Agak kepenatan sikit hari ni sebab membawa Mama mommy eez bersama2 dengan kanak2 riang ria ribena berjalan2 ke AEON Shah Alam. Bukan senang ye nak tolak wheelchair (Mama mommy eez tak kuat untuk berjalan jauh) sambil memantau kanak2 yang berlari ke sana ke sini. Masuk kedai pun kena tebalkan muka sebab kanak2 ni beraksi seolah2 kedai tu mak diorang yang punya. Bertabah je lah~~~
Walaupun penat, mommy eez gagahkan diri untuk buat nota My #QuranTime versi 2.0 Episod 2. Sebenarnya, mommy eez boleh je nak buat nota dan simpan sendiri. Tapi dah alang2 nak buat nota, baik letak dekat blog terus kot sesiapa nak baca boleh join sekali kan. Dapatlah secebis pahala atas nota yang tak seberapa ni insha Allah.
Hokey, jom kita mulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Episod 2 ini disampaikan oleh:
Ustaz Fazrul Ismail
Ustaz Tarmizi Abdul Rahman
- Sesi kali ni dimulakan dengan Surah Al-Fatihah
- Berikut merupakan ringkasan bagi makna ayat2 di dalam Surah Al-Fatihah:
- Nama lain bagi Surah Al-Fatihah ialah Al-Sab'ul Mathani yang bermaksud 7 ayat yang diulang2 bacaannya seperti yang dinyatakan di dalam ayat 87, Surah Al-Hijr (surah yang ke-15 dalam Al-Quran)
- Seharusnya apabila kita membaca Surah Al-Fatihah yang diulang2 minimum sebanyak 17 kali sehari dalam waktu solat wajib, ianya akan memberi kesan kepada kita untuk merasakan Allah SWT itu Maha Agung, bukannya makhluk lain yang lebih agung. Kita akan rasa kita ni hanyalah makhluk yang lemah dan kerdil yang bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT
- Ayat pertama:
Kita perlu berhati2 apabila membaca بِسمِ اللهِ kerana apabila sudah terbiasa menyebutnya, bunyi huruf ب tiada lagi kedengaran. Nanti bunyinya menjadi 'Semillahirrahmaan...'. Maka sebutlah dengan betul dan penuh ikhlas dari hati insha Allah
- Ayat ke-2:
Menyatakan rasa syukur dan puji terhadap Allah SWT dan seterusnya menjadi perkataan pilihan bagi halaman ini.
Perkataan ٱلحَمدُ لِلَّهِ ini adalah gabungan antara puji dan syukur. Apabila kita sendiri mendapat nikmat, kita sebut ٱلحَمدُ لِلَّهِ sebagai tanda kita bersyukur, dan juga sebutan yang sama kita ucapkan apabila kita dapat tahu orang lain juga mendapat nikmat sebagai tanda memuji kepada Allah SWT.
Kesan kepada perbuatan ini ialah kita tidak akan rasa cemburu atau iri hati terhadap nikmat orang lain sekalipun ianya melebihi dari apa yang kita dapat.
Biasakan diri dengan menyebut ٱلحَمدُ لِلَّهِ apabila ada orang bertanyakan khabar. Ini menjadikan kita sebagai umat Alhamdulillah yang selalu melazimi perkataan tersebut dalam perbualan kita seharian.
Ayat ini juga berkisarkan tentang rububiyyah iaitu beri'tiqad bahawa Allah SWT bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuhan sekalian alam ( ٱلعَـٰلَمِينَ ). Hanya orang yang berakal saja yang dapat berfikir bahawa Allah SWT saja yang mengurniakan segala nikmat ke atas dirinya dan juga kepada orang lain.
- Ayat ke-3:
Kesinambungan dari ayat ke-2 tadi, sebab mengapa Allah SWT menekankan 2 namaNya (dari Asmaulhusna) iaitu Ar-Rahman (Maha Pengasih) dan Ar-Rahim (Maha Penyayang). Ini kerana setiap kejadian yang Allah SWT ciptakan dalam alam ini adalah disebabkan kasih sayang Allah SWT kepada kita. Sekali lagi, hanya orang yang berakal saja mampu berfikir akan hal ini dan mengambil pelajaran untuk praktikkan sifat kasih sayang terhadap sesama insan. Tiada lagi perasaan marah2, rasa dengki mahupun rasa tak cukup dengan nikmat yang Allah SWT kurniakan. Jika ada perasaan mazmumah tersebut, maka ayat ke-3 inilah ubatnya.
- Ayat ke-4:
Tuhan/Raja yang memiliki Hari Pembalasan. Hari Pembalasan ini termasuk di dalam 'Al-A'lamin' (perkataan plural untuk alam) iaitu alam yang kita tak nampak. Allah SWT ingin memastikan kita bertanggungjawab ke atas nikmat yang telah Dia kurniakan kepada kita seperti kaki, tangan, mulut dan etc. Tanggungjawab itu mestilah mengikut ad-deen (standard yang ditetapkan di dalam agama Islam).
Jika kita tidak mampu menggalas tanggungjawab dengan baik mengikut Islam, maka ianya dikira hutang. Hutang/amaran dari Allah SWT kerana perbuatan itu tidak diterima olehNya. Contoh hutang seperti menggunakan tangan untuk mencuri, membunuh dan sebagainya manakala kaki pula digunakan untuk pergi ke tempat2 maksiat.
