My #QuranTime 2.0 Episod 3 - Ayat 1-5 Surah Al-Baqarah (Halaman 2)

Hi semua! Mommy Eez kembali untuk menulis nota My #QuranTime versi 2.0 untuk Episod 3. Semalam mommy eez tak sempat nak post nota ni sebab pergi berjimba dengan BFF mommy eez, Cikgu Sharmi Letops dan kanak2 ribena kuasa 2. Kenapa kuasa 2 sebab bila anak2 mommy eez dan Cikgu Sharmi Letops bergabung, terus menjadi double dribble meriah. Walaupun tak ada lah sampai mencecah 10 orang tapi cukup membuatkan kitorang terjerit2 memanggil anak masing2 yang dah macam anak ayam terlepas reban gittew 😂


Kejadian semalam mommy eez akan cerita di lain post sebab tak nak bercampur dengan nota ni hokey.


Jom kita mulakan dengan membaca nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Episod 3 kali ni disampaikan oleh

Ustaz Fazrul Ismail

Ustaz Tarmizi Abdul Rahman


- Seperti yang kita sudah pelajari Surah Al-Fatihah sebelum ni mempunyai 3 komponen penting iaitu; 

  • akidah/iman
  • ibadah//syariah 
  • dan akhlak
Maka, surah2 seterusnya bermula dari Surah Al-Baqarah sehingga Surah An-Nas memperincikan lagi 3 komponen penting ini. 


- Surah Al-Baqarah dipanggi Sanamul Quran iaitu bermaksud puncak Al-Quran dan merupakan surah terpanjang sekali di dalam Al-Quran dengan 286 ayat (Madaniyyah). Surah ini diturunkan setelah Nabi Muhammad SAW sudah berhijrah ke Madinah dan surah ini telah melatih Nabi Muhammad SAW bagaimana menjadi pemimpin untuk mentadbir Madinah dengan pelbagai masyarakat yang berlainan agama dan bangsa. Pentadbiran Rasulullah SAW berasaskan prinsip yang teguh dari Islam dan Baginda menjadi pemimpin yang bertaqwa.

   



- Berikut ialah sinopsis bagi episod kali ni:


- Berdasarkan hadith Muslim, diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "jangan jadikan rumah kita seperti kubur, sesungguhnya syaitan akan lari dari sebuah rumah yang dibacakah Surah Al-Baqarah di dalamnya." Jadikan amalan kita membaca surah ini semasa nak masuk rumah baru mahupun rumah lama/sedia ada. Bacalah sikit demi sikit sekalipun memakan masa sehinggalah habis ke hujung surah ini.

Surah ini juga memberi panduan bagaimana nak menguatkan hati kita untuk menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah SWT dan di dalam ayat ke-5, Allah SWT telah menjanjikan kejayaan bagi orang2 yang bertaqwa ini.


- Surah ini dinamakan Al-Baqarah (lembu betina) berdasarkan peristiwa yang berlaku pada ayat 67-74 surah ini. Ada seorang dari Bani Israel telah terbunuh pada waktu itu dan mereka mahu mencari siapa pembunuhnya. Maka, Allah SWT telah memerintahkan melalui lidah Nabi Musa A.S. dengan menyembelih seekor lembu betina bagi menyelesaikan masalah terbabit.


- Berdasarkan hadith sahih yang diriwayatkan oleh Abu Umamah, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, "bacalah Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu akan datang pada Hari Qiamat untuk memberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah 2 perkara yang bersinar (Az-Zahrawain) iaitu Surah Al-Baqarah dan Surah Ali-Imran kerana 2 surah ini akan datang pada Hari Qiamat dalam bentuk 2 naungan/awan atau 2 kawanan burung yang berbaris2 " di mana mereka akan berhujah/berdoa dan cuba menyelamatkan manusia yang membaca 2 surah ini.

- Ada satu kisah yang menarik tentang Surah Al-Baqarah dari Usaid Ibn Hudair. Pada satu malam, Usaid sedang membaca Surah Al-Baqarah bersama anaknya, Yahya dan anaknya duduk berdekatan dengan kudanya. Semasa beliau membaca surah itu, kudanya berasa tidak tenteram. Apabila beliau berhenti membaca, kudanya pun berhenti bergerak. Apabila beliau menyambung semula bacaannya, kuda itu kembali bergerak2. Beliau khuatir kudanya itu akan mengenai anaknya, lalu beliau pun keluar untuk mengambil anaknya. Lalu, apabila beliau keluar, beliau ternampak kepulan awan2 yang bercahaya di atas langit. Usaid berasa takut lalu meninggalkan tempat tersebut. Keesokan harinya, beliau mengadu akan kejadian tersebut kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi berkata "awan2 yang bercahaya itu ialah kumpulan malaikat yang sedang menaungi kamu semasa kamu membaca Surah Al-Baqarah. Jika kamu meneruskan bacaanmu pastinya, ramai orang akan melihat awan2 tersebut sehingga ke pagi tetapi disebabkan kamu berhenti membacanya, maka awan itu pun hilang".  


