Assalamualaikum semua,
... INDEED, ALLAH IS WITH THE PATIENT (SURAH AL-BAQARAH 2:153) | SHARING KNOWLEDGE IS MY THING
Buku Teks Tahun 4 dan Tahun 5 Sekolah Kebangsaan dan KAFA (silibus JAIS)
Elok ke anak-anak main game Genshin Impact?
Baru ingat nak tulis 1 post untuk 1 hari.
Tapi...
Malam2 gini tinggal 2 minit nak masuk 2 Mac baru dapat menulis.
Hari ni target revise hafazan anak2 dan buat exercise book untuk Wafa. Alhamdulillah dapat capai target, cuma mommy eez jadi keletihan yakmat. Sempat dating kejap dengan Incik Boss sambil healing dengan white coffee. White coffee bergabung dengan set nasi berkuahkan tomyam. Memang tengah weng lah perut ni sekarang...
Disebabkan kakak Raihan dapat buat apa yang mommy eez suruh untuk hari ni, maka kena lah mommy eez melayan main game Genshin Impact dengan dia.
Bagi mereka yang tak familiar dengan game ni, ianya sejenis game mobile app dan boleh juga install di PC ataupun laptop. Tapi saiznya tersangatlah besar lebih kurang 23GB utk phone dan 100GB untuk laptop. Memang makan space betul. Tapi memang puas hati main game ni sebab gambar cantik dan karakter dia pun comel2.
Berbalik pada kakak Raihan, dia sangatlah tabah menunggu mommy eez unlock Co-op punya function sebab nak join main sekali. Mommy eez baru terjebak selama seminggu dan sekarang baru terkedek2 mendaki Adventure Rank (AR) 8. Padahal kakak Raihan dah cecah AR 30. Nak rasa geng dengan anak, kena lah main sekali game tu kan. Lagi satu sebab nak tahu sama ada game tu OK ke tak dengan usia dia yang baru je cecah 11 tahun bulan lepas. So far, ok lah kot. Kalau nak cari game yang betul2 patuh shariah memang susah nak jumpa kot.
Apa yang tak berapa best pasal game ni yang mommy eez jumpa ialah:
1. Pakaian karakter ada sesetengahnya agak seksi dan nampak cleavage dada.
2. Maksud perkataan Genshin tu sendiri ialah 'Original God' dari bahasa Jepun. Kebanyakan nama2 god dalam game tu diambil dari nama2 demon.
3. Bila kita nak activate certain statue (macam timeline game tu), dia guna perkataan 'worship'.
Bagi sesetengah orang mungkin sensitif lah dengan konsep game ni. Tapi, mommy eez bagi kakak Raihan main sebab nak tengok cara dia berfikir strategi untuk selesaikan quest. Lagi satu, mommy eez suka tengok bila dia berlawan dengan opponent tu, tersangatlah tangkas tangan dia kawal joystick tu. Setiap karakter ada kelebihan masing2. Contoh macam Pyro (api) bila lawan dengan opponent jenis watery slime boleh lagi cepat hapuskan opponent. Maka, setiap kali jumpa opponent, kena fikir karakter apa yang sesuai untuk cepat matikan opponent tu. Kena banyak rajin membaca untuk fahamkan jalan cerita dan power setiap karakter. Umpama, anggaplah game ni sekadar cerita dongeng saja. Dulu2 pun mommy eez membesar dengan membaca kisah dongeng yang ada dewa2 juga. Ataupun sekadar khayalan dari anime. Tipulah kalau korang tak layan anime kan (melainkan korang memang nerd tak minat anime).
Mommy eez ni gigihlah dan terkedek2 nak faham game ni sebenarnya. Tambah2 part lawan2 tu. Biasalah, semakin dimamah usia ni, sel saraf2 dari otak ke tangan tu ada lagging sikit bila berhubung 😂😂😂.
Apa2 pun, itu je nak cerita untuk hari ni. Kalau korang nak share thoughts korang pasal game #GenshinImpact ni are most welcome dekat komen bawah hokey.
