Hokey apa yang best dekat Mini Zoo di KL Tower ni..
Hmm.. Err.. Aaa.. nak kata best sangat sampai MIND BLOWING tu tak ada lah..hahaha~ Kepada mommy2 dan daddy2 yang prefer pergi mini zoo yang betul2 SIMPLE dan tak banyak haiwan ni bolehlah ke KL Tower. Sebenarnya tak boleh lah nak compare dengan petting zoo besar yang lain macam dekat Farm in the City di Seri Kembangan tu. Tapi ok lah setakat intro untuk baby2 yang baru berusia 7 bulan ke 2 tahun ke sebab tempatnya memang tak besar sangat dan anak seawal usia mcm tu pun tak penat sangat. Bolehlah bermain2 dengan haiwan2 yang sengaja dibiarkan untuk bersosial dengan para pengunjung macam burung kakak tua yang sedia menanti untuk menyambut kita di entrance...
Photo source - sini.com.my
Pastikan anda tidak dekat dengan parrot ni sebab bunyi mereka ni agak kuat. Anak2 boleh terperanjat kalau terlampau dekat. Better hanya letak 1-2 ekor je kat entrance tu, tapi masa Mommy EEZ & family sampai ada lebih 5 ekor tak silap. Memang bising sikit...
So Mini Zoo ni tak adalah heavy sangat untuk toddler (range umur dari 1-3 years). Just nice je bak kata mat saleh. Jom kita tengok apa ada dekat dalam...
Photo source - mikahaziq.blogspot.com
Mommy EEZ terpaksa refer to other websites punya gambar sebab tangan sibuk memegang baby Wafa. Tapi ada juga gambar2 yang berjaya diambil macam di bawah ni...
Teringat watak jahat Nigel dalam cerita animasi Rio tu.. hehehe~
Haiwan ni dipanggil Squirrel Monkey. Comel je. Tangan dia lagi lembut dan halus dari kita walaupun nampak macam panjang2. Ala.. lembut macam orang jarang basuh pinggan atau buat kerja dapur.. hahaha~
Kura2 ni antara kura2 ketiga TERBESAR di doniya yang fana ini.. Dia malu2 sikit bila kami 4 beranak kerumun dia.
Yang ni bahagian ke dalam sedikit di Mini Zoo tu. Ada indoor dan outdoor.
Semuanya berhimpit2 kesejukan sebab masa tu memang hujan lebat. Memang timing kitorang pergi agak kurang best sebab lama juga nak tunggu hujan berhenti. Jadi, disebabkan hujan masih renyai2, Mommy EEZ terpaksa temankan baby Wafa yang join berhibernasi dalam baby wrap di area indoor. So hanya kakak Raihan dan Abahnya saje yang melawat di luar tu.. wuwuwu...
Seronok jugalah tengok bila kakak Raihan dah berani pegang2 burung, bagi makan pada haiwan atas tu (Mommy EEZ tak tau apa nama haiwan tu) sebab kakak Raihan ni agak pemalu dan penakut orangnya. Alhamdulillah nampak ada improvement bila dah besar ni =)
Mommy pun geli kalau nak bagi burung makan. Satu lagi fobia takut kena t**i dia. Hehehe~
So sebelum balik macam biasa kena 'pow' dengan kakak Raihan. Dah macam2 telur yang ada dekat rumah tu haih.. Mommy EEZ terpaksa tunggu dekat porch KL Tower sementara tunggu Abah Raihan ambil kereta sebab hujan masih lagi belum berhenti.
So please plan well before your visit to KL Tower. Selain Blue Coral Aquarium dan Mini Zoo ada juga Upside Down House di bahagian luar KL Tower tapi disebabkan hujan yang lebat, memang kami hanya mampu melirik mata manja je dari luar entrance. Hehehe~ Ada ongkos lebih sikit bolehlah naik atas or plan candle light dinner dekat Restoran Berputar dekat atas tu.. Mommy EEZ sepanjang bermastautin dekat 32 tahun di KL ni dah 3 kali naik atas tu. Last pergi pun sebab ada farewell colleague masa bekerja dulu. Food so-so je tapi tak tahulah kalau sekarang dah marvellous ke kan.. Wallahualam.
For info, Mini Zoo at KL Tower ni dah diambil alih oleh pihak pengurusan Farm in the City so nampak jugak la hidup sikit Mini Zoo ni. Kalau ikutkan review sebelum ni di Foursquare tak berapa best sangat tempatnya. So tiketnya pun boleh tahan mahal juga la. Maka silalah dapatkan tiket diskaun melalui 11Street, MyDeal, Fave (formerly known as Groupon) ataupun mana2 website yang boleh offer diskaun sebab bagi Mommy EEZ tak berapa berbaloi untuk bayar full price pergi Mini Zoo dan Blue Coral Aquarium ni.
So those yang plan nak pergi boleh tengok detail di bawah hokey:
Operating hour:
Monday - Sunday (daily) 10am till 9pm
Location:
Ground Floor, Jalan Puncak, KL Tower 50250 Kuala Lumpur
Ticket price:
Photo source - KL Tower Mini Zoo Facebook Page
*Mommy
EEZ beli through 11street dapat RM27 untuk seorang dewasa dan RM22 untuk seorang kanak2 bawah 11 tahun. Tapi kalau kanak2 di bawah ketinggian 90cm dapatlah masuk FREE! Hihihi. Kindly search for
discounted ticket price at any marketplace websites to save more! Do not
walk-in!
Sekian coretans yang tak seberapa ni. Semoga boleh bagi gambaran lah sikit pasal Mini Zoo di KL Tower ni hokey.
Lavveyyewww,
Mommy EEZ
No comments:
Post a Comment