Giveaway by Blog The Story of Mommy EEZ

Perghhh nervous kita nak buat 1st giveaway (GA) dekat blog. Sebelum ni pernah buat dekat Instagram je demi mengumpul followers yang sudi follow @kiddie.oasis . Hari tu macam seronok plak join giveaway bloggers2 lain so sempena nak mengambil keberkatan yang Allah SWT bagi pada bulan Ramadan ni, mommy eez nak share 3 hadiah ni dengan 3 BLOGGERS BERTUAH~

 


1 x Radio Quran dari Baby Pian dan bacaan ayat2 Al-Quran dialunkan oleh 
Ustaz Fakhrul dari UNIC

 

1 x Mini Sejadah dari The Prayer Mat

 

1 x Kurma Ajwa with Gift Box

 

Maghiiii kita tengok macam mana nak join GA by Blog The Story of Mommy EEZ yang poyo royo ni.


Syarat2 penyertaan GiveAway by The Story of Mommy EEZ

1. Follow blog ni dan Instagram @kiddie.oasis <--- klik je di sini

 

2. Buat satu entry post bertajuk 'GiveAway by Blog The Story of Mommy EEZ'

 

3. Share link entry post giveaway dan nama Instagram korang ke ruangan komen bawah post ni. Nanti mommy eez akan stalk korang semua muahahaha~~~

 

4. Giveaway ni bermula dari tarikh hari ni 15hb Mac 2024 sehingga 8 April 2024 (bersamaan dengan 28 Ramadan 1445H). Ikutkan hati nak ambil tarikh 27 Ramadan sebab nak ambil semangat Lailatuqadr tapi sebab waktu tu hari Sabtu-Ahad jadi, takut tak sempat nak umum on time. Lagipun tarikh ni mungkin akan extend kalau tak ada sambutan hangats.. isk isk isk... ye la kita blogger sendu je. Followers ciputs. Tapi, tak pe selagi tak cuba buat giveaway mommy eez pun tak tahu akan ada sambutan ke tak kan?


5. Keputusan pemilihan pemenang bergantung pada cara korang tulis blog entry korang. Kalau ada yang menarik hati, menghiburkan hati dan menyentuh hati mommy eez insha Allah terpilih. Kalau susah sangat mommy eez nak pilih, pakai Wonder Wheels je lah.. eh Wheels of Names ni.. hihihi~~~

 

Harapnya syarat2 yang mommy eez bagi ni mudah je lah kan. Tazaba nak tengok blog korang yang comey2 dan minimalist ittew!

 

Apa2 pun salam perkenalan buat bloggers yang baru jumpa blog mommy eez ni. Kita tak muda sangat dan tak tua sangat. Yang sedang2 aja! Chewaaah~~~ . Enjoy the giveaway session and have a blessed Ramadan for all of us insha Allah.. Aaameeen!

 

Lavvv,

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

Tadabbur Quran 30 Juzuk : Kompas Juzuk 8 oleh Ustaz Syahmi Syazeril

Assalamualaikum semua. 

 

Hari ni dah masuk 2 Ramadan, harapnya semangat masih kental untuk meneruskan menulis nota dan sebarkan sebanyak mana info2 tentang Al-Quran. Apa yang mommy eez tulis di sini mungkin dalam 3-5% je kandungan keterangan yang ada dalam Al-Quran. Selebihnya banyak lagi yang mommy eez tak tahu dan masih lagi kena belajar. Kalau korang ada apa2 maklumat tambahan, boleh lah kongsi juga di ruangan komen hokey.


Jom, kita mulakan dengan membaca Ummul Kitab (surah Al-Fatihah) bukan saja untuk diri kita sendiri, malah untuk semua orang yang kita sayang sama ada yang masih hidup ataupun yang telah pergi meninggalkan kita.