- Ayat ke-5:
Ada kaitan dengan hubungan dunia sekarang dan dunia akan datang (Hari Pembalasan). Ini menimbulkan rasa kehambaan yang tinggi dalam diri di mana kita sebagai manusia sangat2 memerlukan pertolongan dari Allah SWT setiap masa. Ayat ini juga terbahagi kepada 2 bahagian; 1 bahagian untuk Allah SWT, 1 bahagian lagi untuk hamba2Nya. Perkataan إِيّاكَ diulang sebanyak 2 kali bermaksud sesuatu yang khusus bahawa manusia benar2 menghambakan dirinya untuk beribadah (merintih atau desperately) untuk berdoa meminta pertolongan kepada Allah SWT.
Jika diperhatikan ayat ini menggunakan perkataan plural "Hanya kepadaMu kami menyembah, dan hanya kepadaMu kami meminta pertolongan". Ini membawa maksud bahawa ukhwah/kesatuan di antara umat Islam adalah sangat kuat sekalipun kita hanya solat seorang diri saja. Maka disimpulkan di sini bahawa ibadah yang dilakukan secara berjemaah itu paling dituntuti oleh Allah SWT terutamanya dalam solat. Ini kerana hasil ibadah itu ada yang memberi manfaat kepada orang lain bukan setakat untuk diri sendiri. Contoh, jika kita berdoa dalam solat meminta hujan, hujan yang turun memberi rahmat kepada kita dan juga orang lain. Secara tidak langsung memupuk perasaan tidak pentingkan diri sendiri kepada diri kita.
- Ayat ke-6:
Dari sifat kehambaan itu, kita berdoa supaya ditunjukkan jalan yang lurus oleh Allah SWT. Dahlah susah di dunia, kita tidak mahu lagi susah di akhirat nanti, maka itulah sebabnya kita meminta Allah SWT untuk memandu hidup kita ke jalan yang lurus menuju ke syurga. Perkataan صِّرٰطَ yang digunakan di dalam ayat ini dan juga ditekankan pada ayat ke-7 membawa maksud yang besar berbanding perkataan arab lain seperti 'sabil' atau 'thoriq'. 'Thoriq' ini boleh jadi jalan yang susah atau mudah yang tak merujuk kepada kebaikan. 'Sabil' pula merujuk kepada perkara2 kebaikan contohnya seperti 'Fi Sabilillah'. Menurut Ibn Qayyim, صِّرٰطَ membawa maksud jalan yang lurus/tidak berbengkang-bengkok, sangat luas, mudah dilalui dan akan membawa kita ke arah tempat yang kita tuju.
- Ayat ke-7:
Pengakhiran bagi semua ayat2 di atas ialah kita mahu berada di atas jalan yang Allah SWT redhai dan bukan jalan orang2 yang Allah SWT murkai ataupun sesat.
- Dalam segmen tajwid, ada beberapa penekanan pada ayat2 tertentu di dalam surah ini.
- Ayat di atas merujuk kepada huruf ح (ha pedas) yang berbaris atas (dhammah), sabdu dan bawah (kasrah)
- Bacaan pada perkataan إِيّاكَ perlu berhati2 kerana ada sabdu dan perkataan ini diulang 2 kali dalam ayat ke-5. Kalau kita hilangkan bunyi sabdu itu umpama menggugurkan 1 huruf. Ia akan hanya berbunyi 'Iyaka' dan Al-Iya ini membawa maksud cahaya matahari. Nanti maksudnya menjadi seolah2 kita menyembah matahari bukannya Allah SWT.
- Seterusya:
- Pastikan bunyi huruf ض dikeluarkan dengan meletakkan lidah di tepi gigi/tepi dalam pipi
- Resolusi Surah Al-Fatihah:
Itu saja nota yang mampu mommy eez coretkan di sini. Baru surah pertama dah tergopoh gapah nak siapkan. Allahu~~ moga diberikan kekuatan mental dan fizikal buat mommy eez untuk dapat catch-up dengan siri MQT 2.0 kali ni insha Allah. Tak sangka banyak lagi ilmu baru yang mommy eez belajar dalam surah pertama dalam Al-Quran. Bayangkan ada lagi 604 mukasurat untuk 'dijelajahi'. Benarlah ilmu manusia tu sangat terhad berbanding ilmu Allah SWT. Bak kata ayat ke-109 dari surah Al-Kahfi, "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah2 Tuhanku, sudah tentu akan habis kering semua lautan itu sebelum habis kalimah2 Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan". Subhanallah.. Masya Allah...
Semoga korang yang membaca post ni dapatlah serba sikit ilmu dan boleh kongsikan juga lesson learnt buat korang di ruangan komen di bawah.
Mommy eez kongsikan juga link video My #QuranTime 2.0 sebagai rujukan korang semua dan juga nota dari siri yang lepas.
My #QuranTime 2.0 : Episod 2 Surah Al-Fatihah, Ayat 1-7
Nota My #QuranTime 1.0 : Halaman 1 Surah Al-Fatihah, Ayat 1-7
Nanti tunggu post seterusnya ya insha Allah.
Lavvv,
Mommy EEZ
www.kiddieoasis.com.my