Review Botol Susu - Puting Pigeon dengan botol susu NUK


"SIS, BOLEH KE PUTING PIGEON PASANG PADA BOTOL SUSU NUK?"

Agak2 boleh ke tak ye? Haaaa... jawapannyaaaaa...


BOLEH! 


Sebab diameter puting pigeon dengan puting NUK ni sama besar. Tapi kena pastikan dua2 puting dan botol susu dari Pigeon dan NUK ni jenis wide neck tau. Jangan pakai yang slim atau standard neck plak. Memang tak fit sebab puting yang slim tu lagi kecil daripada wide neck. Jadi, kalau mommy2 semua saja gatal2 nak tukar botol susu NUK dengan puting pigeon ke, atau botol susu Pigeon dengan puting NUK pun boleh. Nanti Mommy EEZ post gambar puting NUK pada botol pigeon pula hokey!

Oh sebelum terlupa, penutup botol susu NUK tu pun fit untuk tutup sekali dengan puting Pigeon tu. So tak perlu risau. Mommy EEZ terlupa nak ambil gambar as proof. Nanti dah ada gambar nanti, Mommy EEZ update dekat sini.

Harap tips2 botol susu di sini dapat membantu mommy2 di luar sana. Design botol susu pigeon kan tak banyak choice, so mesti teringin nak cuba botol susu NUK yang comel2 kan. Tak percaya, boleh tekan button dekat bawah ni:


NUK Woodlands Blue 5oz

https://shopee.com.my/NUK-Woodlands-Blue-5oz-(Single)-i.4491129.660609922

  
NUK Woodlands Pink 5oz

https://shopee.com.my/NUK-Woodlands-Pink-5oz-i.4491129.659555215
 
Apa2 soalan, jangan malu, jangan segan drop saja komen di bawah ataupun contact terus Mommy EEZ terus whatsapp hokey.

See you later mommies!


Lavv,

Mommy EEZ

Apa itu HIBAH AMANAH dari ASNB?


 Kenapa nak buat Hibah? 
Apa untung kalau buat Hibah?
Wajib ke buat Hibah ni?


Mommy EEZ tahu ramai yang masih belum ada kesedaran untuk buat Hibah. Tak kiralah Hibah Takaful ke, Hibah Amanah ke atau ada jenis hibah2 yang lain. Yang pasti hibah ni tak wajib pun dibuat. Ianya adalah sunat dan  digalakkan buat untuk memudahkan proses peralihan harta kepada waris apabila berlaku kematian.

Katalah kita sebagai ibu bapa, tak sempat nak buat wasiat harta untuk anak2, semuaaaaa harta kita akan pergi ke Baitulmal atau ke Amanah Raya yang mana proses tuntutan akan ambil masa bertahun2! Ini bukan saja menyusahkan waris untuk uruskan harta2 kita, malah nasib anak2 kita pun takut tak terbela.

Apa itu Hibah?
Hibah tu secara ringkasnya ialah pemberian yang dibuat semasa pemberi masih hidup kepada penerima sebagai tanda kasih sayang.

Mommy EEZ dan suami memilih untuk buat hibah Amanah dari ASNB.

Hibah Amanah ASNB tu apa pula?
Hibah Amanah tu ialah perkhidmatan pengurusan harta oleh ASNB berlandaskan Syariah yang menerapkan konsep hibah dan amanah dalam pengurusan harta. Unit amanah ASNB atau dengan kata lain duit di dalam akaun ASNB yang dihibahkan akan dipindah milik kepada penerima setelah kematian pemberi / pemegang unit akaun ASNB. 

Kesedaran untuk buat hibah ni timbul sebab tengok ramai kenalan atau berita yang Mommy EEZ dapat tahu bila ibu dan ayah meninggal, anak2 jadi hilang arah dan hilang tempat bergantung. Jadi takut kalau ada apa2 terjadi pada Mommy EEZ dan suami, ada lah juga serba sikit simpanan wang buat anak2 kami.

