Bersawang2 sungguh belog mommy eez ni. Last post was on September 2019. Oklah baru 3 bulan menyepi. Sebenarnya tak adalah menyepi sangat. Ada je duk nak buat draf post tapi tak publish2. Reason sebab gambar tak ada, fakta tak cukup, mood menulis lari merajuk siap main hide and seek dan etc. Jom kita buang segala macam alasan dan start menulis!
So, kali ni mommy eez nak buat review pasal...
QURAN TAGGING ORIGINAL DARI SAHABAT ENUUR
Kenapa mommy eez highlight sungguh perkataan ORIGINAL tu? Sebabnya sekarang dah macam2 jenis Quran Tagging dah dikeluarkan oleh pelbagai2 publisher. Permainan harga tak payah cakaplah. Sedih juga bila Quran sendiri terjebak dalam permainan harga. Itulah dia tangan2 manusia yang membinasakan... haih~
Setahu mommy eez, team Sahabat Enuur ni yang sebenarnya pelopor utama/paling awal yang membuat Quran Tagging ni. Bila demand untuk Quran Tagging ni semakin tinggi dan menjadi viral, memang biasalah bila ada yang cuba mengambil kesempatan yang tak berapa elok.
Sebelum mommy eez pergi lebih lanjut, mommy eez terangkan dulu macam mana mommy eez tahu pasal Quran Tagging ni.
Mommy eez mula jadi Penjual Quran Tagging Sahabat Enuur ni dari awal tahun 2019 lagi. Mula2 nak jual tu rasa bersalah sebab takut orang kata macam menjual agama plak. Huhuhu~ Tapi sebab mommy eez punya supplier a.k.a mentor Kak Nadia (huhuhu~ malu juga kalau dia baca ni =P) suggest untuk cuba jual so, lama2 terbuka lah hati ni untuk menjual. Lagi pun Al-Quran ni memang sangat3 dekat di hati mommy eez sebab, dengan Al-Quran banyak ubah hidup mommy eez bermula dari bekerja di KL lagi. Even sampai sekarang masih rasa seronok untuk dalami Quran dengan dengar ceramah dari Ustaz Ibnu Rijal dan Ustaz Auni. So doakan mommy eez terus istiqamah untuk sentiasa membaca, beramal dan berdakwah secara tak langsung Insya Allah.
Hokey, kalau anda semua nak tahu, team Sahabat Enuur ni ialah mereka yang membuat tagging2 yang dilekatkan pada Al-Quran Humaira. Mereka hanya menggunakan Al-Quran Humaira ni yang diterbitkan oleh Humaira Bookstore Enterprise.
Jadi jangan keliru ya antara Sahabat Enuur, Humaira dan juga Al-Haramain. Team Sahabat Enuur ni lah yang memulakan proses tagging ni berdasarkan ayat2 Al-Quran yg menjadi pilihan mereka. Tagging ni ialah kertas kecil yang colourful yang selalu kita buat untuk tulis shortnote atau tanda buku. Contoh macam dalam gambar bawah ni (tagging warna biru - Sebaik2 Pemberi Rezeki).
Ramai juga yang tanya mommy eez, apa guna tagging2 ni sebenarnya? Tagging ni gunanya menunjukkan satu2 ayat Quran tu berkisarkan tentang apa. Contoh ada tagging tentang doa untuk keluarga dan zuriat, kisah2 nabi, pasal talak, jangan dekati zina dan macam2 lagi.
Jadi, tagging2 ni semua dah diperiksa oleh pakar2 ilmu Al-Quran seperti:
- Ustaz Nor Azariza iaitu Mantan Pengelola Halaqat Kawasan Kota Bharu dan juga Tenaga Pengajar di Darul Hadis An Nabawi Kubang Kerian.
- Ustazah Nafisah Tahir iaitu penulis buku Ajarkan Wanitamu Surah An-Nur
dan juga beberapa Ustaz dan Ustazah yang lain di dalam team Sahabat Enuur.
Jadi tak perlulah risau yang tagging2 ni bukannya diletakkan dengan sesuka hati sebab ayat2 Al-Quran ni terdiri daripada ayat2 muhkamat (ayat direct yang senang faham / jelas maknanya) dan juga ayat2 mutasyabihat (tidak jelas / samar2 / yang hanya Allah saja yang tahu maknanya). Jadi bukan boleh simply letak je tagging2 ni hokey. Kalau quran tagging BUKAN keluaran Sahabat Enuur, mommy eez tak sure plak yang tu.
Quran Tagging ni ada pelbagai saiz dan juga jumlah tagging. Buat masa ni, yang mommy eez offer ada:
1. Saiz A6 (paling kecil / separuh saiz A5)
2. Saiz A5 (sederhana besar / separuh saiz A4)
3. Saiz A4 (paling besar)
Dan jumlah tagging:
1. Nafeesa 198 tagging
2. Safeeya 383 tagging (complete set)
Terpulanglah pada keperluan masing2. Kalau yang jenis suka travel dan senang dibawa ke mana2 boleh pilih saiz A6. Kalau rasa macam rabun dekat, better pilih saiz A5. Kalau nak buat hadiah untuk mak ayah atau nak buat baca sendiri di rumah, boleh pilih saiz A4.
So ada banyak pilihan Quran Tagging ni dan kalau ada yang berminat untuk dapatkan yang ORIGINAL dari Sahabat Enuur boleh tekan link dekat bawah ni hokey!
