Cara Guna Breastmilk Storage Bag dengan BETUL tanpa mendedahkan baby anda kepada risiko KANSER!

Photo credit to Pakcik Gugel

 SIAPA FIRST TIME MOMMY YANG BARU NAK BELAJAR GUNA BREASTMILK STORAGE BAG NI? ANGKAT KETIAK! 🙆


Assalamualaikum dan salam tengah malam buat semua mommy2 yang belum tidur lagi...

Mommy eez tahu masa2 macam ni la kan baru kita ada masa ME TIME kan kan kan kan??? Nanti kejap lagi dah kena bersiap siaga untuk berperang dengan breastpump pula.

Hokey kali ni mommy eez nak share cara2 yang betul untuk menyimpan susu mahal kita tu ke dalam plastic storage bag atau selalu orang panggil breastmilk storage bag.

Mommy semua boleh tengok turutan gambar sebenar plastik storage dari Autumnz ni yang bersaiz 7oz. Sorry sebab mommy eez pakai gambar design Autumnz yang lama sebab gambar ni diambil pada tahun 2017. Mommy EEZ memang pakai saiz ni sebab bila simpan susu 3oz plastik jadi leper cantik je. Kalau guna storage bag yang bersaiz 5oz nampak gemuk je plastik tu so nak susun nanti tak berapa cantik gittew.


So camne nak simpan susu termahal kita tu?

1. Dekat bahagian atas sekali kita koyakkan line yg tulis "Tear the tab immediately bla bla bla.." yang ada tulis 1st seal tu.




2. Jangan lupa labelkan tarikh dan masa kita habis pam susu tu. Kalau nak hantar pada babysitter, mesti letak nama dan nombor pada breastmilk storage bag tu so senang babysitter nak refer nanti. Ye lah bila dah label memudahkan kerja babysitter kan. Babysitter ni bukannya jaga anak kita seorang saja. 


PASTIKAN LABEL MENGGUNAKAN TAPE PELEKAT. ELAKKAN DARIPADA TULIS DIRECT ATAS PLASTIK STORAGE BAG!

CARA YANG BETUL UNTUK MELABEL BREASTMILK STORAGE BAG
 


CARA YANG SALAH MELABEL BREASTMILK STORAGE BAG


Masa tu jahil tak tau lagi cara yang betul nak melabel. 

Kenapa perlu pakai tape bila nak melabel?




KENAPA TAK BOLEH TULIS DIRECT PADA STORAGE PLASTIC GUNA PEN MARKER?

Info ni mommy eez dapat daripada group WhatsApp Support Breastfeeding Lunatots. Ada seorang mommy ni bekerja dalam bidang kimia dan telah terjumpa satu jurnal yang mengkaji kesan pen marker terhadap plastik. Beliau berkata adalah tidak digalakkan mommy2 sekalian menulis di atas plastik menggunakan marker pen kerana marker pen tu sendiri 70% adalah pelarut (xylene, acetone). Ia boleh menembusi plastik walaupun dengan jumlah yang sangat kecil. Antara keburukan pelarut ni ialah boleh membawa kepada penyakit barah dan sakit jantung.

Jadi, walaupun particle2 pelarut tu bersaiz mikro yang sangat kecil melampau, tapi bila kita dah buat selalu, jumlah kekerapan susu kita dicemari dengan bahan kimia bahaya tu akan jadi banyak! Sayangi anak2 kita mommy. Kurangkan contamination terhadap susu kita yg mahal ittewww! So, sebagai jalan penyelesaian boleh pakai masking tape macam mommy eez buat dalam gambar tu ataupun sticker yang dijual di kedai stationery.


3. Kalau diikutkan untuk plastik saiz 7oz ni, memang boleh je nak isi breastmilk sampai penuh plastik tu tapi nak bagi susun cantik dan plastik menjadi leper, better isi 3oz saje utk sekali feeding. Senang nak handle nanti.

4. Lepas dah masukkan susu, buang semua bubble (macam dalam gambar yang ada susu tu tapi still ada bubble sikit sebab mommy eez nak cepat) supaya plastik dapat dileperkan. Kemudian seal dan simpan dlm freezer. 


PASTIKAN SUSU YANG BARU DIPAM DIMASUKKAN KE DALAM CHILLER DULU UNTUK BEBERAPA JAM, KEMUDIAN BARU MASUK KE DALAM FREEZER SUPAYA SUSU TAK MENGALAMI KEJUTAN SUHU.. WAAAHH.. Susu pun boleh terkejut yee.. 😂😂😂

Ini mungkin boleh mempengaruhi kualiti dan rasa susu tu kot.

Hokey, harap tips yang mommy eez share ni dapat membantu mommy2 di luar sana yang masih blur2 macam mana nak handle EBM (expressed breastmilk) mereka menggunakan plastic storage bag.

Berikan apa2 komen mommy di bawah kalau ada apa2 idea ataupun info tambahan orait =)

That's all for now.

Jumpa lagi in next post insya Allah


Lavvv,

Mommy EEZ

No comments:

Post a Comment

Popular Posts