Hibah ni tak terikat dengan Hukum Faraid jadi harta yang dah dihibahkan boleh terus dapat kepada penerima tanpa perlu diagihkan ikut Hukum Faraid. FYI, semua harta yang ditinggalkan perlu dibahagikan ikut Hukum Faraid termasuklah duit KWSP kita tau.

Lain2 info boleh rujuk terus di website Amanah Saham Nasional Berhad atau boleh baca pada brochure di link di bawah:

Brochure Hibah Amanah oleh ASNB - Klik sini

Jadi apa persediaan yang perlu ada sebelum kita apply Hibah Amanah ni?

1. Download form di website ASNB dan lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. 
*Pastikan form yang anda download tu latest version tau. Sebab kalau guna version lama ASNB tak terima

2. Perlukan 2 saksi lelaki beragama Islam untuk lengkapkan borang hibah ni. Anda perlukan sign dan juga salinan IC mereka untuk dikepilkan sekali dalam form hibah ni.
*Tapi kalau tak ada 2 saksi ni, kita perlu bawa semua orang yang terlibat - pemberi, penerima dan penjaga penerima (kalau penerima berusia kurang dari 18 tahun) semasa nak hantar borang tu nanti di pejabat ASNB. 

3. Kita boleh letak penerima maksimum seramai 10 orang - kot ada ramai anak nak diwasiatkan semua sekali kan. Pastikan penerima merupakan anak kandung atau cucu kandung dan Surat Kuasa Wakil tidak perlu diisi.
*Jika penerima bukan anak atau cucu kandung, anda perlu isikan Surat Kuasa Wakil. 

4. Misal kata anda ada ASB 1, ASB 2, ASN atau lain2 lagi, hanya perlu isi 1 form saja. Tak perlu fill-up form asing2 untuk setiap akaun.
*Semua dokumen yang diperlukan pun hanya perlu ada 1 salinan saja untuk 1 form.

5. Pastikan duit di dalam akaun ASB anda ada minimum RM1000 dan RM1000 ni akan jadi minimum balance untuk akaun anda sampai bila2. Maksudnya ASNB akan lock duit bernilai RM1000 ni dan tidak boleh dibawa keluar langsung sampailah di hari 'kejadian'.
*Duit RM1000 ni mestilah dari cash sendiri bukan dari loan, cagaran atau duit KWSP. Tapi bagi yang ada buat loan ASNB, boleh guna duit dividen untuk buat hibah amanah ni.

6. Anda perlu tahu bila penerima/penjaga nak tuntut harta dari ASNB, akan ada fee yang perlu dibayar kepada pihak ASNB. Tapi jangan risau. Penerima/Penjaga tak perlu keluarkan duit sebab pihak ASNB akan tolak siap2 dari jumlah harta/duit yang sedia ada dalam akaun pemberi.
*Fee yang dikenakan berdasarkan jadual di bawah:


 

7. Anda juga perlu tahu, misal kata penjaga bagi penerima pun sudah tiada (contoh kes - pemberi letak nama penjaga ialah isteri/suami tapi berlaku kemalangan bagi kedua2 suami dan isteri), waris terdekat sama ada ibu, bapa/datuk atau adik-beradik lain perlu ada salinan surat beranak pemberi hibah untuk check pertalian darah. Tapi menurut pegawai ASNB tu, katanya bukti salinan surat beranak tu tak berapa kuat. Lebih baik dapatkan surat dari mahkamah yang mengatakan waris terdekat ada pertalian darah dengan pemberi hibah dan barulah boleh menuntut harta dari ASNB.
*Apabila tuntutan berjaya dibuat oleh waris terdekat, duit akan dipindah masuk ke dalam akaun waris terdekat bagi penerima yang belum mencapai usia 18 tahun.