Good nite dan Assalamualaikum 😴
Lavvv,
Mommy EEZ
Yeayyyy! Google Adsense has NOW ACTIVATED on this blog!
Mommy eez dengan rasa penuh bangga dan rasa kembang hidung yang sukar dibendung nak maklumkan...
Mommy eez berjaya betulkan setting Google Adsense dekat blog ni!!!
Yeayyy, Masha Allah, Tabarakallah, Alhamdulillah!
Macam korang tengah nampak sekarang dekat bahagian atas post ni dan bawah gambar ikan paus dua beranak tu kan ada iklan. Dan ada juga beberapa placement iklan lain yang mommy eez buat juga demi menjana passive income. Sambil buat blog dan review, sambil2 tu korang boleh klik pada iklan untuk mencuci2 mata dan sekaligus, mommy eez pun dapatlah sedikit token.
Mommy eez minta maaf kalau rasa macam agak serabut, tapi bagi pembaca yang merupakan blogger juga pasti korang sangat memahami kan.
Inilah masalah yang mommy eez nak selesaikan dari tahun lepas lagi. Lama duk termenung macam mana nak activatekan Google Adsense dekat blog ni. Siap testing nak tukar templatelah, edit HTML la, delete Nuffnang segala bagai. Yang peliknya, bila view dari desktop tak keluar iklan. Bila view dari mobile, keluar iklan Nuffnang plak. Patutlah earning dekat Google Adsense statik je dah beberapa tahun. Haihhh buang masa betul.
Macam mana mommy eez betulkan?
Panjang juga ceritanya, tapi kebanyakannya mommy eez main redah je. Yang paling ketara, mommy eez copy-paste semula latest coding yang ada di Google Adsense dan letak pada widget 'Edit HTML' di blogger. Display ads pun ada macam2 jenis placement tapi yang berfungsi hanya by auto je. Takpelah, mommy eez tak nak terangkan lebih2 sebab memang tak pandai nak terangkan pun. Huhuhu~
Lepas tu bila dah keluar iklan, mommy eez siap dapat iklan Isha Tarot from Jewish. Dah kenapa keluar benda alah tu plakkkk~~~~ iklan telek nasib style Yahudi mabuk mana lah muncul dekat blog ni. So, mommy eez tukar settings dekat ads blocker. Barulaaahh iklan elok2 sikit keluar. Tapi kalau korang ada ternampak iklan pelik2, inform mommy eez tau. Nanti mommy eez amend balik settings dia.
Hokey, itu je nak habaq untuk hari ni. Hihihi~
Saja tulis dekat sini sebagai salah satu kejayaan buat insan kerdil macam mommy eez wuwuwu~ it's good to see my own achievement and boost my self worth.
Hokey, see you guys in the next post, insha Allah.
Lavvv,
Mommy EEZ
My #QuranTime 2.0 Episod 13 - Ayat 26-27 Surah Al-Baqarah (Halaman 5)
Assalamualaikum semua,
Bukan senang nak menulis ye sekarang disebabkan putaran masa yang super laju umpama air terjun yang mengalir. Terleka sikit je dah habis 1 jam. 1 jam tu dah macam 15min je sekarang kan. Korang rasa sama tak macam mommy eez rasa?
Baru2 ni mommy eez dan famili pergi melawat Nasyrul Quran Putrajaya. Seronok juga lah sebab dapat tengok macam mana Al-Quran dicetak di sini. Boleh baca post pasal Nasyrul Quran Putrajaya di sini.
