjadi kehijauan berbanding warna kuning (najis normal) disebabkan hanya minum banyak foremilk berbanding hindmilk. Lepas tu akan memberi kesan kepada berat badan baby yang tak naik2 ikut growth chart baby yang sepatutnya. Jadi jika mommy ada masalah begini, disarankan bila selesai sudah sesi pam, bahagian susu foremilk dan hindmilk diasingkan dan beri baby minum susu hindmilk saje bagi menambahkan berat badan baby. 

Macam mana nak bezakan antara foremilk dan hindmilk pada susu kita?

Hokey cuba tengok betul2 gambar di bawah:


Gambar atas tu ialah susu ibu yang telah disejukkan di dalam chiller untuk beberapa jam. Bahagian atas susu dalam storage bottle ni yang berwarna putih pekat tu adalah bahagian lemak susu. Kemudian bawahnya ialah hindmilk tadi dan bawah sekali ialah foremilk.
Pastikan mommy2 gojes ni cukup makan dan minum untuk dptkan nutrien yg cukup utk keperluan si bambam anda yee~~

Lavveyewww,

Mommy EEZ

Tips Breastfeeding - Expiry date for Autumnz Storage Bags



Ada mommy2 yang tanya Mommy EEZ, mereka ada baki storage bags utk simpan breastmilk yang berlebihan dan tak pernah pakai sejak berkurun2 lamanya.. hehehe.. tak adalah sampai berkurun tapi dlm 3-4 tahun sejak anak 1st ke 2nd ke kan. So bila dah keluar baby baru...

Masih boleh pakai ke?

Jawapannya YA! Dengan syarat kotak storage bags tu masih sealed dan tersimpan dlm keadaan kering dan bersih. 



Seal tu ada dua bahagian:
1. Seal plastik besar yang simpan kesemua 25 bags tu (1 box ada 25 bags) 
2. Seal pada bahagian individual storage bag. Selalu sebelum kita simpan susu dlm bag tu kita akan koyakkan seal dan baru tuangkan susu kita ke dalam storage plastic tu


So di situ saja dah ada double protection. Selain itu, breastmilk plastic storage dari Autumnz ni memang tahan lama sebab tak ada 'degrading effect' macam explanation dkt bawah ni setelah tanya Pak Cik Gugel.
"There is no expiration date on Autumnz Breastmilk Storage Bags. The bags are made to ensure there is no degrading or interfere with the taste or smell of the milk. To ensure no damage is done to the bags, they should be kept in a clean, dry environment"
So jgn risau ye mommy2 sekalian. Beli banyak2 storage bags pun takkan membazir hokey 👌🏼

Mommy EEZ ada jual juga Autumnz Storage Bags ni saiz 5oz dan 7oz. Saiz 12oz buat masa ni dah habis stok.. hehehe~

Papepun bole tinggalkan komen atau click saje dekat Instagram atau Facebook Page untuk order hokey.

Semoga bermanfaat info di atas ye~~

Lavveyeww,

Mommy EEZ



Tips Breastfeeding - Doa banyakkan susu ibu | Breastfeeding is AWESOME!


Alhamdulillah.. Kali ni Mommy EEZ bersyukur sangat2 sebab dpt fully breastfeed anak yg ke-2 ni. Ada jugalah 2 hari terkantoi bagi susu formula milk (FM) sebab ingatkan baby Wafa tak cukup susu. Sekali dia muntah sampai keluar ikut hidung lagi. Terus mak insaf nak. Cuak betul masa tu.

Walaupun perjalanan masih jauh nak mencapai 2 tahun tu, tapi didoakan semoga semua mommy2 yg menyusu termasuk Mommy EEZ kuat dan tabah utk mengharungi perjalanan breastfeeding ni Insya Allah.

Bila dah mula breastfeed 2nd baby ni, barula Mommy EEZ sedar pengorbanan yang sangat besar seorang ibu yang menyusu. Dahlah penat bersalin tak habis lagi. Macam2 dugaan kena hadap untuk menyusukan anak seperti:

Nipple crack

Bengkak susu pada breast

Sakit pinggang sebab terpaksa bertahan dengan posisi untuk menyusukan anak

Tak cukup tidur sebab nak kena pam susu

Bertahan dengan suara2 sumbang yang kata kita tak cukup susu

Bau badan masam dengan susu

Nak kena basuh parts breastpump yang leceh dan storage bottle yang berlambak2

Breast terdedah di sana sini (dalam rumah je la.. hehehe)

24/7 dengan baby tanpa ME TIME

Jadi, bertabahlah mommy2 sekalian. Semoga segala kesakitan dan kesengsaraan yang kita hadapi Allah ganti dengan pahala.. Aaaminn.

Tak lama lagi kita akan berpuasa. Jgn risau dan terus yakin bahawa susu kita akan sentiasa ada dan cukup buat anak2 kita Insya Allah 😊 Tawakal dan terus berdoa ❤

Lavveyeww,

Mommy EEZ
.

Popular Posts