8. Katakan ada perubahan yang ingin anda lakukan pada nama penerima, anda perlu meminta izin penerima asal (kecuali anak kandung atau cucu kandung) untuk buat perubahan/pindaan. Haaaa... agak tricky di situ. Setiap pindaan/perubahan akan ada fee juga untuk dibayar kepada ASNB. So, pastikan nama penerima tu betul2 orang yang kita nak wariskan harta kita sebelum kita submit application pada ASNB.

9. Last sekali, anda perlu beritahu pada penerima atau penjaga kepada penerima yang proses untuk ASNB release harta dari hibah ini memakan masa dalam 21 hari saja. Berbanding wasiat lain yang mungkin ambil masa bertahun2. Lihat di bawah untuk perbezaan:

  

Apa kelebihan Hibah Amanah ni?



 Kredit gambar dari ciksukataip.blogspot.com


So kepada anda yang masih belum buat hibah untuk keluarga disarankan buat sebelum terlambat. Kita takkan tahu apa yang bakal terjadi kepada kita di hari mendatang, jadi bersiap sedialah dari awal khas buat orang2 yang kita sayang.

Sebelum terlupa, untuk membuat hibah amanah ni juga, ASNB ada kenakan yuran pendaftaran sebanyak RM180. Tapi sekarang ni ASNB ada buat promo jadi yuran hanya dikenakan sebanyak RM100 sahaja sampai 31 Oktober 2018. Jangan lepaskan peluang ni! Hihihihi~

Mommy EEZ tak dapat apa2 bayaran pun untuk posting Hibah Amanah ni. Tapi Mommy EEZ rasa sangat penting untuk sebarkan maklumat ni sebab rasanya ramai yang tak sedar akan kepentingan hibah ataupun pengurusan harta pusaka. Kalau boleh, kita nak 'pergi' tinggalkan keluarga kita dengan keadaan aman tenteram dan memudahkan semua pihak. Insya Allah.


Jumpa lagi dalam next post.


Wassalam,

Mommy EEZ

Review Botol Susu - Puting Avent Classic dengan botol susu Pigeon


"SIS, SAYA NAK BOTOL SUSU TAHAN LAMA DARIPADA BOTOL PLASTIK BIASA TAPI SAYA NAK MAINTAIN ANAK SAYA PAKAI PUTING AVENT CLASSIC. BOLEH KE?"

Ya.. boleh saja mommy2 semua. Botol susu jenis yang tahan lama dalam 1-2 tahun boleh pakai yang jenis glass / kaca, PES ataupun PPSU. Macam dalam gambar di atas tu Mommy EEZ guna botol susu Pigeon Peristaltic Plus jenis PPSU. PPSU ni atau nama glamornya ialah Polyphenylsulfone di mana material characteristic is a combination of plastic and glass. Bukan itu saja, botol susu PPSU ni boleh tahan panas sehingga suhu mencecah 180 degC. Plastik biasa yang PP (polypropylene) tu hanya boleh tahan panas sehingga 120 degC.

Ok, berbalik kepada cerita asal, YA memang boleh pakai puting Avent Classic pada botol susu Pigeon jenis wide neck saja. Just nice and terletak saja puting tu pada botol susu Pigeon tu. Kelebihan puting Avent Classic ni ialah material silikonnya agak keras sikit berbanding puting silikon yang lain. So kalau anak2 mommy jenis suka gigit2 puting bolehlah cuba puting Avent Classic ni. Kepada mommy2 yang tengah cari puting Avent Classic bolehlah tekan button di bawah hokey!


https://shopee.com.my/Avent-Classic-Plus-Teats-Medium-Flow-(Level-3)-i.4491129.15095435


So, kalau ada mommy2 yang teringin nak mix & match antara botol/puting Avent Classic dengan Pigeon jenis wide neck bolehlah main tukar2 ye, sebab size pada ring bottle kedua2 brand ni adalah sama. Mommy EEZ show off gambar contoh sikit dekat bawah:


Cons sikit di sini ialah bila nak rapatkan / tutup botol susu Avent Classic tu dengan puting Pigeon wide neck tu agak ketat sikit sebab bahagian leher puting Pigeon agak tebal. So kena tutup betul2 rapat untuk elak dari susu tumpah. Kalau yang susu ibu tu sekali tumpah boleh menangis 7 hari 7 malam TAW! Hihihi~ gurau je.

Lepas tu ketinggian puting Pigeon dan Avent Classic tu pun just nice saja dengan penutup botol susu masing2, cuma Mommy EEZ tak ingat nak ambil gambar as proof. Huhuhu~
 
Kalau puting Avent Natural boleh tak pakai pada botol susu Pigeon wide neck ni? Haaa.. jawapannya ada dalam next post. Nanti Mommy EEZ update link di sini hokey.

Terima kasih kepada anda semua yang sudi membaca Tips Botol Susu dari Mommy EEZ. Insya Allah banyak lagi tips yang Mommy akan kongsikan di masa akan datang. Jumpa lagi!


Have a nice weekend!

Mommy EEZ

Widget Ayat Al-Quran untuk Blogger / Blogspot

Assalamualaikum gaiss. As usual tak jawab dosa! Hihihi~~~

Hokey, post kali ni simple je. Mommy EEZ kebetulan tengah membaca makna surah Al-Falaq dalam blog Syafiqolbu sekali teringin nak letak ayat Al-Quran pada blog. Blog ni sebenarnya tempat Mommy EEZ share ilmu dalam masa yang sama merupakan salah satu hobi. Mommy EEZ memang suka menulis so sorry lah kalau ayat agak skema sebab dah biasa hidup penuh dengan rules dan schematic.  Tapi sejak dah jadi *SAHM ni memang habis semua rules, OCD segala bagai tu kulanggar tanpa menoleh ke belakang. Ini semua gara2 dah kena warded dekat hospital sampai 2 kali sebab stress semua benda nak kena ikut rules jadi Mommy EEZ ambil pendekatan untuk live life with maximum coolness and CHILLAX je! Hahaha~

Stop merepek! Jadi step2 ni Mommy EEZ jumpa dekat blog UMSTRIEDUATIGA.COM yang rasanya berasal dari Indonesia.

Cara meletakkan Widget Ramdom Ayat Al-Quran di Blogspot / Blogger:

1. Login ke www.blogger.com

2. Pilih ke tab 'Layout'

3. Ikut kreativiti masing2 nak letak di side bar atau cross column. Macam Mommy EEZ pilih untuk letak di side bar. Kemudian tekan button 'Add a Gadget' di bahagian side bar.

4. Tekan button HTML / JavaScript.

5. Masukkan code HTML seperti di bawah:

<img src="http://www.mahesajenar.com/scripts/ayatimg.php?&amp;text=000000&amp;bg=eeeeee&amp;border=cccccc&amp;sc=00008B&amp;c=40" />
  
    Note:
  • Warna merah - code warna untuk teks
  • Warna biru - code warna untuk background
  • Warna kuning - code warna untuk border line
  • Warna hijau - saiz ukuran widget

6. Jangan lupa letak 'Title' ikut sukahatimu.

7. Last sekali tekan 'Save'. Insya Allah akan keluarlah display di side bar blog anda seperti ini:



Widget ini menampilkan ayat-ayat Al-Quran secara random setiap kali blog kita dibuka atau di'reload' ke page baru. Semoga kita semua dapat sampaikan dakwah walaupun sepotong ayat dari Al-Quran. Insya Allah.

Hokey, tu saja post di hari Jumaat yang mulia ini. Semoga Allah permudahkan urusan dan melimpahkan rezeki yang luas seluas2 lautan yang terbentang buat kita semua hamba2Nya. Aaaminnn. 


Wassalam,

Mommy EEZ


*SAHM - Stay at Home Mommy

Planetarium Negara - apa nak buat SEBELUM ke sana

Assalamualaikum para pembaca yang Mommy EEZ hormati sekalian.