Al-Fatihah


RINGKASAN JUZUK 8

disampaikan oleh

Ustaz Syahmi Syazeril dari Tadabbur Centre


- Juzuk 8 ini mengandungi 2 surah iaitu Surah Al-An'am (ayat 111-165) dan Surah Al-A'raf (ayat 1-87)


- Dalam surah Al-An'am, Allah SWT memberikan amaran kepada orang kafir Quraisy yang terus-menerus menyerang Nabi Muhammad SAW atas dakwah Baginda. Allah SWT mahu orang2 kafir ini berhenti dari menidakkan kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW iaitu Al-Quran. Justeru, Allah SWT menguatkan semangat Nabi Muhammad SAW dengan memberikan motivasi melalui wahyu supaya Baginda tidak takut untuk meneruskan usaha dakwah sekalipun tentangan hebat yang bertali arus diterima dari orang kafir Quraisy.


- Terdapat kalimah 'Qulhuwa' disebut berulang2 di dalam surah Al-An'am yang bermaksud 'Katakanlah dia (wahai Muhammad)' . Perkataan ini menunjukkan transisi perjalanan dakwah Nabi Muhammad SAW dari fasa defensive (bertahan) kepada fasa offensive (menyerang).


- Surah Al-A'raf ini dinamakan berdasarkan pada ayat 46-47, iaitu di mana Allah SWT menceritakan terdapat sebilangan orang lelaki berada di tengah2 antara syurga dan neraka. Apabila mereka melihat syurga, mereka memberikan salam, 'Salamuna'laikum'. Apabila mereka melihat neraka, mereka berdoa supaya janganlah mereka bersama2 dengan orang2 yang zalim. Mereka berada di dalam keadaan dilema kerana tidak tahu nak menghala ke arah yang mana satu. Lalu, Allah SWT meminta para lelaki terbabit untuk membuat keputusan dengan cepat kerana hasutan2 syaitan/iblis takkan berhenti untuk mereka lebih memilih neraka berbanding syurga.


- Dalam 10 ayat terawal surah Al-A'raf ini mengingatkan kita supaya sentiasa beriman kepada wahyu dan Rasul. Dalam masa yang sama, kita perlu kenang kembali apa yang telah terjadi kepada kaum2 terdahulu yang Allah SWT telah timpakan azab kepada mereka sebagai pengajaran buat kita semua. Hanya mereka yang benar2 menggunakan akal saja yang sedar akan realiti kebenaran ini.


- Pada ayat2 seterusnya di dalam surah Al-Araf, Allah SWT memaparkan kisah bagaimana Iblis laknatullah bersungguh2 menyesatkan Nabi Adam AS dan Hawa. Allah SWT ingin menunjukkan bukti kepada kita supaya kita sedar bahawa Iblis/syaitan ini adalah musuh yang nyata bagi kita semua.


- Allah SWT juga ada menceritakan tentang pertembungan orang2 yang patuh kepada Allah SWT dengan orang2 yang mengingkariNya sehingga pergelutan ini berlanjutan sehingga Hari Kiamat pada ayat 25-53 surah Al-A'raf. Cerita ini dipaparkan melalui kerenah orang2 kafir Quraisy yang sentiasa menolak wahyu Allah SWT.


- Wahyu Allah SWT ini umpama air yang menghidupkan tanah yang tandus seperti yang dinyatakan dalam ayat 57 surah Al-A'raf.

 


Ibarat hati kita ini tandus dari cahaya, jadi wahyu ini datang bagi menghidupkan/menyuburkan hati dan diberikan cahaya ketenangan untuk kehidupan kita. Begitulah bagaimana Allah SWT mengangkat darjat wahyu/Al-Quran ini sangat tinggi dan penting dalam hidup kita.


- Allah SWT juga ada menceritakan kemusnahan orang2 terdahulu seperti kehancuran kaum Nabi Nuh AS di dalam juzuk 8 ini.


- Maka, kesimpulan perkaitan antara surah Al-An'am dengan surah Al'Araf ialah mengenai kepentingan beriman kepada wahyu Allah SWT. Janganlah sesekali kita menolak Al-Quran dalam hidup kita. Bila kita berpegang pada Al-Quran, pasti kita berada dalam jalan yang lurus seperti di dalam surah Al-An'am. Barangsiapa yang menolak Al-Quran, tidaklah mereka mengambil pelajaran daripada orang2 yang terdahulu yang ditimpa azab siksa dari Allah SWT seperti di dalam surah Al-A'raf.


