Showing posts with label MQT 1.0. Show all posts
Showing posts with label MQT 1.0. Show all posts

My #QuranTime 1.0 : Halaman 3 Surah Al-Baqarah Ayat 6-16

Assalamualaikum everybody.

Mommy eez hari ni nak sambung nota untuk Episod 3 My #QuranTime. Rasa macam dah jauuhhhhh betul ketinggalan. Dah sampai ke Episod 32 dah sebenarnya. Tapi diri ni sangat degil untuk give-up. Hahaha~ Semoga ada manfaat bagi mereka yang sudi membaca post ni insya Allah.

Sebelum mula, mommy eez nak bacakan Al-Fatihah buat kakak sulung mommy eez yang tersayang. Mommy eez harap arwah bergembira dan selalu tenang di alam sana insya Allah.

Jom kita start gaisss...

Episod 3 ini disampaikan oleh:

Ustaz Fazrul
Ustaz Ahmad Tarmizi Abd Rahman

- Jom kita re-cap episod lepas; Dengan sifat Allah SWT yang Ar-Rahman ini, kita mendapat pelbagai rahmat (meliputi seluruh makhluk). Salah satunya Allah SWT izinkan kita untuk belajar tentang Al-Quran. Lalu bila kita menghargai rahmat ini, dengan sifat Allah SWT yang Ar-Rahim, Allah SWT berikan hidayah buat orang2 yang beriman melalui Al-Quran.


- 5 ayat pertama surah Al-Baqarah ialah tentang orang2 mukmin meminta bantuan petunjuk daripada Allah SWT melalui Al-Quran. Allah SWT menerangkan 5 ciri2 orang2 yang bertaqwa (Boleh semak di post sebelum ni di Episod 2 <--- Klik sini)


- Sinopsis episod kali ni:


- Ayat 6:


Allah SWT memberi komen tentang orang2 kafir ini (seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir dan Ibnu Ishaq), di mana mereka ini tidak mahu mengambil pelajaran/peringatan dari Nabi2 yang terdahulu sehinggalah ke Nabi Muhammad SAW. Walaupun sudah diberi peringatan banyak kali, namun mereka tetap degil dan terus ingkar dengan dakwah Nabi Muhammad SAW.

Allah SWT merujuk orang2 kafir di dalam surah Al-Baqarah ini ialah orang2 Yahudi iaitu Bani Israel di Madinah.

Apakah erti kafir yang sebenar? Pada zaman sekarang, kita tak boleh menghukum seseorang itu kafir jika dia tidak beragama Islam. Misal kata jiran kita seorang non-muslim, kita tak boleh anggap mereka sama macam orang kafir kerana kita bertanggungjawab untuk memberi peringatan kepada mereka tentang agama Islam. Mereka tak sama seperti orang2 Yahudi. Melainkan kita dah berdakwah kepada mereka, namun mereka berdegil maka mereka termasuk ke dalam kumpulan orang2 kafir.


- Ayat 7:


Jadi, bila orang2 kafir ni masih berdegil tidak mahu beriman setelah banyak kali diberi peringatan, maka
Allah SWT menutup hati2 (قُلوبِهِم), pendengaran (سَمعِهِم) dan penglihatan2 (أَبصٰرِهِم) mereka. Ini merupakan ciri2 hati yang mati.

Pengajaran yang kita boleh ambil dari ayat ini ialah kita perlu menjaga apa yang kita dengar kerana ini akan memberi kesan kepada penglihatan dan hati kita. Contohnya, apa saja perkara baik yang kita dengar (macam mendengar ayat2 Al-Quran) akan mempengaruhi hati kita menjadi baik dan sekaligus membuat kita nak melihat perkara yang baik2. Ciri2 hati yang mati ini lawannya ialah ciri2 hati yang hidup bagi orang2 bertaqwa pada ayat 1-5 dalam surah Al-Baqarah ini.
 
Mengapa Allah SWT menggunakan 3 perkataan ini ada yang di dalam bentuk plural (jamak) dan singular (satu)?
 