Mesti anda tengah nak cari2 info pasal Planetarium Negara kan? Apa yang ada di Planetarium Negara ni? Berbaloi ke tak nak bawa anak2 pergi ke sana? Hokey Mommy EEZ akan ceritakan pengalaman ke Planetarium Negara baru2 ini pada minggu cuti panjang yang ada Hari Keputeraan Agong dan juga Awal Muharam pada 9 September 2018.

Kami sampai agak lewat juga dalam pukul 2.30pm di Planetarium tu. Bertolak dari Shah Alam ke Planetarium Negara tu adalah dalam 40min dan trafik sangat best sebab tak banyak kereta. 

Memang bertahun2 tak pergi Planetarium ni. Rasanya last pergi masa lawatan sekolah menengah kot. Hahaha~


Gaya2 architecture bangunan lebih kurang macam dekat Menara KL. Kami parking di bahagian belakang Planetarium Negara tapi tak lah jauh sangat. Nak naik ke atas hanya ada tangga. Even ramp untuk tolak stroller pun tak ada. So, Incik Boss (husband) terpaksa lipat stroller kami yang agak bulky dan menggagahkan diri naik ke atas sambil mengangkat stroller untuk sampai ke entrance. Bolehlah hilang 1kg naik turun tu. Hihihi~


Bermula dari pukul 10pagi sampai 4 petang akan ada movie show dan waktu tayangannya adalah selang 1 jam kecuali pada hari Jumaat tiada tayangan pada pukul 1pm-2pm. 

Klik link di sini untuk tahu lebih detail ---> Official Website Planetarium Negara

Bila dah masuk melepasi kaunter kami, terus dua beranak ni bergambar fefeeling jadi angkasawan.

 
Kakak Raihan tengah fefeeling masuk newspaper.

Lepas tu ternampak Space Pod di tengah2 tempat pameran. Space Pod ni ialah simulasi pengembaraan ke angkasa lepas ala2 4D cinema. Hanya orang dewasa dan kanak2 berusia 7 tahun ke atas saja dibenarkan untuk bermain simulasi ni. Kakak Raihan baru berusia 6 tahun so memang tak lepas la. Tapi rasanya dia gayat juga tengok Space Pod tu berrpusing2. Siap ada TV screen lagi di luar untuk kami lihat aksi orang2 yang berada dalam Space Pod tu. 


Photo source by Utusan.com.my


 

 Photo source by mynewshub.tv
 
Disebabkan tak dapat nak naik Space Pod tu, kami pun bjalan2 di sekitar tempat pameran. Tak banyak yang ada berbanding zaman dulu. Ada satu bilik dipanggil Bilik Anti-Graviti. Mommy EEZ tak sempat nak snap gambar sebab bila masuk dalam tu rasa pening sikit. Kita kena sengetkan badan untuk balance kan diri kita dan dalam bilik tu juga ada slide. Memang favourite semua kanak2 yang datang ke situ sebab dah buat bilik tu macam playground dah. Hahaha~


Photo source by Mohd Faiz Abdul Manan's blog

Gambar di atas tu dipanggil Jadual Berkala/Perodic Table. Those yang ada background science stream sure tahu benda ni. Even dah start belajar dari sekolah menengah lagi. Jadual berkala ni memang sangat informatif sebab di setiap kotak akan ada contoh bahan2 yang kita gunakan setiap hari. Setiap kotak tu mewakili unsur2 sama ada logam, bukan logam atau gas yang ada di bumi. Mommy EEZ tak sempat nak belek lama2 since membawa kanak2 riang. Suka tengok jadual berkala ni sebab ianya salah satu favourite subject Mommy EEZ masa study zaman Uni dulu. 

Sambung jalan2 lagi...

Meteorit ni kita boleh rasa sendiri dengan tangan dan ianya adalah meteorit yang SEBENAR ye!