- Ayat pertama: perkataan الٓمٓ (huruf muqhata'ah/huruf potong) bukan saja terdapat pada Surah Al-Baqarah, tapi ada di surah2 lain seperti Surah Ali-Imran, Al-Ankabut, Ar-Rum, Surah As-Sajadah dan Surah Luqman. Perkataan ini tidak diketahui langsung maksudnya dan hanya Allah SWT saja yang Maha Mengetahui.


Maka, kita mengambil sikap berdasarkan kenyataan Imam Ar-Razi, bahawa apabila kita mula membaca Surah Al-Baqarah ini, kita sepatutnya rasa kita tidak tahu apa2 tentang ilmu di dalamnya. Oleh itu, kita seharusnya bergantung kepada Allah SWT dengan perasaan penuh rendah diri supaya Allah SWT memandu kita dalam mempelajari tentang keseluruhan ayat2 di dalam Al-Quran. 


- Ayat ke-2: 
Perkataan pilihan untuk Halaman 2 ini ialah:


- Perkataan di atas bermaksud hadiah yang berkaitan dengan hidayah. Apabila kita membaca Al-Quran dan kita dikurniakan hidayah oleh Allah SWT, kita berasa sangat gembira. Hidayah ini spesifik diberikan kepada orang yang bertaqwa dan ciri2 orang bertaqwa dinyatakan di dalam ayat ke-3 dan ayat ke-4. 

Namun, pada ayat ke-185, Surah Al-Baqarah ada dinyatakan هُدًى لِّلنّاسِ iaitu hidayah diberikan kepada manusia biasa umpama hidayah tahap 1. 

Maka, di sini dikenalpasti ada 4 tahap hidayah:

  • Hidayah Tahap 1 - kepada manusia sekalian alam. Umpama dapat hidayah tapi tak solat (ayat ke-185, Surah Al-Baqarah)
  • Hidayah Tahap 2 - kepada orang yang bertaqwa (ayat ke-2, Surah Al-Baqarah)
  • Hidayah Tahap 3 - apabila Allah SWT menjadikan seseorang itu bertaqwa dan mencapai Taufiq (melakukan kebaikan selepas mendapat ilmu dari Al-Quran). Taufiq hanya diberikan kepada mereka yang benar2 mengabdikan diri dengan penuh rasa kehambaan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. 
  • Hidayah Tahap 4 - apabila seseorang itu diiringi masuk ke dalam Syurga oleh Allah SWT

Mengikut Imam Al-Qurtubi, kitab adalah sesuatu yang tertulis atau fardu/kewajipan mengikut peraturan dengan ketentuan oleh Allah SWT (al-qadar). Kitab ini juga tidak ada keraguan di dalamnya kerana ianya datang dari Allah SWT.


- Ayat ke-3: 


Ayat ini menjelaskan sifat orang bertaqwa. Beriman kepada perkara ghaib secara asasnya ialah beriman kepada Allah SWT. Keimanan seseorang itu akan membina watak untuk menjadi manusia yang sebenar. Apabila kita percaya kepada Allah SWT, kita akan mendirikan solat untuk meminta bantuan dari Allah SWT supaya kita diberikan rezeki dalam pelbagai bentuk. Sesudah kita mendapat rezeki, sebahagian daripada rezeki itu kita infakkan (mengikut pembahagian zakat hanya 2.5% daripada jumlah pendapatan). Secara logiknya, Allah SWT sebutkan harta perlu diinfakkan itu hanya sebahagian bukan kesemuanya kerana, sebahagian lagi perlu digunakan untuk keperluan orang bertaqwa itu sendiri. 