 قُلوبِهِم  (hati2): perkataan plural untuk perkataan qalbun (keinginan hati). Hati ini sentiasa berbolak-balik. Allah SWT menutup hati2 orang2 kafir ini kerana tidak yakin dengan Al-Quran.

سَمعِهِم (pendengaran): perkataan singular. Walaupun deria pendengaran ada sepasang (2 telinga) namun kita selalu mendengar bunyi atau sumbernya dari 1 arah saja.

أَبصٰرِهِم (penglihatan2): perkatan plural. Walaupun kita memandang ke satu arah saja namun terlalu banyak yang difikirkan. Contoh seperti mata kita sedang menonton TV rancangan My #QuranTime, tapi mata ni sibuk perhatikan perkara lain macam baju penyampai TV, background set, kerusi, meja dan lain2. 
 

- Ayat 8-9



Menerangkan ciri2 hati yang sakit. Orang2 munafik ini mengaku mereka beriman tapi sebenarnya mereka tidak beriman pun. Malah mereka hendak menipu Allah SWT dan orang2 beriman tetapi sebenarnya mereka tidak sedar yang mereka menipu diri mereka sendiri.

Kita perlulah berhati2 dengan orang2 munafik ini kerana mereka akan mendekati kelompok orang2 Islam dan mengaku diri mereka sama beragama Islam tetapi sebenarnya tidak. Umpama, luar cakap lain, hati cakap lain. Orang2 munafik ini boleh jadi terdiri daripada orang bukan Islam dan orang Islam itu sendiri dan mereka ini tidak sedar yang mereka tergolong di kalangan orang munafik.


- Perkataan pilihan untuk Halaman ke-3 ini:


- Maksud orang kafir:
  • Orang kafir tahu adanya kebenaran yang dibawa oleh nabi2 tapi mereka menutup kebenaran itu.
  • Kuffar (ada mention dalam Surah Al-Hadid) - petani yang kagum pada hujan. Mereka ini kagum/fokus pada material/perkara2 di dunia dan mereka tak memandang pada akhirat pun.
  • Berlawanan dengan maksud Fallah - petani yang berusaha keras macam kita yang sedang belajar tadabbur ini.

Bila kita lebih mendalami Al-Quran, kita akan lebih berhati2 dengan rasa hati ini. Hati kita akan berasa salim (sejahtera) tanpa merungut atas segala yang terjadi dan tidaklah hati ni berasa sakit atau pun mati.


- Ayat 10-12:




Dalam hati orang munafik ini ada penyakit lalu Allah SWT tambahkan lagi penyakitnya. Bagi mereka seksaan yang pedih kerana mereka berdusta. Penyakit yang Allah SWT maksudkan ialah raib (ragu2/tak yakin). Allah SWT tambahkan lagi penyakit dalam hati mereka, kerana mereka hendak menipu/deny/mendustakan Allah SWT.

Kaitannya dengan zaman sekarang ialah kita juga ada penyakit ragu2 ini. Ragu2 dengan pertolongan Allah SWT. Tak yakin sama ada Allah SWT akan menjawab doa kita atau tak. Bila tak yakin, kita akan terdorong untuk membuat sesuatu yang Allah SWT tak suka. Contoh macam kita nak dapatkan sesuatu projek tapi menggunakan jalan yang salah iaitu melalui rasuah (kerana tak yakin dengan rezeki Allah SWT). Maka, jika kita tak mampu, jangan berdusta sehingga boleh membawa kepada kerosakan. Macam kes rasuah tadi, kita tak layak untuk mendapat projek berkenaan maka akan berlaku ketidak adilan pada pihak lain malah projek itu akan binasa di tangan2 orang yang tidak sepatutnya.

Maka, kita perlu jauh dari sikap ini dan jangan sampai nama kita termasuk ke dalam list golongan orang munafik (seperti di zaman Saidina Umar Al-Khattab). Ini kerana orang munafik ini 'rasa perasan' yang mereka berbuat baik tapi sebenarnya mereka membuat kerosakan tanpa mereka sedari. Contoh seperti negara Amerika yang kononnya mempromosikan keamanan tetapi di sebaliknya merekalah punca kepada peperangan di dunia ini. Balasan Allah SWT bagi orang2 munafik ialah azab pedih yang berterusan ( عَذَابٌ أَلِيمُۢ ) . Berbeza dengan balasan bagi orang yang kafir ialah azab yang besar ( عَذابٌ عَظيمٌ) yang dinyatakan dalam ayat 7 tadi.