Bila sampai waktu tayangan, kami pun kena beratur macam nak pergi tengok wayang dekat TGV/GSC tu. Stroller kami letak di luar dan Alhamdulillah OK, tak ada siapa pun yang nak ambil stroller yang dah agak berusia tu. Huhuhu~ . Skrin di tempat tayangan ni TERSANGAAAATTLAH BESAAARRR dan berbentuk kubah. Memang seronok tengok macam kita betul2 berada di angkasa lepas.

Photo source by movingtravel.com.my

 
Ohhh panda eyes sungguh matakusss. 

Masa tayangan tu, si baby Wafa ni memang tak duduk diam. Sekejap duduk dekat Abahnya. Sekejap dekat mommynya. Nasib baik dah nak habis baru dia start meragam. Tayangan bertajuk 'Journey to Billion Suns' tu memang banyak sangat bercakap dan agak bosanlah untuk kanak2. Kakak Raihan pun tak senang duduk sebab dia sangat mengharapkan dapat tengok 9 jenis planet yang dia baru tengok dekat lagu PinkFong di Youtube. Apakan daya sebab tajuk tayangan yang ada pun macam limited je. 

Habis tayangan tu, kami sambung berjalan2 lagi tapi agak sedih jugalah sebab banyak bahan pameran yang dah rosak.

Bahagian luar kaunter Planetarium Negara

Disebabkan kami sampai pun dah lewat, hanya dapat spend masa di situ dalam 2 jam setengah saja. Ada few section dalam tu kami tak sempat explore habis - macam bilik Antartika dan arca2 di bahagian luar. 

So overall lawatan hari tu bagi Mommy EEZ average saja lah. Mungkin sebab kami tak dapat nak betul2 feeling nak baca satu2 info yang ada dekat tempat pameran disebabkan anak2 memang tak duduk diam. Berlari2 dan panjat sana sini. So bertabahlah ye kepada parents yang nak bawa anak2 yang sedang nak membesar dengan sihat ni. Kebanyakan masa memang lebih kepada mengejar anak2 yang sibuk explore di sana sini. Tempat paling lama anda akan spend masa ialah di Anti-Gravity Room sebab kanak2 ni seronok main slide dan mendaki di dalam bilik tu. 

As usual, sila plan masa anda sebelum pergi. Sebabnya banyak lagi tempat2 menarik di sekitar Planetarium Negara tu. Contoh macam Muzium Negara hanya boleh cross dengan jejantas pejalan kaki saja dalam 5-10min macam tu bergantung kepada kelajuan kaki anda dan termasuk masa nak selfie di tengah2 jejantas. Hihihi~. Selain tu ada KL Bird Park, Muzium Polis, Memorial Tun Abdul Razak, Taman Botani Negara dan KL Sentral. Terlebih rajin bolehlah singgah di Nu Sentral - sure jadi tempat favourite Mommy EEZ (bukan untuk anak2) sbb ada shopping mall dalam tu muahahahahaha! 

Harga tiket total untuk 3 orang (2 dewasa + 1 kanak2) RM16. Memang berbaloi lah dengan harganya. Tempat parking tak perlu bayar sebab kami dapat parking di tepi2 jalan saja yang memang ada kotak parking. Hari tu tak hujan so just nice, Alhamdulillah. Kalau hujan memang lecehla sikit nak pakai payung dan berjalan naik ke atas. Overall rating:


4 lompat BINTANG!


sebab kalau dapat naik Space Pod akan jadi lebih BEST!

Hokey itu saja info yang Mommy EEZ dapat kongsikan untuk pengalaman pergi ke Planetarium Negara ni. Kalau ada apa2 info tambahan nanti Mommy EEZ hupdate lagi hokey!

More link jalan2 sekitar Kuala Lumpur ada di bawah ni:

Blue Coral Aquarium @ KL Tower / Menara KL

Mini Zoo @ KL Tower / Menara KL

Sekian Wassalam,

Mommy EEZ

Popular Posts