7 Tips WAJIB tahu sebelum pergi Blue Coral Aquarium KL Tower

Setelah berkurun lama Mommy EEZ bertapa tak keluar berjalan2 hampir 6 bulan sejak bersalin bulan April hari tu, barulah terbuka hati nak menikmati keindahan panorama di Kuala Lumpur.. Ececece... sebenarnya ternampak post kawan2 di Instagram yang baru je melawat dua tempat 'kids-friendly' di KL Tower ni iaitu Blue Coral Aquarium dan Mini Zoo. Jadi, post kali ni kita cerita pasal Blue Coral Aquarium dulu dan next post pasal Mini Zoo plak hokey. Selain tu, ada juga tarikan baru di KL Tower iaitu Upside Down House tapi kami tak sempat pergi sebab keadaan hujan yang lebat dan penat.

So, apa ada dengan Blue Coral Aquarium @ KL Tower ni?



Photo Source - Fave.com

Ini entrance door yang terletak betul2 berhadapan dengan foyer KL Tower. Mommy EEZ tak dapat nak ambil gambar sendiri sebab keadaan masa tu hujan agak lebat dan ramai stuck dekat situ. Masa Mommy EEZ pergi tu boleh kata ramai juga orang sebab weekend kan. Foreigners pun tersangatlah ramai. Kereta tak putus2 lalu di hadapan foyer tu dan bila ada van berhenti, bawa2 lah bertenang sebab sekali van berhenti, ia akan memuntahkan lebih 10 orang tourists dari perutnya. 

Macam mana rupa dalam aquarium ni? Dipersilakan cuci mata~~~





Ikan pari / Stingray

The gigi kapak fish.. hahaha~

The unicorn fish

 

Mommy EEZ in so serious mode


 
The kiddos with their beloved Abah

Mommy EEZ agak2 keluasan tempat ni dalam 1/8 dari Aquaria KLCC..wuwuwu. Memang sangat kecil. Kebanyakan ikan dalam tu tak berapa happy rasanya sebab space yang limited. Ada jugak few small sharks dalam tu so bila dah ternampak automatically nyanyi baby shark tutututututu~~~ baby shark tutututututu~~~ =P


TIPS SEBELUM PERGI KE BLUE CORAL AQUARIUM @ KL TOWER

1. Pastikan beli tiket yang ada promo untuk penjimatan wang yang tersayang. Selalunya ada di website macam Fave (formerly known as Groupon), 11th street, Milkadeal and etc.

2. Check weather forecast. Sebab selalunya bila pergi ke sini, anda akan ada masa lebih untuk melawat ke Mini Zoo dan Upside Down House sekaligus. Bila musim hujan agak leceh sbb Mini Zoo ada 2 bahagian - indoor dan outdoor. Blue Coral Aquarium ni totally indoor cuma kepada mereka yang bukan pencinta ikan, mereka mampu menghabiskan lawatan ke dalam aquarium ini dalam masa lebih kurang 10minit saje. Huhuhuhu~~

3. Parking sangat LIMITED. Kalau penuh di kawasan atas, ada kawasan parking di bahagian bawah. Kena menapak jauh lah sikit kan. 

4. Boleh bawa masuk stroller tapi kawasan dalam tu agak tak berapa besar. Bagi Mommy EEZ tak berbaloi nak bawa stroller pun. Better pakai baby wrap sbb nanti bila nak pergi ke Mini Zoo tak banyak ada kawasan rata. So not recommended to bring stroller. Unless lightweight stroller macam babyzen yoyo atau pockit gb ke can be considered.

5. Kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Katakan on the way ke KL Tower tak hujan, tapi tiba2 sampai sana hujan turun dengan sungguh syahdunya, boleh terus masuk ke dalam menghala ke KL Tower dan turunkan penumpang dulu di porch/foyer. Bila dah turun dari kereta, memang kita dah boleh terus nampak entrance Blue Coral Aquarium ni. Dalam entrance tu sendiri dah ada gift/souvenir shop.

6. Jangan plan setakat nak tengok Blue Coral Aquarium ni saje! Sangat tak berbaloi hokey. So plan your day wisely to visit all three places or kalau ada budget lebih boleh terus masuk dan naik atas ke setiap level dalam KL Tower. Tickets are quite pricey for me. May be worth for those who are from outside KL. The ultimate thing-to-do kalau jenis yang extreme boleh join KL Tower Base Jump.. huhuhu. Mommy EEZ memang gayat so setakat jadi penonton dari bawah bolehlah.. hehehe. Nak leisure2 menikmati pemandangan isi KL sambil dine in dalam Restoran Berputar Menara KL pun hokey juga. Mommy EEZ pernah juga makan di situ 3 tahun lepas dan makanan so-so aje. Tapi tak tahulah sekarang mungkin dah improve kan. Wallahualam.

7. Sila pakai pakaian casual atau santai sebab dalam tu tak berapa sejuk sangat. Tak berapa panas juga so just nice saja.

Other details as follows:

Opening hours:
Monday - Sunday (daily) 9am till 8pm

Location:
KL Tower, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur

Ticket price:
Normal price for Adult - RM18, Children - RM15 
(Tak ingat age range berapa tapi baby Wafa masa tu umur dalam 6 bulan tak kena bayar for the ticket. Kakak Raihan kena bayar sebab masa tu umur dia 5 tahun)

*Mommy EEZ beli through myfave.com dapat RM24 for 3 people. Kindly search for discounted ticket price at any marketplace websites to save more! Do not walk-in!

So, Mommy EEZ harap dapatlah bagi gambaran serba sikit tentang Blue Coral Aquarium @KL Tower ni. Mommy EEZ bagi review..


3.5 BINTANG !!!

Next post Mini Zoo @KL Tower pula hokey! Boleh tekan link di bawah untuk baca review.


Lavveyyewww,

Mommy EEZ

No comments:

Post a Comment

Popular Posts