Nasyrul Quran Complex Putrajaya
Semoga kita semua dapat tanamkan rasa cinta pada Al-Quran dalam apa jua cara sekalipun. Ikutkan nafsu hati ni, nak je beli Al-Quran terjemahan dari pelbagai penerbit buku sebab kandungan terjemahannya berbeza2 dan menarik. Ada yang masukkan sekali tafsir Ibnu Katsir, sirah nabawiyah dan siap ada QR code lagi tau untuk paparan peta dan sebagainya. Moden betul Al-Quran terjemahan sekarang. Tak pelah mommy eez pilih untuk belajar MQT dulu bak kata Ustaz Fazrul Ismail, MQT ni lebih kurang macam Al-Quran for dummies gittew. Mommy eez pun bukannya ada background pendidikan Islam. Sekolah agama pun tak pergi masa kecil2 dulu. Wuwuwu~~~
Jom, tanpa melengahkan masa, mommy eez nak sambung belajar MQT 2.0 untuk 2 ayat seterusnya dalam Surah Al-Baqarah. Jom kita mulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Episod 13 ini disampaikan oleh:
Ustaz Fazrul Ismail
Ustaz Tirmizi Ali
- Respon pertama: Orang2 beriman faham dan mengakui perumpamaan itu benar dari Allah SWT. Mereka tahu yang Allah SWT tidak akan buat sesuatu perkara yang sia2 dan ingin memberi pelajaran kepada orang2 beriman sekalipun melibatkan makhluk sekecil2 nyamuk. Ini sebagai tanda kasih sayang Allah SWT kepada orang2 beriman dengan membawa kebenaran di dalam Al-Quran
- Respon kedua: Orang2 kafir mahupun munafik memandang remeh dengan perumpamaan yang Allah SWT berikan dan tertanya2 apakah maksud di sebalik perumpamaan itu. Bagi mereka sebagai Tuhan, Allah SWT sepatutnya bercakap perkara2 yang besar seperti alam semesta dan tak menyentuh langsung perkara yang kecil2 seperti nyamuk. Mereka ini terlalu fokus terhadap kebendaan sedangkan Allah SWT menyentuh perkara kecil untuk memberikan pelajaran.
Pengajarannya, jangan sekali2 memandang rendah pada ayat2 Allah SWT kerana ilmu kita sangat terhad maka, kita harus akui sekalipun ada sesetengah ayat diulang2 dalam Al-Quran, pasti ada hikmah dan pelajaran buat kita semua.
- Mereka selalu memecah belahkan ( يَنقُضُونَ ) perjanjian besar mereka dengan Allah SWT selepas perjanjian ( مِيثَـٰقِهِ ) dimeterai semasa alam roh. Perjanjian itu ialah semua roh telah bersyahadah kepada Allah SWT sebelum dimasukkan ke alam dunia. Namun, apabila berada di dunia, mereka lari jauh dari fitrah yang sebenar.
- Mereka memandang remeh terhadap perjanjian tersebut lalu memutuskan ( وَيَقْطَعُونَ ) perjanjian silaturahim dengan percakapan yang tak baik sesama saudara mereka
- Mereka selalu melakukan kerosakan ( وَيُفْسِدُونَ ) di bumi contohnya seperti mencipta polisi2 yang menyusahkan malah mencuri hasil pendapatan orang ramai melalui rasuah.
Jalan2 di Nasyrul Quran Putrajaya - Pusat Percetakan Al-Quran kedua TERBESAR di dunia
Popular Posts
-
Photo source - Pak Cik Google PERNAH TAK MOMMY2 AMBIL TAHU APA BAHAN BUATAN BOTOL SUSU ANAK ANDA? Botol susu ni banyak jenis. Ada...
-
Holaa mommy2 semua. Kali ni Mommy EEZ nak cerita pasal botol susu Avent yang ada 2 jenis; Classic dan Natural. Botol Avent atau ada yang pa...
-
MANA NAK CARi PUTING SAMA MACAM PUTING IBU NI⁉️ Ramai customer Mommy EEZ fenin2 lalat nak cari puting botol susu sama macam put...
-
BETUL KE PUTING TOMMEE TIPPEE NI LEBIH KURANG SAMA MACAM PUTING IBU? Kalau ikut pada rupa memang ada la persamaan sikit tapi ...
-
Oohh saye semakin tak sabar nak habiskan review pasal wedding ni sebab kalau bole nak upload pasal hanimoon plak. Hehehe.. tu pun kalau be...