- Terdapat petikan dari Doa Iftitah yang kita baca dalam solat diambil dari ayat 162-164 surah Al-An'am:


Inilah janji kita kepada Allah SWT yang telah dibuat sebelum kita wujud di dunia ini lagi dan wajiblah kita mentaatinya.


Alhamdulillah tamat sudah ringkasan nota Juzuk 8. Jumpa dalam nota yang seterusnya pula di post yang akan datang insha Allah~~~


Lavvv,

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

Tadabbur Quran 30 Juzuk : Kompas Juzuk 7 oleh Ustaz Afifi Akram

Pending lama betul nak sambung nota Tadabbur Quran 30 Juzuk ni 😂 Makan bertahun2. Takpelah yang penting semangat tu masih belum hilang selagi badan dikandung hayat gittew!

 

Hokey, jom kita terus saja ke nota Juzuk 7 dan sebelum itu harapnya dapatlah para pembaca semua menitipkan sedikit doa dan bacaan surah Al-Fatihah buat arwah kakak dan ayah mommy eez yang telah 4 tahun meninggalkan kami sekeluarga di sini. Semoga mereka semua sentiasa dilindungi dan diberkati Allah SWT selalu. Aaameeen.

 

RINGKASAN JUZUK 7

disampaikan oleh

Ustaz Akram Afifi dari Tadabbur Centre


 - Permulaan ringkasan Juzuk 7 ini dimulai dengan pembukaan hadith dari Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, 

 

"Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan, keinsafan dan kesyukuran, maka Allah SWT akan ampunkan dosa2nya yang telah lalu". (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

 

Ada sebahagian riwayat lain mengatakan bahawa Allah SWT juga akan mengampunkan dosa2 yang akan datang bagi orang2 yang berpuasa di bulan Ramadan.

 

- Sebahagian tanda bukti kita menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah SWT ialah dengan membaca Al-Quran. 

 

- Di dalam Juzuk 7 ini, mengandungi sebahagian Surah Al-Maidah (ayat 83-120) dan Surah Al-An'am (ayat 1-10). Surah Al-An'am menekankan isu akidah dan keimanan serta merupakan ayat2 Makkiyah. Ia juga menceritakan tentang akidah orang2 kafir yang menyekutukan Allah SWT.


- Surah Al-An'am yang bermaksud binatang ternakan ini diturunkan kerana orang2 kafir membahagikan hasil ternakan dan tumbuhan mereka untuk Allah SWT dan juga berhala2 mereka. Ini dicatatkan di dalam ayat 136, surah Al-An'am.


- Surah Al-An'am ini diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sekaligus pada 1 malam bersama2 dengan 70,000 para Malaikat.


- Isi kandungan Surah Al-An'am ada menceritakan bagaimana Allah SWT memberikan motivasi kepada Nabi Muhammad SAW supaya kekal meneruskan kerja2 dakwah kepada orang2 Quraisy Jahiliyyah di Mekah sekalipun diseksa, dipulau, dihina dan pelbagai cercaan yang Nabi Muhammad terima ketika itu. 


- Apabila diperhatikan pada ayat 74-79 surah Al-An'am, Allah SWT menceritakan di dalam ayat2 itu bagaimana Nabi Ibrahim AS mencari2 Tuhan yang selayaknya disembah. Ayah Nabi Ibrahim AS sendiri ialah pembuat berhala dan Nabi Ibrahim mempersoalkan kelakuan ayahnya dan kaumnya yang sesat.




 

Kita akan dapat memahami bagaimana Nabi Ibrahim AS memerhati objek2 di langit dan menyimpulkan bahawa semua ciptaan Allah SWT di langit dan di bumi ini wujud hanyalah dengan kuasa Allah SWT. Lalu, Nabi Ibrahim AS memberitahu kaumnya bahawa berhala2 yang mereka sembah itu bukanlah tuhan yang sebenar dan Tuhan yang sebenar yang selayaknya disembah ialah Allah SWT.