Quran Tagging Sahabat Enuur by Kiddie Oasis <--- klik sini
Bila dah start menjual, of course la teringin nak beli untuk diri sendiri. Akhirnya, masa birthday mommy eez tahun ni, dapat juga beli Quran Tagging Humaira Safeeya yg ada 383 tagging bersaiz A5 warna purple. Yeayyyy Alhamdulillah. Sebelum ni, mommy eez memang dah ada tafsir Quran bersaiz A6, tapi sejak usia semakin lanjut ni, rasa lebih selesa nak dapatkan Quran yang bersaiz besar sikit.
Boleh tengok review mommy eez dekat Youtube Channel Kiddie Oasis juga =D
(click dkt bawah)
Antara pencapaian paling tak boleh lupa bila Syaheera Rahman, wife Fad Bocey sudi order Quran Tagging dengan mommy eez. Mommy eez punya lah nervous sampai terlupa nak bagi buku2 tajwid FREE dekat diorang. Takpelah ada rezeki Insya Allah kita jumpa lagi huhuhu~ . Masa COD ni pun, mommy eez segan sangat3. Mommy eez jumpa Fad Bocey ni pun dekat hospital sebab anak2 diorang tak sihat. So, nak tanya lebih2 pun segan. Segalanya pun seganlah mommy eez ni ye pun hadoiyai. Kalau part membebel dalam Instagram, Facebook and Blogspot kemain lagi kan =P
Ramai juga customers yang tanya mommy eez tentang kualiti tagging ni. Senang tercabut/tertanggal ke tak? Bagi mommy eez, kualiti tagging ni so far sangat memuaskan dan tak senang tercabut MELAINKAN ada makhluk lain yang sengaja cabut tagging2 tu. Selalu mak2 ni je la yang faham siapa makhluk lain tu kan hihihi~
Selain tu, ada juga yang tanya - Saya dah ada Quran tafsir, kalau saya nak beli tagging saja boleh tak? Boleh sajaaaaa. Sahabat Enuur pun ada jual manual tagging:
Manual Tagging Quran 1.0 Mika (168 ayat tagging)
dan
Manual Tagging Quran 2.0 Matin (215 ayat tagging)
Beza antara dua versi tagging ni ialah dari segi jumlah ayat2 tagging je. Yang 1.0 Mika ada 168 ayat2 tagging (tak termasuk pembahagian juzuk), manakala yang 2.0 Matin ada 215 ayat2 tagging (termasuk pembahagian juzuk). Jadi keseluruhan kombinasi versi 1.0 dan 2.0 akan mendapat total 383 ayat2 tagging. Jadi, mommy eez selalu akan suggest bagi yang baru nak cuba beli, better beli versi 2.0 dulu sebab dah sedia ada pembahagian juzuk. Nak beli dua2 lagi ngam cuma sila bertabah untuk lekat tagging2 tu. Macam mommy eez yang hado anak kocik ni tak mampu nak lekat tagging tu sendiri so terus beli yang dah siap bertagging. Cuma, mommy eez rasa bila kita lekat sendiri tu lagi feel la dan mudah ingat insya Allah.
Dari segi cover Quran plak, anda semua boleh pilih yang nak jenis berzip ataupun jenis berklip magnet. Ada yang fikir suka jenis berzip so tagging2 tu tak mudah tanggal. Tapi mommy eez pakai yang jenis klip magnet ni so far OK je dan lagi seronok sbb tengok tagging2 tu colourful. Lagi buat mommy eez rasa tazaba2 nak baca Quran ececece.. poyo sungguh ayat =P
Hokey, tu saja mommy eez nak kongsi pasal Quran Tagging Humaira ni. Kalau ada apa2 tambahan nanti mommy eez update. Jom kita layan beberapa gambar Quran Tagging yang available dalam online shop Kiddie Oasis.
Semua Quran Tagging adalah READY STOCK YE. Mommy eez tak ambil pre-order.
Quran Tagging Al-Haramain ni bersaiz A4
Isi kandungan dalan Quran Tagging Al-Haramain
Quran Tagging Humaira Eksklusif Wanita (saiz A5) ni available dalam 4 warna saja.
Content pun berbeza dari Quran Humaira yang biasa/standard. Yang Standard ada Asbabun Nuzul (sebab2 turunnya ayat Al-Quran), Hadis dan ayat2 Hikmah. Untuk Eksklusif Wanita lebih kepada menerangkan hal2 wanita macam harta anak dan keluarga, wanita yang mengandung dan melahirkan, berbuat baik dengan jiran, sikap wanita dan etc. Boleh juga tengok video review dari BFF mommy eez, Cikgu Sharmi di Youtube Channel Kiddie Oasis ni:
Quran Tagging Humaira Special Edition (saiz A5) ni selalu dijadikan sebagai hantaran kahwin/bertunang ataupun hadiah buat insan2 tersayang. Siap ada exclusive paper bag, dust bag, kotak dan kad2 doa. Contentnya sama dengan Humaira Standard.
Yang ni Quran Tagging Humaira Standard (saiz A5). Ada 5 pilihan warna semuanya. Yang mommy eez punya yang warna purple tu.
Quran Tagging Humaira Standard (saiz A6) berklip magnet.
Quran Tagging Humaira Standard (saiz A6) berzip. So far yang tinggal ada jenis Nafeesa 198 tagging saja.
Hokey, harap perkongsian mommy eez kali ni dapat memberi manfaat buat anda semua termasuk mommy eez juga muahaha~ Insya Allah ada rezeki kita berurusan dan mommy eez juga ada buat servis COD di sekitar Shah Alam beserta caj delivery ikut kawasan. Kalau di luar kawasan Shah Alam, mommy eez boleh hantarkan juga tapi melalui servis runner.
Jumpa lagi dalam next post, Insya Allah.
Assalamualaikum.
Love,
Mommy EEZ