- Ayat 13


Orang munafik menjawab,
"Adakah aku nak beriman seperti orang bodoh itu?". Mereka berkata begini kepada Saidina Abu Bakar kerana mempersoalkan beliau melepaskan kebanyakan hartanya di Mekah dan turut serta berjuang membantu golongan Muhajirin dan Ansar bersama Nabi Muhammad SAW. Orang munafik ini berasa sakit hati atas tindakan Saidina Abu Bakar itu.

Kaitannya pada masa kini, ramai orang yang tak suka akan perkara2 baik yang dilakukan oleh orang lain. Itu petanda adanya penyakit hati. Jangan dibalas bagi orang yang ada penyakit hati ni kerana yang berhak membalasnya adalah Allah SWT. Mereka berkelakuan begini kerana tidak dikurniakan ilmu oleh Allah SWT seperti yang dinyatakan di dalam ayat 13.

Disebutkan oleh Abu Hurairah, bahawa orang yang bertaqwa ini umpama berjalan di atas jalan yang berduri. Mereka berjalan sambil mengangkat kain mereka dengan berhati2 untuk mengelakkan terkena duri. Umpama mereka perlu berhati2 dengan ilmu yang mereka ada. Begitu jugalah bila kita dah dikurniakan ilmu, perlulah menggunakan ilmu itu dengan berhati2 dan dengan cara yang betul.


- Ayat 14


Orang munafik ini bersifat bermuka2. Apabila mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW dan sahabat Baginda, mereka mengaku beriman kerana mereka tidak mahu dihukum bunuh (ikut hukum hudud). Tetapi bila mereka kembali kepada syaitan2 mereka (
شَيٰطينِهِم ) , yang merujuk kepada pendeta2 Bani Israel, mereka mengaku hanyalah berolok2 beriman saja dengan niat untuk mengejek orang2 yang beriman itu.

Syaitan2 ini terdiri daripada jin dan manusia. Sememangnya sikap orang munafik ini suka memperolok2kan/mengejek orang (penyakit hati). Jadi, kalau kita ternampak ada kelakuan yang tak baik haruslah menegur dengan baik, bukannya buat parody (dengan niat mengejek/buat lawak). Bila kita ada sikap demikian, ditakuti Allah SWT tidak akan memberikan kita ilmu yang benar. Contohnya seperti Abdullah bin Ubay bin Salul yang walaupun beragama Islam tapi suka mentertawakan/memandang rendah pada org lain. Walaupun Rasulullah mengetuai solat jenazah Abdullah bin Ubay, namun Allah SWT tak menerimanya hanya kerana sifat munafik ini (rujuk Surah Al-Munafiqun).


- Ayat 15


Allah SWT membiarkan (
وَيَمُدُّهُم ) orang munafik ini bebas di dalam kelekaan/kemunafikan mereka sehinggalah sampai satu masa mereka akan tersentak. Mereka ini terumbang-ambing ( يَعمَهونَ ) di dalam kesesatan kerana mereka buta mata hati.


- Ayat 16


Orang munafik ini membeli kesesatan dengan petunjuk
. Ini kerana mereka dah dapat nabi, dah dapat Al-Quran tapi masih lagi sombong dan tak percaya pada kebenaran. Mereka dapat masuk Islam dengan mudah dan nak keluar Islam pun mudah kerana pada masa itu, Nabi Muhammad SAW sudah menempa nama yang besar di Madinah.

Jika dilihat pada zaman sekarang, ada orang yang lahir terus menjadi Islam tapi nak dapat hidayah tu bukan senang. Jadi bila dah dapat hidayah tu, jangan sekali2 kita sia2kan. Hargai dan istiqamah!

- Tujuan mempelajari hukum tajwid ini:



- Kesimpulan dari episod ini:


- Kita mestilah hidupkan pancaindera kita (hati, telinga dan mata) dalam mendalami Al-Quran dan memerhati kebesaran Allah SWT supaya Allah SWT tidak terus menutup pancaindera kita itu dari melihat kebenaran.