 

- Maka, Surah Al-An'am ini diturunkan bagi memperbetulkan akidah orang2 kafir yang tidak percaya kepada Allah SWT. Ini juga bagi membuka mata hati mereka untuk memerhatikan alam ini supaya dapat merasakan kekuasaan Allah SWT yang menguruskan alam ini.


Berakhirlah nota ringkasan Juzuk 7 yang telah diterangkan di dalam video di atas. Semoga bermanfaat buat semua. Mana2 info yang kurang tepat, haraplah diperbetulkan. Kita sama2 belajar insha Allah.


Lavvv,

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

Selamat Menyambut Ramadan 2024

Diumumkan ketibaan bulan yang dinantikan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia!

 

Ahlan wa Sahlan ya Ramadan Kareem 💖

Jom sama2 kita baca niat puasa untuk sebulan dan harian di bawah ni:

 


 
Alhamdulillah semoga kita semua selamat menuju dan berjuang untuk mengejar sebanyak2 ladang pahala yang Allah SWT dah sediakan untuk kita nanti di bulan Ramadan ni. Mommy eez tak berapa prepare sangat kali ni sebab ada beberapa insiden yang berlaku pada mommy eez. Tapi, harapnya mommy eez cepat bangkit dan meneruskan untuk menyebarkan seberapa banyak ilmu yang ada sepanjang bulan puasa ni. 
 
 Mommy eez plan untuk sambung buat ringkasan tadabbur per juzuk. Dulu dah buat sampai Juzuk 8, insha Allah harap dapat habiskan sampai Juzuk 30. 
Doakan ye 😊

 

Mommy eez baca balik post tahun lepas berkaitan dengan harapan pada bulan puasa. Seronok plak baca sebab dapat remind balik apa yang patut mommy eez rasa dan didik hati ni. Tak semua kita rancang kita dapat. Redha dengan segala ketentuan Allah SWT. Yang penting dongibap, kipidap dan terussssskan berjalan sehingga ke mana saja kita mampu. Ni link post lama, kot korang nak baca juga:

 

selamat-datang-ramadan-kareem-2023

 

Link ringkasan Tadabbur ni pun mommy eez tengah usaha siapkan ada di 

 

Page Tadabbur Al-Quran 

(di bahagian Header Bar dekat bawah main photo blog ni) 

 

Semoga bermanfaat buat semua dan semoga ianya menjadi saham pahala yang berpanjangan buat mommy eez dan famili insha Allah.

 

Lavvv,

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

 

p/s: Korang nak dapatkan bacaan buku2 Islamik sempena bulan puasa ni pun boleh usha2 dekat website official Kiddie Oasis ataupun tekan je link Shopee dan Lazada dekat sebelah bar kanan blog ni hokey 😁

Kad Pengenalan untuk anak berumur 12 tahun

Ya ampun~~ azam tahun ni ke laut juga! Baru ingat nak publish 1 post sehari hahahaha~ cita2 tinggi melangit. Sejak cuti sekolah bermula, memang masa mommy eez banyak dihabiskan untuk menghadap dua kanak2 ribena dekat rumah ni. Haih~~~ mode bertabah. Macam2 mode kena switch bila cuti sekolah ni. Mode pasrah ada, mode lemau ada, mode naga ada, mode dinosaur ada, mode godzilla ada, mode kucing ada macam2 lahhhhh~

 

Tapi, mommy eez bukan nak cerita pasal cuti sekolah. Nak cerita yang kakak Raihan dah boleh buat IC/kad pengenalan biru dewasa!!!! Uwaaaa~~~ another milestone has been reached and that indicates another year older for me! Yihhhh~~~

 

12hb Februari baru ni, kakak Raihan genap masuk 12 tahun. Alhamdulillah. dah jadi anak dara pun anak sulung mommy eez ni. Tinggi pun tak lama lagi dah nak sama dengan mommy eez. Berharap jangan melepasi lebih dari 170cm sudah. Jenuh mommy dia nak mendongak nanti. 

