Assalamualaikum semua..
Mommy eez kembali lagi di sini bagi memenuhi saham2 akhirat mommy eez hahaha~. Walaupun agak terlambat (sebab siri My #QuranTime dah bermula sejak bulan Ramadhan hari tu) tapi better late than never kan. Mommy eez tulis ni sebab mungkin ada orang yang lebih suka membaca dari menonton video yang mengambil masa yang agak lama dalam 1 jam. Membaca mungkin ambil masa kurang dari 30 minit kan. Sebenarnya mommy eez dah lama start mentadabbur Al-Quran tapi secara santai je la. Tak ambil mana2 course specific pun. Mommy eez rasa seronok dan sangat enjoy bila dapat tahu isi kandungan Al-Quran yang sangat berkait rapat tentang tujuan hidup kita, tentang dunia, tentang Pencipta kita dan macam2 lagi. Ye lah Al-Quran ni kan mukjizat Nabi Muhammad SAW yang Allah SWT kurniakan buat kita. Satu2nya 'harta' yang mommy eez percaya boleh dibawa ke akhirat esok insya Allah.
Sebelum tu mommy eez nak minta jasa baik anda semua utk bacakan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Emy Anneza binti Zakaria, kakak sulung mommy eez yang baru pergi meninggalkan kami pada pagi Rabu, 3 June 2020. Semoga Allah SWT merahmati, menyayangi, melindungi dan mengampuni beliau di alam sana. Aaaaminn. Salah satu sebab yang buat mommy eez kuat nak menulis ni pun sebab nak berikan pahala mommy eez belajar siri My #QuranTime ni kepada arwah kakak mommy eez supaya diberi ganjaran pahala yang sentiasa mengalir buat beliau di sana insya Allah.
Jadi mommy eez akan terangkan ringkasan sepanjang mommy eez menonton siri ni. Mommy eez ambil siri yang bermula pada 8 June dulu. Ada kesempatan nanti mommy eez akan lihat balik siri2 yang terdahulu yang release masa bulan Ramadhan hari tu ok. So, stop membebel panjang, jom kita start.
Episod 1 ini disampaikan oleh:
Ustaz Al-Fadhil Fazrul
Ustaz Ahmad Tarmizi Abd Rahman
Ustaz Al-Fadhil Tirmizi Hj. Ali
- Al-Quran mengandungi 114
surah dan 6236 ayat dan 604 mukasurat.
- Bagi permulaan siri ni, kita haruslah berniat untuk mengkhatam membaca dan mentadabbur kesemuanya insya Allah.
- Surah Al-Fatihah (Surah
Pembukaan) ini ialah lambang rasa kehambaan kita terhadap Allah SWT.
Merupakan induk Al-Quran iaitu as-Sab'ul Mathani (7 ayat yang berulang2 yang
dibacakan di dalam solat).
- Nama lain bagi Surah Al-Fatihah:
1. Umm al-Quran
2. Umm al-kitab
3. al-Azhim
4. Fatihah al-Kitab
5. al-Hamdu
6. al-Ruqyah
- Hadith Qudsi menyatakan Nabi
Muhammad SAW bersabda, Allah SWT membahagikan solat terbahagi kepada 2
bahagian - untuk Allah SWT dan hambaNya. Dan ini merujuk kepada surah
Al-Fatihah.
- Nabi Muhammad SAW dan sahabat Baginda tak
pernah jemu membaca surah ini dengan penuh rasa kehambaan.
- Kandungan Surah Al-Fatihah:
> Ayat 1-4 merupakan pujian bagi Allah SWT dan sifat-sifatNya
> Ayat 5 menunjukkan
agama/ibadah ini mempunyai syariat/rules
> Ayat 6-7 menunjukkan lifestyle seorang mukmin
> Ayat 6-7 menunjukkan lifestyle seorang mukmin
- Kalau rasa hidup ni sukar,
amalkan surah Al-Fatihah.
- Semoga Allah SWT memberikan
kesihatan, rezeki masa dan ruang kepada kita untuk mempelajari Al-Quran. Aaaminnn.
- Surah Ar-Rahman (surah ke-55)
ada menyebut عَلَّمَ الْقُرْءآن bermaksud Allah SWT yang telah mengajarkan Al-Quran.
- Perkataan pilihan Episod 1:
- Perkataan ٱلحَمدُ dibaca
sebanyak 68 kali sepanjang di dalam Al-Quran.
- Bila kita membaca ٱلحَمدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلعَـٰلَمِينَ, kita memuji dan bersyukur atas segala nikmat
atau ujian yang kita dapat pada hari ni. Bukan setakat dapat pada kita saja,
tapi pada orang lain juga.
- Al-Quran ini telah
mengejutkan dunia sejak 1400 tahun yang dulu dan sehingga kini dipegang oleh
kita.
