Assalamualaikum semua para2 pencinta Al-Quran.
Bertemu lagi dalam #notamyqurantime oleh mommy eez. Nota mommy eez ni tak adalah lengkap sangat tapi dibuat untuk kefahaman mommy eez sendiri dan mungkin membantu orang2 di luar sana yang tak sempat nak menonton siri My Quran Time di TV Al-Hijrah. Ada yang mommy eez tengok nota2 orang lain yang lebih organized dan padat. Tapi approach yang mommy eez guna lebih kepada penceritaan la. Kepada yang suka nak baca cepat, ringkas dan padat bolehla refer pada nota2 sedemikian. Untuk mommy eez ni lebih suka nota yang macam cerita sebab lebih menusuk ke jiwa haaaa gittew!
Disclaimer: Mommy eez bukan ustazah atau pensyarah. Mommy eez hanya orang biasa yang baru terkedek2 nak belajar tentang Al-Quran. Jadi, istilah2 yang mommy eez gunakan lebih kepada bahasa santai/pasar. Manalah tahu kot2 ada ayat2 yang mommy eez guna tu macam tak sesuai ke dan ada ayat2 lain yang lebih elok, boleh drop komen di bawah untuk tegur hokey. #kitasama2belajar
Ehhh panjang beno membebel kali ni. Tak nak membuang masa, jom kita start~
(Sudilah kiranya tuan/puan membacakan Al-Fatihah buat kakak mommy eez yang dah dua bulan lebih tinggalkan mommy eez and family due to sudden death. Peritnya masih terasa sehingga mommy eez agak kemurungan akibat kehilangan beliau. Tapi mommy eez sedaya upaya untuk move on dan harap penyakit ni akan sembuh, insya Allah. Salah satu caranya ialah dengan belajar bersama My Quran Time 😊)
Episod 4 ini disampaikan oleh:
Ustaz Fazrul Ismail
Ustaz Ahmad Tirmizi Hj. Ali
- Dimulakan dengan bacaan doa dari ayat 32, surah Al-Baqarah dan juga doa di bawah:
- Perbezaan perkataan ٱلحَمدُ dengan perkataan 'madah' ialah ٱلحَمدُ bermaksud puji dan syukur dari hati yang mulus kepada Allah SWT, manakala madah ialah dari Bahasa Arab bermaksud memuji dari mulut saja.
- Ciri2 orang yang munafik dalam ayat 17 sehingga ayat 20:
1. Hatinya sakit (melihat orang lain membuat kebaikan, orang beriman dan etc.)
2. Mereka tidak sedar yang mereka tergolong dalam golongan munafik
KIta perlu risau dan kena selalu berdoa kepada Allah SWT supaya kita tidak terjerumus ke dalam golongan orang munafik ini.
- Ayat 17-18:
- Seperti orang yang menyalakan api, apabila api menerangi di sekelilingnya, Allah lenyapkan cahaya itu dari mereka dan membiarkan mereka dalam kegelapan. Lalu orang munafik ini menjadi صُمُّۢ (pekak), بُكمٌ (bisu) dan عُمىٌ (buta).
Pada ayat 17, perkataan حَولَهُ (di sekelilingnya) merupakan perkataan singular yang merujuk kepada Nabi. Untuk Bani Israel, mereka semua diterangi oleh Nabi yang membawa wahyu Allah pada ketika itu. Manakala perkataan بِنُورِهِم (dengan cahaya mereka) merujuk kepada cahaya yang ditarik oleh Allah SWT ke atas orang2 munafik ini dan membiarkan mereka di dalam ظُلُمَـٰتٍ (kegelapan demi kegelapan - perkataan plural. Tahap level kegelapan seperti yang Allah beri pada Abu Jahal, Abu Sufian (sebelum beliau masuk Islam) dan juga Firaun).
Penjelasan ayat ini merujuk kepada Nabi
Musa A.S. datang membawa cahaya iaitu kitab Taurat sebagai jalan yang lurus
tetapi Bani Israel tidak mahu ikut. Sekalipun Allah telah berikan pelbagai nikmat termasuklah mann dan salwa,
terselamat dari Firaun tetapi mereka tetap berdegil. Mereka cuba untuk menipu Tuhan dengan mengatakan mereka membuat kebaikan tetapi sebenarnya mereka membuat kerosakan. Mereka juga tahu tentang isi kandungan kitab Taurat itu, tetapi mereka sembunyikan dari pengetahuan orang Islam. Orang munafik ini mendapat kitab Taurat (cahaya) tetapi mereka tidak mahu menghargainya. Lalu Allah SWT menjadikan mereka ini sesat dan tiada arah tuju.
- Ayat 19-20:
Perumpamaan yang ke-2 yang Allah SWT katakan pada golongan munafik ini:
- Seperti orang yang ditimpa hujan lebat lalu menyumbat jari mereka ke dalam telinga masing2 dari mendengar suara petir kerana mereka takut mati. Kilat/petir itu pula hampir menyambar penglihatan mereka setiap kali mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap, mereka berhenti. Jika Allah berkehendak, Allah mampu untuk hilangkan pendengaran dan penglihatan mereka.
Hujan lebat di sini merujuk kepada wahyu Allah SWT. Bani Israel ini tidak mahu mendengar wahyu Allah dengan menutup telinga dengan anak jari mereka kerana takut terpengaruh dengan dakwah Nabi Musa A.S. Mereka juga takut mati dan tidak suka mendengarkan bacaan Al-Quran kerana hati mereka sakit. Hati yang normal akan merasa aman dan tenteram apabila mendengar alunan ayat2 Al-Quran.
Orang2 munafik ini hanya beriman pada sesuatu perkara yang memberi keuntungan kepada mereka sahaja. Namun, jika perkara itu tidak membawa apa2 keuntungan/kepentingan pada mereka, mereka tak mahu patuhi sedangkan ianya tertulis di dalam al-kitab. Sedangkan Allah itu mampu untuk menghapuskan pancaindera mereka jika Allah berkehendak.
Ada juga pendapat lain yang mentafsirkan bahawa Allah mengibaratkan Bani Israel ini umpama api dan air (مَثَلُهُم كَمَثَلِ ٱلَّذِى). Api sifatnya mementingkan diri sendiri. Manakala air pula bila ada kepentingan, di situlah hala tujunya, bila tak ada kepentingan, mereka menghilang.
- Ayat 21:
Ayat ini merupakan seruan kepada seluruh umat manusia tidak kira muslim ataupun bukan muslim supaya menyembah (اعْبُدُو) Allah SWT yang menciptakan sekalian manusia dengan menjadi orang yang bertaqwa.
Perkataan اعْبُدُو ini juga membawa maksud merendah diri dan mengaku diri ini penuh dengan kelemahan. Jadi kita perlu ada sifat taqwa iaitu melindungi diri kita daripada masalah dengan meminta bantuan daripada Allah SWT dan menjadi taat untuk menjauhi perkara2 yang haram.
Perkataan خَلَقَكُم bermaksud menciptakan dari kosong/tiada apa sehingga menjadi sesuatu. Contohnya, Allah mencipta manusia dan tidak ada seorang manusia pun tahu caranya melainkan Allah SWT.
- Ayat 22: