Setelah 5 bulan Mommy EEZ menyepi dan kali ni kembali dengan membawa buah tangan. Haaaa buah tangan yang agak besar jugalah. Sebelum tu nak share kisah sedih sikit. Mommy EEZ rasa macam ada few posts dekat blog ni hilang due to discontinuation of Google Plus. Salah satunya post tentang Minnature dekat The Summit, Subang Jaya. Bila search dah tak ada. Uwaaaaa~~~ Penat tau duk edit gambar dengan write up pepanjang sekali Pak Cik Google delete macam tu saja. Uwaaaaa~~~
Hokeylah tak nak sedih lelama. Semoga dengan satu kehilangan, Allah SWT ganti dengan 10 kegembiraan yang lain.. Aaaaminn =)
*kalau rajin mommy eez buat write up lagi sekali pasal Minnature tu. Alhamdulillah nasib baik jumpa gambar dekat Google Review. Boleh plak masa buat tu tak save gambar kan. Bijak ngat! Haih... silalah datang wahai saka rajin menuli belog!*
Ok jom kita cerita tentang buah tangan apa yang mommy eez bawa kali ni. Tadaaaa~~~
Official website untuk online store Kiddie Oasis Enterprise!
Setelah bertahun2 ku berangan nak ada website e-commerce sendiri AKHIRNYA tercapai jua hasrat mommy eez. Muahahahha~~~ Alhamdulillah. Dia punya tahap berangan tu dari tahun 2013 lagi. Sebelum ni macam2 website builder mommy eez dah cuba...
- OpenCart
- wix.com
- weebly
- wordpress
- facebook shop
- avana
- Easystore
OpenCart - website builder ni mommy eez pernah beli masa tahun 2013-2014 dengan satu local company. Bayar per year dalam lebih kurang RM300. Melampau murah harganya setanding servis yang dia bagi. Hahaha~ memang jodoh tak berpanjangan pun sebab company tu dah tak response langsung dgn issue yang mommy eez hadap masa nak build website e-commerce tu. Sangat leceh dan tak friendly. Then tahun ni mommy eez, ada juga usha2 ingat nak buat sendiri semula sebab OpenCart antara website builder paling murah. Tapi bila dah baca review, hanya orang2 yang handal programming saja yang boleh handle OpenCart ni. Mereka2 yang ada knowledge pasal MySQL database, HTML, PHP dan segala macam jargons yang mommy eez tak faham langsung bolehlah buat. Kelebihan pakai OpenCart ni ialah boleh customize design sendiri into every detail. Macam website builder lain dah siap ada template. So kita pasrah je la dengan template design yang sedia ada. Nak ubah2 button ke sana ke sini tu memang tak dapek lah.
Wix.com - website builder ni bukan local dari Malaysia, jadi mommy eez jadi kurang yakin. Reason paling kuat dari segi annual fee yang pricey (bagi mommy eez la, tak sure untuk orang lain) sebab kena bayar in USD (dahlah currency MYR agak fragile turun naik). Satu lagi sebab support dari customer service. Lebih selesa nak deal dengan orang local lagi. Dari segi technical web development memang BEST dan sangat user-friendly. Umpama tutup sebelah mata pun dah boleh main-main dengan design layout tu dan dapatkan design yang heybat gittew. Wix.com ada tawarkan platform e-commerce yang free tapi terhad kepada 500MB bandwith. Maksudnya, kalau nak upload produk mesti tak melebihi 500MB size. Mommy eez pernah test website wix.com yang free ni sampai mampu untuk ambil order dan send invoice automatically ke email kita. Malangnya hanya ONE TIME TESTING saja. Memang bagi harapan pelesu betul. Hahaha~ Selebihnya kalau ada customer nak order kena buat manual la. Contact thru whatsapp atau email. Gigih kan mommy eez cari cara untuk buat e-commerce website yang FREEE FOREVER! Memang nan hado lah.
Weebly - lebih kurang macam Wix.com juga bukan local dari Malaysia. Mommy eez pun pernah buat landing page guna Weebly ni. Sangat user-friendly. Kalau setakat nak buat landing page dan direct traffic ke social media lain macam Facebook dan Instagram, bolehlah guna Weebly. Normally, business yang offer services sangat sesuai untuk guna platform ni. Yang penting ZERO fees kalau setakat nak establish landing page untuk business.
Wordpress - blog mommy eez sebelum ni guna wordpress sebenarnya. Tapi rasa macam agak limited design dan function terutama sekali bila tak boleh nak masukkan ads macam Nuffnang atau Google Ads. Tapi kelebihan Wordpress ni ialah, SEO dia lebih MANTOP dari blogspot. Maksudnya traffic ke blog yang menggunakan Wordpress lebih cepat naik berbanding blogspot. Wordpress ada juga pilihan untuk buat e-commerce tapi mommy eez tak pilih sebab ada 1 function yang sangat kritikal tak ada dekat situ. Function apa yang KRITIKAL sangat tu nanti mommy eez terangkan di akhir post ni.
Facebook Shop - mommy eez pun dah cuba tapi bila fikir jangka masa panjang jenuh laaaa nak update/upload satu2 produk dekat situ. Sedangkan mommy eez ada lagi 3 online platform nak kena jaga - Instagram, Shopee dan Lazada. Facebook Shop ni pun boleh juga enable payment gateway tapi kena sync with other e-commerce website, contoh macam Avana.
Avana - mommy eez dapat tahu tentang Avana ni dari program usahawan MDEC. Actually mommy eez terpilih dapat FREE 1 year subscription menggunakan platfrom Avana ni. Tapi tak sempat nak explore sebab masa tu sibuk explore wix.com dan rasa letih duk upload produk yang sama. Avana ada offer untuk develop e-commerce website dan sync ke Facebook Shop. Malangnya, mommy eez yang agak tamak haloba ni rasa masih tidak cukup function ittew. Oh, by the way Avana ni operated by local Malaysian and based in Petaling Jaya. Sekarang dah expand to Singapore dan Indonesia. Heybat kan.
EasyStore - mommy eez pernah cuba yang free-trial subscription selama 14 hari. Rasa hangin dan tak suka design template dia. Kelebihan EasyStore ni ialah murah dan boleh bayar per month. Tak perlu nak subscribe selama setahun. So boleh anytime nak stop/quit kalau rasa tak berbaloi. EasyStore juga adalah local company based di Puchong, Selangor.
Maka, setelah habis menelaah dan meluangkan masa bertahun2 pasal website e-commerce ni akhirnya mommy eez pilih SITEGIANT.
Hokey lawak tak jadi.
Sebabnya...
Function website builder dekat SiteGiant(SG) sangat BEST. Boleh sync dengan marketplace yang tengah trending macam Shopee, Lazada, Lelong.my dan 11th Street (dah tukar nama jadi PrestoMall). Bukan tu saja, boleh juga sync dengan Kumoten - dropshipping website dan juga international marketplace e.g. Shopee Singapore, Lazada Singapore etc.
Itulah reason paling kuat despite of annual feenya. Annual fee SG boleh kata average pricing untuk semua website yang mommy eez dah survey macam:
- Easystore
- Webshaper
- Shopify (paling mahal)
- Woocommerce
- Wix.com
- Weebly
- Avana
Bezanya dari segi pakej website tu sendirilah. Mostly yang baru2 nak berjinak akan pilih Easystore. Mommy eez baru sync website Kiddie Oasis dengan Shopee, Lazada dan Facebook Shop je. Yang lain belum mampu lagi hahaha~ . Itupun tak berapa stable sebab kena countercheck juga bila setiap kali dah upload product listing. Kadang2 gambar hilang lah. Format description lari lintang pukang lah.
So far dari segi customer service memang tip-top. Cuma awal2 tu tahap keyakinan mommy eez tercabar juga sebab masa tengah develop website tu ada issue on Shipping setup. Ambil masa sebulan juga nak resolve sampai mommy eez dah sound baeeek punya dekat SG punya customer service. Alhamdulillah Allah mudahkan bab tu.
Selain tu ada lagi la few issues yang masih tak resolve sampai sekarang terutama sekali untuk setup payment gateway. Doakan segala kerja2 penambahbaikan website Kiddie Oasis dipermudahkan oleh Allah (plus sales bertambah masyuk juga) aaaminnn.
Mommy eez nak list down semua lesson learnt sepanjang mommy eez buat e-commerce website (all by myself!):
1. JANGAN BELI DOMAIN AWAL2! Domain tu yang ending ada:
.my
.org
.com
.com.my
sebab harga untuk platform e-commerce dan domain adalah berbeza ye. Bila beli domain awal2 dah rugi masa dekat situ. Sedangkan SG akan bagi temporary domain untuk kita develop website kita. Bila dah siap baru boleh letak the real domain yang kita nak. SG ada juga offer free domain tapi utk 1st year subscription je kalau tak silap. Mommy eez pilih .com.my sebab yang .my dah kena ambil oleh orang lain (rasanya terbuat masa dapat free subscription website dengan AVANA).
2. Mommy eez baru tahu apa2 saja service macam payment gateway ke, payment reconcilation ke, auto product watermark ke - itu semuaaaaaa ada extra charges ye wuwuwuwu~ . So it is quite costly untuk online seller comel macam mommy eez ni. Apapun, kita cuba saja. So far, Alhamdulillah order di Lazada makin banyak dan first time dapat customer dari Singapore yang beli terusss dari website Kiddie Oasis. Yeay!!!
3. Please note kepada yang dah excited sangat nak start buat website e-commerce ni, it TAKES TIME untuk drive traffic ke website kita ye. Bukan buat hari ni, esok dah ada customer beli produk kita. NO NO NO! Even nak develop dan design website tu je dah makan masa. Belum part upload produk lagi. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi tau! Kalau jenis tak sabar sila opt with cara lain.
4. Kalau boleh ensure our position dekat Facebook dan Instagram dah betul2 established macam followers dah lebih 10-20k ke, Facebook Page dah beribu2 lemon LIKE ke baru buat website. Sebabnya nanti nak promote website kita memerlukan all these social medias.
Hokey itu saja post mommy eez untuk kali ni. Pinggang dah mbebel minta diluruskan setelah berjam2 duduk dekat kerusi ni. Sebelum mengundur diri, mommy eez nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada mereka2 yang sudi membantu memberi info dan juga support dari segi mental utk mommy eez merealisasikan official website online store Kiddie Oasis ni.
Semoga lepas ni saka rajin tulis belog datang dengan jayanya insya Allah.
Pen off for now.
Lavveyeww all. Thanks for reading!
Mommy EEZ
No comments:
Post a Comment