- Kita perlu fokus tentang apa yang Allah SWT mahu kita buat bukan apa yang kita nak buat di dunia ini. 

- Maka, secara kesimpulannya apa yg mommy eez belajar dalam episod kali ni ialah:
   
1. Sekalipun orang kafir ini degil tidak mahu menerima kebenaran Al-Quran, namun hati dan hidayah adalah milik Allah SWT. Kita wajib untuk berdakwah tanpa henti kepada mereka walaupun telah ditutup hati, pendengaran dan mata mereka dari melihat kebenaran yang dibawa oleh Al-Quran

2. Terdapat 3 jenis hati:
  • Hati yang sejahtera/hidup - orang beriman/bertaqwa dalam ayat 1-5 surah Al-Baqarah
  • Hati yang mati - orang kafir dalam ayat 6-7 surah Al-Baqarah
  • Hati yang sakit - orang munafik dalam ayat 8-16 surah Al-Baqarah

3. Golongan munafik terbahagi kepada 2 jenis:
  • Orang yang baru memeluk Islam dengan niat untuk mengintip (jadi spy).
  • Orang yang sudah sedia Islam tapi tidak menyedari mereka sendiri ialah orang munafik.

4. Ciri2 orang munafik:
  • Apabila mereka berbicara, mereka berdusta.
  • Apabila mereka berjanji, mereka tidak tepati.
  • Apabila mereka diberi amanah, mereka khianati.
  • Mereka rasa mereka tidak membuat kerosakan di muka bumi ini tapi sebenarnya mereka tidak sedar yang mereka memang membuat kerosakan.
  • Mereka jahil/bodoh kerana tidak memiliki ilmu
  • Mereka bersifat bermuka2 umpama 'cakap lain, dalam hati lain'
  • Mereka memilih untuk membeli kesesatan dengan petunjuk. Mereka sanggup menggadaikan hidayah/petunjuk dari Allah SWT semata-mata untuk memilih berada di dalam kesesatan.

- Episod ini ditutupi dengan bacaan doa:


بسم الله الرحمن الرحيم

"Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkan hati2 kami Ya Allah. Hidupkan hati2 kami Ya Rahman. Bersihkan hati kami, Ya Allah. Cerahkan hati kami Ya Allah, agar hati kami senantiasa kuat untuk mengamalkan Al-Quran, untuk memahami Al-Quran dan untuk memperbaiki ibadah kami kepadaMu Ya Allah. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikan mata kami yang suka membaca Al-Quran, kadang2 menangis membacanya. Mulut kami yang terkumat-kamit mengeluarkan kalimahMu Al-Quran. Lidah kami lidah yang fasih menyebut 6236 ayat Al-Quran. Telinga kami jangan jadikan telinga yang tidak suka mendengar Al-Quran, akan tetapi jadikan telinga kami yang tidak jemu mendengar kalamMu Al-Quran".



آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

Alhamdulillah selesai sudah nota mommy eez untuk Episod 3. Bagi yang nak menonton video boleh tekan link di bawah:



Episod seterusnya ada di sini ---> Episod 4

Semoga Allah SWT memandu hati2 kita dalam mendapatkan hidayah dalam hidup ini Insya Allah. 


#myqurantime #qurandisisibacasetiaphari #tadabburquran

Lavvv,
Mommy Eez

My #QuranTime 1.0 : Halaman 2 Surah Al-Baqarah Ayat 1-5

Assalamualaikum semua...

Walaupun siri My #QuranTime dah masuk siri yang ke-22 semalam, mommy eez masih lagi terkedek2 nak catch-up. Sekali lagi mommy eez tegaskan, biar lambat asalkan konsisten untuk terus belajar kan?

Hokey tanpa melengahkan masa jom kita start.

Eh, kejap.