Apa yang menarik pada ayat ke-3 ini ialah perkataan seperti  وَيُقيمونَ  , يُؤمِنونَ , يُنفِقونَ bersifat mudhari' iaitu kata kerja yang berterusan (pada masa sekarang dan masa depan). Maka, ciri2 orang yang bertaqwa haruslah consistent/berterusan melakukan 3 ciri yang disebutkan di atas. 3 ciri tersebut juga merupakan 3 jenis amal iaitu:

1. Amal pada hati (beriman kepada yang ghaib)
2. Amal pada badan (mendirikan solat) 
3. Amal pada harta (menginfakkan harta)


- Ayat ke-4: 

Allah SWT meneruskan lagi menceritakan ciri2 sifat orang bertaqwa iaitu percaya kepada kitab yang diturunkan kepada nabi dan juga kitab sebelumnya. Ianya sama seperti beriman kepada Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah SWT. Sekalipun kita beriman kepada kitab2 terdahulu seperti kitab Zabur (Nabi Daud A.S.), Taurat (Nabi Musa A.S.) dan Injil (Nabi Isa A.S.), namun segalanya 'obsolete' atau tidak 'valid' kerana kitab Al-Quran telah menjadi peneraju utama di antara kitab2 sebelumnya. Itu sebab kitab Al-Quran dinyatakan terlebih dahulu dalam susunan ayat ke-4 berbanding kitab2 sebelumnya. 

Sifat yang ke-5 orang bertaqwa ialah yakin dengan Hari Akhirat. Orang bertaqwa ini cukup yakin sekalipun Hari Akhirat belum lagi terjadi, namun keyakinan mereka seolah2 mereka nampak secara visualnya apa yang akan berlaku pada Hari Akhirat itu. Itulah sebabnya, orang2 yang bertaqwa akan mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi hari tersebut kelak. Mereka juga yakin bahawa cara untuk menangani masalah dalam hidup mereka ialah dengan melakukan perkara yang Allah SWT perintah.


- Ayat ke-5: 


Ayat ini merupakan pujian dan sanjungan kepada orang bertaqwa oleh Allah SWT. Setelah melalui proses perjuangan yang telah diterangkan dari ayat pertama sehingga ayat ke-4 surah ini, maka Allah SWT memuji orang2 yang bertaqwa ini sebagai orang2 yang berjaya di dunia dan di akhirat kerana benar2 mendapat petunjuk dari Allah SWT. 

 

- Segmen tajwid kali ni bermula dengan menyentuh hukum tajwid pada ayat pertama Surah Al-Baqarah:


- Hukum Mad Lazim Harfi bermaksud huruf2 yang bergabung dalam 1 kalimah. Manakala Muthaqqal bermaksud berat kerana terdapat 2 bunyi dengung ( 
م bertemu dengan م = Hukum Idgham Syafawi/Idgham Mislain) pada huruf ل dan م . Kalau bunyi ringan (Mukhoffaf), contoh seperti الر dan bacaanya tiada dengung.

Kadar bacaan hukum Mad Lazim Harfi Muthaqqal ialah 6 harakat.

Maka jumlah panjang bacaan untuk ayat pertama Surah Al-Baqarah ini ialah 14 harakat di mana sebutan ل (6 harakat), dengung antara ل dan  م (2 harakat) dan  م  (6 harakat) 

- Untuk perkataan ذٰلِك pada ayat ke-2, sebutan ذ dibunyikan di hujung lidah, dikeluarkan sikit lidah menyentuh gigi kacip di bahagian atas gigi. Huruf lain yang perlu dibunyikan dengan cara yang sama ialah huruf ث dan ظ .



- Tanda waqaf titik tiga bernama Waqaf Taa'nuq atau Waqaf Muraqabah pada ayat ke-2. Boleh berhenti pada رَيبَ atau رَيبَ ۛ فيهِ atau tidak berhenti langsung pun dibenarkan juga.


- Resolusi bagi ayat 1-5 dari Surah Al-Baqarah ini ialah:



Alhamdulillah.. akhirnya siap juga nota ni setelah bertungkus lumus menyiapkan nota ni selama 3 hari!!!! Apa yang membuatkan mommy eez ambil masa yang agak lama sebab dalam masa 3 hari ni mommy eez menyantuni ahli keluarga dan rakan baik mommy eez untuk memenuhi masa bersama2 mereka. Sekalipun, penat yakmat, harapnya Allah SWT dapat terima ianya sebagai salah satu ibadah insha Allah. 

Di sini mommy eez letakkan link video My #QuranTime 2.0 sebagai rujukan dan juga nota dari siri pertama yang lepas.





Hokey, jom habiskan lagi 2 episod yang mommy eez tertinggal. Semoga dapat terus istiqomah insha Allah


Assalamualaikum.


Lavvv,

Mommy EEZ

No comments:

Post a Comment

Popular Posts