 



Maka, tadi mommy dan abahnya gigih bawa lah anak dara ni pergi buat IC di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Shah Alam. Nak buat IC ni tak boleh lewat dari sebulan dari tarikh lahir anak tau sebab boleh kena denda dalam RM10. Korang boleh refer link di bawah ni untuk syarat2 permohonan dan dokumen yang diperlukan untuk buat IC/kad pengenalan anak.


Permohonan MyKad bagi kanak-kanak berumur 12 tahun

 

Tak susah mana pun. Mommy eez hanya bawa 3 ni je:

1. Kad MyKid (warna pink)

2. Surat beranak

3. Tuan punya badan yang nak buat IC la. Nanti nak kena ambil gambar. Takkan nak ambil gambar mak dia pula kan. HIhihi~

 

Selain itu, anak mesti ditemani oleh parent atau penjaga yang sah. Borang boleh didapati di kaunter JPN dan diisi on the spot masa kami sampai di JPN. Pastikan anak perempuan memakai tudung yang berwarna gelap untuk memudahkan gambar diambil. Kebetulan masa tu, kakak Raihan pakai tudung cerah warna kelabu, terpaksalah pinjam tudung hitam yang disediakan oleh JPN.


Bila pegawai JPN suruh tukar tudung untuk ambil gambar, kakak Raihan dah buat muka poyo dia. Bila dah sudah ambil gambar, masuk je dalam bilik persalinan...


Raihan: Mommy, Raihan tak suka lah tudung hitam ni. Nampak muka Raihan jadi bulat.


Mommy: Lah.., memanglah muka bulat. Habis tu, takkan muka Raihan bentuk kotak plak?


Raihan: Eee mommy, Raihan bukan Adudu laa. Raihan nak muka bentuk oval.


😂😂😂😂😂😂


Kemain ye nak muka bentuk oval. Dah ada bibit2 nak bergaya nampaknya. Tapi masih lagi style 'cowboy'. Dahlah pergi JPN pakai seluar track-suit celoreng2 askar 😂😂😂 . Mommy selalu cakap dekat dia, "Awak ni budak2 lagi tapi terperangkap dalam badan orang dewasa dengan ketinggian ~155cm. Ikut awaklah nak jadi budak2 tapi jangan main lompat2 dan menari2 tengah2 public ni sudah. Naya orang tengok pelik je nanti". Yang si adik masih lagi gembira main lompat2 dan menari2 bila dengar lagu walaupun di tengah2 khalayak ramai. Kadang2 kakak Raihan pun serba sikit terpengaruh juga dan akhirnya dua2 orang menari boria dekat situ. Tak ada lah lama. Dalam beberapa saat je. Tapi walaupun dalam beberapa saat pun, malu juga la mommy menengokkan telatah budak2 ni. Dah sudah menari, main kejar2 plak dalam kedai. Mommy pun naik pening tengok perangai memasing. 


Kita redha je la, yang penting sihat, gembira dan Allah sayang insha Allah. Alhamdulillah masa JPN proses untuk kad pengenalan tu memang pantas tak sampai 1 jam sebab Incik Boss dapat fast lane dengan alasan petang nanti nak kena pergi office ada meeting. Kebetulan Incik Boss pun nak tukar IC baru sebab IC lama dah patah. Tapi sebab masa tu dah nak masuk waktu rehat lunch, so Incik Boss ambil kad pengenalan yang dah siap tu dalam pukul 4pm lepas dia habis meeting. 

 

Mommy eez dah tukar juga IC sebelum ni dengan alasan, gambar dekat IC dah tak sama dengan muka sekarang. Cisss, sentap mak nok! Ye laaa... kita kena terima lah hakikat kita semakin dimamah usia... Uwaaaaa~~~

 

Hokey, itu saja nak membebel kali ni. Jumpa in the next post. Insha Allah!



Lavvv,

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

Popular Posts