Minta jasa baik para pembaca untuk sedekahkan surah Al-Fatihah buat kakak sulung mommy eez yang telah meninggal dunia awal bulan June 2020 yang lalu. Mommy eez berharap sangat usaha mommy eez menulis ringkasan ini diterima Allah SWT dan pahalanya boleh juga mengalir buat beliau. Mommy eez betul2 rindukan arwah. Semakin lama arwah pergi, semakin kuat rindu ni.. tak apalah. Hidup perlu diteruskan. Semoga Allah SWT memberikan husnul khotimah buat kita semua. Aaaminnn.

Episod 2 ini disampaikan oleh:

Ustaz Fazrul

Ustaz Ahmad Tarmizi Abd Rahman


- Halaman 2 ini, Allah SWT tujukan bagi orang2 yang bertaqwa.


- Sebelum memulakan siri ini, Ustaz Fazrul selalu akan melazimi dengan 2 bacaan doa di bawah:




Doa ini diamalkan oleh para malaikat dan diajarkan oleh Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga Allah SWT menambahkan kita ilmu yang boleh mendekatkan lagi diri kita kepada Allah SWT. Aaaminnn.


- Hadith Riwayat Ahmad menyatakan ada sahabat Nabi ketika ingin melaksanakan solat, dipanggil oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda mengajarkan beliau surah Al-Fatihah sama seperti apa yang kita baca pada hari ini.

- Kenapa surah Al-Fatihah berada di depan, sedangkan wahyu pertama surah Al-A'laq diletakkan di belakang sampai menjadi surah yang ke-96? Lihat perbezaan 2 perkataan di bawah:
  • بِاسمِ رَبِّكَ (surah Al-A'laq) di mana ada huruf  ا di antara huruf م , س , ب . Maksudnya, "dengan nama Tuhanmu". Apabila ada pertambahan huruf, maksudnya boleh berubah.  Maknanya, bacaan dengan pertambahan huruf adalah lebih sukar.
  • بِسمِ اللهِ (surah Al-Fatihah), tiada alif di antara huruf م , س , ب . Maksudnya "dengan nama Allah". Menunjukkan kita membaca surah Al-Fatihah ini bermula dengan nama Allah untuk memandu hidup kita (membacanya dengan lebih mudah). Dengan erti kata lain, kita sebenarnya memerlukan bantuan Allah SWT setiap masa dalam memulakan urusan seharian. Tanpa menyebut ini, terputuslan segala keberkatan dalam ibadah kita. Jadi, setiap kali kita mahu memulakan sesuatu pekerjaan/perkara mestilah didahului dengan بِسمِ اللهِ . Itulah sebabnya surah Al-Fatihah ini diletakkan di depan sekali di dalam Al-Quran.

Surah Al-Baqarah, ayat 1-5:


- Sinopsis bagi halaman ini:



- Surah Al-Baqarah dinamakan juga sebagai Sanam Al-Quran (puncak untuk mendaki/puncak Al-Quran). Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud RA yang menyatakan, "Setiap benda mempunyai puncak (yang mulia), dan puncak yang mulia bagi Al-Quran ialah surah Al-Baqarah. Dalamnya ada satu ayat yang paling agung antara ayat2 Al-Quran yang lain iaitu Ayatul Kursi (ayat ke-255)"

- Merupakan surah yang paling panjang di dalam Al-Quran iaitu sebanyak 286 ayat.

- Surah Al-Baqarah turun semasa Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah selepas 13 tahun diangkat menjadi Rasul. Kenapa surah Al-Baqarah ini disusun menjadi surah yg ke-2? Ini kerana surah2 ini disusun oleh Allah SWT, bukannya Nabi Muhammad SAW dan ianya disusun khas untuk bacaan umat Nabi Muhammad SAW. Tambahan pula, terdapat perkaitan di hujung ayat surah Al-Fatihah dan di awal ayat surah Al-Baqarah.

- 5 surah pertama iaitu surah Al-Fatihah, Al-Baqarah, Ali-Imran, An-Nisa (hukum harta pusaka) dan Al-Maidah (hukum halal/haram makanan) merupakan tunjang pertama di dalam Al-Quran. Ianya membincangkan tentang perundangan yang dibina berasaskan keimanan kita pada surah Al-Fatihah. Jadi, kita perlu ikut dan patuhi apa saja hukum/rules yang Allah SWT dah tetapkan di dalam Al-Quran bagi mencapai maksud ayat ke-6 surah Al-Fatihah iaitu  اهدِنَا الصِّرٰطَ المُستَقيمَ (Tunjukilah kami jalan yang lurus).

- Surah Al-Baqarah dan surah Ali-Imran digelar sebagai Az-Zahrawain iaitu dua surah yang cemerlang atau dianggap sebagai bunga/perhiasan yang menjadikan Al-Quran ini sangat menarik untuk dibaca.

- Ayat 1-5 surah Al-Baqarah ini selalu dibaca sebelum tidur ataupun sebelum memulakan apa2 majlis.

- Adab apabila ada orang membacakan Al-Quran, hendaklah diam sebagai tanda hormat.

- Surah Al-Baqarah dimulai dengan الٓمٓ (huruf muqhata'ah/huruf potong). Pada zaman Nabi, orang Arab tahu yang Nabi Muhammad SAW ini seorang buta huruf. Maka, apabila Nabi membaca huruf2 tersebut, ini mengejutkan orang2 Arab. Selain itu, huruf2 ini mungkin dijadikan untuk menarik perhatian orang2 Arab untuk mula memperdengarkan isi Al-Quran. Umpama macam mana kita seronok mendengar anak2 kecil yang baru nak pandai sebut ABC, macam itulah perasaannya. Huruf2 ini memang tidak diketahui maksudnya (hanya Allah SWT saja yang tahu). Jadi, kita bergantung kepada Allah SWT supaya membuka pintu hikmah buat kita untuk mendalami maksud ayat2 yang seterusnya. Ini menjadikan kita lebih rasa tawaduk (rasa rendah diri) dan khusyuk dalam membaca Al-Quran.

- Ayat 2:


Allah SWT menyambung dengan ayat kedua di mana Allah SWT memberikan kita Al-Quran sebagai panduan hidup.
ذٰلِك bermaksud "Itu" tetapi diterjemahkan sebagai "Ini" yang merujuk kepada Al-Quran.

 - Perkataan pilihan:


- Maksud كتب mengikut tafsiran Ulama ialah menjahit kulit dengan kulit. Membawa erti mencantumkan huruf dengan huruf lalu menjadi tulisan. Tulisan dikumpulkan menjadi lembaran. Setiap lembaran dicantumkan akhirnya menjadi al-kitab.

- Dari sudut psikologi, bila kita menulis nota, ianya akan menguatkan lagi ketetapan/keinginan apa yang kita baca/belajar. Jadi, apabila kita membaca/belajar Al-Quran yang ditulis ini, akan meninggikan lagi keinginan untuk berbuat kebaikan yang dinyatakan di dalam Al-Quran. 

- ذٰلِكَ الكِتٰبُ : Kitab Al-Quran ini bukan kitab biasa2 (sebab ada sebutan al) dan tiada keraguan di dalamnya ( لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ). Al-kitab bermaksud kitab tertentu (spesifik) yang merujuk kepada Al-Quran.

- هُدًى لِّلمُتَّقينَ : menjadi petunjuk bagi orang2 yang bertaqwa. Ini merupakan jawapan Allah SWT kepada ayat 6 surah Al-Fatihah ( اهدِنَا الصِّرٰطَ المُستَقيمَ ) iaitu tunjukilah kami jalan yang lurus melalui Al-Quran, kitab panduan buat manusia menjadi orang2 yang bertaqwa.


- Ayat 3 :


Ayat ini merupakan sinopsis bagi keseluruhan surah Al-Baqarah. Bukan itu saja, malah jika diperhatikan kandungan 3 juzuk pertama dalam al-Quran ini juga disimpulkan di dalam ayat ke-3 ini:
  • Juzuk 1 menyentuh tentang al-Quran dan keimanan.
  • Juzuk ke-2 membicarakan tentang hal berkaitan solat, hal2 perundangan dan perubahan kiblat.
  • Juzuk 3 (di bahagian hujung) menyentuh hal menginfakkan harta ke jalan Allah SWT.

- Bila dah terlalu lama mempelajari Al-Quran, kita akan memperhatikan ada 1 pattern dalam mentadabbur Al-Quran (dicapai pada tahap tadabbur/kajian yang lebih tinggi).

- Ayat ini menceritakan tentang perkara al-ghaib contohnya seperti beriman kpd Allah SWT, malaikat, rasul dan etc. Kebanyakan kejayaan di dalam dunia ini, bukannya kerana perkara yang boleh dilihat dengan mata tetapi lebih kepada perkara yang tidak nampak. Contohnya, kita percaya kita mampu menyelesaikan suatu masalah di masa hadapan sedangkan pada waktu itu, kita belum ada lagi solusi untuk menyelesaikan masalah itu.

Initipati ayat ke-3 seterusnya ialah tentang solat dan infak yang merupakan perkara praktikal. Solat ialah berhubungan dengan Allah SWT manakala infak ialah hubungan sesama manusia. Kedua2 perkara praktikal ini haruslah dilakukan bersama contohnya seorang ibu telah menunaikan solat, jadi beliau haruslah mengajak anaknya untuk solat bersama (dikira sebagai infak - mengajak melakukan ibadah). Infak boleh jadi dalam pelbagai bentuk, seperti memberi semangat, senyum, duit, bagi kata2 baik, sebar positif vibes etc. Makin kuat kita percaya kepada perkara ghaib, makin kuat/mudah kita solat. Makin kuat kita solat, makin mudah kita menolong orang lain/kuat bersedeqah. Jika ada orang yang kuat/rajin solat tapi tak suka bersedeqah/kedekut, orang itu ada masalah dengan keimanannya terhadap perkara ghaib. Kenapa ada masalah untuk percaya kepada perkara ghaib, sebab ini berbalik kepada ayat ke-2 iaitu tak mendapat hidayah daripada Al-Quran seperti orang2 yang bertaqwa (yang terpilih). Kenapa ada orang tak mendapat hidayah daripada Al-Quran sedangkan mereka sudah banyak kali khatam Al-Quran, mereka mungkin ada masalah dengan الٓمٓ iaitu mereka membaca/belajar Al-Quran dengan tiada rasa rendah diri/tawadhuk.

- Orang Arab di Madinah sangat bangga mereka mempunyai kitab tapi mereka sendiri tidak tahu pun isi kandungan kitab mereka. Contohnya, seperti Bani Israel yang tidak tahu isi kandungan kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa tetapi mereka bangga adanya kitab tersebut bagi kaum mereka.

- Ayat 4: 


Menyatakan bahawa kita jangan beriman hanya kepada orang2 tertentu saja seperti orang Yahudi iaitu Bani Israel. Mereka ini bersifat racist di mana hanya percaya kepada bangsa mereka sendiri saja. Percayalah apa yang diturunkan sebelum (iaitu kitab Zabur, Taurat dan Injil) dan selepas (kitab Al-Quran) Nabi Muhammad SAW. Kesan daripada ayat ke-4 ini ialah bila kita beriman/percaya dengan kesemua ciri2 di atas, kita akan rasa lebih yakin dengan Hari Akhirat (yang asalnya ghaib tetapi akan menjadi kenyataan di depan mata kita bila sampai waktunya).

- Ayat 5: 


Menerangkan orang2 bertaqwa yang mendapat hidayah dari Tuhan mereka akan menjadi orang2 yang beruntung/berjaya di dunia dan di akhirat.

- Macam mana nak tahu kita mendapat hidayah? Kalau kita merasa seronok membaca Al-Quran seperti rasa macam nak dapat hadiah, maksudnya hidayah itu is on the way!


-  Hukum tajwid:
  • Ada 2 tanda 3 titik pada ayat ke-2 surah Al-Baqarah ini yang merupakan tanda waqaf dan kita boleh pilih untuk berhenti pada salah satu tanda 3 titik tu.
  • Faedah mempelajari hukum tajwid:


- Taqwa ada 2 tahap:
  •  فَأَلهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقوَٮٰهَا  dari ayat 8 surah As-Syams (surah yang lebih awal turun dari surah Al-Baqarah). Sebenarnya, Allah SWT telah mengurniakan ilham kepada semua manusia di bumi ini (tak kira muslim atau bukan muslim) tentang taqwa dan kejahatan. Semua manusia mempunyai sifat taqwa, namun telah dirosakkan sendiri oleh hawa nafsu masing2 dan pengaruh dari syaitanirrajim.
  • Apabila seseorang itu telah bertaqwa, kemudian beliau belajar mendalami Al-Quran, maka jadilah beliau Al-muttaqin (orang yang benar2 bertaqwa - tahap lebih tinggi dari taqwa biasa)
- Kesimpulan dari episod kali ini:


- Penutup episod ini diakhiri dengan doa:


بسم الله الرحمن الرحيم

"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Jadikan kami ini hamba2Mu yang mana imannya teguh Ya Allah. Hamba2Mu yang mana menjaga solat2nya, yang mendirikan solat2nya Ya Allah. Ringankan tangan kami Ya Allah. Bersihkan hati kami Ya Allah agar kami ini menjadi hamba2Mu yang ringan dan suka berinfaq pada jalanMu Ya Allah. Ya Allah Ya Tuhan kami, 5 ayat yang kami baca, yang kami belajar pada hari ini, Ya Allah, jadikan ia sahabat kami, kekuatan kami dan keberkatan buat kami, mudah2an Ya Allah kami terus mendapat petunjuk dan hidayah daripadaMu jua Ya Allah. Mata kami suka melihat kalamMu Al-Quran, menangis membacanya. Lidah kami, lidah yang fasih menuturkan kalamMu Al-Quran. Telinga kami Ya Allah, telinga yang tidak pernah jemu mendengar lantunan bacaan kalammullah Al-Quran. Tangan kami, tangan yang membelek mushaf Al-Quran, mencatat ilmu2 daripadaMu Ya Allah.

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ


Itulah saja ringkasan yang tak berapa nak ringkas dari Episod 2 My #QuranTime kali ni hahahaha~... Puas mommy eez ulang beribu2 lemon kali video Episod 2 ni bagi nak memahamkan jalan cerita 5 ayat terawal surah Al-Baqarah ini. Sangat3 cantik Allah SWT susun kalimah2Nya. ماشاءالله تبارك الله

Pengajaran yang mommy eez dapat dari Halaman ke-2 ini ialah:

1. Al-Quran merupakan petunjuk bagi orang2 yang bertaqwa. Ini juga merupakan jawapan kepada ayat ke-5 Surah Al-Fatihah

2. Sentiasa merendah diri dan menyerah diri kepada Allah SWT apabila membaca Al-Quran kerana ilmu itu datangnya dari Allah SWT. Tak perlu rasa diri hebat kerana semuanya atas ihsan Allah SWT yang memberikan kefahaman kepada kita tentang Al-Quran kalam Allah. 

3. Ada 5 ciri2 orang yang bertaqwa untuk berjaya di dunia dan di akhirat yang dinyatakan di dalam ayat 3, 4 dan 5:
  • Percaya kepada perkara ghaib, (Allah SWT, malaikat, syurga, neraka, jin, syaitan dan lain2)
  • Mendirikan solat 
  • Menafkahkan rezeki yang kita dapat tak semestinya dalam bentuk harta saja tetapi dalam bentuk yang lain juga seperti ilmu, senyuman, tenaga, idea dan lain2
  • Percaya kepada kitab Al-Quran dan juga kitab2 sebelumnya seperti kitab Zabur, Taurat dan Injil
  • Percaya kepada Hari Kiamat

4. Allah SWT menjanjikan orang bertaqwa yang berjaya memenuhi 5 kriteria tadi bahawa mereka akan mendapat petunjuk/hidayah dari Allah SWT dan tergolong menjadi orang2 yang beruntung untuk dimasukkan ke dalam syurga.


5. Perlu menulis untuk sentiasa ingat apa yang kita belajar - perkataan pilihan di halaman ini ialah
كتب



Nak tengok video Episod 2 ni boleh terus tekan link di bawah hokey:
Nantikan ringkasan Episod 3 (<--- klik sini) insya Allah dalam masa terdekat hokey. Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita dan ilmu kali ni bermanfaat buat semua.

#myqurantime #qurandisisibacasetiaphari #tadabburquran

Lavvv,
Mommy Eez

Popular Posts