- Bila kita sedar kita ini
hamba, Allah SWT akan membuka potensi diri kita. Seperti Nabi Muhammad SAW
menjadi hamba yang bersyukur, Allah SWT memimpin hidup Baginda ke jalan yg lurus.
- Perkataan بِسمِ اللهِ,
Ar-Rahman, Ar-Rahim, رَبِّ ٱلعَـٰلَمِينَ merangkumi 12% di dalam Al-Quran.
- Allah SWT menjawab setiap ayat di
dalam surah Al-Fatihah. Sebagai contoh,
> ٱلحَمدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلعَـٰلَمِينَ - Allah SWT menjawab: hamba2Ku telah memujiKu.
- Sifat orang2 yang Allah SWT murkai ada dinyatakan dalam surah Al-Baqarah.
- Sifat orang2 yang Allah SWT sesatkan ada dinyatakan dalam surah Al-Imran.
- Ayat 6 Surah Al-Fatihah ini, dijawab oleh Allah SWT dalam surah Al-Baqarah yang diturunkan selepas 13 tahun Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul.
- Surah Al-'Alaq adalah surah pertama/wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
- Awal2 surah Al-Baqarah ialah teguran Allah SWT terhadap orang2 Yahudi di Madinah.
- Selain dari tadabbur, kita
perlu belajar hukum tajwid yg betul.
- Kalau tanpa tajwid tiada
siapa yang dapat membaca Al-Quran dengan betul. Jadi ulama2 telah membangunkan
kaedah tajwid standard supaya semua orang dapat membacanya.
- Bacaan mujawwad iaitu bacaan
tarannum: tidak sesuai dibaca ketika
solat berjemaah sebab agak mengambil masa.
- Episod 1 ini ditutup dengan bacaan doa seperti dibawah:
بسم الله الرحمن الرحيم
"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Banyaknya kurniaan nikmatMu kepada kami, Ya Allah. Banyaknya Ya Allah kurniaanMu kepada kami, Ya Rahman. Namun kami kadang2 ingkar kepadaMu Ya Allah. Bahkan kadang2 menyebabkan kami makin jauh daripadaMu Ya Allah. Maka, kami menadah tangan memohon ke hadratMu Ya Allah. Ketuklah pintu hati kami Ya Allah. Cuitlah hati kami kembali Ya Allah. Untuk mata kami melihat kalamMu Al-Quran. Telinga kami2 memperdengarkan bacaan Al-Quran. Lidah2 kami yang boleh menyebut kalimah2Mu Al-Quran. Tangan kami yang membelek lembaran mushaf Al-Quran. Ya Allah Ya Tuhan kami, saat ini kami bermula, justeru kami memohon kepadaMu sesungguhnya sebenar2nya kekuatan daripadaMu Ya Allah agar kami dapat bersahabat dengan kekasih kami ini, Al-Quran pagi, petang, siang dan malam. Ya Mujib, perkenankan doa kami Ya Allah. Tunaikan hajat kami Ya Rahman, agar akhir hidup kami ialah akhir hidup yang diredhai olehMu jua"
آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Hokey
itu saja ringkasan yang mommy eez dapat daripada menonton Episod 1 ni.
Kalau ada yang nak tambah info silakan tulis di ruangan komen.
Pengajaran buat mommy eez sendiri untuk Episod 1 ni ialah:
1. Perlu selalu mulakan sesuatu dengan bacaan بِسمِ اللهِ . Kalau tak baca nanti, takut hilang keberkatan dari Allah SWT dalam sesuatu pekerjaan.
2. Wajib sentiasa bersyukur dalam apa jua situasi - gembira, sedih atau marah sebab semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya yang tak tercapai oleh akal manusia.
3. Bila kita dapat 1 nikmat, sebutlah ٱلحَمدُ لِلَّهِ supaya bila ada orang dikurniakan nikmat yang lebih dari kita, kita tak rasa dengki.
4. Allah SWT bersifat Ar-Rahman (yang Maha Pemurah) kepada semua makhlukNya tak kira Islam mahupun yang bukan Islam. Namun, sifat Allah SWT yang Ar-Rahim dikhususkan kepada mereka yang beriman kepada perintahNya.
5. Tujuan hidup kita ialah untuk beribadah kepada Allah SWT (ayat 5 surah Al-Fatihah). Maka, kita perlukan pertolongan Allah SWT dalam nak mencapai tujuan hidup ini.
6. Perkataan ٱلحَمدُ لِلَّهِ ialah gabungan antara memuji Allah SWT dan rasa bersyukur.
Rasa macam tak puas baca nota ni, bolehlah tonton siri ni pada link di bawah:
Bagi yang nak menyambung belajar boleh terus ke nota Episod 2 (<--- klik sini).
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita. Semoga bermanfaat buat semua.
#myqurantime #qurandisisibacasetiaphari #tadabburquran
Lavvv,
Mommy Eez
No comments:
Post a Comment